Tuesday, October 5, 2010

Sekolah Rendah Kebangsaan Olak Lempit



Cahaya matahari sudah cecah tahap klimaks, apa punya bala lah Malaysia ni sampai panas macam ni.Adakah kerana dosa Anwar menipu cakap nak jadi PM ? atau kerana dosa wang judi di berikan kepada warga emas Penang?, oh tapi dah pulang balikkan?

Sambil parking motor di tepi padang SK Olak Lempit, mata aku meliar-liar ke arah bangunan sekolah, kalau-kalau ternampak cikgu perempuan yang cun, dapat add Pesbuk jadi lah ye dak?

Ok, dah pukul 12.45 tengah hari, budak-budak sekolah sudah mula keluar dari kelas, standard budak-budak lah, ada yang berlari-lari keluar, ada yang muka blur, ada pulak budak laki yang gatal ngurat budak perempuan, cehh! belum mimpi lagi, sudah macam-macam.Senang cerita, perkarangan sekolah bunyi nye cukup meriah, dah macam Ekspo Muktamar PAS.

Ini membuat kan aku kembali teringat saat bersekolah rendah dulu, bagi aku, alam kanak-kanak adalah alam yang penuh dengan kejujuran.Yelah, ini alam kejujuran yang cukup comot, kau tak perlu bergaya pergi ke sekolah, memakai beg sekolah Power Rangers, Ultraman dan Doraemon adalah cool pada waktu itu, kau tak perlu pakai tudung yuna, cukup memakai tudung yang serupa tudung saji. Tak perlu mengenakan baju ala-ala Top man, baju sekolah putih yang di comoti sambal nasi lemak adalah kebiasaan.Kasut? setakat kasut yang di salut dengan kapur putih sudah memadai.Ini adalah alam Kanak-kanak yang anti-fesyen,anti-kepoyoan dan tidak tahu menahu langsung siapa itu Ibrahim ali.

Lima belas minit sudah berlalu, tapi adik perempuan aku masih belum muncul lagi, perkarangan sekolah sudah mula lengang.Aku dah cuak dah, takkan ini kerana dosa aku mengUsha cikgu-cikgu cun tadi, fikiran aku dah pikir macam-macam dah.Kisah adik Sharlinie menggangu emosi aku, tapi aku buat-buat rilek je, ini Banting bai! tiba-tiba aku teringat tragedi bakar dan buang abu ke sungai, hempedu aku terasa pedih kerana tindak balas rasa cemas.Aku berjalan ke tepi padang, mana taw nampak adik aku tengah dating ke main gimnastik ke.Tapi tak da pulak.

Aku nampak dua orang budak laki-laki sedang duduk di tepi padang, aku menghampiri kedua-dua budak pra Baligh itu, "Dik..." belum sempat aku cerita apa yang patut, budak itu menghulur salam,"Selamat hari raya bang" , aku membalas salamnya dengan gaya abang-abang.Ucapan raya nya aku tak jawab, orang tengah cuak pasal adik hilang ni, kau sibuk nak bukak Open House tepi padang Pulak!

"adik kenal Ashikin tak? Ashikin Munshi? dia darjah tiga " aku bertanya budak tu dengan gaya
abang-abang."Oh, Ashikin yang kecik ketot tu ke? cuba abang tengok dekat kelas 3 usaha, dia dekat sana kot", jawab budak laki tu dengan penuh kejujuran dan ala-ala Azwan Ali.

Fak!

Ulang balik yang mula-mula tadi, " Oh, Ashikin yang kecik ketot tu ke?"

Fak!

Budak laki tu tingginya lebih kurang tahap pusat aku je.Iaitu paras antara usus kecil dan buah pinggang aku.Beza aku sama dia umpama Malik Nor dengan budak-budak Taska ABIM atau umpama Peter Crouch dengan Zaquan Adha. Kaki aku pun tiba-tiba terasa ringan kalau di hayun ke arah budak tu, tapi memandangkan sejak dulu lagi aku telah di Tarbiyyah dengan silibus Tabligh, lagu Bila Tuhan Tak di Takuti, Kumpulan Mawaddah tiba-tiba menyelusup ke telinga aku.Selain memikirkan balasan tak dapat solat zohor pakai kaki, aku segera mensucikan hati.

