Friday, December 23, 2011

Tandu




Minggu lepas aku berkesempatan menyertai program khidmat masyarakat naungan PM 1Malaysia Dear Leader UMNO parti penyelamat umat 1Melayu Najib Razak,yang berlangsung di Negeri Sembilan.

Kebetulan, pada malam program itu ada majlis perkahwinan di kawasan tersebut, maka kami sebagai mahasiswa yang masih memerlukan AUKU supaya kami boleh terus belajar tanpa membuat aktivitas tak berfaedah seperti menurunkan bendera maksum PM 1 Malaysia ! # Sarcasm, diminta untuk menyertai majlis perkahwinan yang sedang berlangsung itu.

Terus terang aku katakan, aku ini seorang yang jarang menghadiri majelis waliwah al ursy, nampak macam anti sosial, mana taknya sebagai mahasiswa yang masih memerlukan AUKU, kerja aku adalah belajar, belajar, belajar, so mana sempat nak pergi kenduri kahwin ni, nak meludah apatah lagi !

Ada yang unik mengenai majelis perkahwinan itu, yakni pasangan pengantin akan di arak menaiki sejenis benda yang di panggil tandu. Aku agak teruja melihat upacara ini, serius, aku tak pernah lihat pengantin di arak menaiki tandu.

Cuma aku rasa macam tak logik bila orang ramai mengangkat tandu meraikan pengantin, sepatunya macam ni, biar pengantin lelaki yang angkat pengantin perempuan, itu baru logik, nasib la kalau pengantin perempuan tu bersaiz XXXL, biar berpeluh pengantin lelaki. Simbolik pengantin lelaki angkat pengantin perempuan sebagai tanda sang suami akan bertanggungjawab kepada sang isteri.

Kalau pengantin lelaki dah penat angkat pengantin perempuan, ha tukar la pulak, biar  isteri angkat suami pulak, sebagai simbolik bahawa isteri juga akan bertanggungjawab terhadap suami.

Ini baru logik.