Tuesday, December 11, 2012

Yang Terkalah

Untuk jiwa-jiwa yang tewas
Tiada apa yang perlu di luahkan
Tiada apa yang perlu di puisikan
Tiada apa yang perlu di teriakkan

Jiwa-jiwa yang tewas
rumahnya lahad
cahayanya hitam
minumannya tangisan
Santapannya sesalan
Destinasinya kematian


Friday, October 12, 2012

Hari ini, aku telah jatuh.
Sejatuh-jatuhnya.
Sedalam-dalamnya.
Sebawah-bawahnya.
Selubuk-lubuknya.
Sedasar-dasarnya.


Jika cacing di dalam tanah.
Aku lebih dalam darinya.
Jika petroleum di dalam lautan
Aku lebih dalam darinya
Jika kematian di dalam lahad.
Aku lebih dalam darinya.


Hari ini, aku telah jatuh.
Dari pengharapan yang tinggi.
Setiap inci  untuk ke atas.
Adalah kepedihan.
Setiap langkah untuk ke permukaan.
Adalah keperitan.
Setiap nafas untuk bangkit.
Adalah kehampaan.

Percubaan hidup untuk kali kedua.
Setelah mati untuk pertama kali.


Wednesday, October 3, 2012

Tak apa lah.
Kalau aku tak jaga kau.
Ada yang lain jaga kau.
Kalau aku tak kejutkan kau.
Ada yang lain kejutkan kau.

Tak apa lah.
Ada yang lain buat kau gembira.
Dari aku.
Ada yang lain buat kau senyum.
Dari aku.
Ada yang lain lebih matang, untuk kau.
Dari Aku.
Sungguh, aku ini banyak keji dan celanya.

Tak apa lah.
Aku tak bisa berubah.
Aku tak bisa menganjak paradigma.
Demi kau.
Aku tak pernah di ajar.
Berubah kerana makhluk.

Tak apa lah.
Nanti bila waktu aku mahu berubah.
Kun fayakun-lah
Bukan kerana kau.


Sunday, September 30, 2012

Bangunkan Aku, Deris

Kipas pun masih utuh dan sasa berpusing, aku tersedar, aku cuba membuka mata sedaya upaya, semacam orang buta baru lepas buat pembedahan mata dan mahu melihat dunia rasanya. " Ah sejuknyeeee", bisik aku pada kipas. Suhu-suhu sejuk begini selalunya sesuai untuk pasangan yang sudah berkahwin.

Aku lekas bangun dan terus berjalan ke arah kipas." Banyak pahala kau", terus aku tutup kipas. Serentak dengan itu, sebagai belia bujang yang bakal dapat BR1M 250 dari kerajaan Barisan Nasional, kau terus ke pintu dan memulas tombol pintu.

Pintu terbukak, aku lihat Deris sedang duduk bersila sambil bercakap arab sorang-sorang. " Morning deris", tegur aku yang terus duduk di sebelah dia. " Morning Mer", balas Deris sambil tersenyum anggun.

" Banyak lagi ke tuuu ?", soal aku. " Tak pun mer, sikittttt je lagi, ermmm", balas Deris sambil tersenyum anggun.

" Deris, nak ke ? ermmm ?

" Nak apa mer ?" balas Deris sambil tersenyum anggun.

"Nak tuuuu", ucap aku sambil aku menguncupkan bibir merah ku, semerah bibir Najib.

" ah, takpayah, takpayah", balas Deris dengan muka malu-malu.

" ok lah, kalau macam tu aku mandi dulu", terus aku capai tuala dan meninggalkan Deris bercakap arab sorang-sorang.

Setelah mandi ala kadar dan habis dua lagu aku nyanyi. Aku pun selesai. Aku keluar bertuala menuju ke ruang tamu.

Tiba-tiba, Deris datang dan terus menolak aku, aku kebelakang dua tiga langkah.

" Amir, cakap mer, kau tak buat bende ni, cakap mer, kau tak buat !", ucap deris sambil menangis teresak-esak.

" buat mendee ni ? buat apa ? ", soal aku yang masih haram tak faham.

Panggg ! terus deris lempang aku.

Auchhhhh!, teriak aku.

" Cakap mer kau tak buat kan mer, oh tidak mer, oh tidak mer, tolonglaaaa mer, tolonglaaa", makin kuat deris melalak.

Aku mendekati deris dan cuba mententeramkan dia.

" Deris, cukup Deris, dengar ni, aku memang nak kasi tahu kau".

Deris terus teriak.

"I Love u too Deris, dah, dah dengar ni".

Deris terus teriak." Kenape kau buat macam ni merrrr, kenapeee, oh tidak oh tidaakkkk", ucap deris teresak-esak.

" Aku cuba nak bagi tahu kau, tapi kau takkan faham deris, kau takkan pernah faham ! aku buat untuk kita ! untuk kita! Aku ingat kau akan bangga dengan aku !", jerit aku, bukan main marah lagi aku.Terus aku masuk bilik meninggalkan si Deris yang masih lagi teriak.

10 minit kemudian, aku pun keluar bilik, sambil lengkap berkemeja bertali leher. Tangan kiri aku memegang dua batang pen, tangan kanan aku memegang kertas berwarna putih.

Aku memandang deris yang baru selesai berteriak. Dia diam, sugul dan termenung.

" Bai derisssssss, tunggu aku balik tawwwww,", ucap aku dengan nada bisik-bisik.


Lebih kurang 7 jam sebelum insiden di atas berlaku,

" Deris, aku nak tidur ni, kalau kau bangun awal, ermmm kalau kau bangun awal tolong...erm.."

" Apa dia mer, cakap laaa".



"Bangkitkan aku, bila Study week dah berakhir".




Pengobat

Yang sebetulnya layak untuk kau.
Yang serasanya cocok buat kau.
Pengobat.
Itulah nama kau.

Tapi nanti.
Kau takkan selamanya mengubati aku.
Kau akan pergi.
Selamanya.
Tak kembali.
Dan aku pun.
Mati.

Wednesday, August 15, 2012

Roh-Roh-Ingya

Orang-orang Rohingya.
Mereka pun di sia-siakan.
Tak di pedulikan.

Bantuan-bantuan semua.
Mereka semua di Jalan Tar.
Mereka semua di gedung-gedung.
Mereka semua melayan KPOP.
Mereka semua di facebook.
Mereka semua hanya tahu tentang
Filistin.

Mereka tak peduli.
Tentang roh-roh Rohingya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, August 3, 2012

Rohingya

Setan-setan pun di rantailah.
Malaikat-malaikat pun menghentamlah.
Dan iklan kurma mengambil tempat.
Langit pun berdentumlah.

Engkau pun mula ke bazar.
Petang-petang.
Lima jari lima juadah jumlahnya.
Mereka tak terkeluar.
Entah berbuka entah tidak.
Keluarlah.
Nanti jangan harap engkau akan kembali.
Langit pun berdentumlah.

Engkau pun pergi membeli belah.
Berjihad memilih pakaian.
Puasa hanya pada makan dan minum.
Tidak pada nafsu.
Mereka pula sedang menjahit kain kafannya.
Bila-bila masa bisa di pakai.
Langit pun berdentumlah.

Engkau pun membakar sumbu mercun.
Berselang seli letupan dengan sahutan taraweh.
Mereka pun di ledak dan di letup.
Berselang seli dengan sahutan ketakutan.
Langit pun berdentumlah.

Robohlah manusiawi.
Jika manusia tidak peduli untuk peduli.
Robohlah kasih sayang.
Jika setan menggantikan setan yang terbelenggu.
Langit pun berdentumlah.

Tuhan yang mengusapi.
Bukalah langit seluas-luasnya.
Turunkanlah belas kasihan sebanyak-banyaknya.
Binasakan mereka seperti Abraha.
Azabkan mereka seperti Firaun.
Lemaskan mereka seperti bangsa Nuh.
Lenyapkan mereka seperti kaum Luth.

Dan langit pun damailah.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, June 6, 2012

My Way

Suatu pagi, yang dingin lagi berkabus, sedang umat melayu biasanya membeli nasi lemak dan pekena roti canai, aku pula sedang berpeluh berjoging di tasik berhampiran.