"Terima kasih ye dik" jawab aku dengan suara serak basah ala-ala vokalis kumpulan Mawaddah.





Labih kurang macam ni lah beza aku sama budak tu, Pejam mata je kalau setakat nak hayun kaki.



"Budak-Budak memang jujur, Tapi kalau jujur sangat pun, macam gampang Jugak bai.








Terima Kasih kumpulan Mawaddah!



Bukan kau saja Yang Perlu Mandi




Bukit Mahkota segar di mandi hujan.
Hujan, kadang-kadang di syukuri.
Kadang-kadang di caruti.
Bisa jadi Bala atau Rahmat.
Manusia moden kadang kala mengeluh.
"Ala, hujan pulak! tak dapat tengok Lagenda budak syaitan kat astro".
Bergelak sakan lah syaithan di sekeliling.
Malaikat hanya sinis memerhati.

Seperti diri kau, kau perlu mandi.
Mandi untuk nyahkan kotoran.
daki dan segala bau aroma yang celaka.
Begitu juga sama Bumi ini.
Perlu mandi dari kesesakkan.
Bukit-bukau di tepi highway, pokok-pokok dan rerumput.
Perlu mandi dari asap kenderaan besi manusia.
Tanah-tanah tinggi yang di ratah kapitalis dan di cabut bulu-bulunya.
Perlu mandi dari derita tanahnya yang merah berdarah.

Rayakan lah hujan.

-Di conteng ketika Bukit mahkota di basahi hujan, sambil mencarut tak dapat keluar pergi makan-

Monday, October 4, 2010

Selamat Ber-ana-enta Ustat Izzul (Perjalanan Penuh Bergaya Seorang Pendidik, Dari Bukit Mahkota ke Alam Semulajadi)


Ustat Izzul , ketika iftar di PappaRich, lama sebelum beliau di baptiskan Menjadi ustat Pribumi.-Gambar Ihsan dari PERKIM-


Jarum jam mencucuk ke angka 4, ini bermakna sudah pukul 4 petang, sejam lagi Spongebob Squarepants akan di mainkan di TV 9, Tapi ustat Izzul pedulik apa? dia masih lagi mengemas pakaiannya, jubah tabligh dan songkok tinggi UMNO di tempatkan di dalam beg kegemarannya.

Ya, nampak gayanya ustat Izzul memang sudah cukup bersedia, anak jati Chemor ini memang semangatnya sekental drRozmey, iaitu seorang doktor lucu yang hobinya mengKuruskan orang.Ustat izzul tenang memasukkan laptop ke dalam beg laptop nya.Biasalah, laptop pemberian kementerian pelajaran.Baru lah ada cara kalau mengajar Arab pakai Youtube dan power point.

Ustat Izzul sedar akan cabaran yang akan di laluinya kelak, meredah bukit bukau ke pedalaman hulu banat bukan tugas mudah, ianya bukan semudah seperti mentasmik sifir 5, bukan semudah seperti mengayat gadis-gadis di pesbuk dan bukan semudah seperti mendonlod koleksi drama kegemaran Lagenda Budak Setan.Susah bai!

Berhadapan dengan murid-murid yang majoritinya orang asli pribumi satu hal, mengajar mereka ber-ana-enta juga satu hal.Setiap hari, Ustat Izzul akan berhadapan dengan semua ini.Ya, berhadapan dengan halangan dari alam semulajadi sebelum tiba di sekolah, ntah berapa sungai agaknya yang Ustat Izzul kena berenang.Ini tak termasuk lagi, kes kena kejar Rimau , kena usik buaya putih dan di sorok bunian.Kesian ustat izzul.

