Thursday, September 23, 2010

Beri Tongkat atau Kerusi Roda pada orang sakit ?







Malam tu,aku dan Abang Wan lepak di sebuah warung Kampung.Kami dah lama tak ketemu,aku amat mengagumi Abang Wan,seorang graduan ekonomi dari sebuah Universiti di Jepun.Orangnya sekali pandang tak jauh bezanya dengan Mat-mat skema yang lain,berkaca mata besar dan mukanya tidak menakutkan.Abang Wan seorang penyembah Buku,sangat banyak membaca,sangat banyak maklumat.Ini yang membuatkan aku suka melepak dan berborak dengan dia hingga larut malam-saat malaikat turun mencatat ganjaran bagi mereka yang rajin Qiam-.

Sembang saja apa-apa topik dengan Abang Wan,Sejarah,Falsafah,agama,ekonomi,isu semasa dan politik,aku hanya mampu tercengang dan terpaku saat di bercerita.Kadang-kadang aku turut bercerita juga sebab nak tunjuk kat dia yang aku pun hebat,tapi macam biasa setiap yang aku ceritakan tu mesti dia boleh terangkan dengan lebih detail sampai ada benda yang aku tak tahu menahu langsung, dem! Oh,aku juga selalu pinjam buku-buku dia dan buat macam harta aku sendiri.Apa ada hal, dia punya rumah pun dah serupa Libri Baitul-Hikmah.

Macam biasa,setiap kali aku berborak dengan Abang Wan,kami akan bertukar-tukar pendapat dan berkongsi maklumat.Dia pun seorang yang berfikrah terbuka,jadi tiada masalah untuk aku berterus terang.Walaupun dia mungkin lebih genius dan penyembah tegar buku,tapi ini tidak bermakna aku akan bersetuju seratus peratus dengan pendapat dia.Kau berhak untuk bersetuju dan tidak bersetuju.Kau juga berhak mempunyai pendapat dan idealisme sendiri.

Dan malam tu,kami berborak-borak seperti malam-malam sebelumnya,malam yang enak untuk laki bini berjimak.PUNG!PANG!PUNG!PANG cerita pasal Tasawwuf, Wahabi, Komunis, PUNG! PANG! PUNG! PANG! Anwar Gay, epol bukari kena sontot, Semangat 46, Kapitalis, Plato, Imam Mahdi, Hitler, Ustat PAS dera bini, Atlantis, Kaum Aztec Maya, Shah Indrawan, PUNG! PANG! PUNG! PANG! ok, Milo ais gelas besar dah habis pulak,order Tongkat Ali pulak.

Sampai lah borak-borak kami ini meleret hingga ke topik PERKAUMAN,dan dari situ aku perhatikan, berdasarkan cakap-cakap dan riak muka penuh emosi beliau, baru aku tahu yang Abang Wan sangat Ultra Melayu dan kePERKASAan."Kenapa kita harus Rasis ?" soal aku."Kita kena Rasis,Kena Rasis" jawab Abang Wan yang sebenarnya masih belum menjawab soalan aku.

Seperti biasa, kalau borak-borak pasal perkauman ni ,Fanatik Melayu akan memberi hujah tentang penguasaan kek ekonomi di Malaysia, "Tengok, ekonomi Malaysia orang cina yang Kuasai! Tengok, Orang cina yang terkaya di Malaysia! Orang Melayu susah! Merempat!" ujar si Fanatik Melayu. Dan aku pula cuba mencelah dengan bersembang tentang relevan sistem meritokrasi dan keadilan pengagihan ekonomi bagi semua bangsa.Oh, dan macam biasa juga, fanatik Melayu akan memberi hujah terdesak seperti : "ok, macam mana pula kalau kita beri tongkat pada orang yang sakit?". Cakap-cakap pasal beri tongkat pada orang sakit ni sudah banyak kali aku dengar dan baca.Kalau banding antara cerita 2Alam DRRozmey dengan cerita beri tongkat pada orang sakit ni,maka,sudah tentu dan soheh bahawa cerita beri tongkat pada orang sakitlah yang paling kerap aku dengari.

Aku menjawab:"Jadi,apa masalahnya dengan DEB yang memberi keutamaan pada orang melayu? kenapa setelah 40 tahun di laksanakan orang melayu masih emo dengan orang cina dan masih lagi mengadu merempat sana sini? berapa lama lagi kita kena pakai tongkat? atau, sebenarnya orang yang bertanggungjawab memandu DEB sudah salah pandu , dan tongkat itu terketuk kepala sendiri.Oh! mungkin sebenarnya kita tak perlukan tongkat kot, Kita pakai kerusi roda ok?" sambil menghirup tongkat ali ,aku menoleh tidak memandang Abang Wan.

You don't fight racism with racism, the best way to fight racism is with solidarity. -Bobby Seale-


No comments: