Thursday, January 27, 2011

Ostat Amirul


Ostat Amirul, Tawadduk dan Kudus, Ostat yang paling di geruni setannn, Berpengalaman menghalau setann di Desa Niyang Rapik dan menginsafkan awek-awek Aku Masih Dara.

Ostat Amirul juga membuatkan segala jenis setannn kecut telor, seperti Jin, penunggu, kuntilanak,Durja ningsun, Saka Jentayu, Damping malam dan Hantu Kopek.

Salute Ostat Amirul !

Tuesday, January 25, 2011

Miyabi Hantar Pulang Pemuda SuJu Ke Kampung Halaman






Skuad pujaan Shamim shakir, SuJu, tewas di Qatar.Suju yang di anggotai 12 laki-laki baligh yang jambu gagal mengGangbang si Miyabi yang kental dan nafsu kuda!

Nostalgik, 61 tahun selepas empayar Nipon tumbang dan 61 tahun juga kemerdekaan buat korea Selatan.Kedua-kedua daulah ini berkembang maju dalam segenap bidang termasuk ekonomi,industri porno,animasi, industri motor dan bola sepak.

Pasca perang dunia Ke-dua ini, melahirkan bermacam fenomena dari ke dua- dua daulah ini. Maria ozawa lahir, Ultraman lahir, Doremon dan si Pemalas Nobita lahir, Sinetron drama cinta meleleh korea lahir, Suju kegemaran shamim lahir, Kereta Honda lahir,Hyundai lahir,K-PoP kegemaran Shamim lahir,Samsung lahir, Sony lahir,Anime lahir, Goku lahir dan bermacam-macam menda lagi yang malas aku nak taip.Cibai , Wonder Girls lupa nak sebut.

Tak lupa, bola sepak moden mereka melahirkan banyak bakat-bakat yang hebat seperti....Ok, malas aku nak taip.Salah sorang nya anggota setan merah, ji sung si mata sepet.

Dan tadi malam, kedua-dua daulah ini bertemu di atas padang bola yang bawahnya merupakan padang pasir dan longgokkan tahi unta.

Majoriti pemain korea selatan kecuali Ji sung, jambu-jambu belaka, se-akan-akan bukan menonton acara bolasepak, sebaliknya seperti menonton Pemuda SuJu Ber-k-PoP.

Terikat 2-2 sehinggalah perlawanan di selesaikan dengan sepakkan penalti.Jepun bermain agresif, seperti pertahanan mereka di barisi segala jenis Ultraman yang lapar membelasah raksasa, sekali sekala, pemain Jepun gemar menarik jersey dan seluar Pemuda SuJu, tak tahan nak tengok tubuh putih abang-abang SuJu gamaknya.

Kesebelasan pemain Jepun memang rajin belaka, rajin bertahan, rajin menyerang,rajin kejar bola dan rajin tarik jersey orang.Susah nak jumpa pemain Jepun yang pemalas macam Nobita.

Manakala Si SuJu korea selalu sepak ke laut macam main ragbi, apa kau nampak Miyabi tengah berdildo ke woi atas palang gol tu ?

Seperti biasa bila tiba saatnya penalti, pemain yang hensem dan jambu akan gagal menjaringkan gol penalti, ini yang menyumbang ke arah kekalahan Pemuda SuJu.Ini merupakan rahmat, kita berpeluang melihat abang-abang hensem SuJu mengalir air mata sambil kesat air mata pada jersey masing-masing, seksi bukan ?

Jangan bersedih, perkara ini biasa berlaku dalam bolasepak moden, pemain hensem gagal sempurnakan penalti, Si laki Ayu Raudhah, Zaq adha, gagal menyempurnakan penalti sewaktu Final Piala FA 2010. CR7 pernah kantoi penalti, malah Beckham pun kantoi penalti. Sumpahan ini sentiasa membayangi pemain-pemain hensem.

Oppa! oppa! oppa! Pemain hensem dan sepakkan penalti umpama anjing dengan kucing.




"OK la Ok la......, walaupun kami kalah, tapi Shamim dan gadis-gadis melayu masih cintakan kami, apa mahu kecoh-kecoh !"- Sungmin, SuJu.-


Sunday, January 23, 2011

Ice Skating

Salah satu rumah Firaun di luar linkungan daulah Mesir adalah di Bandar Sunway .Di Mesir, piramid yang masyur adalah piramid giza, manakala di bandar sunway ia di kenali sebagai sunway pyramid, sebuah gedung hiburan dan beli belah antara termasyur di 1Malaysia.

Kalau kau pergi Sunway pyramid atas tujuan sejarah, mencari mumia atau jenazah firaun, maka itu adalah tindakan bebal dan bangang.Kau takkan jumpa melainkan individu yang berperangai firaun.

Antara yang menarik di sunway pyramid ini adalah gelanggang ice skating.Biasanya di gunakan untuk perlawanan hoki ais, tapi di sunway pyramid anda boleh beriadah di atas gelanggang itu sambil berlagak bahawa Malaysia adalah negara yang punya musim salji.

Sunway piramid ni memang betol-betol cari pasal, satu- dah lah meniru rekaan piramid di mesir tanpa meminta kebenaran paten arwah firaun dan arwah imhotep.Dua- ikut suka bapak dia tambah gelanggang ice skating,ini bercanggah dengan piramid mesir yang asal, yang terang-terang terletak di padang pasir panas terik tahap laknat.Ini sangat tidak logik. Sepatutnya sunway piramid buat la tempat riadah yang mengikut geografi asal piramid di mesir.Seperti main buat istana pasir, main galah panjang atas pasir dan lumba unta, baru logik.Ini dahlah tiru piramid sebijik-sebijik lepas tu ikut suka kau je buat ice skating.

Maaf, saya tersasul terlalu jauh.

Baik, setiap kali aku berkunjung ke sunway pyramid, pasti aku akan naik di tingkat atas sekali untuk menonton orang awam bermain ice skating.Pandangan dari tingkat atas ini membolehkan aku melihat dengan jelas gelagat orang awam bermain ice-skating.

Dan pada aku, melihat orang bermain ice skating adalah terapi ketawa yang paling mujarab, tak perlu kau fed up tonton senario yang tak lawak.Tak perlu juga kau langgan astro semata-mata mahu tonton Raja Lawak.Cukup kau pergi sunway pyramid, pergi tingkat atas sekali, pandang ke bawah dan lihat orang bermain ice skating.Kalau kau tak ketawa, sila terjun dari situ dan pergi jahanam.

Akhirnya, hasil dari pemerhatian aku, maka dapat lah aku kategorikan orang-orang yang berice-skating semalam, antaranya :

1) Pasangan berkapel, awek bertudung, pakwe suka pegang-pegang: Si pakwe sangat bijak, menyedari aweknya memang bodoh main ice skating, maka ini lah peluang si pakwe menyentuh aweknya, sebagai hero, pakwe itu menunjukkan bahwa dia adalah pelindung yang perkasa di gelanggang ice skating itu.konklusinya, semakin bengap anda ( awek) berice skating, kebarangkalian untuk anda(awek) di raba adalah tinggi.

Rasa aku, selain selalu tangkap orang khalwat dan ajaran sesat, gelanggang ice skating ni boleh jadi job baru untuk geng-geng JAIS.Geng-geng Badar Kuis yang suka tahan-tahan orang boleh jugak join.Amar makruf,nahi munkar.

2) Pemuda berbaju biru : lelaki ini sangat mencuri perhatian aku, dia memang tiada bakat bermain ice-skating tapi dia tetap nak kaver macho, dah la berdiri pun tak stabil, main ice skating macam orang baru lepas sunat, lepas tu sume awek-awek yang main ice skating kau nak pandang.

3) Lelaki tabah bertopi merah: Anda perlu tahu untuk yang dah power main ice skating, selalunya tiada masalah untuk berlari di tengah gelanggang sambil berlagak buat macam-macam skill, untuk yang tak power,baru main, baru nak cuba berdiri dan selalu jatuh-jatuh maka tempatnya adalah di tepi dinding.Antara yang menjadi geng pegang dinding adalah lelaki bertopi merah.Lelaki bertopi merah ini adalah lambang ketabahan dan berani belajar.Walaupun rata-rata yang pegang dinding ini adalah wanita namun beliau tidak malu dan perlahan-lahan bergerak dari satu dinding ke dinding yang lain.Dinding itu ibarat guru ice skating beliau.Dari atas, aku doa kan moga kau jadi pemain ice skating yang hebat.

