Friday, December 31, 2010

Dalil kote

Semasa aku menyertai Homestay harapan Najib 1 Malaysia, aku berpeluang bertaaruf dengan seorang rakan baru berbangsa Cina, namanya Long. Long ambil jurusan ekonomi dan bakal menjadi cikgu ekonomi.


Aku : Ok tak Long amek ekonomi, susah ?

Long : emm, ok la jugak, saya pun ada blaja pasal islamic economic juga ma..

Aku : woah! yeke...( aku tertarik,ada harapan nak tarik Long jadi Muallaf macam Ridhuan tee)

Long : saya ada blaja pasal mudolobah ( sebenarnya, mudhorobah), liba ( sebenarnya riba')

Aku : ooo, bagus-bagus, lagi awak belajar apa ?

Long : ada lagi satu, emmmm, dalil..... dalil..... dalil KOTE !

Aku : Ha, apa dia ?

Long : dalil KOTE ma, Kote, dalil kote sama dalil nakali. ( sebenarnya yang Long maksudkan adalah dalil kot'i dan dalil nakli(دليل قطعي))

Aku : Long, bukan dalil kote ma, dalil kot'i, kot'i, kote tu penis ma! jangan silap sebut lagi, boleh bawak bergaduh ni.

Long : oh! sori-sori, silap ma, Kotthee ma ( masih ada bunyik-bunyik Kote lagi ! )

Wednesday, December 29, 2010

Harimau yang Cemerlang

Daulat Rajagopal. Salut untuk barisan harimau, walaupun rata-ratanya majoriti baru baligh,mereka mampu membuat satu Malaysia ejakulasi maksima!

Untuk Timnas Indonesia, Takziah, anda lawan yang hebat.

Garuda di Penis ku !

Harimau turun dalam pertandingan sebagai pasukan anjing bawah.Tanpa wajah hensem si laki rita dan balak ayu yang termasuk dalam senarai longgar lutut, juga beberapa pemain utama yang lain.

Asra membuktikan bahawa beliau mungkin selayaknya memiliki Rozitek cik wan, walaupun pada perlawanan pertama peringkat grup, beliau bermain tahap kejohanan Piala Kikilala.Namun Asra bangkit menjadi harimau yang matang.

Sungguhpun, beberapa pelakon montok sinetron indon mahu mengganggu kosentrasi pemain Harimau dengan memperagakan bonjolan payudara mereka, tetapi di bawah pimpinan Rajagopal yang tawadduk,harimau berjaya mengawal nafsu syahwat dengan baik.

Atas kemenangan ini, setiap pemain akan di hadiahkan motor suzuki smash, supaya senang pergi training.

Semoga piala suzuki ini akan menjadi inspirasi buat kanak-kanak lelaki belum mumayyiz di Malaysia untuk membawa harapan ngauman harimau di pentas piala dunia.

hey kanak-kanak ! Harapan seterusnya di kaki anda !

Berhentilah bermain guli, berhentilah menonton karton, berhentilah bermain gundam, kereta kawalan jauh dan tikam-tikam 20 sen.Suroh mak ayah beli bola dan but kain.Mulalah menyepak bola dan jadi yang seterusnya!

" Kita hensem, dan kita layak menang" - Aidil zafuan, si laki rita.

Tahniah Harimau !


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, December 24, 2010

Kampung Sepakat Jaya

Aku baru pulang dari Homestay di perak.Seminggu aku tuang kelas dan berpisah dengan lecturer cun.

Sayugia di ceritakan di sini, homestay tempat aku bertandang itu merupakan wilayah PPRT yakni Projek perumahan rakyat termiskin. Sosio-ekonominya memang tak sama dengan Bukit Bintang.

Kesemua populasi mereka merupakan etnik melayu bumiputra.

Tak sangka aku di balik kemegahan putrajaya dan akan datang menara warisan.Ada warga pribumi yang masih menghuni teratak usang dan makan ala kadar.

Walapun begitu, mereka sangat baik dan ramah.Tak kedekut, pemurah dan perihatin.

Kepada penduduk kg sepakat jaya.Jika suatu hari nanti saya sudah kaya raya seperti ddr Rozmey 2 Alam, saya akan bina jamban duduk di setiap tandas rumah anda.

Saya akan ganti papan rumah anda dengan batu bata berkualiti.

Untuk anak-anak anda yang menjadi mat rempit, saya akan hantar mereka berlatih dengan Rossi , seterusnya mengharumkan nama negara dalam arena sukan motor.

Anda tak perlukan Barisan Nasional atau pakatan rakyat.Anda hanya perlukan sistem yang baik. Sistem yang nyah-korupsi dan anti-realpolitik.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, December 23, 2010

Rasis itu Celaka, Celaka!

Terima Kasih pada Wafda Yok Kamilen yang melontarkan bait-bait ini, wafda Yok merupakan seorang atlet muslimah yang sangat kuat staminanya sekuat nafsu makannya, selain berbakat dalam sukan islami, wafda yok juga berbakat dalam melaungkan sajak, seorang yang berbadan ikan bilis tetapi bersuara petir !




Dan Celakalah rasisme.
Bala turun temurun umat manusia.
Malapetaka kiriman azazil.
Untuk jiwa-jiwa yang pro-kebangsatan.


Celakalah 13 mei.
Celakalah tragedi kampung medan.
Dan seluruh polisi diskriminasi ras-ras.
Celakalah.


Jangan jadi bengap.
Lihat lah sejarah yang berdarah.
Episod duka.
Paling pailang.
dan apa kau sanggup menjadi bagian dari darah-darah itu ?


Campak sahaja perangai lahanat itu.
Apa perlu kau emo-emo.
Yang mata sepet.
Yang kulit hitam
Mereka juga sama.
Punya rasa Seperti kau.
Tidak perlu ada rasa aryan.


Ayuh anak muda!
Siap siaga!
Ini manifesto kita.
Ini utopia kita.
Untuk dunia yang lebih baik.
Untuk dunia yang meraikan perbedaan dan kepelbagaian.
Teruskan menyebar suara-suara keamanan.
Hingga lupus wabak rasis.


Katahuilah.
Rasis itu merupakan kecelakaan yang paling celaka!


Saturday, December 11, 2010

Surat untuk Tuhan

Genap dua dekad aku berjalan.
Dari kantung telo hingga keluar dari rahim.
Berkenalan dengan kau, di asuh dengan silibus kau.

Genap dua dekad aku berjalan.
Dari tadika islami hingga sekolah islami dan Kolej islami.
Berkenalan dengan ilmu kau dan ciptaan kau.

Dan dua dekad ini.
Kadang kala aku malaikat.
Kadang kala aku azazil.
Maaf.
lebih banyak azazil dari malaikat.

Untuk apa kau bikin aku , kalau kau maha mengetahui aku akan bikin durja ?

Aku cuba jadi yang terbaik,tapi aku gagal.
Gagal melempang setan-setan kau.
Gagal mengelak nafsu dan syahwat yang kau kirimkan.
Sampai sekarang.
Aku masih gagal.

Lalu, kenapa aku tercipta ?

Aku tidak bisa jadi warga Greek kuno.
Mahu lawan tuhannya,Zeus.
Aku tak bisa.
Tak daya aku.

Ketahuilah yang maha mengetahui.
Setiap saat yang bergerak.
Aku rasa makin jauh dan jauh.
Dengan rahmat kau.

Ketahuilah yang maha mengetahui.
Masih ada rasa dalam rasa ini.
Mahu pulang ke rahmat engkau.

Walaupun, harapan meraih surga itu tipis.



Wednesday, December 8, 2010


Sebahagian Essemen aku yang di buat serupa gampang dan malas-malas serta berbaur ILuvIslam.Oleh sebab ini adalah tulisan dari tangan aku, maka aku layak untuk jadi editor ILuvIslam atau ana muslim satu masa nanti, oh ya, penulis novel cinta ala-islami, boleh jadi jugek.


Poligami, Isu yang di salah ertikan

Masyarakat islam pasca moden, khususnya di Malaysia masih alergik apabila di lemparkan dengan topik poligami.Bahkan terdapat badan NGO pro-feminis menentang poligami yang kononnya menganiaya kaum wanita.Mereka menganggap perbuatan poligami sebagai ketidakadilan dan eksploitasi pada wanita.

Perintah poligami telah di turunkan sekitar 1400 tahun yang lampau, pastinya setiap perintah dari tuhan itu bersebab dan punya hikmah.Situasi pada masa itu berkisar tentang peperangan antara tentera muslimin dan kuffar, yang mana kematian tentera-tentera muslimin ini mengakibatkan isteri-isteri mereka menjadi janda.Lalu perintah poligami telah memberi pembelaan pada isteri-isteri mujahidin ini.

Islam telah menetapkan rukun-rukun dan syarat-syarat untuk berpoligami.Ya, ini adalah garis panduan agar kaum wanita sentiasa di lindungi dan tidak teraniaya.Kuncinya di sini adalah berlaku adil.

Fikrah yang di lontarkan oleh NGO pro-feminis ini berfikrah sempit dan tuli.Mereka berkata poligami itu sebagai ketidakadilan bagi pihak wanita, nah, bukankah kes-kes monogami pada masa kini juga berlaku penyelewengan ke atas kaum wanita? Jika begitu monogami patut di haramkan ?

Saya tidak menyalahkan golongan NGO-pro feminis ini secara total, mungkin berlaku kesilapan dari bahagian taktikal dan strategi para pendakwah kita yang mungkin masih mengamalkan manhaj dakwah konvensional.

Perkara paling mustahak dalam hal ini, ialah bagaimana kita mahu berlaku adil dan bagaimana kita mahu menepati rukun-rukun poligami.Selalunya, bahagian ini yang kita sering gagal, dan akhirnya poligami itu di pandang jelek.

Pada era Jahiliyyah, pra-Islam, poligami di amalkan sewenang-wenangnya dan ketika itu suami mempunyai ramai isteri, malah ada yang mempunyai ratusan isteri.Islam akhirnya mensucikan poligami dengan membawa versi poligami bersistem.

Kita seharusnya memandang poligami sebagai penyelesaian kepada penyakit sosial yang menjadi bala pada hari ini.Bala yang saya maksudkan di sini ialah pelacuran, seks bebas, bohsia, zina, budaya pembuangan bayi secara kolektif dan lain lain.Wanita-wanita yang terlibat dalam gejala sosial ini adalah lebih mulia walaupun mereka menjadi isteri ke-dua,tiga atau empat.Mereka tidak perlu menjadi bahan muka depan akhbar, cukup sekadar bernikah.

Dalam masyarakat bukan Islam, lebih daripada 65 peratus lelaki yang berkahwin mempunyai hubungan dengan lebih dua, tiga dan empat wanita, bahkan 45 peratus wanitanya mengadakan hubungan di luar perkahwinan.


Anggap sahaja, poligami ini sebagai ubat bagi penawar penyakit, bagi suami yang mempunyai nafsu luar biasa, poligami ubatnya,bagi masalah isteri tidak mampu melahirkan zuriat, poligami ubatnya.Begitu juga dengan penyakit sosial, poligami jugalah ubatnya selain dari penubuhan sekolah Pengasih di Melaka.Penyakit sosial ini umpama satu peperangan untuk kita menghadapinya.

Jelas, jika anda memerlukan ubat ini, gunakan , tetapi bersyarat.Jika anda tidak perlukan ubat ini, usah mengambilnya.

Menurut Ahli Majlis Fiqah Amerika Utara, Sheikh Muhamad al-Hanooti, realitinya susah untuk mendapati seorang daripada 10,000 Muslim yang berkahwin lebih daripada seorang isteri. Di antara 22 negara ahli Liga Arab, Tunisia melarang poligami. Bagaimanapun, ia tidak dipersetujui kebanyakan negara Arab yang menerima pengaruh barat dan sekular seperti Syria, Mesir, Morocco dan Lubnan.

Bukan saja di Malaysia, bahkan di alam islami yang lain poligami semakin terasing akibat proses globalisasi mentaliti yang mereka gelar atas nama keadilan dan demokrasi.


Sudut pandang poligami dari segi politik, ekonomi dan sosial

Ketiga-tiga entiti di atas penting dalam memastikan budaya poligami pada masa akan datang berjalan optimum dan efektif.

Politik adalah tunjang pemerintahan dalam sebuah daulah, soalnya apakah dasar politik daulah terhadap poligami ? apakah pemerintah cenderung menjadikan poligami sebagai ubat untuk penyakit sosial yang kian tenat ?

Dalam hal ini, politik mempunyai kuasa dari segi perundangan dan pelaksanaan poligami.

Sering kali, ekonomi menjadi penghalang dalam aktiviti berpoligami.Ekonomi yang makmur dan sejahtera mampu mewujudkan suasana stabil.Tiada masalah, jika subsidi poligami di perkenalkan bertujuan untuk membantu keluarga yang berpoligami.

Seterusnya, mentaliti sosial atau masyarakat harus berubah untuk menerima poligami, pendidikan atau sukatan mesti di mulai untuk membentuk generasi adil.Budaya bercinta terlalu setia dan serius juga harus di kikis supaya poligami nanti tidak terlalu di emosikan.

Friday, December 3, 2010

Lecturer Cun, menjana Kehadiran pelajar.

Semester ini adalah semester yang cukup umpph!, bagi aku.Secara umumnya untuk lelaki bujang.

Ini kerana salah seorang lecturer yang mengajar aku merupakan seorang lecturer yang muda lagi cun, penuh karisma dan ala-ala awek cinta islami.

Dan untuk rekod, aku masih belum ponteng kelas lecturer cun tu lagi, kelas ganti pada waktu malam pun aku datang,walaupun aku demam.Ini amat memeranjatkan, jika di teliti rekod-rekod kedatangan aku pada semester lepas, memang ada banyak lubang ketidakhadiran.Kalau ada anugerah dekan bagi kategori kehadiran pelajar, soheh!, memang aku takkan dapat.

Tapi, demi lecturer Cun, apa pun boleh, hujan, aku redah, demam, aku gagahkan.

Suatu hari, pada waktu pagi, kelas lecturer cun, aku datang lambat.Setibanya di kolej, aku terus parking motor dan jalan selaju yang mungkin, menuju ke kelas lecturer cun.Ah! takkan hero datang lambat, malu lah sama lecturer cun.

Tidak jauh dari tempat aku berjalan, ada susuk seorang awek cun sedang berjalan jugek, awek cun tu membawa buku yang sangat banyak,kesian dia.Sambil berjalan anggun, awek cun tu melemparkan senyuman manja pada aku.

Ceh, ada hati nak goda aku, aku menghiraukan senyuman itu sebagai tanda laki-laki egois sambil mempercepatkan langkah.

Sampai di kelas, aku terus sujud syukur, alhamdulillah, lecturer cun belum sampai lagi rupanya.

Lima minit kemudian, lecturer cun sampai. Aku terpaku.

Eh, macam kenal.

"Amer, kenapa tak tolong saya angkat buku tadi, sampai hati ek...", Lecturer cun berbicara pada aku, hati ke hati.

"erk...hihi", itu je yang mampu aku cakap.

Fak,fak, faaakkkkkkkkkkkk.!

Cibai, sumpah aku tak cam awek cun tadi, rupanya awek cun tadi lecturer cun aku.Fak!

Lecturer cun ni pun satu, selalu dia pakai tudung ala-ala indon, tapi hari ni pakai tudung lain pulak.Memang lah aku tak cam.

Bayangkan kalau 10 minit yang lalu, aku tolong lecturer cun angkat buku.Peh, mesti hari ni relationship status kat FB aku adalah in relationship.

Dan paling penting, mesti hari ni aku dah upload gambar posing manja dengan lecturer cun dekat ICT mungkin, atau pokok strawberry Cameron Highland, boleh jadi.

Ah, fak.

Wednesday, November 24, 2010

Rasyid dan perniagaan alat pelindung telo dari radiasi





Macam biasa, di balik Rasyid.

Aku respek sama Rasyid, dia seorang anak muda yang bercita-cita mahu menjadi mufti Melaka walaupun perangainya tak serupa Mufti.Dia juga seorang yang mahu bersedia menghadapi masa hadapan.

satu hari Rasyid berlabon : "Mer, kita ni belajar pun dah hutang beribu-ribu dengan PTPTN,belum kerja lagi dah kumpul hutang, kang dah kerja nanti mesti susah dowh, yela nak kahwin lagi, lepas tu mesti nak kena ada rumah sendiri, kereta sendiri, larat ke nak bayar hutang PTPTN ?"

Aku hanya mengangguk dan mendengar khutbah Rasyid, betol kata Rasyid, generasi muda Malaysia memang tengah sesak, kualiti hidup di Malaysia semakin celaka.Malah statistik jumlah hutang isi rumah dan GINI pengukur jurang kaya dan miskin menunjukkan Malaysia di tahap membimbangkan, semuanya gara-gara mengejar status negara maju, tapi angkasawannya takde kerja lain selain membuat ujian samaada gasing boleh berpusing ke tak di angkasa sambil bedal juadah raya.

" Jadi sebagai mahasiswa, kita kena bersedia mer, kena pandai hidup, kena pandai cari duit sendiri masa belajar ni, sebab tu sekarang aku join bisnes." ujar Rasyid dengan gaya CEO bumiputra.

Aku menarik muka dengan wajah menganjing sebagai protes dan tanda Fuck you! pada MLM.

"Rilek-rilek, kau jangan ingat ni MLM, ni bisnes biasa, jujur punya, aku tolong jual kan kakak aku punya barang." Cibai, Rasyid boleh baca fikiran aku rupanya, ada ilmu kasyaf , patut lah nak jadi mufti.

Rasyid pergi ke lokernya sambil membawa keluar sebotol minyak wangi.

"Ha, ni perfume ni RM 170, bau dia memang stim, 2 hari boleh tahan.Beli la mer, tolong member-member"pujuk Rasyid.

"Peh, mahal gila perfume ni, kau boleh jamin ke kalau aku sembur perfume ni, semua awek boleh melekat dekat aku ? tak nak la, mahal sial." aku menolak tawaran Rasyid.

"Ok, kalau kau taknak yang ni takpe, ada satu barang ni murah sikit.Alat penapis radiasi, murah je,RM 18, alat ni kita tampal dekat belakang henset.Kau tahu bahaya radiasi ni macam mana ?" soal Rasyid.

"Macam mana ?" tanya aku kerana bodoh sains dalam bahasa inggeris.

" Ok, bahaya radiasi ni macam ni, kau letak sebijik telur antara dua henset, kemudian henset tu kau kol pada henset satu lagi.Radiasi yang lalu antara henset tu pada telur, menyebabkan telur tu boleh masak, boleh buat telur kenduri kahwin.Ha! itu baru telur ayam,bayangkan kita yang selalu letak henset dalam poket seluar ni, macam mana pulak dengan telur kita? telur yang akan melahirkan generasi masa depan kita? selamat ke sperma dalam telur kita ni ?mampu ke kita nak lahirkan zuriat yang sihat? kau tak takut ke mer.....PUNG! PANG! PUNG! PANG! PUNG! PANG!

