Thursday, February 24, 2011

Dua Dafi , tapi tak sama.




Ada dua Manusia yang saya kenal bernama Dafi, kedua-kedua Dafi ini pula memang tak kenal saya.


Kita mulakan dengan Dafi tempatan dahulu sebelum kita berkenalan dengan Dafi global.


Tadaaaaa..!




Baik punyer!


Gadaffi Datuk Seri Ismail Sabri atau masyur dengan nama Dafi AF merupakan artis keluaran Akademi Fantasia Musim ke-5.

Dafi tidak bernasib baik apabila tersingkir pada minggu ke lapan konserto Akademi fantasia.Mungkin kerana Dafi tidak pandai berzanji seperti Mawi, maka beliau tersingkir.

Semasa di Kem akademi fantasia, Dafi mengguna pakai tagline ' Baik punyer' ( sambil mengacu ibu jari ) sebagai identitinya.

Sungguhpun, nyanyian Dafi tidaklah 'baik punyer' , namun, oleh kerana beliau memiliki wajah yang 'baik punya', menyebabkan beliau di gilai oleh peminat-peminat yang sukakan babyface.

Pencapaian Dafi yang baik punyer ialah saat mengungguli anugerah Artis Baru Lelaki Popular, ABPBH 2007.



Sementara itu, jauh di Afrika Utara sana, seorang lagi Dafi sedang melakukan projek pembantaian ke atas rakyatnya.


Tak baik punyer !



Kolonel Muammar Abu Minyar al-Gaddafi atau biasa di kenal dengan nama sapaan, Muammar Gaddafi merupakan pemimpin negara Libya. Dafi Libya telah menerajui Libya selama 41 tahun lamanya.

Mengikuti jejak langkah Gamal Abdel Nasser, beliau bersama sekumpulan pegawai tentera junior melancarkan Kudeta tanpa pertumpahan darah dan seterusnya menumbangkan pemerintahan monarki Raja Idris.

Se awal umur 27 tahun dan masih belum di kenali, Dafi Libya telah memimpin negaranya dan dalam tempoh 41 tahun ini jugalah hubungan Libya dan Amerika bagai Fasha Sandha dengan Nora Danish.

Hakikatnya, Dafi Libya tidak mengetuai negaranya secara resmi, beliau tidak memangku jabatan apa pun. Gaddafi belum pernah menjadi presiden atau ketua dari sebuah partai pemerintahan, namun, selama empat dasawarsa ini, beliaulah yang membuat keputusan.

Percikan api revolusi yang bermula di Tunisia rupanya sudah terpercik di Libya, dan Dafi Libya di tuntut oleh massa untuk turun dari pemerintahannya.

Ingat ! Dafi Libya bukan kecik punya telo, beliau sebaliknya nekad memerangi para penentang yang juga merupakan rakyatnya.

Di khabarkan beliau menggunakan segala perkakas militer untuk menghabisi penentang-penentangnya, di beritakan juga hampir seribu orang menjadi arwah dalam pertempuran itu.

Tak baik punyer !


Oh ya, Dafi Libya memiliki hobi yang pelik iaitu beliau sentiasa di kelilingi oleh pengawal keselamatannya, kalau lelaki takpe, ini perempuan. Apa punya pe'el kau ni Dafi ?





Baik Punyer !








Thursday, February 17, 2011

Ketakutan Yang Abadi

Bagi saya ,ketakutan sewaktu menonton cerita Tahyul TV3 seperti Saka Jentayu adalah ketakutan yang tidak patut dan memalukan.

Saya ada satu perasaan takut yang sentiasa menghantui dan membayangi hidup saya, mungkin untuk seumur hidup saya.

Saya adalah salah seorang daripada berjuta-juta mungkin berbilliun-billiun kanak-kanak muslim yang melakukan perkara itu.

Pada mulanya saya tidak berasa takut untuk melakukan perkara itu, kerana Kata Abah saya," Ia perkara biasa dalam proses menjadi lelaki matang penuh bergaya dan akan meraih ramai makwe ".

Saya hanya mengangguk pura-pura faham, seawal umur 10 tahun pada waktu itu, yang saya faham hanyalah kereta Tamiya dan "Tora datang lagi !".

Tambah Abah lagi, " Sekejap je elok, lepas seminggu dah boleh tendang bola dah".

Saya hanya mampu bersetuju, " Apa yang terbaik untuk Abah, itu yang terbaik untuk Amir". ujar saya tanda seorang Anak soleh yang redha.

Saya bersetuju melakukan perkara itu bukan apa, kerana menyedari ramai rakan-rakan di Sekolah sudah melakukan perkara itu dan berlagak sesama mereka.Yang paling bangang, sampai ada yang menayangkannya pada rakan-rakan lain.Sedikit sebanyak membuatkan ego kanak-kanak saya tercabar dan berasa rendah diri. Lagipun kalau di ikutkan, usia saya ketika itu di anggap usia senja untuk melakukan perkara itu.

Tapi saya tekad! dengan harapan selepas melakukan perkara itu bolehlah saya berlagak di sekolah dan menganjing rakan-rakan saya yang belum melakukan perkara itu.

Abah dan Mak yang mengatur segalanya-galanya, Abah memilih untuk melakukan perkara itu di Klinik Swasta sebagai tanda Melayu Maju pasca Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Melayu berteknologi MSC.

Sepanjang perjalanan sewaktu ke Klinik itu, Abah cuba membuat lawak dengan saya, kononnya untuk menghilangkan rasa gemuruh dan cemas saya, tetapi sudah terlambat, fikiran saya hanya fokus pada perkara itu, saya membayangkan kesakitan melakukan perkara itu.Seingat saya belum pernah organ saya terpisah atau di potong dari tubuh saya, bagaimana sakitnya ia ? berapa gelen darah yang bakal gugur syahid ?

Kamu gila ? kesakitan yang paling sakit yang pernah saya rasa di tempat itu, adalah sakit ketika saya di gigit tungau, gara-gara saya bermain di belakang reban ayam.Itu baru di baham tungau, nah ! bagaimana kesakitan ketika saya melakukan perkara itu ?

Saya tak sanggup untuk bercerita lagi, saya masih ingat muka nakal Doktor itu....gunting itu....cucukkan bius itu yang kononnya tak sakit....saat ia menghampiri....Dan melakukan cantasan....percikan cecair merah.....


Sehingga hari ini, iaitu selepas Hosni Mubarak di jatuhkan, saya masih terasa ngilu bila melihat kain pelikat.

Dan saya masih tidak percaya yang saya telah melakukan perkara itu.

Kerana ia adalah ketakutan yang paling saya takuti.


Saturday, February 12, 2011

Tong Sampah Sejarah Untuk Mubarak




Enam kali percubaan membunuhnya dan tiga puluh tahun jangka masa pemerintahan, barangkali sudah cukup untuk menggambarkan daya tahan dan degil seorang Mubarak.

30 tahun yang lalu, Mubarak yang tak berapa di kenali mengangkat sumpah sebagai Presiden Mesir menggantikan Arwah Anwar Sadat yang mati di bunuh, 30 tahun yang lalu, Dr Rozmey masih di bangku sekolah, 30 tahun yang lalu juga, rambut Dr Rozmey mungkin tidak seteruk hari ini.

Sewaktu pembunuhan Anwar Sadat, Hosni Mubarak yang ketika itu merupakan timbalan Anwar, berada hanya beberapa meter dari kedudukan Anwar Sadat, Mubarak turut terkena tembakan di tangannya. Bayangkan jika 30 tahun yang lalu, Hosni Mubarak sama-sama arwah dengan Anwar Sadat, pasti kita tidak mengenali nama Hosni Mubarak. Namun takdir tidak sedemikian, Hosni bertahan di tampuk pemerintahan Mesir Moden selama 30 tahun.

Apa yang membuatkan Mubarak sebegini kebal dan degil ? Mungkin ini hasil dari tarbiyyah Akademi Militer Mesir yang di terimanya yang melayakkan beliau menjadi perwira angkatan udara atau sememangnya daya tahan yang semulajadi wujud hasil kemiskinan keluarganya di sebuah desa kecil, delta sungai Nil.

Ini bukan intinya, fokusnya di sini, seorang Mubarak sudah jatuh dan menjadi sejarah.Sejarah yang bagaimana ? adakah sejarah yang baik atau sekadar bertahap tong sampah ?

Setelah lebih dua minggu revolusi berlangsung, ratusan nyawa menjadi arwah dan berjuta berkampung di Dataran Tahrir, ego dan degil seorang Mubarak akhirnya runtuh.

Perginya seorang Mubarak di sambut dengan gemilang oleh marhein Mesir, gemilangnya seperti Wayne Rooney menjaringkan gol ala-ala takraw saat menentang pasukan jiran tetangga Manchester City.Inzal yang paling manis. Bezanya, ia menjadi fardu kifayah saat Rooney menjaringkan gol buat umat-umat Man U, dan menjadi Fardu Ain buat setiap merhein Mesir menjatuhkan Mubarak.

Mana taknya, geram Marhein Mesir sudah tersimpan selama 30 tahun. Geram dengan sekatan demokrasi, penyelewengan pilihanraya, kesempitan ekonomi dan korupsi. Namun, geram ini berjaya di manifestasikan di Dataran Tahrir.Geram ini juga lah yang penghabisannya, mencampakkan Mubarak ke dalam tong sampah sejarah.

Dan kini, Mubarak boleh berkira-kira memilih template designer untuk blognya."Hey Mubarak, kamu jangan jadi malas ! jangan asyik makan unta je, contohi Tun Mahathir yang rajin mengemaskini blog beliau, kamu dah tua, bila lagi kamu nak jadi blogger, lagipun dengan adanya blog, kamu boleh kutuk rakyat Mesir yang menjatuhkan kamu, kamu kena ingat, Switzerland dah bekukan harta kamu, dengan adanya blog, kamu boleh menjana pendapatan kamu dengan duit nuffnang."


Wednesday, February 9, 2011

Hosni Mubarak Dan Saya

Hosni Mubarak di anggap sebagai Firaun era pasca Moden Mesir, baru-baru ini Hosni Mubarak mendapat liputan meluas kerana Revolusi yang di lancarkan rakyat marhein Mesir.Rakyat Mesir menuntut Hosni turun dari pemerintahannya yang berusia 30 tahun.Walaupun ramai nyawa yang menjadi korban Revolusi, namun Hosni masih berdegil dan enggan turun.Revolusi yang berlangsung lebih dari seminggu serta memberi kesan terhadap ekonomi Mesir itu, masih belum cukup untuk menjatuhkan Hosni.Sehingga hari ini, Hosni masih lagi berdegil dan berdegil untuk turun dan pemerintahan.


Begitu juga dengan saya, saya masih lagi berdegil memberi nombor talipon saya kepada seorang awek, awek tersebut berkali-kali meminta nombor talipon saya, namun seperti Hosni Mubarak, saya tetap berdegil.Bukan kerana si Awek itu tidak cun atau tiada pakej, tetapi kerana sikap saya yang malas top-up talipon dan lebih cenderung kepada cara bercinta islami. Sehingga hari ini, saya masih lagi berdegil untuk menyerahkan kehormatan nombor talipon saya pada si awek.

Lihat, persamaan Hosni Mubarak dan saya ialah kami sama-sama degil dan punya egois.


Tuesday, February 8, 2011

K.Rajagopal Dan Saya

K.Rajagopal kehilangan sejumlah pemain tonggak sewaktu Harimau Malaya meramas Piala Aff Suzuki, mereka berada di kemuncak tekanan ketika di belasah Indonesia 5-1 pada perlawanan pertama. Akhirnya mereka sukses melalui semua tekanan itu.Ya, tekanan menghadapi penyokong-ponyokong yakjuj makjuj Laskar Garuda, menaiki kereta perisai dan memenangi kejuaraan.

Saya pula, seorang mahasiswa cengkaman AUKU, yang sedang menghadapi musim peperiksaan finale, minggu ini saya ada empat subjek peperiksaan yang perlu di lunaskan. Dua subjek sudah berlalu, ada lagi dua subjek.Saya memulakan peperiksaan Isnin semalam dengan membuat sendiri slip peperiksaan, akibat karenah birokrasi orang melayu bumiputra, saya terpaksa terjebak dalam jenayah koler putih. Subjek yang paling di benci iaitu Matematik Tambahan Arabiah Hosni Mubarak sudah saya selesaikan, Celakanya tadi malam saya di serang selsema, mukus cair mencurah-curah keluar.Saya berada di kemuncak tekanan, minda letih, hidung saya berair dan banyak fakta yang perlu saya hadam. Saya umpama Ariel Peter Pan yang letih keluar masuk mahkamah akibat video pancut senggamanya,

Lihat, persamaan saya dan Rajagopal ialah kami menghadapi tekanan, Rajagopal kehilangan pemain tunggak, saya pula hidung berair.Rajagopal menghadapi pertandingan yang kompetitif, saya tidak kurangnya, menghadapi musim peperiksaan yang padat dan celaka.

Bezanya, Rajagopal juara, saya belum lagi.Saya hensem, Rajagopal tak.

Tuesday, February 1, 2011

MubarakFiraun.blogspot.com




Mubarak, apa susah sangat, kau turun je la, kau duduk rumah, buat blog, main blog, tiap-tiap hari update post, sehari satu post, setahun dah 3 ratus lebih post dah, kan banyak tu, kau boleh kaya tau dengan duit Nuffnang.Kau tak dengar ke blogger Maleissia kaya raya sebab main blog?

Apa dia ? kau tak reti buat blog?

Apa jenis Unta kau makan ni ?

Kau pergi tanya Che Det sekarang ! Sekarang !