4) Kumpulan Muslimah riadah berjamaah : Dalam ramai-ramai orang di gelanggang ice skating tu, aku terpandang sekelompok gadis-gadis muslimah tudung labuh.Barokallah.Mungkin ini sebahagian dari aktiviti riadah atau usrah mereka untuk merapatkan silaturrahim.Jumlah mereka ada lebih kurang 5 orang, tapi cara mereka bermain ice skating sedikit unik, mereka saling berpimpinan tangan antara satu sama lain dan tolong menolong.Indahnya ukhwah, ini lah di namakan main ice skating berjamaah.


Ok dah puas gelakkan orang, aku pun carik surau solat zuhur.

Satu hari nanti kalau aku ada anak, aku akan hantar dia ke kelas ice skating, supaya dia tak tergolong dalam 4 kategori di atas.Mencabar jugek jadi bapa ni.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, January 21, 2011

Amer Munshi



Aku tengok dekat Pesbuk, ramai awek-awek buat status pasal perkahwinan Zaquan Adha dengan Ayu Raudhah, rata-rata status mereka ada elemen sedih kerana setiap status mereka di sudahi dengan titik panjang, Misalnya : " Zaquan dengan Ayu dah kahwin............".

Tengok, titik panjang itu menunjukkan betapa frust menonggengnya dan meronta bathin si awek pesbuk ini atas perkahwinan Zaquan dan ayu.Ini adalah semiotik tulisan dalam alam maya siber.Cukup.Tak perlu aku sembang panjang-panjang pasal benda ini.

Syabas, Zaquan yang berambut pacak berjaya mengikuti abangnya(juga berambut pacak) memperisterikan susuk seorang artis yang jelita dan bertubuh emmmm.....

Zaman sekarang ni perempuan memang suka lelaki berambut pacak.Sebab tu minggu lepas aku potong rambut,buat rambut pacak, harap-harap ada awek yang macam Rita dan Ayu terpikat.

Setakat rambut macam dr Rozmey memang kena penyepak la kau!

Bezanya, Zaquan tidak mengikut jejak langkah abangnya Aidil yang berani bernikah di Siam.Ini menunjukkan Zaquan lebih berdisiplin, berbanding Aidil yang sedikit nakal dan nekad menikahi wanita 30-an.

Kedua-dua kembar berambut pacak ini sudah berkahwin, maka bersedihlah awek-awek pesbuk.Jangan berduka wahai awek-awek pesbuk, dunia ini adil dan tidak kemarau laki-laki kacak dan metroseksual.

Bergembiralah wahai awek-awek pesbuk, kerna masih ada lagi lelaki yang hebat bermain bola, berambut pacak dan masih lagi solo teruna dan mentah di ranjang! siapa?

Amer Munshi.

Ya, ramai yang tidak mengenali beliau, ini kerana beliau mendapat pendidikan agama dari taska hingga ke pengajian tinggi, oleh itu sifat tawadduk dan rendah diri sentiasa tersalut kemas pada diri beliau.

Masih solo, berbadan sasa dan tinggi lampai seperti model seluar dalam, itulah Amer Munshi.

Kehebatan beliau di padang dan gelenggang futsal tidak kurang hebatnya.Sekali imbas aksinya persis Matlan Marjan.

Habis tu kenapa tak mewakili Harimau Malaya ?

Kau gila ? menyedari skuad harimau malaya tak kemana, hanya sekadar mampu menjuarai piala motor suzuki dan kalau setakat safee sali nak main dekat liga indon pun orang dah kecoh, maka beliau mengambil insiatif menggantung but kain beliau dan menceburi dunia akademik.

Beliau telah bermain bola seawal umur lima tahun dan terus serius bermain setelah berpantang dari sunat.

