Monday, April 19, 2010

CAPU (catatan Puchong)







Sebulan lebih di Puchong.
Dulu lombong.
Sekarang orang berbondong-bondong.
Memandu jentera bercerobong.

Mat motor dengan lagak rempit.
Si pakwe dan makwe berkepit-kepit.
Melepaskan nafsu yang tersepit.
Otak si generasi sempit.

Lihat.
Sungai Klang sudah mati.
Titi-titi di ganti jambatan gergasi.
Bungkusan sampah di hias di sisi.
Sambil buat-buat tak reti.

Pembangunan apa yang kau mimpi.
Bila semua jadi sepi.
Bila semua jadi lampi.
Masing-masing macam zombi.


p/s:Puchong oh puchong!

Sunday, April 18, 2010

Acukan Jari Tengah untuk Zionis-sahabat baru kita-








Telinga mula panas.
Bila darah mengalir ganas.
Rasa gembira terus lemas.
Bila hati tiba-tiba cemas.
Kerna hadirnya kaum fasis
Habis.
Sana Zionis.
Sini Zionis.


Aku sangka zionis global.
Rupanya zionis glokal.
Dasar si bangsa bebal.
Yang kununnya kebal.


Dari bukit zion.
Atas haikal solomon.
Berhimpun.
Dengan rakus membalon.
Sosok longlai muslimun.
Tak kenyang di Palestin.
Kenduri pula di Lebanon.
Persetan!


Ha,dah datang.
Si jalang.
Bagai helang.
Membawa malang.
Nanti orang-orang.
Menjadi arang.
Nak naik berang.
sudah di serang.
Nak di larang.
sudah bersarang.


Aku pelik.
jelik.
Rasa tak molek
Rasa 'elek' .
Bila penguasa berdolak dalik.
Jadi budak-budak.
Pada keladak-keladak.


Mari orang muda.
tekadkan dada.
Jangan mengada-ngada.
Berdirilah di persada.
Berstamina kuda.
Panas semangatnya bagai lada.


Hancur,hancur.
Biar sampai lebur.
Biar mengggelupur.
Sampai berterabur.
Sampai terbujur.
Dan terkubur.
Taraf jubur!








Tuesday, April 6, 2010

Era 'mati pucuk' kaum muda.. bila penghabisannya?









Sejak dahulu lagi kita terbiasa dan terpaksa mendengar cakap-cakap kebanyakkan orang seperti : Pemuda tiang negara atau pemuda harapan bangsa.Cakap-cakap ini nampak menggerunkan dan seolah-olah pemuda ini adalah golongan gagah perkasa.Tidak kurang banyak juga tulisan-tulisan yang berleter tentang kaum muda ini.Di sebalik kata-kata slogan retorik ini,apakah sebenarnya kaum muda ini di beri ruang di dalam negara ini?muda menurut Hishammuddin Rais adalah muda biologi dan muda pandangan(idea).Apakah sebenarnya orang muda ini di beri ruang sebagai 'tiang' dan 'harapan' di kalangan warga ini?atau sebenarnya kaum muda ini adalah mangsa sistem ciptaan orang tua?barangkali juga orang muda adalah dildo kerakusan si tua.


Orang muda adalah sebahagian daripada anggota sosial masyarakat,setiap tamadun yang terdiri pasti wujudnya kelompok warga muda ini,orang muda adalah lambang keberanian,penuh berstamina,mencoba dan membawa pembaharuan.Kita sedia maklum kaum muda ini adalah pusat tenaga yang hebat,penuh dengan idea-idea baru,berkobar-kobar serta punyai semangat juang yang total-lihat sahaja mat rempit,salah satu kuasa pemuda terbesar di Malaysia,lihat sahaja kehebatan mereka di jalanan dan semangat juang mereka meloloskan diri dari polis-tapi sayangnya sifat-sifat asli pemuda mereka ini di manifestasikan dalam bentuk negatif,saya percaya ini adalah hasil kebebalan sistem yang akhirnya menterjemahkan sikap pemuda hari ini.



Ketika Fahmi Reza(Pembikin Dokumentari 10 Tahun sebelum Merdeka) menganjurkan pembentangan mengenai Student Power era 60an dan 70 an di IPT tempatan,kita berasa begitu kagum dan teruja,bagaimana anak-anak muda ini membentuk satu pusat pemuda-pemudi yang berkuasa,bebas,berrevolusioner dan berjiwa aktivis,mereka punyai kebebasan autonomi dalam pentadbiran kampus mereka, tanpa campur tangan pihak pengurusan.Keterlibatan mereka dalam hal-hal kepincangan nasib sosial masyarakat juga di kagumi.Pada era mereka,anak-anak muda ini sanggup turun ke jalan sebagai simbol bantahan dan pembelaan bagi anggota rakyat yang tertindas.Kesatuan mereka cukup berstamina hingga menggerunkan pihak pemerintah(orang tua)ini.Hari ini,mulut kita akan berbuih-buih bila berleter tentang keberanian dan kehebatan mahasisiwa era dahulu.Kita akan terus berleter,berleter,berleter dan berleter.Leteran ini timbul kerana kegagalan pada masa kini.Ya,kegagalan kaum muda hari ini menyamai malah jauh lagi manyaingi ke'PEMUDAAN' kaum muda era dahulu.



AUKU adalah alat terbaik bagi proses memandulkan kePEMUDAAN kaum muda,dengan jentera AUKU ini,orang muda akan di tuakan sebelum sepatutnya mereka ini tua,akta ini lahir hasil sikap cemburu buta dan takut tercabar si tua,akta ini kununnya di adakan untuk menumpukan segala aktiviti mahasiswa hanya pada wilayah akademik semata-mata,tidak boleh terlibat dengan politik dan kesatuan kerja serta penggabungan di antara badan-badan pelajar,sekali nampak,akta ini menunjukkan betapa cemburunya si tua dengan si muda yang tidak mahu si muda mencampuri yang kununnya adalah pekerjaan si tua.Akta ini tidak lain tidak bukan hanyalah satu bentuk penjajahan mental kepada mahasiswa,ia tidak lain dan tidak bukan hanyalah jentera kongkongan pada anak muda dan orang tua ini hanyalah mahu orang muda ini membesar di celahan ketiak mereka sahaja.Kita lihat jika benar akta ini mampu memberi sumbangan maksimum pada akademik,ke manakah lahirnya tokoh-tokoh pasca auku di wujudkan?apakah wujud tokoh-tokoh yang memberi sumbangan pada masyarakat setempat atau jauh lagi pada masyarakat warga dunia?dengan hura-hara sistem akademik hari ini dan isu ketidakjujuran si kangkung,apakah berani mengatakan akta ini sukses?berapa banyak hadiah nobel yang di menangi?Haram jaddah.Suasana yang tidak demokratik akan melesukan dan mencantas kespontanan orang muda.Percayalah dengan penjajahan dan tanpa kebebasan kita tidak mampu memperkasakan diri dan mencorak masa depan mengikut acuan sendiri.



Baik,jika di teliti dengan cabaran muda-mudi pada hari ini,cabarannya lebih kritikal dan super-optimum.Berbanding dengan generasi sebelum auku,mereka masih berpeluang bernafas dan merasai keseronokkan menjadi mahasiswa atau pemuda,begitu juga selepas auku di pasakkan,pukolan auku itu tidak sehebat mana,masih muncul wira-wira aktivis masyarakat dan mereka yang menentang auku,hanya selepas akta ini membantai hebat barulah mulanya era mati pucuk kaum muda ini.Tetapi untuk generasi pemuda hari ini,nasibnya sangat malang,akta ini telah berakar kukuh,kebebasan hanyalah apa yang ternampak di hadapan mereka sahaja,mereka tidak tahu menahu tentang kegemilangan kebebasan generasi pemuda dahulu.Di campak dengan auku itu satu hal,muda-mudi pada hari ini telah menjadi manifestasi atau budak mainan sistem sistem jentera kapitalis serta keburukkan globalisasi.Saya mengatakan ini kerana berdasarkan situasi dan keadaan sekeliling yang semuanya memburu materialis.Kapitalis atau kaum pemodal pada hari ini berjaya mencipta sebuah dunia yang berlantaikan nilai wang semata-mata.Kapitalis adalah sistem yang mencengkam,menghimpit dan membontot.Malapetaka dari sistem ini adalah melebarnya gaung jurang antara kelas miskin dan kaya,apa sahaja akan di niagakan termasuk pendidikan,perubatan dan agama-semuanya berpotensi menjadi wang-ia jauh daripada nilai-nilai kebajikan umum kerana apa yang mustahak dalam sistem ini adalah pemburuan untung,untung dan untung! -nilai-nilai keikhlasan dan berbuat kebajikan sudah hilang-.


Bayangkan di usia muda begini,orang-orang muda ini telah di jamah dengan sistem bebal ini,untuk kategori orang muda ini pastinya ekonomi mereka belum kokoh,ada yang masih belajar dan baru bekerja.Lantas cengkaman sistem kapitalis mengoncang jiwa si muda,ada yang masuk MLM untuk dapat duet lebih(walaupon kena kencing),ada yang jadi perempuan simpanan si VIP untuk hidup selesa,ada yang terpaksa mengumpul hutang ketika belajar walaupon masih belum menjadi buroh dan ada yang terpaksa kerja malamnya walaupun siangnya masih belajar-terpaksa menjual tenaga hanya untuk bernafas dalam ladang kapitalis-.Akhirnya,pastilah ini akan melahirkan kekacauan dan krisis pada jiwa pemuda,golongan pemuda pada hari ini tidak lagi di pandang tinggi sepertimana golongan pemuda dahulu,golongan muda pada hari ini lebih sinis di pandang sebagai cocok dan lempar(penghasil anak luar nikah dan buang bayi),samseng-samseng jalanan(mat rempit),bohsia,pengkid,penari shuffle dan pelbagai label lagi.Sistem bebal yang digunapakai pakai pada hari ini akhirnya melahirkan apa yang di panggil iaitu kepincangan sosial.Seterusnya kebudayaan dan kespontanan anak-anak muda teros di arwahkan.


Tanpa memerdekakan kaum muda,kepincangan sistem sosial masyarakat tidak dapat di pulihkan,ini kerana orang tua yang bertanggungjawab sudah longlai dan mengalami gejala kekontangan buah-buah fikrah,terlalu konvensional dan tidak relevan lagi.Sejarah mengatakan hanya yang muda mampu mencabar wilayah kolot si tua,orang muda adalah pemikul pembaharuan dan berstamina dalam menggerak masyarakat.Pembikin fenomena serta berspontan itulah orang muda.Dunia yang di huni ketika ini dari dahulu lagi menyaksikan gelombang pembaharuan dan kebangkitan adalah di kepalai oleh orang muda:Revolusi Iran,rata-ratanya di gembleng oleh tenaga muda mereka,Mahmet Al-Fatih menerobos konstantinopel ketika usia remajanya ,Tokoh reformis islam Hasan Al Bana menubuhkan gerakkan ikhwanul muslimin ketika usia mudanya iatu 23 tahun,Jose Rizal,tokoh nasionalis Filipina juga mula menulis novel mengkritik penjajahan Sepanyol ketika waktu mudanya,Buya Hamka iaitu agamawan,sasterawan dan aktivis politik indonesia ini telah mula-mula mengalirkan idea pembaharuannya untuk umat islam nusantara juga di peringkat mudanya,Mahathir Muhamad menyangkal pentadbiran Tunku Abdul Rahman ketika waktu muda politiknya.Di Tanah Melayu sebelum merdeka,berlaku persaingan hebat golongan agamawan antara Kaum Muda dan Kaum Tua,Ahmad Boestamam dengan APInya(Angkatan Pemuda Insaf)bergerak mengobarkan semangat merdeka di usia muda juga,Sefool Bukhari berani menggegarkan 'celahnya' itu juga pada usia muda jambunya,Kurt Cobbain si Tokoh musik ini mencipta fenomenanya juga pada umur muda.-Semua sosok-sosok ini muda-muda belaka-.Orang muda adalah anggota masyarakat yang paling ganteng memikul tugas-tugas ke arah pencerahan umum.


Dunia seterusnya adalah milik anak muda,biarlah mereka ini menjadi 'tiang-tiang' dan 'harapan' pada dunia impian mereka.Hanya yang muda mampu menongkah arus dan mencipta perubahan melempang kebebalan sistem.Keluarlah daripada wilayah kemurungan menuju wilayah penuh energi.Orang muda harus di satu kan kekuatannya,di sedarkan,di kumpul kan idea-ideanya yang segar,tidak tergelincir dalam politik kotor orang tua dan membentuk pembaharuannya yang baharu-Barulah gelombang itu akan tiba-.


"Tetapi berilah kepada saya 1000,100 bahkan 10 orang pemuda yang semangatnya berkubar-kubar dengan jiwa pemuda maka saya sanggup menggemparkan dunia"-soekarno-



"Bangsa yang mempunyai banyak anak muda itu-lah yang akan menang"-cogan kata komunis yang kemudiannya di pakai oleh Hitler.



"Tidak akan mendapat kemajuan sesuatu bangsa itu jika pemuda-pemudanya tidak berdiri di barisan hadapan"- Seorang Penyair Arab-


Sedarlah Muda Mudi!