Monday, January 20, 2014

Mengenang Asraf Ghaus






Saya ada seorang kawan yang baru saya kenal tidak sampai setahun, ya, saya yakin semua orang pasti ada kawan dan itu tandanya orang itu betul-betul orang apabila dia bersosial. Anda mungkin boleh berkawan dengan ramai orang tapi soalnya di sini berapa ramaikah kawan itu yang akan benar-benar memberi kesan kepada anda ?

Asraf Ghaus, pertama kali saya bersemuka dengan dia ketika kelas pertama, saya betul-betul duduk bertentangan mengadap dia. Ketika itu,saya tidak tahu siapa dia, dari mana dia, pada pengamatan saya dia ini tidak lebih dari seorang anak muda yang malas bersenam, sekali tengok macam tak boleh pergi jauh budak ini, dan mungkin dia ini adik beradik pelakon komedi bosan tanah air, Angah Raja Lawak.

Takdir memperkenalkan kami apabila kami sama-sama memasuki kelas prasyarat, kami mula bertukar nombor telefon dan telefon Asraf ketika itu sangat daif dan menyedihkan, namun kini Asraf angkuh dan riak mengusung Note 3 beliau ke seluruh pelusuk UKM. Bermula dari itu, saya mula mengenali beliau sedikit demi sedikit, hari demi hari, ah rupanya dia ini merupakan aktivis  pelajar beberapa tahun kebelakangan  ini, turut bersama-sama berjuang dengan Adam Adli , sentiasa membawa pembesar suara sambil teriak hidup ! Hidup! dan pernah masuk astro awani.

Saya mula lihat Asraf ini bukan seperti Angah Raja Lawak yang saya sangkakan, Asraf mungkin tidak sekacak Asyraf Sinclair atau Asyraf Muslim, dan memang itupun hakikatnya. Mungkin kami memiliki rentak yang sama, rentak yang menyebabkan saya sentiasa duduk bersebelahan dengan dia, merokok bersama, berbual bersama, belajar dan membaca bersama walaupun hakikatnya dia lebih jauh dan banyak pengetahuannya dari saya. Kebiasaannya, saya ini hanya menjadi pendengar dan cuba menghadam pidato percuma beliau. Pandang alam, holistik dan pengitlakkan adalah antara perkataan yang sering keluar dari mulutnya.

Asraf Ghaus pada saya adalah contoh teladan sosok yang rajin dan ghairah belajar. Sekiranya, semua pemuda Islam seperti Asraf Ghaus, negara haram Israel takkan wujud dan kita semua boleh makan Mcd dengan senang.

Lalu apahal pulak saya tiba-tiba menulis mengenai beliau ? begini, Asraf bakal menangguhkan pengajiannya kerana menyambut seruan kerajaan dan akan berkhidmat sebagai birokrat penting negara. Akan di hantar ke Sabah dan saya faham beliau pasti hampa kerana ketika keghairahan beliau belajar sedang deras mengalir, lalu di pasung oleh berita yang menyebabkan beliau di hantar ke seberang laut. Harapan saya, moga beliau cekal, tabah dan kalau bosan sangat dekat sabah tu, main la golf.

Pengembaraan saya bersama Asraf tersekat dan kini Asraf  akan mengharungi pengembaraannya yang serba baharu. Mungkin tulisan ini rasa saya seperti gay, tapi  percayalah saya dan Asraf bukan gay, dan Asraf sendiri bakal berkahwin dengan gadis pilihannya. Sekali lagi, saya tegaskan kami bukan gay, saya sengaja menulis begini bagi mengelakkan ucapan klise seperti "maassalamah akhi, ukhwah til jannah".

Anggap sahaja tulisan ini sebagai lambang dan penghargaan bagi tema persahabatan yang sukar di ungkapkan oleh lelaki sesama lelaki ketika berhadapan. Seperti setiakawan John Lennon dan Paul McCartney, Arthur dan Merlin, atau Sherlock Holmes dan John Watson.

Bagaimana pula rasanya Paul McCartney bila tanpa Lennon, Merlin bila matinya Arthur dan John Watson bila hilangnya Sherlock Holmes ? Mungkin mereka hampa kerana pengembaraan itu seperti tidak lengkap.



                                           P.U   ASRAF

No comments: