Tuesday, September 28, 2010

MLM punya Cerita



Sial! rupanya MLM ada kaitan dengan Illuminati! Ini sudah Harom!







Semalam, aku dan roomate aku pergi melantak di warung melayu,lunch la kunun,padahal masa tu dah pukul 5 petang, puasa Nam yang jahanam.Ok, lauk-pauk semua dah amek, jadi cari la meja untuk makan, aku dan member aku cari meja di belah tepi,di bawah pokok redup yang romantik, baru lah gay kan.

Oh,di sebelah meja kami ni, ada meja lain yang agak meriah bunyinya, sebelah meja kami ni semuanya lelaki.Ada empat orang semuanya.Mereka berborak penuh bersemangat dan emosi.Dah macam tengok Hitler punya pidato pun ada.Sambil tibai ikan keli aku cuba memasang telinga, mendengar perbualan mereka.

Hurmmmmm, tahu lah aku apa yang mereka labon kan.

PUNG!PANG!PUNG!PUNG! Downline, Masyuukkkk, PUNG!PANG!PUNG!PANG! "dapat tarik sorang dapat USD 700.00, "Aku bukan ape, aku nak tolong orang Melayu bai" PUNG!PANG!PUNG!PANG! Menda ni tak tipu punya! PUNG!PANG!PUNG!PANG! Lepas ni, kau tengok aku kaya, korang lepak warung ni tengok bola, aku open Laptop,ha...PUNG!PANG!PUNGPANG!

setelah puas berceramah, Mamat yang paling sembang gebang merangkap UPLINE dorang tu pun blah, sambil start enjin Motor Kriss, mamat tu di tegur oleh seorang pakcik tua yang baru saja sampai ke warung : "tukar la moto, Kata dah kaya" sinis pakcik tua itu.
"Ala, selagi boleh gerak, bawak je laa", balas mamat UPLINE itu.

Dan sekarang, baru aku tahu, kenapa orang cina lebih kaya dari Orang Melayu.

4 comments:

::HaZiRaH:: said...

mengape org cina lbih kaya dr mlayu? xbrape nk pahe..

Achilles said...

kalau kau tgk kan, antara melayu ngan cina mana yang paling ramai masuk MLM ?

orang melayu bukan takde bakat meniaga, cuma cerita dan mimpi nak gebang,tapi usaha ciput...
walaupun govemen dah bantu tetap mcm tu jugak.

::HaZiRaH:: said...

erm,cina ade rmai gak..mlayu pon mcm rmai gak..xpasti yg mne lg rmai msok..

tapi yg aku nmpk,cina rajin sgguh..bile depa msok mnde ni,depa usaha sungguh..tu yg cepat dpt duit tu..mlayu plak..mcm tun mahathir ckp,"dilemma"~ hehe..

yerp2..betol tu..kerajaan dah tolong macam2..depa nak mende tu tapi nk express way...camne nk berjaye ye dok?

Achilles said...

Tu la pasal, cina yang kerajaan x tolong pon boleh pegang ekonomi..

Kat malaysia ni,sistem ekonominya adalah sistem ekonomi feudalisme atau lindungan..
kebergantungan pada pemerintah..