Rasyid memberi penerangan dengan penuh bergaya ala-ala pakar perubatan dan urut bathin.

Aku memang nak gelak, tapi aku tahan.Kerana perkara zuriat ni benda serius, so, aku kena serius.serius.Serius bagaikan seorang ayah mendidik anak-anak.

HAHA! Balik je rumah aku terus senyum, mana tak senyum, Rasyid aku rasa kau kena lebih berhati-hati dan take care pasal telo kau, kau punya henset sampai dua bai, satu nombo maxis,satu nombo celcom, aku ada satu henset je bai, macam mana impak radiasi dari dua henset tu ke atas telo kau ? aku doakan telo kau kebal bro.

Dan lagi satu, aku rasa lebih baik dan praktikal kalau alat penapis radiasi tu di tampal pada scrotum telo kita.

Rasyid, patut lah aku kol henset kau selalu tak dapat, ada penapis radiasi rupanya,lahanat!





Tuesday, November 16, 2010

Mesej Dari setan, durja ningsun,Penampakkan arwah dan Sundel Bolong

Ini cerita seram, lagi seram dari cerita tahyul TV3.

Beberapa hari yang lepas, aku telah menerima secubit mesej dari inbox henpon aku.Aku amat gembira, kerana setelah sekian lama, mesej-mesej bodoh kembali singgah di inbox aku, selalunya mesej-mesej bodoh, mesej cinta islami atau ILuvIslam ni dapat masa sekolah dulu.

Mesejnya begini :

Plz forward this msg....

From.886958025776.
Msg : Nama aku Natasya,umurku 23 thn.Aku meninggal pada tanggal 17.1.07..Aku di bunuh, di perkosa,tubuhku di potong, jsd ku di buang di psisiran pantai.. Aku mencari pembunuhku kerana polis blm menemukan jsd ku.Tlg sebarkan mesej ni pd 10 org, jk tdk aku akan mengganggu mu..Jgn sekali2 engkau mhpskan msg ini sblm mnybrkan...Maka aku akan dtg pada mmpimu @dduk di tepi ktilmu pd mlm ini!!..Tolonglah sebarkan msg ku kepada 10 manusia!!



Masa aku dapat mesej ni, aku duduk dan berfikir, lama bai aku fikir, nak foward ke tak nak mesej ni, nak ke tak? aku ambil keputusan supaya buat bodoh, tak payah foward mesej ni, sebabnya :

1) aku sebenarnya mengharapkan arwah natasya ni datang, ganggu aku, supaya boleh aku deal jadi member dengan dia, boleh angkat dia jadi saka aku macam cerita ceplos.Jadi bomoh bersaing dengan darul syifak ok jugek.

2) aku dah stanbai awal-awal tukul besi kuku kambing sama paku kedai hardware, sebab kalau arwah natasya datang, boleh aku paku kepala dia.Selalunya hantu yang kena paku ni jadi perempuan cantik dan gebu bai, memang aku inzal setiap malam.

Mesej-mesej pundek macam ni memang patut di jari tengahkan.

Aku harap tabloid Mastika dapat bongkar kes arwah natasya ini, selalunya mastika la yang paling rajin buat cerita-cerita puaka ni.Kamon Mastikar!

Kepada arwah natasya, aku harap kau kena rembat sama malaikat munkar dan nakir atas kesalahan memiliki henset ketika mati.

Wednesday, November 10, 2010

Malaysia terkulai berdepan Miyabi




Sukan Asia, China. Acara bolasepak Laki-laki.






Skuad Harimau Malaya tewas ke atas Pasukan kegemaran Maria Ozawa ,Samurai Biru, 0-2.Skuad Harimau Malaya turun dengan rata-ratanya di barisi pemain muda yang baru tiga atau empat tahun melepasi tahap baligh.Rajagopal terpaksa menurunkan pemain teruna dan bujang kerana kebanyakkan pemain yang sudah bernikah seperti kapten Aidil Zafuan longgar lutut angkara Rita.Ini termasuk juga pemain senior Norhafiz Zamani yang turut di senarai longgar lutut akibat perkahwinan.

Skuad muda Malaysia yang hampir kesemuanya tidak mempunyai pengalaman bersetubuh terpaksa bermain menentang skuad Miyabi yang jauh lebih berpengalaman.Skuad Harimau Malaya bermula baik pada sepanjang 15 minit pertama perlawanan, dengan serangan ghairah dan ringan-ringan berjaya mencanak-canakkan skuad Miyabi.

Tetapi, 15 minit kemudian, simpton lekas ejakulasi di lihat jelas menghantui skuad Harimau malaya.Latihan urut bathin dari minyak belacak dan minuman tongkat Ali di lihat tidak berkesan.

Skuad Miyabi di lihat terus rancak mendominasi perlawanan, dengan sentuhan-sentuhan ala-ala dildo membuatkan skuad Harimau Malaya terkulai tidak melawan.Menyerahkan keterunaan dengan mudah.

Separuh masa kedua, skuad Malaysia terus di Three sum kan oleh skuad Miyabi.

Aksi Skuad Harimau Malaya kelihatan setaraf dengan aksi 3gp tempatan berbanding skuad Miyabi yang sudah go internasional, melalui DVD HQ dan anime.

Malaysia 0-2 Miyabi.

Tazkirah Tengah Hari dari Rasyid

Lokasi : Bilik Rasyid, Kolej Universiti islam Kapitalis.


Sebelum Ke kuliah sebelah petang, aku sempat di sekolah kan oleh Rasyid, rakan sekelas aku.


"Kita ni mer, belajar agama ni susah sikit, orang pandang tinggi mer, itu hari aku pergi karoeke dengan member aku, eh! dia boleh sound aku pulak, sebab kenapa aku karoeke sedangkan aku ni blajar agama, eh! menyirap pulak hati aku, apa dia ingat agama islam tu sempit ke sampai tak boleh karoeke, yang penting jangan berhibur sampai lagho, itu je.Itu lah susah kalau tak paham agama nak sembang pasal agama.Tengoklah satu hari nanti aku dah jadi Mufti Melaka, aku nak ubah mentaliti umat islam kita......PUNG! PANG! PUNG! PANG! PUNG! PANG! PUNG! PANG!........" -ujar Rasyid yang hanya memakai boxer separuh bogel dan rokok nusantara berasap kemas di bibirnya.

Aku hanya diam dan ketawa sinis dalam hati.

Sunday, November 7, 2010

Mak

Maafkan aku,Mak.
Aku tak bisa jadi anak Soleh.
Aku tak bisa jadi anak yang kau inginkan.
Aku tak bisa jadi anak yang menyenangkan.

Maafkan aku, Mak.
Kau berhempas pulas lahirkan aku.
Kau di bedah semata-mata lahirkan aku.
Kau selalu menangis kerana aku.
Kau di cerai, di jandakan.
Kau di sakiti.
Kau dukung segala beban.
Maafkan aku, Mak.

Mak.
Kau lah kekasih hakiki aku.
Kau lah cinta pertama aku.
Sejak aku bayi.

Selama aku hidup, aku telah bertemu ramai gadis.
Tapi, tidak satu pun kasih mereka yang sehebat kau.
Sehalus kau.
Setelus kau.
Seenak kau.

Kau kekasih tingkat tinggi.
Dan.
Yang teratas.
Bidadari paling manis.

Maafkan aku, Mak.
Maafkan aku, Mak.
Maafkan aku, Mak.

Mak.
Aku dah lama tak menangis.
Kononnya, aku ini laki-laki perkasa.
Yang mana mungkin jatuhkan air mata.

Untuk kau, Mak.
Aku rela menangis.
Dan menangis.

Maafkan aku, Mak.

Wednesday, November 3, 2010

Kematian di Medan Perang Baru



1Malaysia kita sekali lagi menunjukkan kejayaan luar biasa yang harus di kongsi bersama.

Seperti yang anda lihat, angka-angka di atas merupakan indeks kematian Jalan Raya bagi sesi 2009 yang rajin di buat oleh world Health Organization.Kalau tak puas hati, tengok sini.

Sekali pandang nampak macam membanggakan, kerana kedudukan nombor 58 itu menunjukkan ianya lebih baik dari ranking bolasepak skuad kebangsaan ataupun indeks kebebasan media.

Sabar-sabar, jangan bangga dulu.

Sebenarnya turutan statistik di atas adalah menurun dari paling celaka ke paling cemerlang.

Jadi, 1Malaysia kita berada di kedudukan ke-58 terburuk.Yah, begitulah realitinya.

Tentu kita tak berasa hairan dengan keputusan statistik ini, kerana di Malaysia, kemalangan jalan raya itu adalah budaya dan kebiasaan.

Hampir setiap hari, di muka kosmo mahupun metro akan bersurah tentang kemalangan jalan raya.Itu biasa.

Kematian secara jemaah di jalan raya pada musim perayaan juga, itu biasa.

Malah budaya orang ramai menonton kemalangan di jalan raya juga, itu biasa.

Sebanyak 23.6 bagi purata per 100,000 populasi di catatkan untuk kematian syahid di jalanan, dan sejumlah 6282 kematian syahid di jalanan juga berjaya di laporkan.

Kedudukan di tangga ke -58 dari senarai 178 negara adalah sesuatu yang tidak menyeronokkan.Bagi 1Malaysia, iaitu sebuah negara yang selalu sembang gebang untuk menjadi negara maju wawasan 2020 dan ekonomi berpendapatan tinggi, kedudukukan ke-58 ini seperti tidak kena, seperti seseorang yang beriya-iya mahu ke konser Maher zen, tapi tiket konsert maher zen pun tak mampu di beli.

