Wednesday, September 1, 2010

Kos Lepas dan "Jangan banyak soal ! "

MALAYSIA tidak bercadang untuk meneruskan hasrat membida penganjuran Sukan Asia 2019 kerana kos penganjurannya yang cukup tinggi.

Perkara tersebut disahkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek di Kuala Lumpur semalam.

Shabery berkata, Malaysia tidak akan mengambil bahagian dalam urusan pembidaan bagi menganjurkan temasya tersebut.

"Setelah perkara ini dibawa ke mesyuarat jemaah menteri minggu lalu, Kabinet telah memutuskan bahawa Malaysia tidak akan meneruskan hasrat membida bagi menganjurkan Sukan Asia 2019.

"Ia disebabkan kos penganjurannya yang tinggi iaitu membabitkan perbelanjaan sekitar RM1.6 bilion dan kerajaan tidak melihat ia sebagai tuntutan semasa.

"Kos sebanyak RM1.6 bilion itu tidak termasuk pembinaan infrastruktur baru termasuk stadium, perkampungan sukan termasuk penginapan atlet serta penambahbaikan kemudahan sukan di negara ini," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Berbuka Puasa anjuran Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Hotel Hilton, Kuala Lumpur semalam.

Tambah Shabery, keputusan itu juga dibuat kerana kerajaan ketika ini dalam usaha cuba untuk menstruktur semula pemberian subsidi sebagai langkah berjimat cermat.

"Selain itu, kerajaan juga tidak mahu rakyat di negara ini mempersoalkan tindakan kerajaan mengeluarkan perbelanjaan yang besar bagi menganjurkan temasya sukan tersebut," tambah Shabery.

-KOSMO!-


Bukan KOSMO:

Bagus2,langkah paling tepat,ini lah namanya sedar diri,ini lah namanya ukur baju di badan sendiri.

Tak payah lahh nak anjurkan benda-benda macam ni,Nak anjurkan worl cup la,kejadah ape.

Ini pembaziran.Iklim ekonomi negara kita dan dunia tengah lesu.Kerajaan pun dah tak mampu nak bagi subsidi lagi dah.kesian,yelah,nak siapkan istana baru lagi,nak pikir kasi untungkan MAS,nak usha kapal selam baru.

Jadi,cara terbaik adalah, jimat la,ye dak,penganjuran sukan bilion-bilion macam ni,rakyat tak dapat pape pon,xdapat Subkon pon.

Di sekolah dulu,dalam subjek ekonomi asas,ada satu teori iaitu,KOS LEPAS.

Kos lepas ialah kita terpaksa membuat pilihan antara dua benda , benda yang tidak kita pilih itu di namakan kos lepas.Dalam ekonomi, teori kos lepas ini menyuruh kita memilih benda yang lebih utama dan mustahak.Iaitu untuk kepentingan umum.

Misalnya, dalam dompet korang ada duet RM5, kebetulan pula duet RM5 tu nak beli Majalah Hiburan Mangga( pasal cover depan ada muka TOMOK), tapi dalam masa yang sama,perut korang tengah lapar giler dan dahaga, So,terpaksa la buat pilihan nak beli Mangga cover muka TOMOK atau Makanan? Untuk mereka yang pandai dan normal, pasti akan memilih membeli makanan dan Mangga muka TOMOK akan jadi kos lepas.

Macam tu jugak ekonomi negara, perbelanjaan dan sesuatu projek akan di buat bagi memenuhi kepentingan umum.

Antara projek pembinaan Shoping kompleks Mega dan Hospital di kawasan hulu banat, mana satu yang lebih penting pada umum?

Jadi, dalam suasana ekonomi sekarang, memang tepatlah langkah kerajaan tak nak bida penganjuran sukan Asia tu.Kalau kos penganjuran bernilai 1.6 bilion tu macam-macam boleh buat untuk kasi rakyat senang.Lagi pun,kalau nak jadi penganjur sukan ni lecehlah,nak buat stadium baru lagi,boleh ke bina stadium? jamin ke tak runtuh?LOL.

Lagi satu:

"Selain itu, kerajaan juga tidak mahu rakyat di negara ini mempersoalkan tindakan kerajaan mengeluarkan perbelanjaan yang besar bagi menganjurkan temasya sukan tersebut," tambah Shabery.


Chantek.Sayang Shabery.Sekarang aku nak soal.Kenapa rakyat tidak boleh persoalkan bila kerajaan nak keluarkan perbelanjaan yang BESAR untuk temasya sukan ni? duit dalam perbelanjaan ni duet siapa?siapa yang bayar cukai?

Kalau tak nak orang mempersoalkan, jangan gelar negara ini demokrasi.Mengaku negara ini diktaktor.

Politicians are people who, when they see light at the end of the tunnel, go out and buy some more tunnel. ~John Quinton

No comments: