Monday, August 30, 2010

Sembang Gebang: Cerita Kemerdekaan Malaya






Pertama sekali,lebih tepat kalau tarikh 31 ogos ini di raikan untuk rakyat semenanjung sahaja.Sabah dan Sarawak duduk diam-diam.Fakta pembentukkan Malaysia adalah bertarikh 16 September 1963, iaitu sempena kemasukkan Singapura,Sabah dan Sarawak.Tapi macam biasa,31 Ogos punya mood meriah lain macam.

Macam biasa juga,bila menjelang 31 Ogos, hujan bendera bukan main lebat,sana sini bendera,acara bendera terpanjang dan terbesar,tiba-tiba semua orang jadi patriotik,tapi 31 ogos tahun ini punya patriotik lagi semangat nak-nak bila dapat berita puak indon buat dajal pada Jalur Gemilang.ye dak?

Kebanyakkan dari kita mula belajar sejarah adalah melalui sekolah, di sekolah ada subjek sejarah yang berpandukan buku teks sejarah.Dalam buku teks kita mula mengenal asal usul tanah air,peristiwa penting dan lain-lain.Kita menerima semua ini sebagai fakta.

Monopoli Sejarah

Mereka yang menang akan memonopoli sejarah.Realiti ini berlaku dalam buku teks Sejarah di sekolah.Ini kerana,buku teks sejarah punya syok sendiri lain macam.Buku ini seolah-olah ingin memberitahu bahawa perjuangan menuntut kemerdekaan hanya di lakukan oleh satu pihak sahaja iaitu UMNO dan Perikatan.Sebaliknya ada sisi lain yang di gelap dan dighaibkan

Kita sepatutnya diberitahu bahawa usaha menuntut kemerdekaan ini telah bermula sejak 1946 lagi apabila Pakatan PUTERA-AMCJA telah merintis gerakkan menuntut kemerdekaan.Parti yang di label haluan kiri ini juga sejak awal-awal lagi menggunakan slogan Merdeka! .Sebelum UMNO menggunakan slogan ini.

Kita juga sepatutnya di beritahu, Parti Komunis Malaya (PKM) memainkan peranan yang penting dalam memerdekakan Tanah Melayu.PKM telah berjuang mengangkat senjata menentang British.Darurat yang diisytiharkan British pada tahun 1948 di katakan ingin memerangi 'pengganas', sebaliknya 'pengganas-pengganas' ini adalah daripada parti haluan kiri yang menentang British.Rupa-rupanya,'pengganas' ini adalah pejuang kemerdekaan.Sebilangan 29857 orang telah di tangkap,daripada jumlah itu 10000 adalah orang melayu.

Hartal se-Malaya tahun 1947 adalah peristiwa bermakna dalam episod menyepak British,hartal adalah perhimpunan raksasa besar-besaran di mana rakyat berbilang kaum telah sama-sama membantah Perlembagaan Federation yang di rangka British.Peristiwa Hartal se-Malaya ini akhirnya telah membawa British mengisytiharkan darurat 1948 bagi memadam ombak kebangkitan rakyat.Tetapi nampaknya, peristiwa penentangan Malayan Union lebih heboh dari Hartal se-Malaya ini.

Alangkah indahnya,jika kita sama-sama berkongsi kejayaan kemerdekaan negara ini dan memberi penghargaan sepatutnya kepada pejuang-pejuang kemerdekaan kita.Lantas kejayaan kemerdekaan ini adalah milik bersama tanpa di bolot oleh sebelah pihak.Sesuatu harus dilakukan bagi tujuan ini.


Patriotisme

Sebenarnya untuk menjadi Patriotisme adalah subjektif.Mungkin lebih luas.Kita biasa mensasarkan maksud patriotik pada bendera sahaja.Mengibar bendera itu patriotik.Menghasilkan Jalur Gemilang terbesar yang diperbuat daripada hampas kelapa sempena sambutan kemerdekaan negara, itu juga di kira patriotik.Jadi, itu sahaja kah patriotik kita?

Patriotik iaitu semangat cintakan negara ini mungkin bukan sekadar contoh yang dinyatakan seperti di atas,kita mampu untuk menjadi lebih patriotik.Apakah memberitahu kebenaran dan menentang penindasan tidak di kira patriotik?


"True patriotism hates injustice in its own land more than anywhere else.
"
- Clarence Darrow-

A patriot must always be ready to defend his country against his government.” -Edward Abbey quotes-






Saturday, August 28, 2010

Mighty Morphin Power Rangers..








Rata-rata kanak-kanak pada era 90 an pasti akan mengingati siri televisyen ini, terutama di Malaysia, siri Power Rangers ini telah mencetus satu fenomena pada golongan kanak-kanak yang belum baligh.Saya juga turut mengambil bahagian menonton siri ini,ketika usia sekitar baru 6-7 tahun.

Mighty Morphin Power Rangers mengisahkan tentang sekumpulan Rangers,jumlahnya sekitar 5-6 orang Rangers yang di pilih untuk menyelamatkan bumi dari ancaman mahkluk kuasa jahat yang mahu menguasai bumi,ada Rangers merah,putih,biru,hitam,merah jambu dan Kuning.Setiap episod,Rangers-Rangers ini akan berjuang menentang makhluk asing dan raksaksa jahat,dan pastinya Rangers-Rangers inilah yang menang.

Siri Power Rangers ini menemani kanak-kanak di Malaysia,mungkin juga seluruh dunia dan menjadikannya siri televisyen kanak-kanak paling popular.Inilah zaman Power Rangers bagi kanak-kanak! Sampaikan bila bermain bersama rakan-rakan yang lain,boleh jadi bergaduh kerana berebut nak jadi Rangers warna apa," Aku nak jadi Power Rangers Merah,aku nak!". Sengal!

Kanak-kanak biasanya adalah kelompok yang paling terpengaruh dengan cerita-cerita hero begini,terutamanya kanak-kanak lelaki,bila di tanya apakah cita-cita mereka,pasti jawabnya Polis, askar dan pekerjaan hero yang lain.Mungkin kerana mereka masih kecil dan kudus dan tidak menonton filem porno,maka hati mereka sangat terkesan ingin menjadi hero-Yakni menentang kezaliman yang di lakukan mahkluk-makhluk jahat-

Ketika zaman Power Rangers ini, saya selalu berimiginasi untuk menjadi Power Rangers,saya ingin jadi Rangers Merah,kerana dalam cerita ini Rangers Merah adalah ketua dalam skuadnya,selain badannya yang sasa,mirip saya.Seperti dalam siri Power Rangers yang sebenar,saya juga berimiginasi mahu menyelamatkan bumi dari raksaksa dan makhluk hodoh yang lain.Saya juga membayangkan bahawa makhluk hodoh dan raksaksa jahat itu wujud dan pasti akan muncul,maka saya harus bersiap sedia kalau-kalau saya terpilih menjadi salah seorang Rangers nanti.Pastinya bila menjadi hero,saya terbayangkan akan memiliki awek yang chick dah seksi,urm itu cerita lain.

Tetapi malangnya,tahun demi tahun berlalu,makhluk hodoh dan raksaksa jahat masih belum muncul,saya juga masih tidak mendapat tanda-tanda yang saya akan di angkat menjadi Rangers,tiada suara-suara bisikkan yang memanggil saya dan tiada juga mimpi.Saya mula berputus asa.Saya merasakan bahawasanya saya telah di tipu oleh siri Power Rangers ini,Cilakak! dan Saya tidak lagi memakai baju T-Shirt Power Rangers dan menghempas patung Rangers koleksi saya, menandakan kekecewaan saya.

Kini,selepas melalui proses pasca baligh,cerita Power Rangers ini sudah menjadi tidak relevan lagi,sesuai dengan meningkatnya usia, kanak-kanak lelaki yang sekarang sudah dewasa semakin melupakan Power Rangers, yakni melupakan hero yang pernah mereka sanjung dulu.Mereka tidak lagi menonton siri ini(termasuk saya), sebaliknya mereka (tidak termasuk saya) sudah beralih menonton filem-filem stim leleh seperti Twilight Saga,New Moon kejadah,Nur Kasih,Lagenda budak syaitan,Adamayam dan filem sentimental menghiris emosi yang lain.sifat-sifat sang hero menentang kezaliman yang di semai dari kecil telah bertukar menjadi emosi kritikal setelah dewasa.Maka tiada lagi jiwa Power Rangers.

Setelah lebih sedekad Power Rangers di lupakan, saya mengakui siri kanak-kanak ini memang penipu gebang besar punya,hanya meletakkan harapan kosong pada kanak-kanak untuk menyelamatkan bumi dan juga hanya perniagaan mencari untung produksi filem kapitalis.Tetapi saya juga mengaku, di sebalik penipuan bodoh Power Rangers ini, Power Ranger telah mengajar kita agar menantang kazaliman dan mewujudkan keamanan,ini nilai yang baik.Hakikatnya, kejahahatan dan musuh kita bukan di luar bumi,bukan mahkluk hodoh dan raksaksa jahat seperti dalam siri Power Rangers.Mereka yang jahat dan zalim ini sebenarnya hanya di kalangan kita,manusia seperti kita.Ya, mereka ini mungkin lebih teruk dari makhluk hodoh dan raksaksa jahat, mereka ini manusia yang mahu menguasai manusia yang lain,kejam,mengamalkan Realpolitic,penipuan,salah guna kuasa,mengambil hak orang lain,menindas orang lemah dan korupsi.Cita-cita untuk menjadi hero sepatutnya tidak terpadam setelah berakhirnya zaman kanak-kanak.Power Rangers mungkin menjadi cerita lawak bila di tonton oleh orang dewasa sekarang tetapi nilai menentang kezaliman dan menegakkan kebenaran adalah senjata utama menentang penindasan.





Tuesday, August 3, 2010

Bala ekonomi..

Beberapa hari lepas, rumah bapak aku di puchong telah di pecah masuk,oleh? oleh penjenayah la kan...aku bersyukur sebab keluarga aku selamat belaka,dan anggaran kerugian sekitar RM 1500 sahaja,itu pun kalau penjenayah tu tak rembat atau godam Kad ATM bapak aku.Nasib keluarga aku tak semalang jiran aku yang di rembat RM 10 000.

Mulanya aku terkejut,tapi aku fikir kenapa semua ni terjadi dalam sebuah negara 1Malaysia ini (sila acu jari tengah anda sebagai simbolik).Sebuah negara yang sedang memburu angka sifar miskin!

Aku percaya pada satu teori iaitu "jenayah meningkat kerana ekonomi yang pincang". Situasi ekonomi yang menghimpit sebenarnya akan menyebabkan tekanan dan kekacauan pada struktur masyarakat.Kemiskinan adalah desakkan.

Kita tidak boleh lari daripada fakta,bahwa dunia dan sistem yang sedang kita bergerak ini sedang mengalami era keruntuhan ekonominya,bapak kapitalis Si Amerika sedang tenat,Greece sudah lingkup dan negara PIGGS yang lain akan menyusul.

Ini juga tidak terkecuali pada negara 1 Malaysia kita,memang betul dan sahih,suntikan berbilion-bilion dan berbagai pakej ransangan telah di suntik.Tapi hakikatnya suntikan ini hanya berbentuk sementara,seperti menahan kentut,lama-lama tetap tercirit.

Kes pecah rumah bapak aku mungkin tidak berpunca dari kemelesetan ekonomi Amerika,tapi dalam ekonomi semua ini sandar menyandar,kait mengait,ikat mengikat dan jangkit berjangkit.Harga minyak dan gula di Malaysia sudah naik,kerana Penyelarasan subsidi(tiada subsidi).Menteri Idris Jala juga membuat kenyataan bahawa Malaysia bakal bankrup jika pemberian subsidi terus di curahkan,ini semua adalah alamat bahawa barah ekonomi itu sedang memuncak.

Aku tak heran semua ini berlaku,memang semua ini patut dan wajib berlaku,kerana sebagai sebuah negara yang yang korup,pengagihan kekayaan negara pada sekumpulan pihak sahaja dan berbagai siri ketirisan belanjawan.Ini belum dikira komisyen kapal tak boleh menyelam,istana baru dan bermacam-macam lagi.Jadi memang menipu kalau ekonomi negara ini masih dalam keadaan stabil dan gilang gemilang sedangkan unsur-unsur parasit dan pelancau masih melekat.

Bila ekonomi sedang krisis,rakyat terhimpit(kecuali orang kaya macam DDR Rozmey) dan di situlah kerja melanun dan merembat mengambil pot.