Thursday, September 30, 2010

Ketuanan Facebook







Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya di Facebook
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya Facebook
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya Facebook
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanyaFacebook
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas Facebook
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya Facebook
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya Facebook
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya Facebook
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya Facebook
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terFacebook
Melayu mudah lupa
Tiada Facebook
Tiada Facebook
Tiada Facebook
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai Facebooker
Jangan mudah lupa lagi
Kerana Facebookmu belum selesai

"Takkan Melayu Hilang di Facebook"

Ter-ejakulasi !

Pada malam Jumaat Yang Mulia, iaitu ketika surah yasin sedang di alunkan, tiba-tiba :







Gerak balas aku terhadap ransangan ini.




Kah kah kah!!


Ok dah, masa untuk tobat..

Wednesday, September 29, 2010

dop! dop! dop! dop! dooooopppppp!





Peristiwa ini berlaku di Hulu Selangor, ya semasa zaid lawan Kamal, iaitu semasa kecoh hal zaid minum khamar dan Kamal takde degree.

Sebagai anak muda 1 Malaysia, Aku bersama 2 lagi sahabat iaitu Anak manja bongsu cik pah(bukan nama sebenar) dan Kasanova chemor kegemaran gadis kelantan (juga bukan nama sebenar) bertekad untuk pergi sebagai pemerhati.

Ok,selepas puas melantak di gerai Melayu kapitalis yang mahal nak mampos, kami pun pergi ke masjid Kuala kubu baru sebagai tanda pemuda soleh lindungan malaikat.(sebenarnya tak taw nak pergi mana bai,sebab masa tu tengah hujan bai).

Sebaik saja melangkah ke dalam masjid sambil berniat iktikaf, aku lihat ramai lelaki-lelaki memakai serban dan wanita berpurdah, yang lelaki berserban pulak memakai jaket yang tertera logo PAS, pergh! rupanya masjid ni kubu orang PAS bai!, tapi mestilah orang PAS lepak masjid kan, takkan DAP pulak nak lepak masjid bai, kang kecoh pulak macam kes Amoi Chantek masuk masjid itu hari. Bai, kalau kita kasi Amoi chantek masuk masjid, Confirm masjid kita akan penuh 5 waktu solat, takpayah nak tunggu hari jumaat kan.

Jadi, aku, anak manja bongsu cik pah dan kasanova chemor kegemaran gadis kelantan pilih pot di belah belakang sekali untuk berehat dan berbaring.Penat bai! tempat dah la hulu.

Tiba-tiba, sedang kami berbaring,kami di datangi oleh seorang pakcik tua berserban dan berjaket yang logonya PAS.Alaaaaa, potong stim la pakcik ni.

Pakcik tua itu memberi salam.Aku, anak manja bongsu cik pah dan Kasanova chemor kegemaran gadis kelantan serentak mengatur gerak untuk duduk,sebagai menghormati beliau dan kami pun menjawab salamnya.Aku dah gelabah dah bai, takkan nak kena baca fadhilat amal Tabligh kot bai!

pakcik tua itu membuka bicara, aku tersentak mendengar orang tua ni berbicara, anak manja bongsu cik pah khusyuk mendengar, manakala kasanova chemor kegemaran gadis kelantan baring semula sambil bermain hensetnya sebagai tanda tak nak amek pot bersama pakcik tua itu.

Tinggallah aku dan anak manja bongsu cik pah melayan kecekkan dialek kelantan pakcik tua itu.
Bladi Hell! aku seyes tak paham apa pakcik tua tu cakap, manakala anak manja bongsu cik pah sekali sekala menyampuk dan bertanya soalan, anak manja bongsu cik pah ni memang baik bai,dia dah biasa lepak-lepak dengan orang tua.

Sekali sekali, aku hanya bercakap ''Ooo" , "Emm" dan " ye latu" sebagai tanda mengambil hati pakcik tua itu, nak cakap lebih-lebih kang takut aku lari topik bai !
kasanova chemor kegemaran gadis kelantan buat apa? tak payah citer laaaaa.Dia masih lagi berbaring sambil bermain henset.Dia takpa bai, dia da biasa berkecek kelate tiap-tiap hari pada waktu malam.

Ok, aku dah semakin anoyying sebab aku tak paham apa pakcik tu cerita, aku hanya dapat tangkap dua tiga word atau jumlah ismiyyah dari perbualan pakcik tua tu, antaranya ialah:

dop!dop!dop!dop!dop! ISLAMIC BANKING dop!dop!dop!dop!dop! USIM dop!dop!dop!dop!dop!dop!dop! CIMB BANK dop!dop!dop!dop! dop!dop!
Ok, itu aja aku dapat tangkap bai! yang lain kena guna google translater!

Setelah lebih kurang setengah jam, pakcik tua tu pon blah, kami bertiga senyum antara satu sama lain dan berdop-dop sepanjang perjalanan pulang dari Hulu selangor.

Tiga Pengajaran dari peristiwa ini ialah :

1) Bai, takpayah la nak berdop-dop sangat, ini hulu selangor bai, bukan galas.

2) hendaklah kita mencontohi kasanova chemor kegemaran gadis kelantan, walaupun bermukim di perak,tetapi tetap mahir berdop-dop.

3)sebenarnya, memiliki awek kelantan ni pun satu kelebihan jugak, tak gitu kasanova chemor kegemaran gadis kelantan? =p


p/s : artikel ini bukan berniat Rasis.

Kekasih Yang baik hati


Oh tuhan! semoga dunia ini tidak akan pernah kehabisan memiliki wanita seperti dia...

Baca lanjut di sini



Malam ini, ku sendiri,
tak ada yang, menemani,
seperti malam-malam,
yang sudah, sudah

Hati ini, selalu sepi,
tak ada yang, menghiasi,
seperti cinta ini,
yang s’lalu, pupus

[Chorus:]
Tuhan kirimkanlah aku,
kekasih yang, baik hati,
yang mencintai aku,
apa adanya

Mawar ini, semakin layu,
tak ada yang, memiliki,
seperti, aku ini,
semakin, pupus

Kah kah kah!

Ok,Jom kita bermunajat, supaya dapat awek macam kakak chantek ni!



Tuesday, September 28, 2010

MLM punya Cerita



Sial! rupanya MLM ada kaitan dengan Illuminati! Ini sudah Harom!







Semalam, aku dan roomate aku pergi melantak di warung melayu,lunch la kunun,padahal masa tu dah pukul 5 petang, puasa Nam yang jahanam.Ok, lauk-pauk semua dah amek, jadi cari la meja untuk makan, aku dan member aku cari meja di belah tepi,di bawah pokok redup yang romantik, baru lah gay kan.

Oh,di sebelah meja kami ni, ada meja lain yang agak meriah bunyinya, sebelah meja kami ni semuanya lelaki.Ada empat orang semuanya.Mereka berborak penuh bersemangat dan emosi.Dah macam tengok Hitler punya pidato pun ada.Sambil tibai ikan keli aku cuba memasang telinga, mendengar perbualan mereka.

Hurmmmmm, tahu lah aku apa yang mereka labon kan.

PUNG!PANG!PUNG!PUNG! Downline, Masyuukkkk, PUNG!PANG!PUNG!PANG! "dapat tarik sorang dapat USD 700.00, "Aku bukan ape, aku nak tolong orang Melayu bai" PUNG!PANG!PUNG!PANG! Menda ni tak tipu punya! PUNG!PANG!PUNG!PANG! Lepas ni, kau tengok aku kaya, korang lepak warung ni tengok bola, aku open Laptop,ha...PUNG!PANG!PUNGPANG!

setelah puas berceramah, Mamat yang paling sembang gebang merangkap UPLINE dorang tu pun blah, sambil start enjin Motor Kriss, mamat tu di tegur oleh seorang pakcik tua yang baru saja sampai ke warung : "tukar la moto, Kata dah kaya" sinis pakcik tua itu.
"Ala, selagi boleh gerak, bawak je laa", balas mamat UPLINE itu.

Dan sekarang, baru aku tahu, kenapa orang cina lebih kaya dari Orang Melayu.

Monday, September 27, 2010

Melayu Aryan Dan Tun

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan bahawa orang Melayu bakal kehilangan kuasa dan suara jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara ini, lapor Umno-online.-MalaysiaKini-


------------------------------------------------------------------------------>

Ala,jangan cakap macam ni Tun, takut lah saya....
Tun ni.........
Suka takutkan budak-budak........
Tapi kan Tun,Apa kita mau takut, orang Melayu masih majoriti kan Tun.
Oh,saya tahu..Tun risau sokongan orang Melayu pada Umno berkurangan kan? kan?
Apa ada hal tun..?
Buruh indon kat malaysia kan ramai.....
Bagi dorang borang umno, IC ,songkok tinggi dan keris sorang satu...
Apa ada hal tun..?
kalau tak cukup lagi,kita ajak mamak restoren Pelita,Maju,Darul Ehsan dan semua kaum proletariat etnik mamak masuk itu PWTC.
Jadi,kita masih lagi Majoriti.Ye dak?

Apa ada hal tun?

Saturday, September 25, 2010

Katyn dan Sosilawati




Pembantaian Katyn

Pembantaian Katyn adalah peristiwa pembunuhan secara kolektif dan berjamaah oleh Pasukan Polis rahsia Soviet NKVD ke atas Para Nasionalis Poland sekitar April-Mei 1940.Tragedi ini berlaku ketika perang dunia ke-2, berlaku di Hutan Katyn, Soviet Union Darul Komunis.

Pembantaian ini sama gampangnya dengan peristiwa Holocaust ke atas etnik yahudi.Sama gampang dengan pembantaian di Gaza.Juga sama gampang dengan Pembantaian Rejim PotPol di burma.Dan,lebih kurang gampangnya dengan tragedi Memali.

Jumlah mangsa pembantaian Katyn di anggarkan sekitar 22,000 orang atau sering di sebut-sebut sebanyak 22,768 orang yang sengaja di korban-kan.

1939,Nazi Jerman telah menjajah Poland dari arah barat, kemudian di ikuti oleh tentera Merah soviet Union yang menjajah Poland dari arah timur.Menjadikan Poland di jajah oleh dua kuasa empirial,Nazi Jerman Dan soviet Union.Dah macam 3 sum punya style.

Kebanyakkan mereka yang menjadi arwah dalam Pesta Pembantaian Katyn adalah terdiri daripada tentera-tentera yang tidak langsung menentang penjajahan Soviet,ini kerana mereka telah di beri arahan agar tidak menentang kerana kononnya tentera Soviet akan membantu mereka(Poland) menentang Nazi Jerman.Arwah-arwah lain terdiri daripada doktor,akademika,agamawan,ahli undang-undang,pegawai polis dan orang awam marhein.Mereka di tahan atas alasan menjadi barua balachi dan macai pada Nazi German serta berniat sabotaj pada soviet Union darul Komunis.

Harapkan pagar,pagar makan padi,harapkan nak rambut macam Superjunior,terpotong pulak macam DRROzmey.Harapkan Soviet,soviet pula kenduri besar.Warga Poland yang di tahan ini,akhirnya di bawa ke Hutan Katyn,seorang demi seorang di tembak kepala mereka dan akhirnya gugur syahid mengadap Jesus.

1943,pihak Nazi Jerman telah membongkar kejahatan ini,perkuburan mereka di temui dan di bongkar untuk di tunjukkan pada dunia.Soviet Union tidak mengaku dan tak mau bertanggungjawab ke atas jenayah ini sehingga lah pada tahun 1990,mereka mengaku dan insaf.
Hal ini,sama macam dah berzina dapat anak,lepas tu buang bayi,tak mengaku anak sendiri.

Pada awal pembongkaran tragedi ini, Pihak Nazi Jerman dan soviet Union saling tuduh menuduh antara sama lain, Nazi Jerman cakap soviet yang bunuh itu orang,Soviet pulak cakap Nazi Jerman yang bunuh itu orang.Macam Cibai tak?.Hal ini sama seperti Hasan Ali cakap takde bincang pasal hal kerajaan perpaduan,tapi Harussani cakap ada bincang pulak!

R.I.P untuk mangsa Pembantaian Katyn.


Sosilawati






Semua orang sudah jadi tahap Professor bila bincang topik ini. Kes Sosilawati mendapat liputan meluas pada semua media.Harian Metro pun dah tak buat cover muka depan macam "gadis cantik selalu curang" atau "Restoran Berahi" ,semua muka depan pasal Kes Sosilawati.

Terdapat segelintir orang-orang Melayu yang naik emo bila kes ini di kaitkan dengan pembunuhan yang kesemua suspeknya berbangsa India.Ia seolah-olah sangat alergik.

Maka banyak kenyataan atau komen-komen seperti : "muka BAIK?????HARAM JADAH PUNYA KELING....PUNDEK MONEK....." -DAN- "menyirap je aku tgk keling... makin membuak² benci aku ngan keling mau tragedi kg medan berulang nie babii keling.... eiiii".
Sumber di sini

Orang Melayu seolah-olah merasakan bahawa mereka adalah bangsa Aryan Suci yang tidak melakukan kesalahan apatah lagi membunuh.Dalam erti lain,mereka adalah bangsa Tabligh.
Dan mereka juga seolah-olah lupa yang mereka sering lepak mamak,pekena teh tarik,roti canai,tosai dan capati.Mereka juga lupa yang mereka pakai nombor Maxis yang penguasa sahamnya adalah Macha Ananda Krishnan.Betul cakap Al-kutti,Melayu mudah lupa.

Jadi,apa la kita mahu kecoh-kecoh pasal kes ini,apa mahu rasis-rasis.Macam la kes mengebom Altantuya punya suspek tidak melibatkan Orang melayu.Biar la polis dan Mahkamah settle ini kes.

Paku Tenggiling Ayam Serama , Mengata Keling Dia pun sama.

Friday, September 24, 2010

Fluorescent Adolescent



Gampang.Aku memang minat gila lagu dan kugiran ni.Bagi aku kugiran ini adalah the next Beatles dan Alex Turner adalah jelmaan arwah John Lennon!

Dan Video Klip Fluorescent Adolescent memang genius dan kreatif.Lagu pun sangat indah di ikuti dengan narator video klip yang menarik.Kejadahnya tak menarik kan, dia punya view kat You Tube pun dan hampir 10 juta.

Aku sangat tertarik dan bersyahwat dengan Fluorescent Adolescent hasil karya kugiran Arctic Monkeys ini.Kalau ada orang beri cadangan sama ada menonton laman Porno atau Fluorescent Adolescent.Pasti dan pasti insyallah aku akan memilih Fluorescent Adolescent.

Lagu dan Video Klip ini menceritakan tentang indahnya menjadi kanak-kanak yakni tahap pra-Baligh atau mumayyiz.Dalam video klip ini berlaku pergaduhan antara sekumpulan lelaki badut dan kumpulan bukan lelaki badut.Sambil di selitkan juga dengan babak kegembiraan kanak-kanak bermain dengan badut.

Secara simbolik, ia memberitahu apabila kita semakin berumur dan membesar,kita mendapati hidup ini sudah tiada keseronokkan lagi.Mana taknya, bila sudah semakin dewasa kita akan mendepani dengan pelbagai krisis hidup.Krisis emosi,tekanan,cinta,kewangan,identiti dan macam-macam lagi.Sedar tak sedar,sebenarnya kita sudah jauh melupai keseronokkan zaman kanak-kanak.