Negara-negara maju, rata-rata nya berada di kedudukan 100 ke atas bagi indeks kematian jalan raya ini.Manakala di atas dan bawah kedudukan ke 58 Malaysia, kebanyakkannya adalah negara-negara lanun, bergolak dan mundur.

Negara-negara lanun, bergolak dan mundur ini mungkin tidak sehebat malaysia, mereka mungkin tidak punya lebuhraya semoden Malaysia dan mungkin tidak memiliki KTM sepantas Malaysia.Untuk Malaysia yang sentiasa turap jalan setiap kali pilihanraya tetapi masih berlaku kemalangan adalah sesuatu yang menghairankan.

Apakah rakyat Malaysia suka berlumba di jalanan? , tapi motor GP tetap Rossi yang pegang, F1 pulak, Alex Yong tak pernah menang.Drift ? buat cerita KL Drift boleh la brader.

Mungkin kita sepatutnya menghalusi masalah ini dengan meneliti kembali dasar-dasar pengangkutan, sikap dan sistem sosial masyarakat.

Adakah 10 tahun dari sekarang dalam menuju wawasan 2020, 1 malaysia mampu mencatat jumlah minimum ataupun sifar bagi kematian jalan raya ?

Ataupun 10 tahun kemudian, 1malaysia bergelar negara maju tetapi maju syok sendiri macam Melaka tu lah.Sendiri iktiraf, sendiri angkat bakul.



Maju itu mesti dari segi fisikal dan rohani.- Buku sejarah Form 4-




Monday, November 1, 2010

Jiran Depan Rumah

Jiran depan rumah aku ni merupakan keluarga yang lengkap, ada suami isteri dan dua orang anak perempuan yang cute, umur baru 4 tahun aku rasa.Kalau sebaye aku dah lama aku rembat dah.

Masalahnya sekarang, hampir setiap hari aku akan dengar si emak menjerit-jerit marah pada anak-anaknya.Peh! emak dia memang pailang habis.

Ini memang penderaan mental untuk aku, walaupun aku tak tahu apa yang di buat oleh si emak pada anaknya.Aku harap setakat hari ini, anak-anak dia masih hidup dan terus bertahan.

Kadang-kadang masa aku nak solat pun si emak terjerit-jerit marah anaknya.Terpaksa aku takbiratul ihram lebih tiga kali, khusyuk apa tah lagi ?

Masa aku tengah berak pun suara mak dia memekak dengar sampai jamban rumah aku.Terpaksa aku sambung berak dekat kolej.

Cibai betul hidup ini macam.

Antara kata-kata si emak yang sempat aku tangkap ialah :

"Kau ni ! menyusahkan aku aje lah, kau tahu tak aku penat ni, susahkannnnn aku ajeeeeeeee!! "

"Menyesal betul aku lahirkan kau ni !!!! "

Ada lagi.Ada lagi.

"Kau ni buat sepah je lah!!! Baik aku mati la kalau macam ni!!!! "

Seram.Seram.memang seram.

Aku hanya mampu berdoa sahaja semoga malaikat membawa rahmat keberkatan dan kemanisan iman pada keluarga mereka.

Kadang-kadang aku saja je bukak lagu Maher zen, kasi pasang kuat-kuat, kot-kot si emak ni boleh insaf ke, terbukak hati ke, tapi macam tak berhasil je, Ntah-ntah dia pun tak kenal Maher zen tu apa.

Aku bukan apa bai, kang jadi pape aku jugak yang kena, sebab aku ni antara jiran terdekat dia, kang di buatnya si emak ni potong anak dia masak jadi lauk ke, tak pun si emak ni yang terjun bunuh diri.Aku jugek yang susah nanti bai.

Kang aku pulak yang kena jadi saksi kat mahkamah, polis soal siasat semua.Aku malas la bai, assignment aku banyak tak siap lagi ni.Leceh la macam ni.

Tapi aku dah plan dah, kalau lepas ni si emak ni makin meroyan-royan, aku akan panggil jemaah tabligh masjid sri Petaling datang sini.Biar si emak tu tahu Kitab fadhilattul Amal tu tebal mana.Baru dia tahu penangan dakwah Tabligh.

Tapi kalau plan ni tak jadi jugek, aku akan selamba slowtalk sama si emak, biar aku yang jaga anak-anak dia.Ah! seronok jugak jadi bapa dalam usia muda ni.Baru lah awek-awek pun suka kalau lelaki suka budak-budak.

Sunday, October 31, 2010

Punca kekalahan Negri Sembilan






"Yangggg, abang Lenguhhh......................."=(




"HikHikHik...HikHikHik"=)




"Yang, tolonggggggggggg!! Nak urut........" =(




"HikHikHik, Uols jangan lebih-lebih ea, kang hubby i tendang Uols macam tendang bola kang, HikHikHik"









Saturday, October 30, 2010

Ulasan Bukan edisi Astro Arena - Kelantan Vs Negri sembilan


Kelantan berjaya mencipta sejarah, untuk pertama kalinya kelantan berjaya menjulang Piala Malaysia buat kali pertama dalam sejarah bola sepaknya.Julangan yang cukup-cukup tinggi setinggi terbangan Wau di awangan untuk seluruh abe-abe dan mek-mek kelate.

Stadium Bukit Jalil di hurungi jersi merah Pahlawan merah, seolah-olah peta negeri kelantan sudah bertukar ke kawasan lembah kelang.Menjadikan ianya malam minggu yang menyoronokkan.Galas, di lupakan seketika.

Perlawanan yang memang standard bola sepak Malaysia, seperti tidak biasa, kedua-kedua pasukan bermain seperti mana pasukan dari malaysia sepatutnya bermain.

Senyuman harus di berikan kepada pasukan Negri sembilan kerana menunjukkan permainan hensem sehensem muka player mereka, gerakkan satu-dua yang di tunjukkan player negeri sembilan membuatkan 1Malaysia tergamam.

Negeri sembilan terpaksa bermain cantik, ini memandangkan rata-rata pemain mereka berwajah kacak dan jambu, malu lah kalau muka hensem tapi main macam celake, hanya dua tiga orang yang bermuka pailang, seperti Shukor Adan.Aidil Zafuan memimpin rakan-rakannya untuk terus bermain hensem pada separuh masa pertama perlawanan.

Kelantan turun dengan garang dan berwajah tegas seperti mana tegasnya rakyat kelantan menuntut royalti minyak mereka.Sungguhpun, ketinggalan pada seketika waktu, Apapun, Kelantan berjaya buktikan, walaupun player mereka tak sekacak player negeri sembilan dan tak berjaya mengurat mana-mana artis, mereka mampu menang.Mereka tak perlukan rita rudaini.

Keluarnya Aidil zafuan yang hensem pada babak kedua perlawanan bermakna terhentinya delegasi permainan hensem Negri Sembilan.Walaubagaimanapun, Aidil patut berasa gembira, kecederaan kakinya boleh di jadikan alasan untuk Rita rudaini mengurutnya sepanjang minggu.Enjoy your urut brader !

Aku lebih memberi tumpuan pada ulasan komenteter perlawanan di astro arena, tah hape hape punya mutu ulasan, macam borak dengan awek dalam henset, ade ke borak-borak pasal rambut player, pergi lahh mampus dia nak rambut macam mana.Astro punya piring kalau besar macam kuali kenduri pun tak guna, hujan tak, tiba-tiba tersekat-sekat, apa punya gampang laa.Pada aku, Astro arena umpama RTM kedua.

Alhamdulillah, stadium tak terbakar, tiada kematian, batu bata pun takda orang baling.Cuma yang paling dramatiknya apabila botol-botol menghiasi balapan, apa la dorang ni, pergi baling botol dekat balapan apa barang ? Baling lah dekat Pegawai-pegawai FAM tu, bila lagi nak lepas geram ?

Tahniah Kelantan Dan Negri Sembilan =)

Pengadil Macam ni lah yang kita Mahu !





Kalau pengadil bolasepak seperti ini wujud di liga Malaysia.

Ini satu rahmat.

Gerenti stadium akan penuh.

Penyokong nak gaduh pun tak jadi gaduh.

Stadium pun takkan terbakar.

=)

Friday, October 29, 2010

Rakyat Malaysia bukan bangsa Malas Membaca ok ? respek sikit la....


Angka-angka di atas sudah cukup untuk menggambarkan bahawa perkembangan jalur lebar antara sesawang di 1Malaysia sedang pesat dan klimaks.

16,902,600 pengguna dan penyembah jalur sesawang di 1Malaysia,bermakna lebih dari separuh populasi bangsa Malaysia mengabdikan diri di hadapan skrin komputer.

Aku berani katakan ,sesungguhnya rakyat 1Malaysia gemar membaca.Walaupun capaian jalur lebar di sini seperti berukbeng celkom macam pundek lembab dan streamik TM kadang-kadang panjut laju, kadang-kadang tak terpanjut, tapi keghairahan pada internet tetap kukuh dan mampan.

Kenyataan bahawa kaum bumiputra atau kaum lain di negara ini malas membaca adalah kenyataan yang konvensional dan tradisional,kenyataan ini sesuai di ucapkan ketika maher zen belum di kenali lagi.

Kita tinggalkan dan tolak tepi dahulu kepada mereka yang mengakses internet dengan nawaitu menziarahi laman porno dan melihat miyabi berhenjut. Mereka yang gemar berjihad dalam alam DOTA pun kita tolak belakang dahulu.