Tapi petang tu, muka Ustat Izzul rilek-rilek aje, sambil mengenakan T-shirt hijau dan di selubungi dengan Jaket tebal ala-ala Hitler yang juga berwarna Hijau, kenapa hijau?. Simboliknya warna hijau ini menunjukkan yang Ustat Izzul sudah bersedia untuk bersatu dengan alam semulajadi yang hijau.Setakat, buah durian jatuh atas kepala masa on the way pergi sekolah, bukan apa sangat bagi ustat Izzul.

Selamat berjuang dan bergerilla kepada ustat Izzul di belantara.Jangan nakal-nakal.Jangan macam-macam.pastikan target baca isim dhomer selama 5 saat tercapai. Yang pasal perinsip Kapitalisme, komunisme dan sosialisme tu letak tepi dulu.Kasi hafal kamus marbawi tu.jangan ajar anak murid menda yang tak senonoh ok. FIFA 11 kasi tinggal dulu, tumpu pada matan jurumiyyah, kang anak murid tanye nahu yang ustat izzol tak taw, takkan nak menipu pulak? jangan! bahasa arab tu bahasa surga. Kang kalau anak murid tanye "ustat, sumpit dalam bahasa arab apa ye? " yang tu, pandai-pandai la ustat izzol kelentong.Kalau budak-budak tu buat hal sampai ustat izzul rasa marah, ustat izzul jangan pukul dorang pulak, jangan! ustat izzul cuba la kawal kemarahan tu macam keluar kejap dari kelas tu, kemudian cari la pot mana-mana belakang tandas, keluarkan henset, kol lah mana-mana gadis yang boleh hapuskan kemarahan ustat izzul. Cara itu lebih praktikal dan berkesan. Okebai!


"Pendidik Islami , Aspirasi Transformasi 1Malaysia"



Apa carut-carut tu?, hadapilah dengan senyuman =)



Sunday, October 3, 2010

Bukan Magika, Tapi Pasal Awek PLKN cun.




ok la, ok la, aku mengaku yang aku tengok ini cerita dekat PAWAGAM, ulang balik, PAWAGAM. Kah! kah! kah!

ok la,ok la, dan aku mengaku jugak yang aku memang cukup-cukup menyampah menuntun cerita melayu, terutama cerekarama yang cerita pasal syarikat juta-juta orang melayu. Lepas tu, bila malam pulak, tayang cerita hantu, kena sampuk dekat hostel, saka, lepas tu ada bomoh datang jadi hero hapuskan setan,Ciss! Freemason semua tu!

So, memang aku annoying dengan cerita melayu ni, cerita melayu yang kali terakhir aku tuntun pun cerita Sang Pemimpi, itu pun bukan cerita Malaysia bai, cerita tu dari Indon yang serang duta Malaysia itu hari.

Sebelum-sebelum ni pun, cerita-cerita yang aku layan adalah, cerita barat yang berunsur sejarah,perang dan fiksyen.cerita saka-saka setan ni aku tolak belakang!

Jadi, apa kejadahnya, tiba-tiba aku nak tengok Magika ni, nama cerita pun Magik, ini mesti ada kaitan sama Illuminati dan Freemason! Aku sekarang tengah tunggu,kot-kot ada budak-budak genius yang mampu membongkarkan kaitan konspirasi Filem magika dengan Freemason atau Illuminati.Alah! macam iklan raya tV3 dan AJL itu hari.Lepas tu,tak pasal-pasal KRU kena cop sebagai ejen Illuminati. Kah! kah! kah!

sebenarnya, member aku yang belanja aku tengok cerita ni, dia yang nak belanja, takde hallahhhh.Yang membuatkan aku sedikit bersyahwat nak menuntun cerita ini ialah, bila aku dapat tahu yang pegang watak utama cerita ini merupakan seorang awek cun PLKN.Ye, seorang bekas kekasih mamat KL driftt.Juga seorang yang keputusan SPMnya tak berapa nak banyak A.
Tapi muka dia memang A aku bagi bai!

jangan salah faham bai, ini bukan rebiu untuk sebuah filem, ini adalah manifestasi gelojak hormon testosterone laki-laki normal.

