Friday, October 8, 2010

Jaga-jaga! Agenda Freemasonisasi dan illuminatisasi ke atas Ummah.



Pergh, best sial video ni, ini video paling rare!

Filem Yusof Haslam, Razak Mohaiden, Yusri KRU, Mamat Khalid, Christopher Nolan dan Ahmad idham memang aku dah tak padang dah bai, Fahmi Reza apatah lagi.

Video ni memang layak menang Festival filem Malaysia, Hatta video ni lagi layak mengembalikan kegemilangan filem melayu berbanding Filem 2 alam, jangan percaya cakap Rozmey tu.The dragon taik kucing.

syabas untuk pengkaji-pengkaji Konspirasi Freemason dan Illuminati di Malaysia.Kehadiran mereka sedikit sebanyak memberi budaya intelektual pada warga 1malaysia.Takde lah asyik-asyik kena bodo sama kosmo, metro dan drama melayu syarikat juta-juta kat TV3 lagi.

Memandangkan pengkajian Illuminati dan freemason sangat meriah dan mendapat sambutan pada warga kita, aku cadangkan agar setiap IPTA dan Ipts kapitalis menawarkan satu program silibus berkaitan teori setan ini.Agak-agak la bai, takkan ramai gila nak jadi doktor,nurse dan cikgu?, dalam masa yang sama kita boleh mengurangkan kadar pengangguran ye dak?

Ok, untuk Pusat asasi UIA boleh la tawarkan program Asasi pengajian teori Freemason dan Illuminati.Ipt lain boleh tawarkan diploma, Diploma perbandingan teori setan Freemason dan Illuminati.Degree pun boleh, Ijazah Sarjana Muda pencegahan penipuan dajjal (pengkhususan Freemason dan Illuminati).

Aku berani betting sama korang, kalau Noble Prize buat slot pasal penghargaan dalam bidang kajian Freemason dan illuminati, aku jamin dan pasti, pengkaji dari malaysia wajib akan menang.Kalau tak menang, aku akan tonton cerita 2 alam dari mula hari tayangan sampai hari last tayangan.Ada berani bai?

Tapi bai, kenapa kita nak takut pada sihir freemason dan Illuminati?

Sihir kita pun hebat jugak, kita ada cerita jangan pandang belakang,Durja ningsun, susuk, pontianak harum sundal, Ular emas, Niyang rapik.Itu belum campur hantu raya, pochong, langsuir dan hantu tetek.

Apa, kau ingat hantu, sihir, santau, saka dan puaka orang melayu tak power ke?

Masih takut lagi?

Jangan takut, kita ada back up besor bai, kita ada JAIS, MAIS, Pusat zakat selangor,ABIM,JAKIM,PERKIM,Perkasa dan Permib.

Cilake, kau cakap itu back up dalam negara punya? oh, kau nak internasional punya la ni?

Ok, Kita ada OIC yang garang dan Liga Arab yang bersatu.

Imam Muda bagi aku memang tak boleh lawan konspirasi setan ni, dorang muda lagi bai.



Salah satu sarang Freemason dan Illuminati di Sunway.
Sunway? hati-hati! Sun + way bermaksud jalan dan matahari, dalam bahasa ilmiahnya "jalan menuju matahari" , adakah sunway bandaraya Freemason?

5 comments:

Lovely Bella said...

besh seh video tuh.. aku dr skolah dulu x minat sejarah.. and aku x ingt pun zaman2 ape yg ade sbelum nih.. bile aku tgk video tuh logik gak.. zaman batu n zaman tuh adalah teori.. tpi kenape die buat teori cmtu eh? ape tujuan nyer? maafkan aku.. aku bukan pndai sgt bab agame niih.. tq sbb follow n singgah.. aku nak klik follow tp rupenyer aku dah pnah follow sbelum nih... blog ko besh!!

Achilles said...

Aku akui, memang sering berlaku penipuan dalam sejarah, banyak catatan sejarah yang di kelentong atau di manipulasi.Untuk video ini, ada beberapa fakta yang soheh, dan ada jugak fakta yang di emosikan..

Aku percaya, dulu masih ada orang yang mendiami gua sebagai tempat tinggal, di malaysia, gua di sarawak dan perak terdapat bukti tentang manusia pernah mendiami gua, secara logik ia bergantung pada geografi,IQ dan suasana sekeliling pada waktu itu..salah satu contohnya, kewujudan orang asli..

Video ini terlalu sentimen/emosi pada freemason dan illuminati sehinggakan penilaian mereka pada sejarah berat sebelah, Penilaian sejarah perlu adil..

Aku rasa, kau pun berhak untuk kaji dan beri pendapat sendiri, kita jangan terima bulat-bulat dan total, kita yang harus nilai sendiri =)

Achilles said...

http://me.leokid.my/dunia-akhir-zaman

a'an barney said...

sumpah...ske gler at video nih...sume ptot tgok!! sume ptot sdo!! nauzubillah...smoge Allah sntiase di sisi kite...

Achilles said...

insyallah..=)