Thursday, May 26, 2011

Pembawa Rahmat

Hujan.
Untuk kedua kalinya.
kau tegah jasad ku pergi ke kelas.
Semalam.
Kau ejakulasi dengan lebat.
Kau tegah jasad ku pergi ke kelas.

lalu, aku bertanya.
Apa benar kau membawa rahmat ?
Mungkin ya.
Rahmat untuk aku terus menarik karung selimut.
Dan menganggap kelas ku tidak wujud.

Wednesday, May 25, 2011

Air Tangan

Beberapa minggu yang lepas sehinggalah entri ini di tulis, aku masih terlibat dengan program taaruf untuk pelajar-pelajar baru. Aku tak tahu macam mana aku boleh terlibat dengan aktiviti sihat macam ni, ia berlaku secara spontan dan di bawah paras sedar.

Tugas yang aku galas dalam program ni tidaklah memerlukan komitmen yang tinggi dan daya fikir yang kritikal, aku hanya AJK makanan yang mana skop bidangkuasa aku hanya tertumpu dalam hal ehwal makan minum untuk peserta program.

Sesuai dengan dasar Rasionalisasi subsidi kerajaan dan suhu ekonomi dunia yang tidak menentu, program taaruf yang berlangsung selama seminggu mampu memperlahankan aliran keluar belanjawan aku.

Selaku biro yang paling kenyang iaitu biro makanan, aku tak banyak komplen apa-apa dan aku hanya buat kerja aku serta menghiraukan awek-awek cun di sekeliling.

Rutin harian aku ialah mengisi air ke dalam cawan supaya memudahkan urusan budak-budak lepas SPM ni, sebanyak 150 yang cawan yang perlu di penuhkan.selain itu, aku juga mencedok lauk untuk mereka, tugas cedok lauk ini penting supaya bekalan makanan dapat di kawal, seterusnya pengagihan makanan dapat di jalankan dengan saksama dan adil.Satu lagi, kawalan makanan ini dapat mengelakkan gejala inflasi dan deflasi makanan.

Kedua-dua tugas ini, iaitu isi air ke dalam cawan dan cedok lauk, aku lakukan dengan penuh kasih sayang dan hati yang kudus, setiap air yang di isi ke dalam cawan dan cedokkan lauk aku iringi dengan dzikir Munif Hijjaz.

Benda-benda ni nampak macam simple, tapi dampaknya sangat besar, kau banyangkan kalau aku isi air dalam cawan sambil mencarut, kesannya zarah-zarah di dalam air akan berubah bentuk dan akan memberi kesan kepada peminumnya.Air ni benda hidup.kau jangan main-main.

Sebagai biro makanan, aku juga mempunyai kuasa veto, ya , aku boleh saja menyorokkan makanan macam kes tokey sorok gula atau tepung, biar padan muka budak-budak ni tak dapat tambah makan, siapa tahu ? atau boleh saja aku korek hidung lalu letakkan ke dalam..... Siapa tahu ? atau mungkin boleh saja aku letakkan ekor cicak ke dalam...., Ah ! siapa tahu ?