Cerita ni tak gempak pon.Secara jujur aku mengantok bila tuntun ini cerita.Sebab cerita ni genre Musikal filem, so banyak dengar suare Mawi felda mengaji dan berzanji.Tapi, nasib baik ada awek cun PLKN, terjaga jugak la aku dari tidor.Sebenarnya, suara awek cun PLKN ni tak sedap pon, masa nyanyi, tapi bila dia dah buat memek muka cute-cute, ni yang buat aku rasa nak bangun dan pergi cium muka dia dekat skrin wayang tu.Tapi takpe, aku jenis boleh tahan punya orang.

Ok, KRU memang berani melakukan kelainan dan cuba untuk kreatif, so,mereka berjaya lakukannya.Aku cakap macam ni bukan sebab pasal awek PLKN cun tu bai, tapi pasal KRU cuba untuk mencuba sesuatu yang baru.sesuatu yang lain, yang lain dari cerita saka-saka melayu dan cerita syarikat melayu kaya raya.

Walaupun, kalau nak di bandingkan, Filem luar negara lagi gempak dan bukan sesuatu yang baru bagi mereka membikin musikal filem seperti Magika ni, tapi kalau standard 1 Malaysia kita ni, kira Filem Magika ni orait-orait jugak lah.

Aku paling menyirap bila budak kecik si Fimie don tu bersentuh-sentuhan dengan Awek cun PLKN kegemaran aku.Ntah, belum sunat ke tidak budak kecik tu!



Agak-agak laaa..Gampang apa budak kecik tak baligh ni nak pegang-pegang tangan dia.





Aku cakap cukup! cukup!!







Ok.untuk menunjukkan yang aku ni gentle, aku dengan machonya telah meminta numbor telipon awek cun PLKN tu.Biasa laaah, setiap benda yang chantek mesti lah orang dengki.Bukan perempuan je jeles, tak kurang juga ada laki-laki gay yang turut jeles dan emo.Tapi aku buat gaya cool-cool je. Rupanya susah jugak berkapel dengan artis ni.Ok lah,aku gerak dulu, awek PLKN cun call aku, pasal dia dah janji nak nyanyi satu lagu.Suara sedap tak sedap, layan je laaaa.

Friday, October 1, 2010

Mak cik , Pakcik kena paham........



Yang tak tahu cerita,Baca sini.



Pak cik 1 : Bai
, lecehlah macam ni, kita masuk MLM je la bai.
Pak cik 2: Cibai kau. MLM itu agenda illuminati kau ta
w,Harom!

Mak cik, Pak cik kena paham, di 1Malaysia kita ni kita ada kilang arak,padang lumba haram kuda haram, syarikat tikam-tikam nombo ekor,syarikat game judi dan sebuah kasino terapung di Pahang.Semua menatang haram jadah ni, mereka bayar cukai pada kerajaan 1 malaysia kita.Total cukai ini boleh boleh di kategorikan sebagai jamak ,kerana mencecah angka bilion.Cukai haram jadah ni, kerajaan 1malaysia belanjakan dalam pembangunan dan pengurusan negara yang hasilnya di nikmati oleh rakyat 1malaysia.Jadi, Kita semua akan ke neraka secara jamaah la ni? jangan la macam ni bai, aku dah la pejuang tegar anti-Illuminati wal Freemason, dulu aku pernah join tabligh,siap bayan lagi, takkan masuk neraka bai?


Mak cik, pak cik, ini bermakna, cukai judi harom jaddah telah memberi sumbangan kepada negara 1 malaysia kita.

Respek la sikit sama Arwah uncle Lim goh tong.



Kesian laaa, arwah Lim goh tong telah berkerja keras dan berjasa dalam mentranformasikan genting yang asalnya merupakan Bukit bunian menjadi Bukit kasino.So,respek la bai.







Takkan nak kena pulangkan balik duit riba harom PTPTN bai?
Takkan nak bayar yuran belajar pakai dowline MLM, apa gampang?






Beli paper pon harom,Abestu nak bungkus nasi lemak pakai apa?




sembang-sembang Juddy juzuk 1






sembang-sembang Juddy juzuk 2