Saturday, October 23, 2010

Hai pemerintah


Hai Pemerintah.
Saat kau surahkan belanjawan daulah.
Dengan wajah girang dan riang.
Apa kau tahu ?

Ada Marhein yang sedang murung.
Ntah makan ntah tidak.
Ntah berumah ntah tidak.
Apa kau tahu ?


Hai Pemerintah.
Saat kau surahkan agenda tentang binaan itu.
Satu ratus tingkat megahnya.
Bilion-bilion di balon.
Apa kau tahu ?


Ada marhein yang sedang kacau.
Sempit dan terhimpit.
Rumahnya tidak semegah binaan kau.
Luasnya tidak.
Tingginya tidak.
Selesanya tidak.
Apa kau tahu ?


Ada lagi.
Hai pemerintah.
Anak-anak marhein ini.
Generasi ini.
Turut termanifestasi.
Bergentayangan di jalanan.
Ada semacam zombie.
Semacam tak bernabi.
Ada semacam lahabau.
di cucuk semacam kerbau.
Apa kau tahu ?


Pharaoh membina binaan segi tiga.
Warga Tsamud mengukir gunung ganang.
Warga 'Ad membina Ubar.
Keturunan Ceasar membina Kollisium.
Aztec Maya membina chichen Itza.
Empayar Inka membina Machu Picchu.
Mereka semua telah ghaib.
Yang tinggal hanya binaan ajaib.
Mereka binasa kerana berbuat aib.
Apa kau tahu ?

Hai pemerintah.
Apa kau tahu.
atau ambil tahu.
Mungkin kau hanya pemerintah.
Yang hanya tahu memerintah.


Hakikatnya, aku tidak tahu apa yang kau tahu.



6 comments:

diana said...

dia nak ade nama dia bila orang pandang menara bodoh dia tu..
tak nak macam pak lah dulu..
tak ada ape2 yang nak di kenang selain islam hadhari..
islam hadri pun dah hilang sekarang ni gara2 satu malaysia..
hebat tak dia???

Achilles said...

Hebat =)

Gen Fujita said...

Nice, suka puisi ni.

Achilles said...

hahaha =)

It's Me said...

pemerintah cam sampah
buat orang menyampah
eloknya letak jer dia dalam tong sampah
biar jadi sesumpah pemakan sampah...

really hate itu olang.....

Achilles said...

=)