Monday, October 18, 2010

Makan lambung



Pertama kali aku dengar istilah "makan lambung" ni dari seorang member aku.

Member aku : " hari tu budak-budak ni datang lepak mamak sebelah 7e aku keja, aku pun lepak la sekali dengan dorang , babi betol, dorang makan lambung, tapi aku tak laa makan lambung.Tapi sampai sekarang mamak tu masuk 7e ,tanya aku pasal budak-budak tu, mamak tu suroh dorang bayar."


lahanat, baru aku paham.
Kah! kah!

Rupanya makan lambung ni maksudnya makan tak bayar teros blah la.Ataupun dalam istilah islaminya makan harom.

Tapi,apsal panggil Makan Lambung?

Mungkin kerana makanan itu akan di lambungkan,atau akan melambung.

lambung ke mana?

jangan tanya soalan bodoh boleh tak brader?

Makan lambung akan di lambungkan ke alam barzakh, alam kubur, padang masyar, neraca hisab dan titian sirot, ini penting sebagai penentu bagi lambungan terakhir sama ada akan di lambungkan ke surga atau neraka. Paham?

Ntah.aku rasa la.

kah kah kah!

Tapi dalam bahasa indonesia, lambung ni bermakna perut.

Takkan maksudnya makan perut pulak.

Tak guna, pening gila aku pikir benda ni!

Rilek-rilek, mungkin makan lambung ni akan di tanggung oleh perut kita.

Oleh kerana ia makanan haram tidak di bayar.Maka usus kita tidak mampu memprosesnya menjadi taik.

Tersimpan lah ia di dalam perut.

Semakin kerap kita makan lambung, semakin melambung ke atas lah perut kita.

Paham?

16 comments:

AiN Z said...

hehhee,... itu rupanya maksud makan lambung ye.. hehe

Achilles said...

hahaha..=)

elmo gemOk said...

boleh dipraktikkan.
ingatkan roti canai.
:D

Ellen said...

wakakaak..ingatkan tadi makan sambil melambung ke atas...hehee

Information said...

hahah...
ada2 aja..tapi boleh juga

Lovely Bella said...

aku dah tertarik nak makan lambung.. chet!!

Gen Fujita said...

Aku dah beberapa kali tengok orang makan lambung. Kesian kat mamak kedai aku selalu lepak dulu, dah ler mamak tu kamcing dengan aku. Yang aku kelakar, tengok dekat 5-6 orang lari lintang pukang lepas makan, macam orang gila, ada yang naik motor cepat2 terus bawak membabi buta, aku ingat kalau ada kereta lalu kat jalan tepi tu secara tiba2, rasa2 dah arwah dah budak2 tu. Tak pasal2 jadi bahan cerita, meninggal sebab makan tak bayar. Serius lintang pukang, sampai ada yang tercabut selipar, bersepah kerusi meja. Hmmm...

Azam Shah said...

hahah..lambung je dorg dr tingkat 9. :p

ayu_mafiaUMP said...

hehehehe...lawakkk la der....ayattt sesukee atiii jekk...hahahhaha

Achilles said...

Haih, Jangan la kamu semua makan lambung ye..Makan lambung tu harom kamu tahu? makan lambung tu boleh kasi perut kamu kembung kamu tahu? perut kembung nanti susah nak berak kamu tahu? kamu ndak kena buasir?

kah! kah! kaH!

=)

Anonymous said...

mediafire4all....jom jalan2 250mb movie

zulhilmi tempoyak said...

ko tak try ke der..??

Achilles said...

Tompayak: tak baik, haram.haha.

mummy nana said...

oo gtu ker.. mm haram terus haha lambung laa tinggi mana pon

Achilles said...

hahahahaha =P

iman said...

hahaha..sengal..hihi..