Saturday, December 31, 2011

Berak 4.0 : Jamban Masa Hadapan

Tadi , baru saja Rashid pergi berjumpa Doraemon dengan niat untuk meminjam mesin masa Doraemon. Doraemon benarkan, punyalah Rashid Suka. Sebenarnya satu sahaja tujuan Rashid meminjam mesin masa Doraemon iaitu ingin melihat jamban masa hadapan.

ZEUSSSSSSSSSSSSSSS !


Sekarang Rashid berada di tahun 2100.

Rashid berada di hadapan tandas awam, sekelilingnya nampak aneh dan canggih. Rashid bergegas masuk untuk berak, sengaja Rashid biarkan dirinya tak berak dua hari semata-mata mahu mencuba kecanggihan jamban masa hadapan.

Pintu tandas terbuka dengan auto, Rashid sedikit kagum. Di hadapannya ialah jamban duduk, Rashid mengambil posisi, di tepi mangkuk tandas terdapat tiga butang, butang merah, biru dan hijau. Perasaan ingin tahu Rashid memang kuat, dengan selamba Rashid menekan butang merah.

ZUPPPP!

Jamban duduk tadi berubah menjadi jamban cangkung, oh rupanya butang merah tadi adalah butang untuk menukar mode jamban, Rashid mengangguk tanda faham. Rashid membiarkan mode jamban menjadi jamban cangkung kerana bagi Rashid jamban cangkung adalah senaman untuk menguatkan otot peha dan kekuda.


Rashid gatal tangan lagi, kali ini Rashid menekan butang biru, beberapa saat selepas itu segenap tandas berbau harum seperti haruman White Musk, fahamlah Rashid bahawasanya butang biru itu fungsinya mengeluarkan haruman untuk mereka yang gas kentutnya bau macam haram.

Kerana dah tak tahan Rashid pun berak.

Selesai berak tapi Rashid masih belum cebok , Rashid terlupa ada satu butang lagi yang masih belum di usik, iaitu butang berwarna hijau. Rashid tekan sambil dalam posisi mencangkung.

Tiba-tiba Rashid merasakan ada sesuatu yang bergerak di bahagian bawahnya. Benda itu seperti sedang mencebok. Rashid mengangkat kedua-dua tangannya. " Aik siapa yang cebok ni ?"

Rashid menundukkan kepala melihat ke bawah, alangkah terperanjatnya Rashid melihat tangan dan jejari besi sedang menceboknya. Argghhhhhhhh!, Rashid menjerit.

Apalagi, Rashid terus berlari keluar meninggalkan seluarnya.

Bodoh Rashid, butang hijau tu fungsinya untuk cebok berak.


Wednesday, December 28, 2011

Harapan Terakhir



Satu-satunya harapan terakhir untuk melenyapkan KPOP dari muka bumi.

Hail Kim jong Un ! Hail Gemok ! Hail Fei Mao !

Tuesday, December 27, 2011

Bangunan Yang Tak Siap

Aku lihat sebuah bangunan yang tak siap. Terbengkalai. Muram dan sunyi.

Bangunan ini letaknya di tengah-tengah kesibukan kota. Nampak rompong dan mencacatkan panorama metropolitan.

Bangunan yang tak siap ini adalah lambang kegagalan pemaju. Ia hanya menjadi sarang burung walit dan setan bertenggek.

Lalu, aku lihat pada diri aku, yang masih belum siap-siap. Sama seperti bangunan itu.

Tuhan, persiapkan aku, agar aku bersiap sedia.

Persiapkan aku, agar aku tak sia-sia.

Ramai manusia yang gagal, kerana mereka sangka mereka telah cukup siap.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, December 24, 2011

Bidadari



Ini adalah bidadari saya ( yang belah kiri )

Setiap tahun iaitu pada Hari Krismas  adalah hari lahir bidadari saya. Dan sekali lagi untuk ke 41 satu tahun, hari ini merupakan hari lahirnya.

Ini bermakna setiap kali 25 disember saya akan merayakan sesuatu, walaupun bukan perayaan hari natal tetapi merayakan bidadari ini adalah yang terindah buat saya.

Jika Isa dari Nazareth di rayakan oleh ummat kristian kerana menjadi penyelamat(yang di usapi) buat mereka, begitu juga dengan saya yang merayakan seorang bidadari yang telah Tuhan utus jadi cahaya hidup untuk saya dan adik-adik.

Jika Isa dari Nazareth memberi motivasi kepada Bani Israrel yang lemah longlai di bawah taklukan Romawi, maka begitu juga dengan saya, seorang bidadari telah mengajar saya dengan penuh kasih sayang supaya saya menjadi manusia yang tekad.

Jika Isa dari Nazareth mengharungi pelbagai cobaan dan ujian ketika menyampaikan perintah Tuhan, begitu juga dengan saya yang melihat bidadari ini kerap kali terjatuh, menangis dan berdarah tetapi masih mampu bangun memberi inspirasi untuk saya.Ya, bidadari ini sejuta kali lebih hebat dari Panglima Ludah.

Selamat Hari Lahir Norhayati.

Oh Tuhan, seandainya engkau beri pilihan buat ku untuk memilih sama ada seorang perempuan atau seorang ibu, maka kuatkanlah tekad ku untuk aku pilih seorang ibu.



Krismas



Ucap Marry Christmas boleh membawa kepada syirik.

Aku masih ingat, tahun lepas punya krismas kecoh tentang pemakaian baju Santa Claus, Walaupun Santa Claus itu tidak ada kena mengena dengan ajaran Injil dan Santa Claus hanya lambang komersil perayaan krismas, sama seperti ketupat besar di shoping kompleks ketika Hari Raya Idul fitri.

Bila ada agamawan ortodoks yang mengatakan bahwa ucap Marry christmas boleh membawa kepada syirik, agamawan ini pasti tidak memahami konsep meraikan kosmpolitanisme dan kepelbgaian majmuk masyarakat.
Mazhab-mazhab kristian sendiri berselisih pendapat mengenai ketepatan tarik lahir Jesus, malah kitab Injil tidak  menyebut tentang perayaan Krismas, tetapi hanya menceritakan tentang saat kelahiran Jesus.

Dan tentu, Santa Claus dan perayaan krismas merupakan bidaah dalam agama Kristian.Tetapi setelah sekian lama, ia telah menjadi budaya.Sama seperti budaya membeli belah dan mencekik juadah raya ketika Hari Raya Idul fitri.

Aku percaya, menghormati budaya orang lain tidak ada salahnya.

Hormati-lah, dan kau akan di hormati.

Friday, December 23, 2011

Tandu




Minggu lepas aku berkesempatan menyertai program khidmat masyarakat naungan PM 1Malaysia Dear Leader UMNO parti penyelamat umat 1Melayu Najib Razak,yang berlangsung di Negeri Sembilan.

Kebetulan, pada malam program itu ada majlis perkahwinan di kawasan tersebut, maka kami sebagai mahasiswa yang masih memerlukan AUKU supaya kami boleh terus belajar tanpa membuat aktivitas tak berfaedah seperti menurunkan bendera maksum PM 1 Malaysia ! # Sarcasm, diminta untuk menyertai majlis perkahwinan yang sedang berlangsung itu.

Terus terang aku katakan, aku ini seorang yang jarang menghadiri majelis waliwah al ursy, nampak macam anti sosial, mana taknya sebagai mahasiswa yang masih memerlukan AUKU, kerja aku adalah belajar, belajar, belajar, so mana sempat nak pergi kenduri kahwin ni, nak meludah apatah lagi !

Ada yang unik mengenai majelis perkahwinan itu, yakni pasangan pengantin akan di arak menaiki sejenis benda yang di panggil tandu. Aku agak teruja melihat upacara ini, serius, aku tak pernah lihat pengantin di arak menaiki tandu.

Cuma aku rasa macam tak logik bila orang ramai mengangkat tandu meraikan pengantin, sepatunya macam ni, biar pengantin lelaki yang angkat pengantin perempuan, itu baru logik, nasib la kalau pengantin perempuan tu bersaiz XXXL, biar berpeluh pengantin lelaki. Simbolik pengantin lelaki angkat pengantin perempuan sebagai tanda sang suami akan bertanggungjawab kepada sang isteri.

Kalau pengantin lelaki dah penat angkat pengantin perempuan, ha tukar la pulak, biar  isteri angkat suami pulak, sebagai simbolik bahawa isteri juga akan bertanggungjawab terhadap suami.

Ini baru logik.

Tuesday, December 13, 2011

Berak 3.0

" Hello Syid, kau tolong berakkan aku, tandas rumah aku takde air ni, tolong ea.."

"Ha ok, ok, kau rilek je k.."

Setengah jam kemudian,

"Hello Syid, Terima kasih dowh berakkan aku, punya la aku sakit perut tadi, boleh pulak area rumah aku ni takde air, celake, Thanks dowh..."

"hehe, takpe, takpe, takde hal.."


++++++


"Weh mer, engkau tolong berakkan aku, aku kena jumpa lecturer ni, masa ni pulak perut aku meragam, tolong ea..."

"ha ok, ok, kau jangan risau, aku tahu kerja aku".

Setengah jam kemudian,

" weh mer, thanks la berakkan aku tadi, nasib baik ada kau weh, kalau tak mesti lecturer tu mengamuk."

"sama-sama, erm tapi engkau ni kena banyak minum air la aku rasa"

"Apsal weh ?"

"Engkau punya tahi keras"

++++++++

Alangkah indahnya jika manusia mempunyai kelebihan memberakkan manusia lain, kerja jadi mudah dan masa dapat di manfaatkan seoptimumnya.Tapi, Tuhan pasti punya sebab relevan mengapa kelebihan ini tiada pada manusia.


Monday, December 12, 2011

Kali terakhir aku menangis ketika aku berumur 12 tahun, aku menangis pada waktu itu kerana Mak dan Abah telah berpisah. Semenjak dari itu aku menanam tekad bahawa aku tidak akan menangis lagi , biarlah itu kali terakhir aku menangis.

Memang betul, selepas itu aku tidak pernah menangis, hatta program motivasi bodoh (psiko engkau dengan Mak bapak supaya engkau menangis) yang aku sertai, aku memang tidak mengalirkan air mata.

Pada aku, menangis ialah kelemahan. 

Aku mula membentuk diri aku menjadi Adolf Hitler, Bennito Mussolini dan Joseph Stalin.


Saturday, December 10, 2011

Berak 2.0

Pada suatu hari, ada seorang budak namanya Rashid, hobi Rashid di waktu pagi ialah berak.

Macam biasa di waktu pagi, perut Rashid meragam dan memulas-mulas.

Rashid pun bergegas ke tandas dengan berlari lari anak.

Rashid mempercepatkan lariannya kerana merasakan kumbahannya sudah hujung-hujung untuk di lahirkan.Malu la Rashid, dah besar tapi tercirit dalam seluar.

Rashid memandang pintu tandas dengan penuh harapan, ya, pintu tandas itu lah harapan terakhir untuk menyelamatkannya.Di sebalik muka tahan berak itu, Rashid mampu tersenyum.

Rashid terus menolak pintu tandas tersebut, tetapi akibat terburu-buru dan gelojoh, Rashid tergelicir dek kerana geseran pada lantai yang basah, lalu kaki kanan Rashid terpelosok ke dalam lubang jamban.

Rashid cuba menarik kaki kanannya keluar dari lubang itu, tapi nampaknya sia-sia, kakinya terpelosok agak dalam dan tersekat di situ.

Ha, sekarang ni Rashid nak berak macam mana ?


Thursday, December 8, 2011

Imajinasi 2 : Percintaan Achid Dan Ros

Achid dan Ros merupakan pasangan kekasih, keduanya berasal dari Melaka, keduanya juga belajar di kolej yang sama dan kelas yang sama.Yang paling romantik, keduanya-duanya gemar menunggang motosikal bersiar-siar melawat perigi Hang Tuah dan menaiki menara Taming Sari.

Suatu hari, Achid dan Ros telah berjanji untuk pulang bersama-sama ke Kolej mereka, Ros telah sedia menuggu Achid di susur jalan keluar ke Lebuhraya.Lebih kurang setengah jam Ros menunggu, Achid pun sampai.

"Achid kenapa lambat sangat ni !, Ros nak merajuk la macam ni", Ros memaling mukanya tanda protes.

"Sorry sayang, i sakit perut tadi, singgah berak dekat petrol pam kejap, sorry ea, Muwah ! Muwah! " pujuk Achid.

Hanya dengan dua kali muwah muwah, Ros kembali tersenyum.Oh ye, mereka berdua menaiki motorsikal yang berasingan sebagai tanda percintaan islamik. Achid jalan kedepan, manakala Ros mengikut di belakang Achid, sekali sekala Achid memandang ke cermin sisi, memantau keadaan kekasihnya itu.

Tiba-tiba Ros memecut Achid sambil menghulurkan keropok, " Achid, nah amek ni, mamam sikit "

"Terima Kasih sayang, muwah, muwah", Achid senyum sambil keropok melekat di bibir, Ros membalas senyum Achid.

Mereka berdua memandu di bahagian paling kiri sekali, kebiasaan untuk kenderaan seperti motor dan lori.

"Sayang,sayang! tolong amek gambar Ros !", Tiba-tiba Ros mengherdik Achid.

Punya la Achid terkejut sampai, tersembur keluar keropok yang sedang di kunyah Achid.

"Sayang, lain kali jangan buat achid terperanjat, hesh sayang ni, muwah, muwah."

Achid mengeluarkan telipon bimbitnya, dan menukar setting kamera, Achid  menfokuskan kamera taliponnya pada wajah Ros, Achid ni memang power kalau bab-bab amek gambar atas motor ni, sebelah tangan bawak motor, sebelah tangan tangkap gambar.

'Ok, ready sayang, ready taw, muwah muwah", Achid memberi arahan.

Ros pulak buat muka cute tipikal awek-awek di pesbuk sambil tangan tunjuk peace.

Pap! satu gambar berjaya di ambil oleh Achid. Ros tukar gaya posing, kali ini mencucuk jari telunjuk ke pipinya, pose cucuk jari telunjuk ke pipi ni memang tengah popular dekat pesbuk sekarang.

"Achid, nanti upload dekat facebook taw ! "

" Ok sayang!, muwah, muwah.", Achid hanya mampu taat kepada kekasihnya, kang tak upload merajuk pulak.

Pinnn! Pinnn!, tiba-tiba terdengar bunyi hon dari sebuah lori tangki di belakang Ros yang sedang memecut laju, hampir-hampir hendak melanggar Ros. Ros mengelak lalu serta merta berhenti di bahu jalan, Ros nampak terkejut, mana taknya lagi sikit nak jadi arwah.

Achid hanya mampu melihat sambil mengetap bibir menahan marah, " Sayang ! tunggu situ !", jerit Achid kepada Ros. "Ah lupa pulak, Muwah,muwah!", tambah Achid.

Achid terus memecut laju, matlamatnya untuk memotong lori tangki tadi.

"Lahabau kau !", Achid mencarut di dalam helmet.

Kini posisi Achid sudah berada di sebelah lori tangki tersebut. Achid memecut lagi untuk sampai ke bahagian pemandu lori itu.

" Weh, celake !", Achid menjerit memanggil pemandu lori itu tetapi pemandu itu hanya buat-buat tak tahu.

Dengan pantas, Achid membuka helmet di kepalanya, lalu dengan kudrat jantannya, helmet tersebut di baling ke arah pemandu lori tadi. Gedebuk! helmet itu tepat mengenai kepala pemandu lori itu.Kondisi lori tidak terkawal, terhuyung hayang lori tangki tersebut, lori itu melanggar pembahagi jalan lalu meletup, KEBOM!


Achid hanya terseyum melihat lori itu meletup dan kembali mendapatkan kekasihnya, Ros, yang masih setia menanti di bahu jalan.

" Jom sayang, Muwah muwah".






Monday, December 5, 2011

Berak

Ros jalan dengan begitu pantas sekali, mukanya merah menahan sakit, tangannya menekan-nekan  bahagian perut.

" Tak tahannya, tak tahannya, ishhh macam nak keluar ni !, Argghhh !"

Ros berlari-lari anak menuju ke tandas, dengan harapan agar kumbahannya tidak bersepah.

Ros pasang kuda-kuda untuk beraksi.

Tiba-tiba, " Weh Pia ! kau buat apa sini ?

Bukan main terkejut Ros bila nampak kepala Pia muncul dari lubang itu.Entah magic apa yang Pia buat.

" Hik hik, takde pape, akak busok tembam, hehe..."

Ujar pia dengan selamba sambil jari telunjuknya mencucuk pipi.

Ros keluar dengan muka marah, hajat tak kesampaian.

Imajinasi 1

Pada suatu hari, sedang aku menunggang motosikal di lebuhraya selenggaraan kroni kerajaan, aku menunggang dengan penuh riang sambil menyanyi lagu Cinta Muka Buku.

Di depan aku adalah sebuah lori besar yang membawa muatan berat berisi kayu balak.Oleh kerana lori di depan aku ni lembab dan cara pemanduan aku pula mengikut piawaian mat rempit yang panas baran, maka aku membuat keputusan untuk memotong lori itu.

Aku setting gear dan mula membuat pecutan, mulut aku terkumat kamit menyanyikan lagu Cinta Muka Buku, aku dah sampai ke bahagian pertengahan lagu iaitu part " Pabila kau renung tajam-tajam mata aku, Ku rasa sesuatu yang ku tak tahu Oooo...Ini cinta remajaku...". Nah, sekarang aku berada di sebelah kiri lori gedabak ni, dengan rasa takjub aku memandang lori itu, lagu Cinta Muka Buku aku hentikan.

Aku lihat memang besar betul kayu balak yang di bawa lori itu, ada lima batang kayu balak yang di ikat, oleh kerana aku berada di sebelah lori tersebut, maka aku dapat melihat kayu balak itu dengan dekat tanpa perlu mengeZoom menggunakan kamera DSLR milik anak-anak muda melayu di Pavilion.

" Peh, besar betul kayu ni, ini kalau kayu ni jatuh ni...kalau jatuh ni...kena aku memang baler ni, peh ! ", ujar aku sambil menggeleng geleng kepala.

Aku abaikan lori itu dan kembali sambung menyanyi lagu Cinta Muka Buku, " Pabila kau katakan kau suka aku, ku terdiam terkedu mana nak tu.....", Ketarppppp! aku terhenti menyanyi kerana aku terdengar sesuatu, aku toleh ke arah lori itu, aku lihat kayu balak tadi sedang bergerak untuk jatuh.

Ya, kayu balak itu terjatuh ke arah aku, menghepap kepala aku, aku terjatuh, motor aku berpusing-pusing tanpa kawalan. Darah bersepah.

Aku pun mati.Innalillah.

Besoknya, kesemua akhbar tempatan terutamanya Metro dan kosmo menjadikan berita kemalangan aku sebagai tajuk muka hadapan, tidak lupa juga tabloid Mastika.

Thursday, December 1, 2011

Senyum Dalam Helmet


Di atas bahu jalan.
Yang keras.
Lagi lebar.
Aku memandu kuda berenjin.
Dengan penuh rasa tawadduk.
Di celahan lori menggila.
Dan aku hanya,
Senyum dalam helmet.


Aku melintasi sebuah kereta buatan nasional.
Dalam nya berisi pasangan kekasih.
Sedang bermadu kasih.
Entah nikah entah tidak.
Dan aku hanya,
Senyum dalam helmet.


Lagi ke depan, aku melintasi lagi.
Sebuah kereta yang feminis.
Wah, dalamnya ada susuk seorang awek.
Memegang stering penuh jelita.
Dengan gaya egois, aku memecut.
Dan aku hanya,
Senyum dalam helmet.


Sialan, aku hampir melayang.
Ada bas gedabak yang memecut laju.
Tanpa menghiraukan aku yang kerdil.
Dasar bedebah.
Kali ini aku tidak senyum.
Aku mencarut dalam helmet.

Neraka Wail untuk engkau !