Yelah, takkanlah kesemua jumlah 16,902,600 pengguna internet ini semuanya stim menziarahi laman porno, ini mustahi, dan takkan lah jumlah 16,902,600 ini kesemuanya bertahajud untuk berDOTA, ini juga mustahil.

sebenarnya, menziarahi laman porno dan berDOTA adalah aktiviti yang sementara, Mereka yang menziarahi laman porno kebiasaannya akan bosan dan berhenti berziarah sebaik sahaja letih bersenam.Dan mereka yang bermujahidin berDota juga akan berhenti sebaik sahaja di maki oleh emak ayah dan mendapat mesej mintak clash dari awek mereka.

Kajian lain dari Universiti Malaya melaporkan bahwa lebih kurang 500,000 blog aktif di 1Malaysia.Malah, jumlah blog di 1malaysia merupakan antara yang tertinggi di serata dunia. Selepas BN di tampar oleh PR pada pilihanraya yang lalu, kenaikkan blog yang berorentasi politik meningkat mendadak dan meninggalkan blog awek-awek.

Pasti dan pasti, blog atau topik tumpuan di internet adalah berkisar tentang, Freemason dan Illuminati.Tak payah sembang banyak-banyak laa, semua orang dah tahu.

Pengguna laman sembang wajib pesbuk mencatatkan sebanyak 8,163,300 pengguna di 1Malaysia, 31.2% populasi 1 malaysia membuka akun pesbuk, baki lagi 69 %, mungkin separuhnya belum kenal internet atau anggap internet ni freemason, manakala separuh lagi masih setia bersama Myspace, friendster dan Tagged.

Aktiviti berpesbuk juga adalah aktiviti membaca dan menulis, walaupun mungkin ada di antara rakan pesbuk kita yang gemar menulis status putus cinta,mengarut dan syok sendiri, tapi ada juga rakan-rakan pesbuk kita yang gemar menulis status islami ala-ala ILuvIslam dan intelektual.

Aku fikir, aktiviti membaca status pesbuk dan karangan yang di Tag serta membaca blog adalah lebih mulia dari membaca surat khabar mengarut, tabloid mastika dan Majalah ala-playboy mangga.Kita lihat, ilmu pengatahuan manusia telah berimigrasi dari buku ke alam sesawang.

Kita selalu menegur kalau seseorang itu meletakkan buku di bawah atau melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap buku itu ,seperti mencampak buku misalnya.Kita akan segera menegur kerana bagi kita buku itu berisi ilmu.Ilmu patut di hormati.

Nah, begitu juga pada internet, jangan lekas maki hamun atau hentak-hentak lap top sekiranya capaian internet kita sangat lembab dan siput, bukankah pengisian internet itu terkandung juga ilmu pengatahuan ? (lupakan seketika tentang laman porno dan miyabi )

=)

Thursday, October 28, 2010

Korupsi Dan Teori Konspirasi





Korupsi ialah rasuah, rasuah ialah korupsi. Indeks Persepsi korupsi(IPK) atau dalam lughah PPSMI nya Corruption Perception Index (CPI ) merupakan bancian atau penilaian yang di terbitkan oleh Transparency international bagi mengukur tahap korupsi bagi negara-negara serata dunia.

Ia akan menilai sama ada tahap rasuah negara anda di tahap OK,biasa-biasa je, boleh laaaaa, jahanam atau celaka.

IPK ini di laksanakan berdasarkan persepsi (baca : anggapan ) publik terhadap korupsi di jabatan publik dan politikus.

Dan berdasarkan apa yang anda lihat pada paparan di atas, 1Malaysia kita berada di tangga ke - 56 dari senarai ranking negara- negara yang telah di IPK-kan bagi sesi 2010.

sebenarnya ini bukanlah satu keputusan yang boleh di senyumkan atau di buat kenduri kesyukuran.Ini kerana, tiada peningkatan yang di tunjukkan 1malaysia, tahun lalu iaitu tahun 2009, ranking 1Malaysia berada di tangga ke-56 juga.Mungkin anda boleh kata ini konsisten dan istiqamah dalam berkorupsi. Hakikatnya, ini lebih buruk jika di bandingkan dengan pencapaian tahun lalu, tahun lalu skor 1 malaysia adalah sebanyak 4.5, manakala tahun ini turun 0.1 iaitu 4.4 . Walaupun kita di Malaysia ada MLM skor A, tapi belum tentu kita mampu skor A dalam IPK ini.

Kita mampu menarik nafas lega kerana sekurang-kurang nya kedudukan ranking kita berkorupsi berada di tangga yang lebih baik berbanding ranking bolasepak skuad negara.




Baiklah, selain di susun dalam bentuk kedudukan ranking, IPK juga tidak lupa melakarkannya dalam bentuk berwarna dan Yah! sangat menarik. Gambaran dalam bentuk berwarna ini bertujuan agar dapat menarik minat pelajar-pelajar tadika Kemas dan Taska ABIM.Selain dapat membendung kanak-kanak ini daripada di rasuah semenjak di bangku sekolah lagi.

Berdasarkan susun warna di atas, warna hijau menunjukkan skor negara-negara yang paling terendah jenayah korupsinya.Jiran kita, negara Lee Kuan Yew, singapura berada dalam kelompok zon hijau.Bahkan di kedudukan ranking, singapura berada di tangga ke -3 liga.Itupun sebab mengikut abjad awal nama negaranya.

Amat memeranjatkan juga, negara-negara kuffar sebenarnya berada di zon teratas berbanding negara Muslimin.

Negara-negar kafir Freemason, Illuminati,knight templer ,zaman batu, tentera dajjal, The Arrival dan makan pork mengatasi negara-negara Islam kita.

Apa semua ini ? konspirasi lagi kah ?

Emeriyyah Arab bersatu berada sekelompok dangan Israel dajjal, amenda semua ini ?

Negara-negara islam lain yang berada di atas Malaysia dan berada sekelompok dengan negara Freemason termasuklah Qatar, Oman dan Brunei, Brunei ?

Sementara Malaysia bertuah kerana berada dalam kelompok saudara Se islam nya seperti Arab Saudi, jordan , Bahrain, Kuwait dan Turki.

Kenapakah negara-negara Freemason kurang melakukan korupsi ? atau ia nya adalah ajaran yang di temukan oleh Knight Templer di palestina agar jangan berbuat rasuah ?

Tak payah pening-pening kepala laaah. Dah tentu orang-orang dalam IPK ini adalah ejen freemason dan Illuminati, dah tentu lah mereka mahu sabotaj negara-negara islam, negara islam yang kamceng sama mereka je yang tak kena sabotaj.

Jadi, Malaysia terselamat kerana berada di kedudukan 'kena sabotaj' bersama-sama negara saudara se islam yang lain.Kita terselamat dari agenda tipu daya freemason dan new world order.

Kita sepatutnya berterima kasih kepada pengkaji-pengkaji tegar kita yang berkerja keras dan sedaya upaya menyelamatkan kita dari kecelakaan semua ini.

Celakalah Freemason !

=)

Wednesday, October 27, 2010

DDR feat Maher zen







Untuk pertamanya, kepada penyokong Penyanyi islami Meher zen jangan lekas marah dan melatah, jangan lekas emo dan menyirap. Begitu juga sama penyokong JM5 dan Ddr. Pikirkan saja gambar di atas ini hanya jenaka dan komedi.Bukan menganjing, tapi mengKAHKAH.

Mari kita lihat apa persamaan dua susuk di atas ini.

Kedua-duanya merupakan Usahawan, yang belah kiri usahawan dalam bidang Musik.Tiketnya laris terjual habis ketika mini konser nya beberapa minggu yang lalu.Yang belah kanan pulak usahawan dalam bidang mengkuruskan orang, merubah gemuk menjadi lansing.Targetnya 40 juta ringgit untuk filem sulungnya.

Lihat apa beda kedua mereka. Yang belah kiri gemar mengenakan topi golf sebagai penutup kepala.Mungkin kepalanya tidak punya rerambut, manakala belah kanannya di lihat lebih bergaya, gemar mengenakan sut tuksedo berkilat, kadang kala warnanya janggal dan aneh.Dan yang paling penting tidak memakai penutup kepala, hanya memperagakan rerambutnya yang pelik dan ala-ala rocker gitu, tapi kalau rerambutnya di salon kan dan di rebondingkan pasti akan kelihatan ala-ala The Beatles dan tidak menyakitkan apabila melihatnya.

Kedua-duanya selebriti. Yang belah kiri terkenal kerana nyanyian nya yang bergenre islami, ramai yang kata musiknya layan dan menginsafkan, UNIC, IN-team, rabbani, hijaz dan raihan tenggelam gara-gara kemunculan mamat bertopi golf ini. Ah ! pasti kumpulan nasyid lokal tanah air harus berkepala botak dan mengenakan topi golf jika mahu naik semula. Kopiah raihan sudah tidak di minati lagi.

Yang belah kanan ? ada yang kagum, ada yang membencinya.Mereka yang setia melanggan akhbar kosmo pasti akan terlihat wajahnya, setiap hari, satu helaian penuh akan bercerita tentang dia dan bizz nya, itu belum campur gambar iklan besar beliau lagi.Siapa yang menjadi rakannya dalam pesbuk, jangan lupa baca status nya. Ok ?

Dari seorang Doktur pakar sakit puan akhirnya menjadi usahawan, pengeluar filem dan seterusnya bergelar selebriti, itu lah DDR.Berdasarkan status pesbuk dan laman kosmonya, dia mempunyai cita-cita menggunung mahu menjadi usahawan berjaya dan membantu masyarakat dengannya bizz nya.Ada reaksi positif, ada juga reaksi negatif dari masyarakat.

