Monday, October 11, 2010

Pendidikan Pakaian Dari Kolej Islami

sorry la bro,aku tak kutuk kau,aku cari kat google, jumpa gamba ni,jangan mara bro.




Beberapa minggu yang lepas, yakni, ketika mulut masih lagi berbau lemang dan kuih raya masih ada dua tiga balang lagi, tiba-tiba sepucuk surat bertenggek ke dalam peti surat rumah aku.

Surat itu datangnya dari kolej tempat aku belajar,kolej aku adalah sebuah kolej islami yang mahukan matlamat islami nombor 1, tetapi pengurusan takde nombor!

Oh, isi surat itu seperti yang aku jangka, memberi amaran tentang tunggakan yuran aku yang belum di jelaskan, apa la punya gampang, yuran aku di taja oleh Mara, Mara akan bayar pada pihak kolej sekali setaun sekaligus bagi dua sem, kalau dah tahu buat apa mahu hantar surat? tak kesian ke kat posmen?, sebab itu aku kata pengurusan takde nombor.

Rupanya ada surat sisipan di sebalik surat pasal yuran tadi, surat sisipan ini memang membuat aku terpegun dan tersenyum.

Sinopsis surat sisipan ini memberitahu tentang penguatkuasaan pakaian bagi pelajar mengikut etika peraturan pakaian kolej, siap bergambar lagi bai! kah! kah! kah!, Mungkin kolej aku ni sangka bahawa semester-semester yang lepas aku berbogel pergi ke kelas.Sebab itu kolej hantar surat ajar cara berpakaian pakej dengan gambar sekali. Ada gambar baru cepat belajar ye dak?

Tapi aku bersangka baik, mungkin kolej aku ni berhasrat mahu mempersediakan kami ke alam koprat, macam cerita melayu pasal syarikat juta-juta dekat tv3 tu.Berkemeja, bertali leher,berkasut kulit dan berseluar licin baru ada cara bai ! baru imej eksekutif.

Rambut? rambut kena pendek la bai, kau gila nak buat rambut macam tomok! kau kena paham, orang Malaysia ni cukup alergik dengan rambut-rambut panjang ni, orang rambut panjang ni selekeh dan nampak tak kemas, nampak takde moral, tapi bila geng-geng songkok tinggi rembat duit negara dan bikin korupsi takde hal pulak.Takpe bai, songkok itu tanda islami.

Sebenarnya, siapa yang pandai-pandai tetapkan pakaian forrmal ni?

Siapa yang pandai-pandai tetapkan, pakai tali leher, kemeja dan seluar licin itu formal?

Cibai la ini macam.

Aku percaya setiap fesyen pakaian yang manusia pakai ada nilai relevannya, tetapi ia mesti relevan dengan cuaca dan persekitaran manusia itu.

Normalnya, manusia akan pakai baju tebal atau baju sejuk jika cuaca di tempatnya itu bersalji tahap peti sejuk.Jadi, baju sejuk yang di pakai itu adalah relevan berdasarkan cuaca yang sejuk.Takkan kau nak pakai singlet sama spender?

Dah tu, apa relevannya pakai tali leher di Malaysia yang panas membahang ni? tak lain dan tak bukan hanya menghasilkan peluh bagi menghapus dosa.

Dalam hidup aku, berseluar jeans adalah lebih relevan, ini kerana aku adalah seorang mat rempit educated yang ke sana dan ke sini bersama motor.Kau bayangkan kalau aku eksiden tetiba, tetapi berdasarkan sifat seluar jeans itu yang kasar dan kesat, kebarangkalian untuk aku mengalami kecederaan di bahagian bawah pusat hingga ke kaki dapat di minimakan, mungkin kalau eksiden biasa-biasa je, luka di kaki tidak teruk sangat.

Nah, sekarang cuba kau bayangkan aku menunggang motor dengan memakai seluar licin,jadi, kebarangkalian untuk seluar licin itu bertukar menjadi serupa seluar pendek atau boxer adalah tidak mustahil.Kebarangkalian untuk aku menaiki kerusi roda automatik juga boleh jadi.

Perempuan.Aku bersetuju dengan etika pemakaian perempuan.yelah, takkan semua perempuan nak pakai macam maria ozawa kot bai, takkan semua nak pakai ketat-ketat, takkan semua nak pakai tudung yang menampakkan buah-buahan,boleh inzal di buatnya.Jadi, etika pemakaian islami ini ada logik dan warasnya.

Cuma aku tak bersetuju dengan cara pendakwahan atau cara mengajak itu.Kau kena ingat, walaupun kolej itu islami, tapi bukan semua pelajar yang latarbelakangnya dari sekolah agama batu 38 atau sekolah agama see u di ipt, ada yang datang dari sekolah bukan beraliran agama bai.

Peraturan atau penguatkuasaan itu sifatnya adalah paksaan.Jadi, adakah cara berdakwah itu hanya tertumpu pada satu sahaja, iaitu dengan manhaj peraturan saja? kau suka ke kena paksa-paksa ni? kalau budak kecik takde hal lagi, ini semua dah tahap boleh buat anak, takkan mahu paksa-paksa lagi.Nabi berdakwah pun ada cara rahsia dan terang-terangan.Wali songo berdakwah pun pakai wayang kulit.Apa guna kau belajar silibus dakwah yang bagitau ada banyak manhaj-manhaj dakwah tu? nothing.

Kau kena paham bai, bukan semua orang pernah masuk tadika abim, taska al-mawardi, bukan semua orang pernah join tabligh, keluar 40 hari, bukan semua orang layan maher zen, pergi konsert dia.Bukan semua orang baca Iluv islam, bukan semua orang baca novel cinta islami, bukan semua orang tahu fadhilat amal tu apa.Dan bukan semua orang kenal naqib/naqibah usrah dia.

Kesian la.Respek la sikit bai.

Apa benda semua ni ? siapa yang patut di salahkan ? adakah berpunca dari pengurusan yang takde nombor? kah! kah! kah!

Bagaimana atau apakah cara lebih kreatif untuk sampaikan dakwah, itu jangan tanya aku, penat laaa aku semua benda aku nak pikir bai, dah la aku tiap-tiap hari tension tengok status FB rozmey the dragon, nak usha muka dia kat paper kosmo lagi, lepas tu nak kena hapal lagu maher zen lagi,tak kesian ke? kau orang pun pikir la sekali bai, jangan harap aku je bai.

Ok, gerak dulu, aku nak teman maher zen shoping-shoping serban dan sugi dekat masjid india.



6 comments:

Irsya said...

cuti2 update blog je awk nie..
rajinnye...best2..huhuhu

Achilles said...

hahahaha..=)

anak posmen chemor said...

:)

Achilles said...

Pasal kau senyum deris? =)

Irsya said...

hahaha..
gelak jugak..
saje nak nyebok..

Achilles said...

ye la..gelak la..haha