Untuk rekod, ini kejuaraan yang di sertai beliau :

-Piala Kiki Lala bawah 7 Tahun 1997.
-Pertandingan timbang bola sebanyak sepuluh kali Dato bandar Puchong 1997.
-Kejohanan Empat sebelah, kategori kanak-kanak, Piala koko krunch dan Vitagen.
-Juara pertandingan sepak penalti Piala Reformasi 1998
-Kasut emas Kejohanan Bola sepak Bebaskan anwar ibrahim 1999.
-Kasut emas kejohanan bolasepak Turun Mahathir! Turun Mahathir! 1999.
-Gol tercantik kejohanan bolasepak bawah 12 tahun Kumpulan Raihan
-5 sebelah kejohanan Pemuda Umno.
-Anugerah pemain paling seksi kejohanan bolasepak Puteri Umno.
-Juara Futsal Muktamar Pas.
-Juara Bolasepak Piala Karpal Singh anjuran DAP serdang.
-Naib Juara Futsal KEADILAN : Bebaskan Anwar!
-Anugerah Pemain paling soleh, Kejohanan Futsal Islam Hadhari.
-Pemain Paling kacak, Kejohanan futsal Alumni Jururawat Nasional.
-Johan, Futsal Undi Pakatan Rakyat 2008.
-Johan, Futsal Pakatan Rakyat tawan 5 negeri.
-Johan 7 sebelah, Pertandingan Bolasepak Turunkan Harga Minyak la Bodoh!
-Pemain Paling bernilai, Kejohanan bolasepak 16 september,Anwar menipu.


Macam mana ? hebat bukan.Banyak lagi kejohanan yang beliau sertai yang tak larat aku nak taip.

Macam ni lah, kalau anda kempunan dengan zaquan dan aidil tetapi masih lagi berharap akan muncul nya lelaki seksi, power main bola dan rambut pacak, maka Amer Munshi lah orang nya.

Malas nak sembang panjang, sebelum Si Amer Munshi ni kena pikat dengan Ana Raffali, baik kau orang email dia di achillesmonoloules@gmail.com. Perempuan sahaja! Gay dan khunsa sila pergi mampus.



Nostalgik,Amer Munshi ketika zaman kegemilangannya,sewaktu sedut choki-choki sambil menggelecek 7 pemain secara pukal .





Tuesday, January 11, 2011

Ana






"Mey, oh Mey, pandang la sini, macam tak nak layan Ana je Mey ni."

Aku masih fokus menaip papan kekunci di Blekberi aku, tanpa menghiraukan rungutan manja Ana.

"Ye Ana, sori-sori.Mey mesej mak andam tadi untuk mekap pertunangan kita nanti.sori ye."
Ana sedikit tenang mendengar penjelasan aku.

"Mey, Mey tahu tak, Ana sedih sangat taw, semua orang macam tak boleh terima kemenangan Ana, Ana sedih sangat,hurm" rintih Ana, sambil menyandarkan kepalanya di bahu aku yang sasa.Bau haruman rambutnya yang ikal mayang menerjah hidung aku.

"Sabar Ana, hiraukan saja, mereka semua tu dengki." pujuk aku.

"Semua orang tak percaya bila Ana menang!"Ana meninggikan suaranya, meluahkan kekecewaannya.

"Siapa kata ? Mey percaya, Fendi Afifi pun percaya", aku cuba memujuk Ana, Oh yah, Fendi Afifi merupakan kucing Parsi peliharaan kami, lambang cinta sejati kami berdua.

"Mey suka sangat tengok Ana perform,Kiuuuutttttt sangat, rasa nak naik atas pentas tu dan peluk Ana,hehe", Aku cuba bergurau manja dengan Ana,tapi dalam keadaan terkawal.

" Mey ni, gatal eeekkkk," Ujar Ana sambil mencubit lengan sasa aku.

" Mey gembira Ana menang, sekurang-kurangnya takde la si Tomok tu menang", tambah aku.

"Tomok ? euuwwwwwwwwwwww!" balas Ana.

Thursday, January 6, 2011

Korut Korsel



Sebangsa.
Sebumi.
Sesemenanjung.
Sebahasa.
Sama-sama sepet.

Dan Akibat tidak se-Idealogi.
Mereka memilih untuk berdarah.
Sama-sama sebodoh akibat dasar pecah dan perintah.

Tuhan, semoga Wonder Girls, baik-baik saja.

Wednesday, January 5, 2011

Sunyi

Bila kau sunyi kau hanya mampu mencipta dunia yang baru.
Dunia yang bukan sedang kau berpijak.
Dunia persis filem Inception.
Kau lah pemilik dunia itu.
Kau lah penggerak dunia itu.

Nampak Loser ha ?
Hanya mampu jadi hero dalam dunia khayalan.
Tapi bacul dalam dunia hakiki.

Pergi mampus.

Sekurang-kurangnya aku gembira di dunia yang satu itu.