Saturday, August 28, 2010

Mighty Morphin Power Rangers..








Rata-rata kanak-kanak pada era 90 an pasti akan mengingati siri televisyen ini, terutama di Malaysia, siri Power Rangers ini telah mencetus satu fenomena pada golongan kanak-kanak yang belum baligh.Saya juga turut mengambil bahagian menonton siri ini,ketika usia sekitar baru 6-7 tahun.

Mighty Morphin Power Rangers mengisahkan tentang sekumpulan Rangers,jumlahnya sekitar 5-6 orang Rangers yang di pilih untuk menyelamatkan bumi dari ancaman mahkluk kuasa jahat yang mahu menguasai bumi,ada Rangers merah,putih,biru,hitam,merah jambu dan Kuning.Setiap episod,Rangers-Rangers ini akan berjuang menentang makhluk asing dan raksaksa jahat,dan pastinya Rangers-Rangers inilah yang menang.

Siri Power Rangers ini menemani kanak-kanak di Malaysia,mungkin juga seluruh dunia dan menjadikannya siri televisyen kanak-kanak paling popular.Inilah zaman Power Rangers bagi kanak-kanak! Sampaikan bila bermain bersama rakan-rakan yang lain,boleh jadi bergaduh kerana berebut nak jadi Rangers warna apa," Aku nak jadi Power Rangers Merah,aku nak!". Sengal!

Kanak-kanak biasanya adalah kelompok yang paling terpengaruh dengan cerita-cerita hero begini,terutamanya kanak-kanak lelaki,bila di tanya apakah cita-cita mereka,pasti jawabnya Polis, askar dan pekerjaan hero yang lain.Mungkin kerana mereka masih kecil dan kudus dan tidak menonton filem porno,maka hati mereka sangat terkesan ingin menjadi hero-Yakni menentang kezaliman yang di lakukan mahkluk-makhluk jahat-

Ketika zaman Power Rangers ini, saya selalu berimiginasi untuk menjadi Power Rangers,saya ingin jadi Rangers Merah,kerana dalam cerita ini Rangers Merah adalah ketua dalam skuadnya,selain badannya yang sasa,mirip saya.Seperti dalam siri Power Rangers yang sebenar,saya juga berimiginasi mahu menyelamatkan bumi dari raksaksa dan makhluk hodoh yang lain.Saya juga membayangkan bahawa makhluk hodoh dan raksaksa jahat itu wujud dan pasti akan muncul,maka saya harus bersiap sedia kalau-kalau saya terpilih menjadi salah seorang Rangers nanti.Pastinya bila menjadi hero,saya terbayangkan akan memiliki awek yang chick dah seksi,urm itu cerita lain.

Tetapi malangnya,tahun demi tahun berlalu,makhluk hodoh dan raksaksa jahat masih belum muncul,saya juga masih tidak mendapat tanda-tanda yang saya akan di angkat menjadi Rangers,tiada suara-suara bisikkan yang memanggil saya dan tiada juga mimpi.Saya mula berputus asa.Saya merasakan bahawasanya saya telah di tipu oleh siri Power Rangers ini,Cilakak! dan Saya tidak lagi memakai baju T-Shirt Power Rangers dan menghempas patung Rangers koleksi saya, menandakan kekecewaan saya.

Kini,selepas melalui proses pasca baligh,cerita Power Rangers ini sudah menjadi tidak relevan lagi,sesuai dengan meningkatnya usia, kanak-kanak lelaki yang sekarang sudah dewasa semakin melupakan Power Rangers, yakni melupakan hero yang pernah mereka sanjung dulu.Mereka tidak lagi menonton siri ini(termasuk saya), sebaliknya mereka (tidak termasuk saya) sudah beralih menonton filem-filem stim leleh seperti Twilight Saga,New Moon kejadah,Nur Kasih,Lagenda budak syaitan,Adamayam dan filem sentimental menghiris emosi yang lain.sifat-sifat sang hero menentang kezaliman yang di semai dari kecil telah bertukar menjadi emosi kritikal setelah dewasa.Maka tiada lagi jiwa Power Rangers.

Setelah lebih sedekad Power Rangers di lupakan, saya mengakui siri kanak-kanak ini memang penipu gebang besar punya,hanya meletakkan harapan kosong pada kanak-kanak untuk menyelamatkan bumi dan juga hanya perniagaan mencari untung produksi filem kapitalis.Tetapi saya juga mengaku, di sebalik penipuan bodoh Power Rangers ini, Power Ranger telah mengajar kita agar menantang kazaliman dan mewujudkan keamanan,ini nilai yang baik.Hakikatnya, kejahahatan dan musuh kita bukan di luar bumi,bukan mahkluk hodoh dan raksaksa jahat seperti dalam siri Power Rangers.Mereka yang jahat dan zalim ini sebenarnya hanya di kalangan kita,manusia seperti kita.Ya, mereka ini mungkin lebih teruk dari makhluk hodoh dan raksaksa jahat, mereka ini manusia yang mahu menguasai manusia yang lain,kejam,mengamalkan Realpolitic,penipuan,salah guna kuasa,mengambil hak orang lain,menindas orang lemah dan korupsi.Cita-cita untuk menjadi hero sepatutnya tidak terpadam setelah berakhirnya zaman kanak-kanak.Power Rangers mungkin menjadi cerita lawak bila di tonton oleh orang dewasa sekarang tetapi nilai menentang kezaliman dan menegakkan kebenaran adalah senjata utama menentang penindasan.





4 comments:

Pamio said...

salam,

power rangers penting kot dlm hidop seorg dak laki. dr situ la dier blaja ape itu baik dan buruk. cita-cita utk jdk hero tu ptt kite bwk smpi besar. barulah ade semangat utk melakukan sesuatu. semase kite kecik, power rangers la kitenye ketua, tp bile dewasa siapakah leader kite? bagaimana kite bezakn baik dan buruk?

bg aku, hidup ni mudah jek. baik dan buruk, hitam dan putih. x de tengah2. power rangers tunjjukan kite dr kecik lg ape itu baik dan buruk dgn cara yg mudah jek. so bile nk wat pape, igt power rangers LOL....

salam

Achilles Monoloules said...

Hahahaha,,thats rite me,,,aku teringat cter power rangers ni,,,sebab adik aku yg kecik...Amerul tgk cter ni....bapak aku beli DVD p.rangers utk dia,,,haha...bila aku tgk blk cter ni RARE siot! hahaha..

Harap,,,adik aku Amirul dapat blaja sumting dari Power Ranger mcm ne aku dapat blaja sumting gak,,,Semoga jadi hero yang berkarisma!

Mu'az Azmi said...

citer la pasai kamen rider lak, mir
hero aku smpai skang tuh!!!

Achilles Monoloules said...

hahaha,,aku xbyk info la pasal kamen rider tu,,ape kata kau cerita...=)