Monday, September 20, 2010

Perahan Hujan dari Tuhan


Hey Tuhan.

Kau telah menghalang gerak ku.
Kau telah menghalang langkah ku.
Kau telah memenjara tubuh ku.
Dengan limpahan air.
Dari langit mendung.
Dan angin kencang.


Hey Tuhan.
Aku di sini berdiri setia.
Menghadap air-air yang kau humbankan.
Yang Manusia gelar ini rahmat.
Tapi kadangkala ini bala.
Oh Tuhan.
Manusia sebenarnya mahu menjaga hati kau.
Kerna itu mereka tetap panggil ini rahmat.
Walau hati penuh kesumat.


Hey Tuhan.
Aku mahu jadi seperti pokok di hadapan ku ini.
Yang tetap berdiri.
Walau terhuyung hayang.
Menahan pukulan angin.
Dan bedilan terjunan air.


Hey Tuhan.
Aku mahu jadi seperti rumput-rumput di hadapan ku ini.
Yang tetap berbaris.
Tak berterabur.
Walau pun kecil halus.
Menahan hentakkan petir.


Hey Tuhan.
Kau sedang memerah hujan.
Aku masih menunggu.
Hey Tuhan.
Perah lah Hujan itu.
Sampai yang penghabisan.
Hingga tak tinggal setitik pun.




Wednesday, September 15, 2010

PenyahSialan

Aku bukan Siapa-siapa.
Hanya aktor malang.
Ciptaan zeus.
Dan,
Pengisi kedukaan.

Jangan Bilang ini takdir.
Ini sumpahan berlendir.
Yang telah terpilih.
Rawak-rawak.

Kau terpaksa bermain dengan watak sialan.
Yang penuh penyesalan.
Tanpa kerelaan.

Kau merasakan Sang penguasa itu tidak adil.
Yang hanya tahu membedil.
Kau yang kerdil.

Jalan-jalan kau penuh Celaka.
Di humban malapetaka.
Tanpa kau sangka.
Kau hanya mampu meneka.
Dan merangka.
Tentang bala yang pasti nanti kau bersemuka.

Kau takkan mampu melawan.
Juga menahan.
Kekal lah dengan watak itu.
Selantang mana makian.
Sekerap mana cacian.
Setinggi mana harapan.
Kau takkan mampu untuk penyahsialan.





Tuesday, September 14, 2010

Manifestasi Emosi
Sambil Di temani Mardy Bum.
Aku memikir akan semalam.
Ketika malam.
Ketika sedang gundah.
Apakejadah.
Haram jadah.

Sambil Di temani Mardy Bum.
Aku memikir tentang esok.
Apakah akan terpelosok.
Lagi menyelusuk.
Dan di cucuk.

Sambil Di temani Mardy Bum.
Aku memikir tentang engkau.
Saat terpukau.
Tak Terjangkau.
Natijahnya membangkai.

Apa?
Ha?
Mahu apa?
Sial.
Aku sudah Melanggar persetiaan.
Yang aku Sumpahkan.
Tiada lagi yang boleh di pergi mampus-kan.
Aku telah di pupuskan.
Mungkin akan Di hapuskan.
Oleh amarah.
Dan barah.
Yang engkau ciptakan.

Maaf,mungkin selayaknya Engkau kekasih buat Malaikat.

Thursday, September 9, 2010

Satu Lebuhraya.



Satu lebuhraya menghubungkan Kita Semua.-PLUS-



Satu lebuhraya juga boleh menceraikan beraikan Kita.
Boleh menjandakan,mendudakan dan mempiatukan kita.
Satu lebuhraya juga merembat duet kita.
Jangan main-main dengan lebuhraya ok?

Setiap Kali menjelang hari raya kita terpaksa berdepan dengan satu bala.Ya, bala tradisi turun menurun bagi generasi Malaysia moden.Seolah-olah ia satu sumpahan warisan.

Bala itu ialah pesta kematian kolektif menjelang raya di lebuhraya.Kita terpaksa melaksanakan Ops Sikap dan pelbagai opss-opss! lagi bagi menghalang bala ini.Tetapi hasilnya tetap sama.Bala terus turun.

Jumlah kematian kemalangan di lebuhraya ini hampir menyamai dengan jumlah mereka yang mati di medan perang,di Afghanistan,Iraq dan wilayah bergolak lain seperti Palestin dan Selatan Thai.Sangat menghairankan jika di bandingkan dengan Malaysia yang tidak mengalami peperangan.

Semoga simpanan minyak di dunia lekas lah habis,agar nanti boleh lah kita pulang beraya berjalan kaki beramai-ramai.Badan kurus, perut tak buncit.


Tuesday, September 7, 2010

Shuffle dan Sahur






Ok.Budaya shuffle adalah budaya tarian baru yang di bawa oleh anak muda.Walaupun tarian shuffle ini agak poyo dan sinis, tetapi ia tetap mendapat pot pada generasi muda hari ini.Tarian shuffle ini agak berbeza dengan tarian kuda kepang,mak yong dan gemalai.Ini tarian moden dan tarian ini begitu rancak sambil di iringi rentak musik elektronik.Mereka yang gila shuffle pasti akan teruja apabila mendengar rentak musik elektronik.

Tapi masalahnya!, alarm kat henset member aku ni dah berbunyi lebih dari 5 kali,dah la alarm dia pakai musik elektronik shuffle ni,Faking!,Konon nak kejut dia sahur la tu,kalau dah bunyi lebih 5 kali,memang laa dia tak bangun.

Sambil di temani rentak shuffle yang tak berhenti memekak ni, dan member aku pulak tido mati tak sedar-sedar.Aku cuba memejam mata,sambil melepas geram dari dalam,aku bayangkan diri aku sedang bershuffle di atas muka member aku yang tido mati ni, Ambik kau!

Ok,rentak shuffle ni dah memekak untuk kali yang ke-8, aku pun blah pergi sahur.