Tuesday, June 19, 2018

Pengulangan (Sang Pengulang )

Manusia adalah haiwan pengulang
Yang takkan penat mengulang
Akan terus mengulangi

Ada lelaki yang melihat tangisan ibunya akibat durjana laki laki
Lalu dia mengulanginya, perempuan lain menangis

Ada perempuan yang hatinya dihampakan laki laki
Dia pulih, kuat, sekali lagi hampa kerana mengulangi

Ada kerajaan silam yang jatuh kerana terlena dengan mewah dan krisis moral
Lalu seperti biasa, kerajaan yang seterusnya turut sama mengulangi

Manusia seolah olah terikat pada roda pengulang
Menjadi hamba, menunggu giliran berulang
Sampai bilakah manusia kekal kalah pada "pengulangan" ?
Atau selama-lamanya dalam penguasaan si "pengulang" ?


Tuesday, March 7, 2017

Reste Avec Moi

Perempuan-perempuan yang diinjak-injak
Harapannya dipatah-patahkan
Perempuan-perempuan yang dinikmati tubuhnya
lalu diabaikan setelah selesai santapan
Perempuan-perempuan yang hampa, dukacita
janji padanya dicurangi, diludahi
Hati-hatilah

Tuhan mengusapi sukma mereka
Mereka menampal luka dengan senyuman
Air mata akan menyuburi harapan
Masa akan memulihkan kekuatan
Mereka akan lahir kembali setelah mati
Tumbuh semula setelah patah
Perlahan,
akan terus mereka mendaki

Malam, janganlah beranjak, memanjanglah
Bulan, tetaplah membundar, temanilah
Matahari, jangan muncul lagi, tunggulah
Biarkan perempuan-perempuan
lena dan melayang dalam mimpi indah
Biarkan angin malam menyamankan mereka
dari kepedihan

Perempuan-perempuan,
Dalam rahim mereka kita berlindung
Di dakapan mereka kita tenang
Kerana mereka kita seimbang
Hati-hatilah !


* Selamat Hari Wanita Sedunia buat kedua-dua Ibu-Mak, kedua dua arwah Nenda dan perempuan-perempuan yang sedang jatuh bangun berjuang.



Wednesday, May 4, 2016

Ada apa dengan Dia ?
Dia dikonstruk oleh apa ?

Aku terdengar,  ada penamat yang menyedihkan
Sepertinya Dia diabaikan oleh alasan-alasan yang memeritkan
Sepertinya Dia disia-siakan, diremeh-remehkan

Lalu, Dia hanya mahu di permukaan sahaja
Tak mahu menyelam, menyelusur ke dalam
Menikmati,
Dia tak mahu lagi larut
Menjadi sisa-sisa
Kerna pasti nanti bila ke atas
Tetap ada sisanya yang tertinggal

Sekali lagi,
Ada apa dengan Dia ?
Dia dikonstruk oleh apa ?

Tuesday, May 3, 2016

Penamat

Kau akan berkahwin
Aku masih begini

Telah sampai khabar kepada ku
Yang engkau akan berkahwin
Lalu, langit pun terang
Burung-burung pun menyanyi
Pelangi pun berlapis-lapis warnanya
Pokok-pokok turut menari
Semuanya kerana
Kau akan berkahwin

Di sudut yang lain
Angin bertiup kencang
Burung-burung hilang
Awan berkumpul-kumpul
Langit malap dan kelam
Seperti mahu menangis
Semuanya kerana
Kau akan berkahwin

Ada dua rasa
Gembira
Kerana kau bakal jadi isteri seseorang
Kau akan menjadi ibu buat anak-anaknya
Kau pasti bahagia
Sayu
Kerana bukan dengan aku
Yang pernah menjadi separuh engkau
Kau akan mula ke alam baru
Yang akan jadi penamat buat aku

Berbahagialah engkau
Kerana kau akan berkahwin
Dan aku masih begini

Saturday, April 16, 2016

Israel Yang Fak Atau Yang Fak Israel itu Fak

Bila tibanya musim yahudi membantai Pelestin.
Maka, Israel pun di fak.
Aku pun ikut fak.
Aku fak Israel.
Aku masih membeli peranti elektrik yahudi.
Aku fak Israel.
Negaraku dalam diam punyai hubungan dagang dengan Israel.
Aku fak Israel.
Aku tidak tahu apa itu Deklarasi Balfour.
Aku fak Israel.
Aku tak ambil tahu apa itu Camp David.
Aku fak Israel.
Tak aku ambil tahu konflik Fatah-Hamas.
Aku fak Israel.
Tak ingin aku ambil kisah mengapa mudahnya negara-negara Arab ranap dalam Perang Enam Hari.
Bagaimana Israel masih belum tumbang dalam pertempuran Yom Kippur.
Israel tetap aku fak.
Aku pun boikot Mcd.
Bila habis musim boikot.
Aku kembali ke drive thru.
Aku fak Israel.
Aku sangka Israel hanya punya Mcd.
Padahal mereka itu menguasai ekonomi dan politik.
Mereka itu menunggangi kuasa besar.
Tak hairanlah pelobi mereka sangat berpengaruh.
Aku tak kira, aku fak Israel.
Aku sokong Erdogan.
Aku lihat dia hero Islam.
Yang berani mengecam Israel di pentas dunia.
Yang berani menelanjangkan kemungkaran Israel.
Tapi kini tidak lagi, Turki tersepit.
Erdogan mula hulur salam persahabatan.
Israel senyum.
Aku masih fak Israel.
Berapa generasi lagikah Israel akan terus kita fak.