Saturday, May 29, 2010

Menunggu Robbin Hood,,




Saya berpeluang menonton filem Robin Hood di pawagam tiga minggu yang lalu,sejak kecil lagi saya telah membesar dengan cerita-cerita hero sebegini di TV,terutama kisah si Robin ini.Setiap kali cerita ini bersurah,Abah pasti ada disisi menemani saya.Melihat panah-panah tepat si Robin sangat menerujakan dan mempengaruhi jiwa kanak-kanak saya,bezanya ketika itu saya masih lagi kecil dan bermindakan Power Rangers dan Ultraman,jadi saya masih lagi mentah untuk mengekstrak nilai-nilai atau pengajaran dari kisah-kisah itu.

Berbeza dengan hari ini,setelah lebih sepuluh tahun Robin Hood versi TV tidak disurahkan,kini saya mula memahami nilai-nilai di sebalik cerita si hero Inggeris itu.Saya bukanlah pengkritik filem atau pakar dalam bidang ini,saya hanya melihat melalui prespektif diri saya sendiri dan berdasarkan sosial masyarakat.Saya pernah terbaca dalam sebuah buku jutawan Amerika mengenai watak Robin ini,si jutawan ini berpendapat bahawa si Robin adalah seorang penjenayah kerana kerjanya hanya mencuri dari orang kaya dan memberikan pada orang miskin,jadi katanya kerja si Robin ini adalah kerja penjenayah.Mungkin benar kata si jutawan ini.Ataupun mungkin kerana si jutawan ini wangnya berjuta-juta dollar dan tentu beliau sangat takut dan benci pada watak si Robin ini,berdasarkan sikap si jutawan di dalam bukunya yang saya baca,beliau tidak suka membayar cukai.Tentu sekali jutawan ini kapitalis.
Robin Hood seperti yang disurahkan hidup pada era masyarakat feudal eropah,masyarakat yang disusun pada hierarki piramid,ada raja,pembesar,tentera,agamawan,orang-orang kaya,rakyat marhein dan hamba.Sistem masyarakat seperti ini sangat kacau bilau hidupnya,masalah dengan kuasa muthlak si raja dan juga kebergantungan rakyat marhein dan hamba-hamba yang tentunya miskin pada orang-orang kaya(Baron/Tuan tanah).Itulah kepincangan dari segi sosial dan ekonomi yang sangat membebani golongan pekerja miskin.Rata-rata tanah yang digunakan untuk kegiatan pertanian adalah di miliki sepenuhnya oleh golongan orang kaya atau tuan tanah ini.Golongan rakyat marhein hanyalah menjadi buroh-buroh feudal mengerah keringat pada tanah-tanah bukan milik mereka ini.

Robin hidup pada era pemerintahan Raja Richard The Lion Heart,pada pemerintahan raja ini,England mengambil bahagian dalam kempen menakluk tanah suci Jerussalem di Palestin,ketika itu Khidmat negara dikerahkan untuk seluruh pemuda England agar mengambil bahagian dalam kempen tentera ke tanah suci itu,salah seorang pemuda itu adalah Robin sendiri selaku tentera bawahan bahagian pemanah.Bukan sahaja memaksa tenteranya berjihad menawan tanah suci,bahkan Raja Richard telah memaksa cukai-cukai dan belanjawan dari rakyatnya semata-mata untuk kempennya itu.Hasil titik peluh buroh-buroh tanah dan pelaburan orang kaya telah di belanjakan untuk kempen yang kononnya "keagamaan" tetapi sebaliknya lebih meningkatkan reputasi kemasyuran Raja Richard.Setelah kempen ini tamat,Robin pulang ke England,tetapi suasana masih tidak berubah,England masih di himpit bala ekonomi akibat keghairahan daripada kempen tersebut,cukai-cukai masih terus di pungut untuk mengisi kantung negara walaupun ketika itu rakyat papakedana!

Kita biasa mengetahui kisah Robin Hood dengan ungkapan 'mencuri pada yang kaya dan berikan pada yang miskin' .Ungkapan inilah yang mengherokan robin dan tidak kurang yang membencinya.Robin mengambil keputusan untuk menetap di dalam hutan bersama sekumpulan orang-orang miskin dan anak-anak yatim setelah Raja John pangganti Raja Richard memburunya.Saya tak ambil pot pada mereka yang membenci dan mengkritik Si Robin ini,itu adalah pandangan fikrah mereka masing-masing.Pada saya tindakan Robin ini adalah tindakan revolusionner berani,bukanlah saya menghalalkan perbuatan mencuri,tetapi berdasarkan urutan peristiwa di atas,jelas menunjukkan golongan rakyat miskin di pinggirkan dan sengsara.Berhadapan dengan ekonomi yang gawat akibat kerakusan si pemerintah dan peranan monopoli kapitalis feudal ke atas tanah-tanah adalah sebab lahirnya Robin Hood yang membawa harapan kesinambungan untuk terus hidup pada rakyat marhein yang terus menerus di cengkam ini.

Saya pernah terbaca dan mendengar tentang ungkapan 'jenayah meningkat kerana ekonomi yang pincang' ,bezanya,si Robin ini melakukan kerja-kerja merembat bukan untuk keperluan dirinya sahaja,bahkan untuk orang-orang miskin yang lain.Sungguhpun ada yang menganggap Robin merupakan penjenayah besar,maka akibat sistem yang huru-hara dan bebal inilah yang akhirnya melahirkan sosok si Robin ini.Jika Malaysia masih memilih jalan kepincangan ekonomi dan ingin menjadikannya lebih teruk atau lebih teruk lagi seperti berekonomikan England feudal,kita mungkin akan melahirkan seorang Robin versi kita atau lebih ramai lagi Robin.Tentunya ini satu yang di nanti-nantikan oleh seluruh marhein.

Saturday, May 8, 2010

Niagawan terkutuk di bawah masam lipatan ketiak



Niagawan.
Nampak sawan.
pabila melihat belanjawan.
sanggup tikam kawan.
asal untung sampai ke awan-awan.


Hoi niagawan.
Pelahap yang jijik.
perembat semua milik.
lintah yang celik.
apa yang kau belek-belek.
buku akaun mu tersedia baik.
kau hanya menilik.
Hari nanti berapa lagi bakal tergolek.


Apa kau kesah Judi.
Todi.
wahyu pohon bodhi.
Semua kau mandi.
sebab kau memilih badi.
Maka jadilah kau lidi.
Nanti,di alam abadi.