Saturday, November 26, 2011

Pengembaraan Shamim SuperJunior Ke Korea Selatan Dan Takdir Yang Telah di Tetapkan.



Punya lah Shamim teruja, sambil mengheret bagasi dengan muka bangga, orang-orang di sekeling yang mengisi segenap ruang terminal KLIA Shamim hiraukan, matanya yang di salut kontek lens tertumpu pada poster SuperJunior di tangan kanan.

Mana taknya, dalam berjuta-juta jiwa di Malaysia, Shamim satu-satunya anak muda yang terpilih berjumpa SuJu di Korea Selatan. Sekitar sebulan yang lepas Shamim menyertai pertandingan yang hadiahnya ialah lawatan ke Korea Selatan  untuk berjumpa superstar SuperJunior, bukan setakat jumpa depan-depan je, malah boleh mencium pipi geng-geng SuJu yang gebu.Peh !

Dengan usaha,doa dan tawakal, Shamim akhirnya di umum sebagai pemenang, mengalahkan pencabar terdekat iaitu Amiey Rosmainie dan berjuta-juta gadis melayu yang lain.Nah, sekarang Shamim selangkah lagi akan ke Korea Selatan dan semuncung lagi untuk mencium pipi idola kesayangannya.Lebih kurang dua minggu Shamim akan berada di Korea Selatan, ini bermakna Shamim akan meninggalkan tugasnya sebagai YDP Sekretariat Rukun Negara(SRN) dan menyerahkan tugas itu sementara kepada pembantunya yang bernama Yatt Bella, seorang gadis melayu, walaupun masih di ragukan status Melayu beliau.Fea Sephiria, iaitu kekasih Shamim yang baru di sunting ketika program SRN di Lumut, Shamim letak tepi dulu, ini penting supaya Shamim dapat menikmati keseronokkan di Korea Selatan.

Lebih kurang empat puluh minit lagi Shamim akan berangkat, Shamim membelek-belek rambutnya yang telah di set up dengan style Korea, Shamim mengeluarkan bedak padat bercermin dari poketnya.Sambil mengenakan serbuk bedak ke kulitnya, Shamim merenung ke cermin bedak itu, sambil menuturkan bahasa asing, yang menjengkelkan.

"Mannaseo Bangabseumnida ", hik hik hik, Shamim  tertawa seorang diri sambil tersipu malu. Mungkin Shamim  merasakan dirinya comel berkelakuan begitu.

Kemudian, Shamim mengelurkan telefon bimbitnya sambil menekan papan kekunci berkenaan.Rupanya Shamim hendak membuat panggilan, telefon bimbit itu telah sedia di lekatkan ke telinganya yang capang.

" Hello Mer,Annyeong Haseyo "

" Ermm, Assalamualaikum... "

" Hik hik, cewahh, baik pula Amer ni , sehat Mer ? "

" Ah dengar suara kau terus tak sehat "

" Hik hik, nakal la Amer ni, Amer aku nak bagi tahu ni, kejap lagi aku nak gerak dah, Flight aku dah ready dah tu "

" Oh ye ? semoga Flight kau tu eksiden, dan besok bila aku bangun pagi je keluar muka depan Harian Metro, tajuknya ' Rakyat Malaysia maut dalam nahas pesawat, hasrat ke Korea Selatan tak tercapai', Amen.

" Amer, sampai hati cakap macam tu,ermmm...eee, aku tak sabar nak  cium pipi abang-abang SuperJunior tu! "

" Jenis gay kau ni, kau patutnya join Seksualiti Merdeka."

"hik hik, ok la Mer aku nak gerak ni, Mannaseo Bangabseumnida !"

" Ha apa dia ? bangang ? aku dengar bangang je tadi . "

" bukan la , Mannaseo Bangabseumnida !, bye Mer ! Sarang Hae !

" Ya Tuhan, makbul kan la doa ku , agar dia Eksiden "

Tettttttttttt. Shamim terus bergegas menuju ke kaunter untuk urusan perlepasan.