Akhirnya, akibat krisis-krisis yang di lalui akan menjadikan kita individu bersikap negatif, jauh dari zaman kanak-kanak yang suci penuh kejujuran.

Badut-badut dalam video klip ini pasti sangat frust apabila kanak-kanak yang mereka pernah bermain dengan gembira pada suatu ketika dahulu telah berubah menjadi lelaki dewasa serupa gampang dan bajingan.

Jadi,Tiga Pengajaran dari lagu dan Video klip ini ialah :

1) Hendaklah kita tidak menjadi serupa gampang apabila dewasa kelak.

2) Hendaklah kita sentiasa Happy seperti badut-badut yang Sentiasa Happy dan Menghappykan manusia yang lain.

3) Hendaklah kita menjadikan amalan soleh sebagai BSKL dan WALL STREET di akhirat kelak serta mengelakkan diri dari perbuatan celake seperti bunuh kemudian bakar.

Thursday, September 23, 2010

Beri Tongkat atau Kerusi Roda pada orang sakit ?







Malam tu,aku dan Abang Wan lepak di sebuah warung Kampung.Kami dah lama tak ketemu,aku amat mengagumi Abang Wan,seorang graduan ekonomi dari sebuah Universiti di Jepun.Orangnya sekali pandang tak jauh bezanya dengan Mat-mat skema yang lain,berkaca mata besar dan mukanya tidak menakutkan.Abang Wan seorang penyembah Buku,sangat banyak membaca,sangat banyak maklumat.Ini yang membuatkan aku suka melepak dan berborak dengan dia hingga larut malam-saat malaikat turun mencatat ganjaran bagi mereka yang rajin Qiam-.

Sembang saja apa-apa topik dengan Abang Wan,Sejarah,Falsafah,agama,ekonomi,isu semasa dan politik,aku hanya mampu tercengang dan terpaku saat di bercerita.Kadang-kadang aku turut bercerita juga sebab nak tunjuk kat dia yang aku pun hebat,tapi macam biasa setiap yang aku ceritakan tu mesti dia boleh terangkan dengan lebih detail sampai ada benda yang aku tak tahu menahu langsung, dem! Oh,aku juga selalu pinjam buku-buku dia dan buat macam harta aku sendiri.Apa ada hal, dia punya rumah pun dah serupa Libri Baitul-Hikmah.

Macam biasa,setiap kali aku berborak dengan Abang Wan,kami akan bertukar-tukar pendapat dan berkongsi maklumat.Dia pun seorang yang berfikrah terbuka,jadi tiada masalah untuk aku berterus terang.Walaupun dia mungkin lebih genius dan penyembah tegar buku,tapi ini tidak bermakna aku akan bersetuju seratus peratus dengan pendapat dia.Kau berhak untuk bersetuju dan tidak bersetuju.Kau juga berhak mempunyai pendapat dan idealisme sendiri.

Dan malam tu,kami berborak-borak seperti malam-malam sebelumnya,malam yang enak untuk laki bini berjimak.PUNG!PANG!PUNG!PANG cerita pasal Tasawwuf, Wahabi, Komunis, PUNG! PANG! PUNG! PANG! Anwar Gay, epol bukari kena sontot, Semangat 46, Kapitalis, Plato, Imam Mahdi, Hitler, Ustat PAS dera bini, Atlantis, Kaum Aztec Maya, Shah Indrawan, PUNG! PANG! PUNG! PANG! ok, Milo ais gelas besar dah habis pulak,order Tongkat Ali pulak.

Sampai lah borak-borak kami ini meleret hingga ke topik PERKAUMAN,dan dari situ aku perhatikan, berdasarkan cakap-cakap dan riak muka penuh emosi beliau, baru aku tahu yang Abang Wan sangat Ultra Melayu dan kePERKASAan."Kenapa kita harus Rasis ?" soal aku."Kita kena Rasis,Kena Rasis" jawab Abang Wan yang sebenarnya masih belum menjawab soalan aku.

Seperti biasa, kalau borak-borak pasal perkauman ni ,Fanatik Melayu akan memberi hujah tentang penguasaan kek ekonomi di Malaysia, "Tengok, ekonomi Malaysia orang cina yang Kuasai! Tengok, Orang cina yang terkaya di Malaysia! Orang Melayu susah! Merempat!" ujar si Fanatik Melayu. Dan aku pula cuba mencelah dengan bersembang tentang relevan sistem meritokrasi dan keadilan pengagihan ekonomi bagi semua bangsa.Oh, dan macam biasa juga, fanatik Melayu akan memberi hujah terdesak seperti : "ok, macam mana pula kalau kita beri tongkat pada orang yang sakit?". Cakap-cakap pasal beri tongkat pada orang sakit ni sudah banyak kali aku dengar dan baca.Kalau banding antara cerita 2Alam DRRozmey dengan cerita beri tongkat pada orang sakit ni,maka,sudah tentu dan soheh bahawa cerita beri tongkat pada orang sakitlah yang paling kerap aku dengari.

Aku menjawab:"Jadi,apa masalahnya dengan DEB yang memberi keutamaan pada orang melayu? kenapa setelah 40 tahun di laksanakan orang melayu masih emo dengan orang cina dan masih lagi mengadu merempat sana sini? berapa lama lagi kita kena pakai tongkat? atau, sebenarnya orang yang bertanggungjawab memandu DEB sudah salah pandu , dan tongkat itu terketuk kepala sendiri.Oh! mungkin sebenarnya kita tak perlukan tongkat kot, Kita pakai kerusi roda ok?" sambil menghirup tongkat ali ,aku menoleh tidak memandang Abang Wan.

You don't fight racism with racism, the best way to fight racism is with solidarity. -Bobby Seale-


Monday, September 20, 2010

Perahan Hujan dari Tuhan


Hey Tuhan.

Kau telah menghalang gerak ku.
Kau telah menghalang langkah ku.
Kau telah memenjara tubuh ku.
Dengan limpahan air.
Dari langit mendung.
Dan angin kencang.


Hey Tuhan.
Aku di sini berdiri setia.
Menghadap air-air yang kau humbankan.
Yang Manusia gelar ini rahmat.
Tapi kadangkala ini bala.
Oh Tuhan.
Manusia sebenarnya mahu menjaga hati kau.
Kerna itu mereka tetap panggil ini rahmat.
Walau hati penuh kesumat.


Hey Tuhan.
Aku mahu jadi seperti pokok di hadapan ku ini.
Yang tetap berdiri.
Walau terhuyung hayang.
Menahan pukulan angin.
Dan bedilan terjunan air.


Hey Tuhan.
Aku mahu jadi seperti rumput-rumput di hadapan ku ini.
Yang tetap berbaris.
Tak berterabur.
Walau pun kecil halus.
Menahan hentakkan petir.


Hey Tuhan.
Kau sedang memerah hujan.
Aku masih menunggu.
Hey Tuhan.
Perah lah Hujan itu.
Sampai yang penghabisan.
Hingga tak tinggal setitik pun.




Wednesday, September 15, 2010

PenyahSialan

Aku bukan Siapa-siapa.
Hanya aktor malang.
Ciptaan zeus.
Dan,
Pengisi kedukaan.

Jangan Bilang ini takdir.
Ini sumpahan berlendir.
Yang telah terpilih.
Rawak-rawak.

Kau terpaksa bermain dengan watak sialan.
Yang penuh penyesalan.
Tanpa kerelaan.

Kau merasakan Sang penguasa itu tidak adil.
Yang hanya tahu membedil.
Kau yang kerdil.

Jalan-jalan kau penuh Celaka.
Di humban malapetaka.
Tanpa kau sangka.
Kau hanya mampu meneka.
Dan merangka.
Tentang bala yang pasti nanti kau bersemuka.

Kau takkan mampu melawan.
Juga menahan.
Kekal lah dengan watak itu.
Selantang mana makian.
Sekerap mana cacian.
Setinggi mana harapan.
Kau takkan mampu untuk penyahsialan.





Tuesday, September 14, 2010

Manifestasi Emosi
Sambil Di temani Mardy Bum.
Aku memikir akan semalam.
Ketika malam.
Ketika sedang gundah.
Apakejadah.
Haram jadah.

Sambil Di temani Mardy Bum.
Aku memikir tentang esok.
Apakah akan terpelosok.
Lagi menyelusuk.
Dan di cucuk.

Sambil Di temani Mardy Bum.
Aku memikir tentang engkau.
Saat terpukau.
Tak Terjangkau.
Natijahnya membangkai.

Apa?
Ha?
Mahu apa?
Sial.
Aku sudah Melanggar persetiaan.
Yang aku Sumpahkan.
Tiada lagi yang boleh di pergi mampus-kan.
Aku telah di pupuskan.
Mungkin akan Di hapuskan.
Oleh amarah.
Dan barah.
Yang engkau ciptakan.

Maaf,mungkin selayaknya Engkau kekasih buat Malaikat.

Thursday, September 9, 2010

Satu Lebuhraya.



Satu lebuhraya menghubungkan Kita Semua.-PLUS-



Satu lebuhraya juga boleh menceraikan beraikan Kita.
Boleh menjandakan,mendudakan dan mempiatukan kita.
Satu lebuhraya juga merembat duet kita.
Jangan main-main dengan lebuhraya ok?

Setiap Kali menjelang hari raya kita terpaksa berdepan dengan satu bala.Ya, bala tradisi turun menurun bagi generasi Malaysia moden.Seolah-olah ia satu sumpahan warisan.

Bala itu ialah pesta kematian kolektif menjelang raya di lebuhraya.Kita terpaksa melaksanakan Ops Sikap dan pelbagai opss-opss! lagi bagi menghalang bala ini.Tetapi hasilnya tetap sama.Bala terus turun.

Jumlah kematian kemalangan di lebuhraya ini hampir menyamai dengan jumlah mereka yang mati di medan perang,di Afghanistan,Iraq dan wilayah bergolak lain seperti Palestin dan Selatan Thai.Sangat menghairankan jika di bandingkan dengan Malaysia yang tidak mengalami peperangan.

