Monday, September 6, 2010

Harap Malaikat Singgah Di Blogspot.

Mata masih sukar lelap.
Dan meraba-raba Keyboard dalam gelap.
Berteman Cahaya Malap.


Malam yang tenang dan santai.
Mungkin kerna setan di rantai.
Dan bulan ini manusia semuanya memakai lebai.


Kata orang,bila sepuluh malam terakhir.
Di panggil lailatul Qadr.
Tanda Rahmat sedang berlegar.
Semoga Malaikat Singgah di Blogspot.

Kapitalis O.K.U





Eh, aku pelik laa,tiap kali kalau aku pergi bazaar atau pasar malam mesti tengah nak cari makanan tu,ada makhluk tengah duduk tadah mangkuk.Aku maksudkan ni peminta sedekah.

Lagi satu,kalau tengah lepak mamak,kejap lagi mesti ada sorang pompuan tak cun pimpin tangan lelaki buta sambil pergi meja ke meja mintak duit,kalau kau bagi duit,kau dapat tisu.Gila rare!

Ha, ni lagi satu punya style, baru-baru ni aku pergi iftar dengan awek aku kat KL SENTRAL, tetiba ada sorang mat saleh ni datang,dia letak satu kad kat meja pelanggan,kad tu dia tulis: Hello Tuan/puan, saya ni pekak dan bisu,sila beri sumbangan sebanyak RM10. Kalau kau bagi dia RM10 kau akan dapat keychaine mikey mouse, dan macam-macam punya karton.Bodoh ape macam tu,boleh pulak tetapkan berapa ringgit kau nak sedekah.

Tapi aku tak salahkan mat saleh tu,mungkin dia bukan islam dan dia pun tak belajar KAFA.

Aku bukan nak hina dan keji pemintak-pemintak sedekah ni, aku akui aku adalah seorang berjiwa romantis sensetif,jadi,perasaan belas kasihan aku tinggi.

Cuma aku lihat, gejala-gejala mintak sedekah macam ni dah jadi trend di negara 1Malaysia kita.
Mintak sedekah ini seperti sudah menjadi aktiviti perdagangan halal.Bisnes berasaskan simpati dan agama.

Biasanya,pemintak sedekah ini adalah orang tua yang kurang upaya, mereka yang buta,takde tangan dan takde kaki.Lepas tu, sanggup pulak duduk tengah-tengah panas kat pasar waktu petang dan ada pulak yang sampai lewat malam mintak sedekah kat mamak.

Siapa sebenarnya di belakang mereka-mereka ni, sindiket? Apakah mereka tidak mendapat pembelaan dari kerajaan 1Malaysia?macam jabatan kebajikan,ataupun Pusat zakat yang tiap-tiap tahun kecoh dapat kutipan zakat ratus-ratus juta.

Orang-orang kurang upaya ini, seolah-oleh di eksploitasi, mereka di kuasai kerana kekurangan mereka.

Aku rasa, pihak-pihak tertentu boleh latih atau bagi mereka kemahiran- kemahiran tertentu supaya mereka boleh berdikari dan memberi sumbangan pada masyarakat.

Oh ya, mungkin DDR Rozmey boleh bagi dorang job jadi pengedar Jus mate 5, ataupun mamat-mamat MLM dan score A boleh buat kerja amal bantu mereka-mereka ni.


I find capitalism repugnant. It is filthy, it is gross, it is alienating... because it causes war, hypocrisy and competition.
-Fidel Castro-





Dr.Rozmey..

Saturday, September 4, 2010

Sembang Gebang : Indonesia-Malaysia





Hubungan kedua-dua negara ini kembali bergolak dan keruh.Bezanya, pergolakkan kali ini tidaklah seteruk seperti peristiwa Konfrontasi Indonesia-Malaysia 1962-1964 ataupun lebih dikenali dengan projek "Ganyang Malaysia".

Konfronstasi Indonesia-Malaysia 1962-1964 yang lebih bersifat militer berlaku dengan melibatkan permerintah Indonesia Presiden Ir Soekarno yang menentang penubuhan Malaysia 1963.Bermakna melibatkan politik kedua-dua negara.

Manakala pergolakkan kali ini pula, lebih terarah pada rakyat kedua-dua negara.Berpunca kerana bahagian penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia telah menahan tujuh nelayan Malaysia manakala Polis Marin Malaysia menahan tiga pegawai penguatkuasa kementerian dari Indonesia..Belum reda lagi kes Manohara,orang gaji kena tibai,buruh indon tak di bayar gaji tarian pandet lantas kes baru-baru ini menjadikan rakyat indon semakin emo.

Begitu juga rakyat Malaysia yang turut emo kerana kes jenayah pekerja asing indonesia di Malaysia dan kes ariel Peteporn bersetubuh punya video.

Rasanya,pemerintah kedua-dua negara ini tidak lagi berminat melaksanakan projek Ganyang mengganyang.Tentunya mereka menyedari kepentingan yang diraih antara dua negara ini.

Indonesia tentunya sedar, 2 juta tenaga kerjanya ada di Malaysia.Dan Malaysia juga sedar kepentingan pelaburan mereka juga ada di Indonesia.

Malaysia dan Indonesia mempunyai banyak persamaan dari segi budaya,hiburan,makanan,bahasa,dan lain-lain.Ini kerana,dari dulu lagi proses migrasi telah berlaku.

Sejarah telah merekodkan bahwa Parameswara talah berhijrah dari Sriwijaya dan membuka kerajaan Malaka.Kedua-dua negara(Indonesia-Malaysia) pernah mengganut agama hindu sebelum kedatangan islam ke nusantara.

Malah populasi masyarakat Jawa dan Banjar ramai di Malaysia.Muka-muka jawa masih boleh di kenal pasti, begitu juga dengan bahasanya yang masih di tutur walaupun tidak kerap.

Kita biasa mendengar cakap-cakap bahwa Malaysia dan Indonesia adalah bangsa serumpun.Tetapi persengketaan masih tidak dapat dielakkan.

Kedua-dua negara ini juga pernah di jajah, Malaysia oleh Inggeris dan Indonesia oleh Belanda.Barangkali perbedaan kaum penjajah telah memisahkan kedua-dua rumpun ini.Perjanjian Inggeris- Belanda 1824 menjadi titik mula peristiwa pemisahan ini.

Indonesia terkenal dengan perjuangan revolusi rakyat mereka menentang penjajah Dutch, malah Malaysia juga turut terinspirasi dengan perjuangan rakyat indonesia menentang penjajah Inggeris.Ini di buktikan dengan kemasukkan kader-kader pejuang kemerdekaan dari Indonesia ke dalam Parti haluan kiri Malaya ketika itu seperti KMM,PKMM dan API untuk meniupkan semboyan merdeka.Malah,terdapat cita-cita untuk menyatukan semenanjung tanah Melayu dan Indonesia bagi membentuk Indonesia Raya.

Dalam situasi rakyat kedua-dua negara yang sedang emo, bukan lah bermaksud kita harus berterima kasih kepada indonesia kerana menginspirasikan kemerdekaan kepada Malaysia.Bukan juga bermaksud Indonesia perlu berterima kasih kerana rakyatnya sejumlah 2 juta dapat mencari rezaki di Malaysia.Ini bukan soal siapa lebih 'aryan' dan hebat.

Persengketaan adalah pembodohan.Kaum penjajah berjaya merealisasikan bahawa konsep negara bangsa memecah belahkan kita walaupun kita adalah seagama,serumpun dan sebahasa.
Hanya kerana 'kita' Malaysia dan 'dia' Indonesia maka kita mesti bersengketa.

Lebih-lebih lagi,seperti mentaliti kita di kuasai bahawa semua orang Indonesia itu sial, dan semua orang Malaysia itu juga sial.Seperti tidak ada orang yang cintakan keamanan dan menentang ketidakadilan dari kedua-dua negara.

Indonesia dan Malaysia telah Merdeka lebih dari setengah abad.Mentaliti generasi muda kedua-kedua negara ini sepatutnya lebih di cerahkan daripada hanya menekan keyboard memaki hamun bersengketa di laman maya.


You may say that I'm a dreamer. But I'm not the only one. I hope someday you'll join us. And the world will be as one. -John Lennon-





Friday, September 3, 2010

Abah

Abah.
Saat aku lahir.
Lelaki yang aku kenal hanya kau.

Saat belum baligh ku.
Kau lelaki hebat.
Kau lah Superman ku.
Kau lah Ultraman ku.
Kau lah Rangers Ku.

Abah.
Aku tak marah.
Bila kau ceraikan Ibu kandung ku.
Aku tak marah.
Bila kau Nikahi gadis Indon
Menjadi ibu tiri Ku.

Terima Kasih.
Kerana Membenarkan aku memijak bahu mu.
Saat aku kecil.
Agar aku mampu berdiri sendiri.
Bila dewasa kelak.

Terima kasih.
kerana membuang tungau di telur ku.
Saat aku kecil.
Agar nanti,bisa aku mendepani.
Tungau-tungau yang lebih besar.

Dan

Terima Kasih.
Kerana merelakan tapak tangan mu.
Menjadi alas tidurku.
Saat aku kecil.
Agar nanti,aku mampu mencurahkan kasih sayang.
Pada yang lain.

Wednesday, September 1, 2010

Kos Lepas dan "Jangan banyak soal ! "

MALAYSIA tidak bercadang untuk meneruskan hasrat membida penganjuran Sukan Asia 2019 kerana kos penganjurannya yang cukup tinggi.

Perkara tersebut disahkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek di Kuala Lumpur semalam.

Shabery berkata, Malaysia tidak akan mengambil bahagian dalam urusan pembidaan bagi menganjurkan temasya tersebut.

"Setelah perkara ini dibawa ke mesyuarat jemaah menteri minggu lalu, Kabinet telah memutuskan bahawa Malaysia tidak akan meneruskan hasrat membida bagi menganjurkan Sukan Asia 2019.

"Ia disebabkan kos penganjurannya yang tinggi iaitu membabitkan perbelanjaan sekitar RM1.6 bilion dan kerajaan tidak melihat ia sebagai tuntutan semasa.

"Kos sebanyak RM1.6 bilion itu tidak termasuk pembinaan infrastruktur baru termasuk stadium, perkampungan sukan termasuk penginapan atlet serta penambahbaikan kemudahan sukan di negara ini," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Berbuka Puasa anjuran Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Hotel Hilton, Kuala Lumpur semalam.

Tambah Shabery, keputusan itu juga dibuat kerana kerajaan ketika ini dalam usaha cuba untuk menstruktur semula pemberian subsidi sebagai langkah berjimat cermat.

"Selain itu, kerajaan juga tidak mahu rakyat di negara ini mempersoalkan tindakan kerajaan mengeluarkan perbelanjaan yang besar bagi menganjurkan temasya sukan tersebut," tambah Shabery.

-KOSMO!-


Bukan KOSMO:

Bagus2,langkah paling tepat,ini lah namanya sedar diri,ini lah namanya ukur baju di badan sendiri.

Tak payah lahh nak anjurkan benda-benda macam ni,Nak anjurkan worl cup la,kejadah ape.

Ini pembaziran.Iklim ekonomi negara kita dan dunia tengah lesu.Kerajaan pun dah tak mampu nak bagi subsidi lagi dah.kesian,yelah,nak siapkan istana baru lagi,nak pikir kasi untungkan MAS,nak usha kapal selam baru.

Jadi,cara terbaik adalah, jimat la,ye dak,penganjuran sukan bilion-bilion macam ni,rakyat tak dapat pape pon,xdapat Subkon pon.

Di sekolah dulu,dalam subjek ekonomi asas,ada satu teori iaitu,KOS LEPAS.

Kos lepas ialah kita terpaksa membuat pilihan antara dua benda , benda yang tidak kita pilih itu di namakan kos lepas.Dalam ekonomi, teori kos lepas ini menyuruh kita memilih benda yang lebih utama dan mustahak.Iaitu untuk kepentingan umum.

Misalnya, dalam dompet korang ada duet RM5, kebetulan pula duet RM5 tu nak beli Majalah Hiburan Mangga( pasal cover depan ada muka TOMOK), tapi dalam masa yang sama,perut korang tengah lapar giler dan dahaga, So,terpaksa la buat pilihan nak beli Mangga cover muka TOMOK atau Makanan? Untuk mereka yang pandai dan normal, pasti akan memilih membeli makanan dan Mangga muka TOMOK akan jadi kos lepas.

Macam tu jugak ekonomi negara, perbelanjaan dan sesuatu projek akan di buat bagi memenuhi kepentingan umum.

Antara projek pembinaan Shoping kompleks Mega dan Hospital di kawasan hulu banat, mana satu yang lebih penting pada umum?

Jadi, dalam suasana ekonomi sekarang, memang tepatlah langkah kerajaan tak nak bida penganjuran sukan Asia tu.Kalau kos penganjuran bernilai 1.6 bilion tu macam-macam boleh buat untuk kasi rakyat senang.Lagi pun,kalau nak jadi penganjur sukan ni lecehlah,nak buat stadium baru lagi,boleh ke bina stadium? jamin ke tak runtuh?LOL.

Lagi satu:

"Selain itu, kerajaan juga tidak mahu rakyat di negara ini mempersoalkan tindakan kerajaan mengeluarkan perbelanjaan yang besar bagi menganjurkan temasya sukan tersebut," tambah Shabery.


Chantek.Sayang Shabery.Sekarang aku nak soal.Kenapa rakyat tidak boleh persoalkan bila kerajaan nak keluarkan perbelanjaan yang BESAR untuk temasya sukan ni? duit dalam perbelanjaan ni duet siapa?siapa yang bayar cukai?

Kalau tak nak orang mempersoalkan, jangan gelar negara ini demokrasi.Mengaku negara ini diktaktor.

Politicians are people who, when they see light at the end of the tunnel, go out and buy some more tunnel. ~John Quinton