DDR mungkin tidak pernah menonton rancangan realiti Af , di Af perjalanan dan pencapaian setiap peserta bergantung kepada undian penonton.Kebiasaannya, peserta yang berpewatakkan pasif, menggelabah, pailang dan poyo tidak akan menjadi tarikan pengundi untuk mengundi.Sebaliknya peserta yang rilek-rilek je, kacak, cun dan kudus akan menjadi tarikan untuk di undi, seperti anak felda yang berkepala botak persis maher zen.Itu lah realiti Af, apa barang borak pasal Af ? Af tu apa ? DDr sepatutnya memahami budaya masyarakat Malaysia yang terang-terang tidak tertarik dan cepat meluat dengan personaliti yang, yah ! yang seperti tidak menjadi tarikan pengundi dalam Af tu.


Saya fikir kalau Ddr bisa melamar Maher zen berlakon dalam filem 2 alam, pasti sasaran 40 juta itu hanya minimum.Kecik anak punya sasaran.

Saya juga fikir jika Ddr melantik maher zen sebagai duta atau model promosi (bukan Ddr ) JM5 nya , pasti JM5 laris bagai pisang panas, kalau jualan album maher zen sekali pakej dengan JM5 pun orang sanggup beli.Boleh jadi, ini peluang untuk ddr go international.

Kadang-kadang, saya juga fikir, alangkah indahnya jika kita bangun pagi dan membuka helaian kosmo.Sampai ke helaian herba prima, terpampang gambar dua personaliti ini tersenyum memegang JM5, manakala tangan sebelah menunjuk isyarat 'bagus'.

Saya setia menunggu saat itu.





MZ : enta, jangan lupa panggil ana berlakon untuk filem ke-isnani enta yah.
Ddr : MZ, ddr akan terus maju kan bizz untuk rakyat, ddr akan terus cipta fenomena,ini cara ddr, ddr the dragon.



Sunday, October 24, 2010

Mari Membalas




Bulan oktober adalah bulan bahasa kebangsaan, jadi untuk menunjukkan sokongan pada keris Umno dan kerajaan 1 Malaysia, meh kita balas pantun kakak cun ni. Awek cun dah jual pantun, kau gila tak nak beli ?

Balas jangan tak balas !




Ehem, ehem.


BUNGA DI BOTANI SAYU DAN LAYU
AWAN TERBANG CERITA DRAGON BALL
KAKAK TERSENYUM BIKIN SAYA MERAYU
AH SAYANGNYA, KAKAK DAH BERIJAB KABUL





Ahh shit.

Siapa-siapa yang ada member GADIS dan SOLO, mukanya macam nurul Izzah sila kenal kan sama aku.

Ini soal masa depan zuriat ni.

Tolong lah, ok ?

kah kah kah!




Pusat Hiburan Flat



Aku menyewa di sebuah rumah flat kos rendah, sebagai lelaki teruna aku harus duduk di rumah bujang sebagai simbolik yang aku telah melepasi garisan fasa pembalighan.Juga simbolik bahawa aku mampu mandi wajib sendiri tanpa perlu merujuk buku PAFA.

Apa barang duduk sama mak ayah ? sebelum sunat boleh laaa.

Sebagai seorang pelajar, rumah flat memadai bagi aku.Tak perlu untuk sewa rumah di Bukit Tunku atau Bukit antarabangsa.Lagi pun sewa rumah flat murah bai, lebihan dari perbelanjaan itu boleh aku simpan sebagai bekalan masa depan nanti, kang aku dah ada anak boleh hantar dia ke Kumon atau kelas piano.Kalau dapat baby gurl boleh hantar dia masuk kelas gimnastik.Best, memang best.

Dari mula-mula aku menetap di flat ini hinggalah sekarang, aku memang rasa flat ini unik.Setiap hari flat ni memang meriah.setiap hari aku akan dengar suara orang nyanyi, karoeke.Tak payah beli radio.

Setiap malam juga, sebelum aku naik tangga masuk rumah, sekumpulan warga emas akan mengerumungi meja.Aku bajet ini mesti mesyuarat JKK.Tapi yang pelik nya setiap tangan warga emas ini memegang kad.Ah ! celake, main terup rupanya pakcik ni.

Memang best, siang sampai ke petang, karoke.Biasanya mat-mat rempit yang karoeke.Malam pulak, warga tua open table layan daun terup.Peh, kombinasi generasi tua dan muda yang sangat muafakat.

Aku tak marah, dan aku langsung takde niat nak baling tin biskut dari atas kepada budak-budak yang memekak berkaroeke tu.Sumpah.Takde niat langsung pun.Walaupun nyanyi suara serupa gampang, tapi aku cuba memahami.

Cuma, lagu-lagu yang dorang nyanyi tu semua lagu-lagu masa zaman bapak aku ngurat mak aku lah.Lagu search, wings, spring, iklim dan 4u2c.Paling terkini pun wali band.Ape laaahh, cuba la kasi lagu Beatles ke, Muse ke , Nirvana ke, Adam Lambert ke.Kalau dorang nyanyi Maher zen punya lagu, memang aku turun berduet sama dorang.Serius ni bai.

Tapi, kalau tak nyanyi lagu rock meraung tak Mat rempit lah kan.

Yang Pakcik-pakcik main terup tu memang rare, aku bajet dorang ni dah pencen, dan penat layan cucu, sekali-sekala pekena terup, layan jugek bai.Selama ini aku ingat orang-orang tua biasanya akan melepak di masjid dan dengar ceramah.Tapi kehadiran pakcik-pakcik terup ini merubah prespektif aku.Mungkin jemaah Tabligh belum sampai lagi kot kat flat ni.

Kenapa aku cuba memahami ? yelaaah, biasanya mereka yang duduk rumah flat kos rendah ni,, rata-ratanya dari golongan berpendapatan sederhana.Jadi, gaya hidup pun sederhana dan hiburan pun sederhana.Takkan pakcik-pakcik terup ni nak pergi genting layan kasino, mana nak korek tabung ? jadi bermain terup secara jemaah sambil bertaruh seringgit dua, jadi lah.Ye dak?

Mat rempit yang karoeke pulak, takkan dorang nak pergi audition AF dan mentor pulak bai ? memang tak lepas punya.Silap-silap juri Af tu kena hentak dengan helmet.Lagi pun dengan berkaroeke sendiri kan menjimatkan tu.Takkan nak layan RedBox ? karoeke jamban pun satu lagu seringgit.Kan jimat karoeke sendiri, duit lebih tu boleh buat upgrade motor dan payung bohsia.

Tapi, semalam masa aku nak naik tangga, aku nampak dorang tengah gotong-royong bikin table snooker, peh, kreatif betol.Dan tadi pulak aku tengok dorang dah start main snooker, peh, boleh jadi kontrektor dorang ni. Sebenarnya berguna jugek rupanya, belajar subjek Kemahiran Hidup masa sekolah dulu.

Sekarang ni, flat aku dah lengkap sebagai pusat hiburan, Terup ada, Karoeke ada, snooker ada.Apa lagi tak cukup ?

Sekarang ni aku tunggu dorang bukak rumah urut je.

Kalau rumah urut ada, memang aku turun.

Mesti turun !

Kah! kah! kah!

Saturday, October 23, 2010

Malam Yang Sehat

Malam ni memang malam yang sihat untuk saya.

Malam ni saya tak makan nasi.Jadi ini diet yang sehat.

Malam ni saya tak merokok.Jadi ini gaya hidup yang sehat.

Tidur awal, ini pun sehat.

orang bujang kena la tidur awal, nak senaman malam macam mana kalau takde bini ?

Tangan ?

Jangan ! tak sehat tu.

Tak guna! saya masih lagi di hadapan laptop.

Ini sudah tak sehat, laptop ada radiasi.

Celaka betul siapa yang cipta laptop ni.

sebelum organ dalaman saya di celakakan oleh radiasi laptop ni.

Baik saya tidur dulu.

Besok saya akan sarapan telur separuh masak.

sehat.sehat.memang sehat.

sperma saya sihat ,saya pun sehat.

Hai pemerintah


Hai Pemerintah.
Saat kau surahkan belanjawan daulah.
Dengan wajah girang dan riang.
Apa kau tahu ?

Ada Marhein yang sedang murung.
Ntah makan ntah tidak.
Ntah berumah ntah tidak.
Apa kau tahu ?


Hai Pemerintah.
Saat kau surahkan agenda tentang binaan itu.
Satu ratus tingkat megahnya.
Bilion-bilion di balon.
Apa kau tahu ?


Ada marhein yang sedang kacau.
Sempit dan terhimpit.
Rumahnya tidak semegah binaan kau.
Luasnya tidak.
Tingginya tidak.
Selesanya tidak.
Apa kau tahu ?


Ada lagi.
Hai pemerintah.
Anak-anak marhein ini.
Generasi ini.
Turut termanifestasi.
Bergentayangan di jalanan.
Ada semacam zombie.
Semacam tak bernabi.
Ada semacam lahabau.
di cucuk semacam kerbau.
Apa kau tahu ?


Pharaoh membina binaan segi tiga.
Warga Tsamud mengukir gunung ganang.
Warga 'Ad membina Ubar.
Keturunan Ceasar membina Kollisium.
Aztec Maya membina chichen Itza.
Empayar Inka membina Machu Picchu.
Mereka semua telah ghaib.
Yang tinggal hanya binaan ajaib.
Mereka binasa kerana berbuat aib.
Apa kau tahu ?

Hai pemerintah.
Apa kau tahu.
atau ambil tahu.
Mungkin kau hanya pemerintah.
Yang hanya tahu memerintah.


Hakikatnya, aku tidak tahu apa yang kau tahu.



