Ianya adalah 13 jam yang bungkam.
13 jam yang penuh resah.
13 jam yang penuh duka dan sunyi.
13 jam yang memilukan.
13 jam yang suram dan tak mahu dikenang.
Ketahuilah.
Diamnya engkau, kepedihanku.
Bungkamnya engkau, pengakhiranku.
Hilangnya engkau, kebinasaanku.
Lenyapnya engkau, kematianku.
Kekasih ku yang telus,
Jika kehancuranku mampu memberimu emas dan logam bernilai.
Aku mahu jadi Supernova yang menghancurkan dirinya.
Jika kewujudanku bisa mententeramkan
dan memperlahankan mu.
Akan ku jadi bulan yang setia.
1 comment:
Sampah betul... Tapi sayang puisi ni di buang diam dlm tong sampah ni..
Post a Comment