++++

Hampir lima jam shamim berada di dalam pesawat, semua makanan yang di hidangkan telah selesai Shamim telan.Sebentar lagi, pesawat yang Shamim naiki ini akan sampai ke Lapangan Terbang Jeju.

Shamim senyum ke arah  pramugari yang berjalan di sisi kerusinya. Shamim bajet dengan mukanya yang ala-ala korea tu boleh di jadikan modal untuk mengurat pramugari berkenaan.

Pramugari itu senyum kembali sebagai membalas senyuman Shamim, tapi sebenarnya senyuman pramugari itu tidak lebih sekadar  layanan mesra kepada pelanggan.

Shamim kembali merenung poster SuperJunior-nya sambil tersenyum miang.

KEBOOOMMM!!!


Ada bunyi letupan yang kuat datang dari bawah pesawat!, seisi penumpang di dalam pesawat menjadi cemas dan terkejut.Shamim mengalihkan perhatian memerhati ke kiri dan kanan seperti tidak tahu apa  yang berlaku.

" Perhatian kepada semua penumpang, ada letupan berlaku di bahagian enjin pesawat, pihak kami akan segera mengawal keadaan, semua penumpang di harap bertenang ! "

Mendengar pengumuman itu, seisi pesawat termasuk Shamim menjadi gelabah dan tak keruan.

" Ya Tuhan, ya Tuhan...", setelah sekian lama Shamim menyebut kalimah Korea, baru sekarang Shamim menyeru  Tuhan, tapi segalanya mungkin telah terlambat.

KEBOOOMMMM!!!

ah, sekali lagi bunyi, letupan kedengaran, tapi kali ini lebih kuat !,pergerakkan pesawat mula tidak stabil, terhuyang hayang penumpang di buatnya.Kesemua penumpang mula menjerit, pergerakkan pesawat di luar kawalan, terasa benar pesawat akan terjatuh.Shamim hanya mampu berdoa.

KEBOOOOMMMM!!!!

Dan ini adalah letupan ke tiga yakni yang terakhir.Pesawat pun terhempas.

++++++


PANG!!!!


Pipi Shamim di lempang, Shamim tersedar, matanya di buka pelan-pelan, di hadapan Shamim berdiri seorang lelaki  berseragam tentera yang mukanya Shamim yakin benar ini adalah orang Korea.

"Annyeong Haseyo ! saya Shamim, apa yang terjadi ?Saya dekat Korea Selatan kan ? saya kena jumpa SuperJunior ni, mana SuperJunior ? mana ?"

PANG!!!


Untuk kali kedua, Shamim di lempang, kali ni Shamim tersungkur sampai tertanggal kontek lens Shamim.

" Kau sorang je terselamat dalam pesawat tu, kau berada di Pyongyang, kau di tahan kerana menceroboh Republik Komunis Korea Utara ! " ujar askar tersebut.


Ya, itu lah kali terakhir saya mendengar suara Shamim di telefon, dan semenjak itu saya tidak mendengar lagi cerita tentang Shamim. Khabarnya  Shamim sekarang menjadi buruh paksa mengangkat uranium di loji nuklear Pyongyang, saya harap Shamim terhindar dari radiasi radioaktif.


Semoga kisah Shamim yang bercita-cita ke Korea Selatan tapi terlajak ke Korea Utara, akan terus berlaku kepada mereka yang terlampau obses dengan K-POP, biar padan muka kau !



K-POP versi Korea Utara

                                                         







Thursday, November 24, 2011

Dua puluh satu


Alangkah powernya bila orang lain sibuk nak setting azam baru untuk masuk tahun baru, engkau baru melangkah ke alam umur yang serba baharu.

Jika Nazmi Faiz yang berusia 17 tahun memukau sejumlah peminat bolasepak, ya dia boleh berbangga dengan pencapaiannya dengan usia begitu muda.

John Lennon dan Paul Mccartney juga begitu, mencapai sukses ketika masing-masing baru berumur 20 dan 18 tahun.

Belum kira Justin bibir lagi.

Dan aku masih belum mencapai sesuatu yang boleh di kira sukses untuk usia 21 ni.

Apa nak risau, Mehmet Al fateh menakluk Konstantinopel semasa berumur 21 tahun.

Hey Tuhan, Tunjukkan lah aku, agar aku tidak sia-sia.










Wednesday, November 23, 2011



Aku suka filem ni.
Ini Filem tentang John Lennon sewaktu zaman remajanya, sebelum dia menubuhkan grup lagenda The Beatles, kisah bagaimana John mengenal musik, mangagumi Elvis, menubuhkan grup skiffle, The Quarrymen, bertemu Paul dan George.Aku lebih tertarik pada babak konflik keluarga yang di hadapi John dan ibunya.

Aku suka filem ni bukan kerana John, tetapi kerana aku berkongsi rasa dengan John. Ibu bapa John bercerai ketika John masih kecil. Jadi, aku rasa apa yang John rasa. Aku rasa keanehan yang John anehkan.Aku rasa ketidakpuasan yang John tidak puaskan.Aku rasa pemberontakkan yang John berontakkan. Aku rasa kemurungan yang John murungkan.Aku rasa kecemburuan yang John cemburukan dan aku rasa kepiluan yang John pilukan.

Tuesday, November 22, 2011

Hujan

Sekarang ini memang musim awan menangis.Bagi penunggang motosikal seperti aku memang susah hendak bergerak. Ya, musim hujan begini penunggang motosikal umpama nelayan pada musim tengkujuh.

Aku sendiri lihat persiapan awan sebelum menangis, bersungguh-sungguh mereka bergabung dan bertukar warna menjadi malap gelita.

Aku terfikir, apa kah jantina awan ini ?

Lelaki atau perempuan ? jantan atau betina ?

Seandainya kau perempuan hai awan.

Aku nasihatkan kau.

"Cubalah Libresse"


Sunday, November 13, 2011

SPM

Selamat menjawab kepada adik-adik abang yang sedang menduduki SPM, abang dulu SPM dapat 5A1 + 1A2 = 6A je, itu pun abang jawab dengan kadar keseriusan 40% serius.

SPM ni takpayah serius sangat pun takpe, banyak lagi rancangan realiti dekat TV tu, tak pun boleh terus main basikal Fixie sampai mampus.

Sunday, November 6, 2011

Sunat

Amir : Adik, nanti adik dah sekolah kena sunat taw..

Amirul: ala... Tak nak......

Amir : Kenapa adik tak nak ?

Amirul : Adik sayang konek adik, kesian dia nanti kena potong.

Amir : Along paham, tapi hidup ini kena ada pengorbanan dik. Adik nak dapat ramai awek kan ?

Amirul : Nak ! Nak !

Amir : bagus.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, November 5, 2011

Yang awal adalah Pengorbanan

Kau pandang dengan pandangan redup penuh emosi.
Kau ragut rerumput dengan penuh eksotik.
Kau sedang meraikan juadah terakhir
Yang entah belum pasti sempat di hadam atau tidak.
Kau seolah-olah redha dengan masa hadapan.

Adakah kau sedar bahawa rumput di mulut mu juga adalah korban seperti kau.
Korban untuk kelangsungan hidup.
Hakikatnya kau lebih mulia dari manusia.
Manusia yang hanya tahu berbuat fasad.
Dan kau sedang menuju Tuhan.
Bergembiralah.
Rumput di surga menantimu.
Rumput yang lebih segar dan enak.
Berbanding rumput di dunia yang telah di cemari tangan manusia.

Bergembiralah.
Nanti tubuh kau akan di jamah oleh mereka yang fakir.
Yang tak mampu memesan menu di McD.
Yang di sisih dari sistem ekonomi yang hanya di nikmati segelintir elit.

Bergembiralah kerana mereka akan bergembira.

Ketahuilah.
Adam dan Hawa berkorban turun ke dunia kerana mengharap keampunan Tuhan.
Hanya satu sperma yang akan berjaya, selebihnya menjadi korban.
Seorang ibu berkorban kudrat melahirkan seorang anak.

Tiada kehidupan tanpa pengorbanan.
Tiada kematian tanpa pengorbanan.

Bukankah nanti, dunia ini akan di korbankan sebagai tanda kehidupan akhirat akan bermula ?


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.