Friday, October 22, 2010

Habis

Masa tengah putus cinta, benda paling best adalah mendengar lagu putus cinta.

Memang pedih tapi apa ada hal ?

Positif la.

Orang kahwen pun bercerai, ini kan pula hubungan yang tak pasti ?

Kamon, kamon, kamon, kamon.

Terima Kasih.

Irsya.



Thursday, October 21, 2010

Sebelum Jumaat

Aku : Takde awek best tak man ?

Aman : Ok lah, suam-suam kuku.( Aman tersenyum gatal )

Aku : Kalau stim macam mane ? (tanya aku sambil berus gigi masih di mulut)

(Aman terkejut.....)

Dan

(Tergelak..........)

Aman : HAHAHA, Bodoh la kau ni, Ade awek ke tak de awek sama je, tetap stim bodoh.HAHA.

Satu isi rumah berKAHKAHKAH.

Pundek! macam mane aku boleh tanya soalan macam tu.

Sial betol la.

PeterPorn



Gambar di atas ialah susuk bernama Nazril Irham ataupun Ariel Peter Pan ataupun sering di sebut-sebut sekarang sebagai Ariel PeterPorn.

Gambar ini mungkin sewaktu ariel masih suci remaja.Sewaktu baru beberapa tahun melepasi tahap wet dream bagi remaja-remaja normal seluruh dunia.

Sewaktu ini juga sudah tentu ariel masih belum mengenali Cut tari dan Luna maya, jauh lagi untuk menyetubuhi mereka.Mungkin pada waktu ini baru belajar masturbasi saja.

Ariel mungkin tidak menyangka bahawa musik telah membawa fenomena pada dirinya.Seluruh Nusantara mengenalinya.Seluruh Nusantara juga mengamati karyanya.Dunia glamer mungkin telah menjadikan ariel seorang yang gemar bersetubuh.Gadis-gadis chick dan hot sentiasa mendampinginya.Meransang ejakulasi nafsu dirinya.

Sekarang ariel mungkin sedang bermain gitar di dalam penjara.Mengisi masa lapang.Nak bersetubuh tak boleh pulak.

Aku adalah peminat ariel, pergi mampus laaaaaaaa dia nak berjimak dengan siapa.

Aku hanya minat karya dia, bukan gaya henjutan dia.

Aku tak minat sama gaya henjutan dia, eleh, macam dia sorang je yang boleh buat.

ariel, semoga lekas keluar dan kembali berkarya.Lain kali jangan bersetubuh sembarangan lagi.Kau kawen je la empat orang bini.Poligami, kalau kau rasa nafsu kau tahap kuda.

jangan nak ngade-ngade rakam-rakam lagi pastu dapat dekat orang lain.Kan dah kena main gitar dalam penjara.

ariel, semoga terus sukses.



Wednesday, October 20, 2010

Berak Sama Rata



Hari ini saya berak sebanyak 2 kali.Ya, 2 kali untuk hari ini.

Sekali di jamban rumah saya.Sekali di Kolej saya.

Saya fikir, ini sangat bagus.

Ini menunjukkan keadilan.

Dan kesaksamaan.

Pembahagian ekuiti yang sama rata.

Pengagihan yang memuaskan.

Serta pelaburan yang menguntungkan.

Saya berjanji, Pada masa hadapan.

Saya mahu jadi lebih adil dan saksama.

Keadilan untuk semua Jamban!

Kedai Bundle Maher Zen





Semalam pergi jalan-jalan ke kedai Bundle.

Saja.

Cari jubah sama serban.

Apa? kau ingat jubah sama serban takde bundle ke?

kau cakap baik-baik sikit ye bai.

Aku pun masuk melangkah ke dalam kedai Bundle tu.

Aku berdiri kaku, macam perbarisan pengakap.

Peh! lagu Maher zen bai.Kedai tu pasang lagu Maher zen bai!

Maher zen.Maher zen.Maher zen.kenal tak?

Tak kenal, pergi tanya sama Anuar zen.

Aku memang betol-betol tertarik sama kedai Bundle tu.

Biasanya, kedai-kadai Bundle yang aku ziarah paling cikai dia punya lagu pun ACDC, Nirvana dan Kumpulan Iklim.Paling cikai pun ada la jugak lagu tomok sama Newboyz.

Ini lagu Maher zen.Barakallah wa insyallah.

sambil selak-selak seluar jeans.Mulut aku turut sama berzikir barakallah wa insyallah.

Alhamdulillah.

Masuk Kedai Bundle pun dapat pahala.

Aku : "Bang, topi Golf Maher zen ada jual tak?"

Brader kedai Bundle :" Maher zen tu, apa?"

Ana layan bundle taw, anta?

Tuesday, October 19, 2010

20.10.47 Untuk Hero-Hero Kita



Ini adalah angka-angka Tarikh bagi perayaan Hero-hero kita.
Hero-Hero ?
Ya, Her0-Hero kita yang berani menjentik telo Inggeris.
Sebuah manifestasi semua kaum di Tanah melayu.
Yang bersepakat dan berpadu menjentik telo Inggeris secara kolektif.

Hartal tu apa?
apa dia?
tak tahu?
Sekolah tak blajar?
cilake.

Mari tengok sini.- Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka



"Penjahat yang menyembunyikan sejarah Umpama lelaki yang memakai sependar besi agar telurnya tidak di jentik."


Monday, October 18, 2010

Makan lambung



Pertama kali aku dengar istilah "makan lambung" ni dari seorang member aku.

Member aku : " hari tu budak-budak ni datang lepak mamak sebelah 7e aku keja, aku pun lepak la sekali dengan dorang , babi betol, dorang makan lambung, tapi aku tak laa makan lambung.Tapi sampai sekarang mamak tu masuk 7e ,tanya aku pasal budak-budak tu, mamak tu suroh dorang bayar."


lahanat, baru aku paham.
Kah! kah!

Rupanya makan lambung ni maksudnya makan tak bayar teros blah la.Ataupun dalam istilah islaminya makan harom.

Tapi,apsal panggil Makan Lambung?

Mungkin kerana makanan itu akan di lambungkan,atau akan melambung.

lambung ke mana?

jangan tanya soalan bodoh boleh tak brader?

Makan lambung akan di lambungkan ke alam barzakh, alam kubur, padang masyar, neraca hisab dan titian sirot, ini penting sebagai penentu bagi lambungan terakhir sama ada akan di lambungkan ke surga atau neraka. Paham?

Ntah.aku rasa la.

kah kah kah!

Tapi dalam bahasa indonesia, lambung ni bermakna perut.

Takkan maksudnya makan perut pulak.

Tak guna, pening gila aku pikir benda ni!

Rilek-rilek, mungkin makan lambung ni akan di tanggung oleh perut kita.

Oleh kerana ia makanan haram tidak di bayar.Maka usus kita tidak mampu memprosesnya menjadi taik.

Tersimpan lah ia di dalam perut.

Semakin kerap kita makan lambung, semakin melambung ke atas lah perut kita.

Paham?

Bukan iphone 4 tapi iporn 4





Celaka betol Iphone 4 ni.
kah kah! kah kah!

Best sial.
Kah kah! kah kah!


Aku akan kasi pecah tabung buluh dan tabung ayam aku.
Aku akan makan sekali sehari mulai esok.
Isnin dan khamis aku puasa sunat.
Top-up sebulan sekali.
Aku nak join MLM, kasi downline ramai, kasi masyukkkkk.
Aku akan try deal sama DR rozmey, mahu jadi pengedar JM5.
Aku juga akan try deal sama makcik, pakcik kat penang yang pulangkan duit judi itu hari, harap dorang setuju kasi duit tu kat aku.

Kena la cari duit lebih bai.

Semata-mata mahu beli iporn 4.


jahanam betol!



Sunday, October 17, 2010

Terima kasih



Terima Kasih kepada Blogger Marhaen Kacak yang memberi menda atas ni.

Terima kasih sudi membaca.


"Tulisan aku umpama kotoran-kotoran yang di humbankan ke dalam Tong Sampah Sejarah, hingga saat itu, aku akan terus menekan papan tulis".

Perang Dunia ke-Tiga



Perang dunia sudah tamat?

Penipu!

Malaysia adalah negara aman dan selamat?

Penipu!

Peeee....niiiiiii....puuuuuu !!!!!


Selepas perang dunia ke-dua, lebuhraya adalah medan perang.
Medan perang dunia ke-Tiga.

Bila kau berada di lebuhraya, secara tidak langsung, kau adalah seorang prajurit.

kalau kau silap mengawal 'jentera besi bergerak' dan 'Kuda berenjin' itu.

Kau akan celaka.

Bukan kau saja.

Mereka yang lain turut celaka.

Jaga-jaga!

Angka-Sawan

Angkasawan ke-2 diteruskan jika cukup peruntukan - Malaysiakini

Pergh!

Best sial jadi angkasawan.

Boleh kawen grand-grand.

Boleh kawen kena taja.

Boleh main gasing atas angkasa.

Boleh makan juadah raya atas angkasa.

Boleh makan kuih kat angkasa.

Boleh makan sate kat angkasa.

Pergh!

Best sial!

Friday, October 15, 2010

Maher zen dan Selangor Fc di botol budu kan



Bangunan ini menjadi saksi.Bangunan ini menjadi naungan kepada susuk lelaki berkepala botak tetapi gemar memakai topi golf.

Malam itu, pokok-pokok di sekeliling bangunan ini tenang dan permai di alun zikir-zikir.

Tasik di tepi bangunan itu juga tenang.Ikan-ikan di dalamnya turut berInshaallah dan baraka allahu lakuma bersama penghuni bangunan ini.

