Masa sekolah rendah dahulu, aku ada seorang kawan.Nama dia Daud Anak Anta.
Daud merupakan orang asal ( orang asli).Tinggal di kampung orang asal.Hidup cara orang asal.Dan tak suka cari pasal.
Masa tu aku baru darjah dua, sekelas dengan Daud, hari pertama aku mengenalinya, "Nama kau apa ?" aku menyapa Daud dengan gaya kanak-kanak peramah.
"Daud Anak Anta", jawab Daud selamber.Kah! kah! kah!, aku terbarai gelak, kah! kah! kah!, aku gelak lagi.Daud hanya tunduk malu."Itu nama ke amende?, kah! kah! kah!" aku menganjing Daud dengan nyalakkan yang celaka.Daud hanya diam dan redha.
"Nama aku Amer bin Munshi, aku anak bapak aku, bukan anak anta, ana atau nahnu, kah! kah!", sekali lagi aku menganjing Daud.Kali ni muka Daud macam nak nanges.
"Nama kau takde bin ke ?, nama budak-budak lain semua ada bin", aku bertanya pada Daud, kali ini dengan soalan berilmiah, bukan menganjing.
" Tak, bapak aku cakap, bin untuk orang islam, aku bukan islam, aku kristien," jawab Daud.Pergh, mati-mati aku ingat si Daud ni islam, nama dia macam nama nabi, bapak dia pulak nama kategori domer arab, anta bermaksud awak.
"oo yeke,Ustazah aku cakap orang bukan islam makan babi, kau makan tak?", soal aku dengan gaya ala-ala Pegawai Jais."Makan", jawab Daud.
"Apa rasa babi tu", rasa ingin tahu aku semakin membara. "Macam rasa ayam", beritahu Daud.
"Kau tahu tak babi tu haram?, lepas ni jangan makan lagi ok?", ucap aku.Daud hanya terpinga-pinga tak paham.
Lantas dari itu, aku teringat pelajaran aku di kelas KAFA, ustazah aku memberitahu, orang islam tak boleh makan babi, babi haram.Sentuh babi pun tak boleh.Hanya orang bukan islam yang makan babi.
Tambah ustazah lagi, setiap benda haram yang masuk ke dalam tubuh badan kita , ia akan bersatu dengan darah daging kita.
Minda kanak-kanak aku segera mengeluarkan fatwa, kiranya, si Daud ni pun Haram lah!
Tak guna.
Semenjak dari peristiwa itu, aku tetap berkawan dengan Daud, tetapi dalam masa yang sama aku berusaha dan seboleh-boleh mengelak dari bersentuhan dengan Daud.
Kerana bagi aku, Daud dah makan babi, babi haram, Daud pun sama haram.Haram jadah sungguh aku masa tu.
Masa pendidikan Jasmani di padang sekolah, aku akan menjauhkan diri dari Daud, kerana Daud akan berpeluh semasa bersenam, jadi ,peluh pun haram.
Lagi pun aku tak reti nak samak.Mana aku reti nak samak pakai tanah apa masa tu.Main pasir kat pantai reti lah bai.
Kadang-kadang Daud seperti kecik hati dengan aku.Tapi dia tetap mahu berkawan dengan aku.
Daud, maafkan aku, masa tu aku hanya muslim yang jahil.Masa tu aku baru mengaji Iqra' level 3, muqaddam pun tak masuk lagi.Aku harap tuhan maafkan aku, sebab masa tu aku belum baligh lagi.
Daud, maafkan aku, masa tu aku tak dengar lagi lagu Maher zen dan sami yusof.
Daud, maafkan aku, masa tu aku tak layan intenet lagi, masa tu laman web dr maza pun belum wujud.Iluvislam lagi la takde.
Maafkan aku Daud, kalau lepas ni kita bertemu lagi, aku akan berjabat tangan dan peluk kau.
Daud, kau jangan lupa.
Kau kata dulu nak ajar aku main sumpit, mana?
17 comments:
ko g cari la si daud tu kat perkampungan asal dia... kesian dia dianjing-anjingkan.
i love daud!!kim salam okey
kahkahkah..kesian tul kat daud...
kesian Daud....apa boleh buat dah nasib badan...
rerally kesian..~ huhu
last entry: http://aqnaim.blogspot.com/2010/10/lagu-maher-zain-chosen-one-lirik-video.html
wahaha... bgus la ko dah nyesal... bleh thn entry ko... xtau nak gelak ke nak sedih... huhu
dasat2..haha..sian sgguh c daud..xpela,jahil g kan..=p
ye,,,bgos..sperti kebiasaannye,,entry anda menyengat,,
apa jadi dengan daud tu sekarang ya?
Terima kasih pada yang sudi komen.
Ini adalah pengalaman sebenar saya.
Saat saya masih prejudis pada non-muslim, saat minda kanak-kanak saya.
saya masih mencari daud.
Daud kawan yang baik.
saya harap dapat bertemu dia kembali.
mer. aku rasa daud ade kat belakang rumah aku. sebab rumah aku tak jauh dah ngan perkampungan orag asli . kah kah kah . syahdu , nilai sahabat itu ttp ada disukma. mahu dcari kau daud . oh , dimana kau T___T
nak belajar menyumpit meh sini.. hahahaha kurang garam betul ko masa kecik2 yer....JEMPUT MELAWAT
LATIHAN MENYUMPIT
senior!!! bila nak cite sal bajet 2011??? hahaha! bajet tu najib wat kat bini dia kowt, suma barang bini dia jaaa tak dak cukai~~
daud ni mmg cite btl anda ke...
Ye, cerita soheh dan benar..=)
terharu beb. jumpa daud t stori dlm blog
=) yup.
Post a Comment