Semoga simpanan minyak di dunia lekas lah habis,agar nanti boleh lah kita pulang beraya berjalan kaki beramai-ramai.Badan kurus, perut tak buncit.


Tuesday, September 7, 2010

Shuffle dan Sahur






Ok.Budaya shuffle adalah budaya tarian baru yang di bawa oleh anak muda.Walaupun tarian shuffle ini agak poyo dan sinis, tetapi ia tetap mendapat pot pada generasi muda hari ini.Tarian shuffle ini agak berbeza dengan tarian kuda kepang,mak yong dan gemalai.Ini tarian moden dan tarian ini begitu rancak sambil di iringi rentak musik elektronik.Mereka yang gila shuffle pasti akan teruja apabila mendengar rentak musik elektronik.

Tapi masalahnya!, alarm kat henset member aku ni dah berbunyi lebih dari 5 kali,dah la alarm dia pakai musik elektronik shuffle ni,Faking!,Konon nak kejut dia sahur la tu,kalau dah bunyi lebih 5 kali,memang laa dia tak bangun.

Sambil di temani rentak shuffle yang tak berhenti memekak ni, dan member aku pulak tido mati tak sedar-sedar.Aku cuba memejam mata,sambil melepas geram dari dalam,aku bayangkan diri aku sedang bershuffle di atas muka member aku yang tido mati ni, Ambik kau!

Ok,rentak shuffle ni dah memekak untuk kali yang ke-8, aku pun blah pergi sahur.

Monday, September 6, 2010

Harap Malaikat Singgah Di Blogspot.

Mata masih sukar lelap.
Dan meraba-raba Keyboard dalam gelap.
Berteman Cahaya Malap.


Malam yang tenang dan santai.
Mungkin kerna setan di rantai.
Dan bulan ini manusia semuanya memakai lebai.


Kata orang,bila sepuluh malam terakhir.
Di panggil lailatul Qadr.
Tanda Rahmat sedang berlegar.
Semoga Malaikat Singgah di Blogspot.

Kapitalis O.K.U





Eh, aku pelik laa,tiap kali kalau aku pergi bazaar atau pasar malam mesti tengah nak cari makanan tu,ada makhluk tengah duduk tadah mangkuk.Aku maksudkan ni peminta sedekah.

Lagi satu,kalau tengah lepak mamak,kejap lagi mesti ada sorang pompuan tak cun pimpin tangan lelaki buta sambil pergi meja ke meja mintak duit,kalau kau bagi duit,kau dapat tisu.Gila rare!

Ha, ni lagi satu punya style, baru-baru ni aku pergi iftar dengan awek aku kat KL SENTRAL, tetiba ada sorang mat saleh ni datang,dia letak satu kad kat meja pelanggan,kad tu dia tulis: Hello Tuan/puan, saya ni pekak dan bisu,sila beri sumbangan sebanyak RM10. Kalau kau bagi dia RM10 kau akan dapat keychaine mikey mouse, dan macam-macam punya karton.Bodoh ape macam tu,boleh pulak tetapkan berapa ringgit kau nak sedekah.

Tapi aku tak salahkan mat saleh tu,mungkin dia bukan islam dan dia pun tak belajar KAFA.

Aku bukan nak hina dan keji pemintak-pemintak sedekah ni, aku akui aku adalah seorang berjiwa romantis sensetif,jadi,perasaan belas kasihan aku tinggi.

Cuma aku lihat, gejala-gejala mintak sedekah macam ni dah jadi trend di negara 1Malaysia kita.
Mintak sedekah ini seperti sudah menjadi aktiviti perdagangan halal.Bisnes berasaskan simpati dan agama.

Biasanya,pemintak sedekah ini adalah orang tua yang kurang upaya, mereka yang buta,takde tangan dan takde kaki.Lepas tu, sanggup pulak duduk tengah-tengah panas kat pasar waktu petang dan ada pulak yang sampai lewat malam mintak sedekah kat mamak.

Siapa sebenarnya di belakang mereka-mereka ni, sindiket? Apakah mereka tidak mendapat pembelaan dari kerajaan 1Malaysia?macam jabatan kebajikan,ataupun Pusat zakat yang tiap-tiap tahun kecoh dapat kutipan zakat ratus-ratus juta.

Orang-orang kurang upaya ini, seolah-oleh di eksploitasi, mereka di kuasai kerana kekurangan mereka.

Aku rasa, pihak-pihak tertentu boleh latih atau bagi mereka kemahiran- kemahiran tertentu supaya mereka boleh berdikari dan memberi sumbangan pada masyarakat.

Oh ya, mungkin DDR Rozmey boleh bagi dorang job jadi pengedar Jus mate 5, ataupun mamat-mamat MLM dan score A boleh buat kerja amal bantu mereka-mereka ni.


I find capitalism repugnant. It is filthy, it is gross, it is alienating... because it causes war, hypocrisy and competition.
-Fidel Castro-





Dr.Rozmey..

Saturday, September 4, 2010

Sembang Gebang : Indonesia-Malaysia





Hubungan kedua-dua negara ini kembali bergolak dan keruh.Bezanya, pergolakkan kali ini tidaklah seteruk seperti peristiwa Konfrontasi Indonesia-Malaysia 1962-1964 ataupun lebih dikenali dengan projek "Ganyang Malaysia".