Mat rempit di hadapan dataran juga tidak kelihatan, motor-motor mereka semua pergi ke arah masjid negeri.

Pasangan kapel jugek tidak lagi bercumbu-cumbuan dan berinzal.

Bangunan Umno selangor yang berhampiran dengan bangunan ini turut terkena tempias barokah.I see a light.

Mereka yang keluar dari bangunan ini selepas tamat konserto turut gembira kesyukuran.Mereka sangat bertuah,The Chosen One.

Sementara itu.

Sedang Maher zen berinshallah dan barokallah, Jauh dari Bandaraya Shah Alam, di sebelah pantai timur, Gergasi merah telah di hempuk kepalanya dengan botol budu sebanyak tiga kali hempuk.Kelantan 3-0 mangsa hempukkan botol budu.

For the Rest of My Life, ini adalah persembahan tergampang selangor, menang semua peringkat kumpulan pun tak guna.Kepala botak Hardi jaafar dan Khairul Anuar baharom belum cukup untuk membawa barokah Maher Zen di tengah padang.

Open Your Eyes la player selangor, takkan kau orang tak malu sama Maher zen. Hardi jaafar, kau dah la main tah pape, lepas tu ada hati mahu botak macam Maher zen.Kau tak malu ke?

Tapi, aku tetap optimis, semua ini ada hikmah, kekalahan selangor di ganti dengan kehadiran Maher zen ke negeri selangor.Hotel concorde shah Alam, Masjid negeri selangor dan auditorium MBSA menjadi saksi semua ini.Thank You Allah.

Takkan kau nak Maher zen datang kota baru bai,kau gila?, kesian la dia kena baling mercun nanti.

Insha Allah, brade Maher zen cakap, lain kali dia datang Malaysia lagi.Insha Allah, taun depan Piala Malaysia akan kembali ke selangor Darul Ehsan.

Baraka Allahu Lakuma Selangor!


Kalau match dengan kelantan tak bertembung sama konsert
Maher zen, aku mesti main baik punye!




mashallah! kaifa, selanjur boleh kalah, baghal!


Thursday, October 14, 2010

Daud Anak Anta




Masa sekolah rendah dahulu, aku ada seorang kawan.Nama dia Daud Anak Anta.
Daud merupakan orang asal ( orang asli).Tinggal di kampung orang asal.Hidup cara orang asal.Dan tak suka cari pasal.

Masa tu aku baru darjah dua, sekelas dengan Daud, hari pertama aku mengenalinya, "Nama kau apa ?" aku menyapa Daud dengan gaya kanak-kanak peramah.

"Daud Anak Anta", jawab Daud selamber.Kah! kah! kah!, aku terbarai gelak, kah! kah! kah!, aku gelak lagi.Daud hanya tunduk malu."Itu nama ke amende?, kah! kah! kah!" aku menganjing Daud dengan nyalakkan yang celaka.Daud hanya diam dan redha.

"Nama aku Amer bin Munshi, aku anak bapak aku, bukan anak anta, ana atau nahnu, kah! kah!", sekali lagi aku menganjing Daud.Kali ni muka Daud macam nak nanges.

"Nama kau takde bin ke ?, nama budak-budak lain semua ada bin", aku bertanya pada Daud, kali ini dengan soalan berilmiah, bukan menganjing.

" Tak, bapak aku cakap, bin untuk orang islam, aku bukan islam, aku kristien," jawab Daud.Pergh, mati-mati aku ingat si Daud ni islam, nama dia macam nama nabi, bapak dia pulak nama kategori domer arab, anta bermaksud awak.

"oo yeke,Ustazah aku cakap orang bukan islam makan babi, kau makan tak?", soal aku dengan gaya ala-ala Pegawai Jais."Makan", jawab Daud.

"Apa rasa babi tu", rasa ingin tahu aku semakin membara. "Macam rasa ayam", beritahu Daud.

"Kau tahu tak babi tu haram?, lepas ni jangan makan lagi ok?", ucap aku.Daud hanya terpinga-pinga tak paham.

Lantas dari itu, aku teringat pelajaran aku di kelas KAFA, ustazah aku memberitahu, orang islam tak boleh makan babi, babi haram.Sentuh babi pun tak boleh.Hanya orang bukan islam yang makan babi.

Tambah ustazah lagi, setiap benda haram yang masuk ke dalam tubuh badan kita , ia akan bersatu dengan darah daging kita.

Minda kanak-kanak aku segera mengeluarkan fatwa, kiranya, si Daud ni pun Haram lah!
Tak guna.

Semenjak dari peristiwa itu, aku tetap berkawan dengan Daud, tetapi dalam masa yang sama aku berusaha dan seboleh-boleh mengelak dari bersentuhan dengan Daud.

Kerana bagi aku, Daud dah makan babi, babi haram, Daud pun sama haram.Haram jadah sungguh aku masa tu.

Masa pendidikan Jasmani di padang sekolah, aku akan menjauhkan diri dari Daud, kerana Daud akan berpeluh semasa bersenam, jadi ,peluh pun haram.

Lagi pun aku tak reti nak samak.Mana aku reti nak samak pakai tanah apa masa tu.Main pasir kat pantai reti lah bai.

Kadang-kadang Daud seperti kecik hati dengan aku.Tapi dia tetap mahu berkawan dengan aku.

Daud, maafkan aku, masa tu aku hanya muslim yang jahil.Masa tu aku baru mengaji Iqra' level 3, muqaddam pun tak masuk lagi.Aku harap tuhan maafkan aku, sebab masa tu aku belum baligh lagi.

Daud, maafkan aku, masa tu aku tak dengar lagi lagu Maher zen dan sami yusof.

Daud, maafkan aku, masa tu aku tak layan intenet lagi, masa tu laman web dr maza pun belum wujud.Iluvislam lagi la takde.

Maafkan aku Daud, kalau lepas ni kita bertemu lagi, aku akan berjabat tangan dan peluk kau.

Daud, kau jangan lupa.

Kau kata dulu nak ajar aku main sumpit, mana?



Wednesday, October 13, 2010

Agnes Monica si Penjual Top up





Makan sudah, bayar pun sudah, merokok sudah, mengutuk pun sudah.Tiba masa untuk blah, lupa pulak henset ni lama tak top up, maklum lah semenjak mendalami ilmu sufi wal makrifat ni, hal dunia-dunia ni aku tak amek pot sangat.Ada aku kesah angkasawan malaysia kawen?

Oleh kerana memikirkan sumbangan top up aku akan memastikan celcom terus survive dan menjadi antara syarikat Bumiputra yang cemerlang, walaupun berukben dia lembab macam cibai, jadi aku mesti top up.Mesti.

Sebelah warung makan itu terselit sebuah kedai mini talipon, sudah tentu ada dagangan top up, aku meluru ke arah kedai tersebut.

Langkah aku semakin perlahan tiba-tiba, mata aku hanya fokus pada objek di hadapan aku, seluruh proses penyahtinjaan aku berhenti, makanan di dalam perut aku juga berhenti menghadam.

Sial, cun giler amoi ini, amoi kedai top up itu sedang setia menanti aku di kedainya.Wajahnya persis awek cun indon Agnes Monica.Aku melangkah penuh berprinsip ala-ala lelaki maskulin.

Agnes monica tersenyum sambil memandang aku,video klip lagu Matahari sudah terbayang di mata aku.

"emm, kasi top up celcom 5 ringgit", tutur aku dengan gaya ala-ala lelaki ego dan tak bernafsu."Tulis nombor dekat sini ye", Agnes membalas sambil memberikan aku sebuah buku lejar untuk menulis nombor yang perlu di top up kelak.Sambil menghulurkan sebatang pen, agnes sekali lagi senyum ke arah aku.Ceh, nak goda aku la tu!

Aku memandang Agnes yang hanya memakai t-shirt kecik montok dan berseluar jeans pendek.sambil membaca surah An-nisa' dalam hati, aku menyambut pemberian pen dari Agnes.

Bangsat, masa ni laa pulak aku menggeletar nak tulis nombor.Malu.Macam aku ni tak pernah belajar menulis pun ada.Selesai menulis nombor dengan tulisan macam gampang.Agnes menarik buku lejar itu supaya hampir dengannya.Aku hanya memandang dengan pandangan nakal.

"..Kosong, satu, tiga, dua, lapan...", Agnes menyebut angka talipun aku dengan sebutan yang lancar dan tartil.Aku hanya fokus pada bibirnya yang merah-merah strawberi.Selesai sebutan nombor."Betul tak?", agnes menyapa aku, "ye, betol", aku menjawab sambil buat-buat tak pandang agnes.

Not RM lima ringgit aku hulur dengan ikhlas, agnes menyambut dengan penuh kasih sayang."Terima kasih", ucap agnes, "Sama-sama kasih", ucap aku dengan nada romantis.

Untuk kali ke-tiga agnes senyum ke arah aku, aku beredar, senyumannya yang terakhir itu seolah-olah merupakan senyuman perpisahan seorang suami dan isteri, seolah-olah seperti senyuman seorang makwe kepada pakwenya yang akan pergi menjalankan misinya sebagai seorang askar.

Aku melangkah pergi sambil tidak langsung menoleh ke belakang.

Kah! kah! kah!

Nota cinta :

1) Lepas ni, aku akan top up tiga kali sehari dekat kedai agnes monica, Pagi sekali, tengah hari sekali dan Malam sekali.

2) Minggu depan aku akan start kelas belajar bahasa kantonis.

3) dato Lee chong wei pon dah setuju nak main badminton petang-petang dengan aku.

4) aku tengah pikir, nak daftar masuk parti MCA ke DAP ?