Tuesday, October 5, 2010

Mey, Cantik tak D ? Jawab la Mey.....



Jari jemari aku masih ligat menari-nari di atas papan kekunci MacBook Pro, satu demi satu huruf-huruf abjad aku tekan dengan romantis dan gemalai.Aku sedang menaip kertas kerja yang sangat penting dalam dunia intelektual, Ya, ini merupakan doktrin mustahak bagi menentang hujah-hujah puak Anti Freemason dan Illuminati berkaitan dengan pembohongan kewujudan manusia pra-sejarah.

Cibai. leceh jugak rupanya jadi Professor Sejarah ni. Sudah hampir dua jam rupanya aku beruzlah di dalam bilik kerja ni.Suara Mazidul Akmal Sidek yang berkumandang di televisyen ruang tamu rumahku, dapat aku dengar dan tangkap dari dalam bilik kerja aku,cilake, suara budak botak tu buat aku serabut je!

Tok! Tok! Tok! pintu bilik kerja aku di ketuk, Ah! ini mesti D (bini aku ), aku buat-buat tak reti.Perlahan-lahan pintu bilik kerja aku di buka. Yaaannnnng! ooo Yaaannngggg!, suara lunak dan menggoda dari D membuatkan aku tersentak, tiba-tiba terlupa plak Doa Nubuwwah yang aku hafal maghrib tadi.Tapi aku masih lagi tidak menoleh ke arah bini aku, saja buat-buat sibuk dan malas layan.

Sekali lagi D menegur aku," Mey, busy sangat ke tu?" (Mey adalah nama manja dan playboy aku) "emmmm", aku menjawab dengan gaya ala-ala suami ego, sambil menaip kertas kerja, aku masih lagi tidak memandang D, dengan perempuan ni kita jangan bagi sangat bai! nanti dia lebih-lebih pulak sama kita.

D menghampiri aku, "Mey chantek tak D pakai selendang ni? Chantek tak D? jawab la mey.....",
Ok, kali ni aku tak boleh tahan, aku menoleh ke arah D dengan gaya ala-ala suami prihatin.Oh rupanya D mengenakan selendang berwarna merah, selendang macam Dato' Siti pakai. D membuat muka kiut ala-ala filem Majika, Wajah kacukkannya cuba memukau aku.Tapi aku rilek-rilek aje.

"Emm boleh laaaa, D beli kat mana?" aku menjawab dengan cara nak sedapkan hati D, aku meneruskan kerja dan menoleh ke skrin MacBook Pro semula.

"Mey ni lupa la tu.......Kan Mey yang belikan masa Mey seminar kat Dubai ari tu", Aku terdiam sebentar, Sebenarnya selendang Merah tu aku beli dekat Jalan TAR je, aku tak sempat beli apa-apa untuk D semasa aku di Dubai, sebab aku sebok mengurat gadis-gadis arab di sana.

"Oh ye ke", jawab aku secara ringkas dengan nada ala-ala Nasir Bilal Khan.

"Mey ni, Tak nak layan sudahlah...!", D meninggikan suaranya sambil keluar dari bilik kerja aku.Ini sudah nushuzzz.Nampak gayanya D sangat Frust dengan aku.Ala, apa ada hal, orang yang pernah join PLKN memang macam ni, hati dia tegas sikit.Aku termenung sambil merenung potrait perkahwinan kami di sudut dinding.

" Ala, nanti dah pujuk, ok la tu", aku berkata seorang diri sambil tersenyum nakal. Ala, nanti belikan dia buah strawberry cicah cokelat, kasi baca solawat sikit, mesti ok balik punya,aku sudah merangka rancangan untuk memujuk D.

Sambil menarik nafas dalam-dalam, aku merenung semula ke arah Potrait perkahwinan kami dan berbisik perlahan-lahan," Oh D, kau lah wanita terchantik ku.........".




8 comments:

ibn husin said...

wakaka~ aku x boleh blah la entri ko ni. 'D' apa? Deris...haha!!

Achilles said...

haha! deris "k" = Kelantan )

Marhaen Kacak said...

haha....berangan la ko nak dapat diana..kih3... layan la entry2 ko....

Achilles said...

Haha..=)

anak posmen chemor said...

cilake kau haha

Achilles said...

hihihhihih =)

a'an barney said...

yoyo o ar...nyampah tol...hua hua hua..igt tol2 ar td..

Achilles said...

hanya mampu berangan saja...hihi =P