Konfronstasi Indonesia-Malaysia 1962-1964 yang lebih bersifat militer berlaku dengan melibatkan permerintah Indonesia Presiden Ir Soekarno yang menentang penubuhan Malaysia 1963.Bermakna melibatkan politik kedua-dua negara.

Manakala pergolakkan kali ini pula, lebih terarah pada rakyat kedua-dua negara.Berpunca kerana bahagian penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia telah menahan tujuh nelayan Malaysia manakala Polis Marin Malaysia menahan tiga pegawai penguatkuasa kementerian dari Indonesia..Belum reda lagi kes Manohara,orang gaji kena tibai,buruh indon tak di bayar gaji tarian pandet lantas kes baru-baru ini menjadikan rakyat indon semakin emo.

Begitu juga rakyat Malaysia yang turut emo kerana kes jenayah pekerja asing indonesia di Malaysia dan kes ariel Peteporn bersetubuh punya video.

Rasanya,pemerintah kedua-dua negara ini tidak lagi berminat melaksanakan projek Ganyang mengganyang.Tentunya mereka menyedari kepentingan yang diraih antara dua negara ini.

Indonesia tentunya sedar, 2 juta tenaga kerjanya ada di Malaysia.Dan Malaysia juga sedar kepentingan pelaburan mereka juga ada di Indonesia.

Malaysia dan Indonesia mempunyai banyak persamaan dari segi budaya,hiburan,makanan,bahasa,dan lain-lain.Ini kerana,dari dulu lagi proses migrasi telah berlaku.

Sejarah telah merekodkan bahwa Parameswara talah berhijrah dari Sriwijaya dan membuka kerajaan Malaka.Kedua-dua negara(Indonesia-Malaysia) pernah mengganut agama hindu sebelum kedatangan islam ke nusantara.

Malah populasi masyarakat Jawa dan Banjar ramai di Malaysia.Muka-muka jawa masih boleh di kenal pasti, begitu juga dengan bahasanya yang masih di tutur walaupun tidak kerap.

Kita biasa mendengar cakap-cakap bahwa Malaysia dan Indonesia adalah bangsa serumpun.Tetapi persengketaan masih tidak dapat dielakkan.

Kedua-dua negara ini juga pernah di jajah, Malaysia oleh Inggeris dan Indonesia oleh Belanda.Barangkali perbedaan kaum penjajah telah memisahkan kedua-dua rumpun ini.Perjanjian Inggeris- Belanda 1824 menjadi titik mula peristiwa pemisahan ini.

Indonesia terkenal dengan perjuangan revolusi rakyat mereka menentang penjajah Dutch, malah Malaysia juga turut terinspirasi dengan perjuangan rakyat indonesia menentang penjajah Inggeris.Ini di buktikan dengan kemasukkan kader-kader pejuang kemerdekaan dari Indonesia ke dalam Parti haluan kiri Malaya ketika itu seperti KMM,PKMM dan API untuk meniupkan semboyan merdeka.Malah,terdapat cita-cita untuk menyatukan semenanjung tanah Melayu dan Indonesia bagi membentuk Indonesia Raya.

Dalam situasi rakyat kedua-dua negara yang sedang emo, bukan lah bermaksud kita harus berterima kasih kepada indonesia kerana menginspirasikan kemerdekaan kepada Malaysia.Bukan juga bermaksud Indonesia perlu berterima kasih kerana rakyatnya sejumlah 2 juta dapat mencari rezaki di Malaysia.Ini bukan soal siapa lebih 'aryan' dan hebat.

Persengketaan adalah pembodohan.Kaum penjajah berjaya merealisasikan bahawa konsep negara bangsa memecah belahkan kita walaupun kita adalah seagama,serumpun dan sebahasa.
Hanya kerana 'kita' Malaysia dan 'dia' Indonesia maka kita mesti bersengketa.

Lebih-lebih lagi,seperti mentaliti kita di kuasai bahawa semua orang Indonesia itu sial, dan semua orang Malaysia itu juga sial.Seperti tidak ada orang yang cintakan keamanan dan menentang ketidakadilan dari kedua-dua negara.

Indonesia dan Malaysia telah Merdeka lebih dari setengah abad.Mentaliti generasi muda kedua-kedua negara ini sepatutnya lebih di cerahkan daripada hanya menekan keyboard memaki hamun bersengketa di laman maya.


You may say that I'm a dreamer. But I'm not the only one. I hope someday you'll join us. And the world will be as one. -John Lennon-





Friday, September 3, 2010

Abah

Abah.
Saat aku lahir.
Lelaki yang aku kenal hanya kau.

Saat belum baligh ku.
Kau lelaki hebat.
Kau lah Superman ku.
Kau lah Ultraman ku.
Kau lah Rangers Ku.

Abah.
Aku tak marah.
Bila kau ceraikan Ibu kandung ku.
Aku tak marah.
Bila kau Nikahi gadis Indon
Menjadi ibu tiri Ku.

Terima Kasih.
Kerana Membenarkan aku memijak bahu mu.
Saat aku kecil.
Agar aku mampu berdiri sendiri.
Bila dewasa kelak.

Terima kasih.
kerana membuang tungau di telur ku.
Saat aku kecil.
Agar nanti,bisa aku mendepani.
Tungau-tungau yang lebih besar.

Dan

Terima Kasih.
Kerana merelakan tapak tangan mu.
Menjadi alas tidurku.
Saat aku kecil.
Agar nanti,aku mampu mencurahkan kasih sayang.
Pada yang lain.

Wednesday, September 1, 2010

Kos Lepas dan "Jangan banyak soal ! "

MALAYSIA tidak bercadang untuk meneruskan hasrat membida penganjuran Sukan Asia 2019 kerana kos penganjurannya yang cukup tinggi.

Perkara tersebut disahkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek di Kuala Lumpur semalam.

Shabery berkata, Malaysia tidak akan mengambil bahagian dalam urusan pembidaan bagi menganjurkan temasya tersebut.

"Setelah perkara ini dibawa ke mesyuarat jemaah menteri minggu lalu, Kabinet telah memutuskan bahawa Malaysia tidak akan meneruskan hasrat membida bagi menganjurkan Sukan Asia 2019.

"Ia disebabkan kos penganjurannya yang tinggi iaitu membabitkan perbelanjaan sekitar RM1.6 bilion dan kerajaan tidak melihat ia sebagai tuntutan semasa.

"Kos sebanyak RM1.6 bilion itu tidak termasuk pembinaan infrastruktur baru termasuk stadium, perkampungan sukan termasuk penginapan atlet serta penambahbaikan kemudahan sukan di negara ini," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Berbuka Puasa anjuran Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Hotel Hilton, Kuala Lumpur semalam.

Tambah Shabery, keputusan itu juga dibuat kerana kerajaan ketika ini dalam usaha cuba untuk menstruktur semula pemberian subsidi sebagai langkah berjimat cermat.

"Selain itu, kerajaan juga tidak mahu rakyat di negara ini mempersoalkan tindakan kerajaan mengeluarkan perbelanjaan yang besar bagi menganjurkan temasya sukan tersebut," tambah Shabery.

-KOSMO!-


Bukan KOSMO:

Bagus2,langkah paling tepat,ini lah namanya sedar diri,ini lah namanya ukur baju di badan sendiri.

Tak payah lahh nak anjurkan benda-benda macam ni,Nak anjurkan worl cup la,kejadah ape.

Ini pembaziran.Iklim ekonomi negara kita dan dunia tengah lesu.Kerajaan pun dah tak mampu nak bagi subsidi lagi dah.kesian,yelah,nak siapkan istana baru lagi,nak pikir kasi untungkan MAS,nak usha kapal selam baru.

Jadi,cara terbaik adalah, jimat la,ye dak,penganjuran sukan bilion-bilion macam ni,rakyat tak dapat pape pon,xdapat Subkon pon.

Di sekolah dulu,dalam subjek ekonomi asas,ada satu teori iaitu,KOS LEPAS.

Kos lepas ialah kita terpaksa membuat pilihan antara dua benda , benda yang tidak kita pilih itu di namakan kos lepas.Dalam ekonomi, teori kos lepas ini menyuruh kita memilih benda yang lebih utama dan mustahak.Iaitu untuk kepentingan umum.

Misalnya, dalam dompet korang ada duet RM5, kebetulan pula duet RM5 tu nak beli Majalah Hiburan Mangga( pasal cover depan ada muka TOMOK), tapi dalam masa yang sama,perut korang tengah lapar giler dan dahaga, So,terpaksa la buat pilihan nak beli Mangga cover muka TOMOK atau Makanan? Untuk mereka yang pandai dan normal, pasti akan memilih membeli makanan dan Mangga muka TOMOK akan jadi kos lepas.

Macam tu jugak ekonomi negara, perbelanjaan dan sesuatu projek akan di buat bagi memenuhi kepentingan umum.

Antara projek pembinaan Shoping kompleks Mega dan Hospital di kawasan hulu banat, mana satu yang lebih penting pada umum?

Jadi, dalam suasana ekonomi sekarang, memang tepatlah langkah kerajaan tak nak bida penganjuran sukan Asia tu.Kalau kos penganjuran bernilai 1.6 bilion tu macam-macam boleh buat untuk kasi rakyat senang.Lagi pun,kalau nak jadi penganjur sukan ni lecehlah,nak buat stadium baru lagi,boleh ke bina stadium? jamin ke tak runtuh?LOL.

Lagi satu:

"Selain itu, kerajaan juga tidak mahu rakyat di negara ini mempersoalkan tindakan kerajaan mengeluarkan perbelanjaan yang besar bagi menganjurkan temasya sukan tersebut," tambah Shabery.


Chantek.Sayang Shabery.Sekarang aku nak soal.Kenapa rakyat tidak boleh persoalkan bila kerajaan nak keluarkan perbelanjaan yang BESAR untuk temasya sukan ni? duit dalam perbelanjaan ni duet siapa?siapa yang bayar cukai?

Kalau tak nak orang mempersoalkan, jangan gelar negara ini demokrasi.Mengaku negara ini diktaktor.

Politicians are people who, when they see light at the end of the tunnel, go out and buy some more tunnel. ~John Quinton