Aku mengenakan seluar trek melebihi lutut dan tshirt tanpa lengan yang padat dan ketat, menampakkan otot badanku yang sasa dan tegap. Jika Aaron Aziz lihat, pasti dia bersara dari dunia lakonan.

Sudah dua pusingan aku selesaikan, kini masuk pusingan yang ke tiga, aku berjoging dengan tenang tanpa sesaat pun aku berhenti berehat, begitulah kuatnya stamina aku.

Sedang aku berlari, tiba-tiba ada seorang gadis yang sedang duduk di bangku menegur ku,

"Jang Dong Gun !, Jang Dong Gun !", teriak gadis itu. Entah siapa di panggilnya.

Aku menoleh untuk melihat siapa yang di panggil gadis itu.

" Awak! Awak Jang Dong Gun kan ! Kan ?", aneh, gadis itu memandang aku dan menyoal aku.

"Cakap dengan saya ke ?", soal aku yang masih dalam kebingungan.

"Ye ! Awak Jang Dong Gun kan ? Mengaku je la !", sekali lagi dia bertanya soalan yang sama.

"Eh, bukan, bukan", jawab aku dengan ringkas dan terus aku menyambung larianku.

"Janggggg Dongggggg Gunnnnnn !!", dari jauh terdengar jeritan gadis itu.

Aku tak mahu ambil pusing tentang hal gadis tadi, apa yang aku mahu selesaikan sekarang adalah lima pusingan,ya sekarang baru pusingan ke tiga aku berjoging.

Tiba-tiba, ada suara yang mengganggu tumpuan ku.

" Eh, Jang Dong Gun la ! Cuba kau tengok, Jang Dong Gun tu !", ada dua orang pemuda yang sedang melakukan senaman renggangan di tepi tasik.

" Jang Dong Gun, abang ni Jang Dong Gun kan ? ", salah seorang dari pemuda itu menghadang dan menahan larianku.

"Eh bukan,bukan, adik salah orang ni", jawab aku yang masih dalam keadaan terkejut.

" Abang jangan tipu laaaa, abang Jang Dong Gun yang berlakon dalam cerita My Way kan ? Saya minat betul abang ni, cuma saya tak puas hati watak abang mati last sekali, tak patut betul...".

"Dik, adik salah orang ni", aku memotong percakapan pemuda itu, tanpa menunggu respon dari pemuda itu segera aku menyambung larian.

"Abang Jannnnnggg Donggggg Gunnnn!!!", terdengar jeritan pemuda tadi.

" Macam-macam hal, haih", rungut aku sambil mempercepatkan larian, tak sabar aku mahu menghabiskan lima pusingan.

Tiba-tiba,

"Jang Dong Gun ! Jang Dong Gun ! Jang Dong Gun!!

"Ah sudah, kali ni apa pulak dah", aku mencari-cari dari mana datangnya suara itu.

Aku menoleh ke belakang, aku lihat seorang perempuan cina mengejar aku sambil menjerit Jang Dong Gun.

Aku pun apa lagi, terus aku berlari memecut laju.

Begitulah pengalaman aku berjoging, semenjak dari peristiwa itu, aku telah bersara dari dunia Joging, aku mula menyertai umat melayu lain yang biasanya akan membeli nasi lemak setiap pagi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, May 12, 2012

Cerita Seorang Pak Cik

Ada satu malam, semasa aku menghadiri majlis kenduri arwah, masa ni baca yasin belum mula lagi, kiranya nak tunggu jemaah datang la ni. Aku duduk di sebelah seorang pakcik tua yang aku yakin benar cucunya mungkin sebaya dengan aku.

Pakcik tu sangat peramah, kami berborak bermacam-macam topik, dari ilmu makrifat, politik semasa, ilmu ladunni, strategi dakwah tabligh dan globalisasi.Sampailah kami ke topik nostalgia iaitu sewaktu pakcik tu masih muda.

"Orang muda sekarang ni pak cik tengok, belajar ilmu persilatan, tapi nak menunjuk-nunjuk, kerjanya nak bergocoh, orang dulu-dulu tak macam tu, mereka simpan".

Aku hanya diam sambil mendengar dengan penuh minat.

" Dulu masa pakcik muda-muda, ada sorang laki ni, dia nak bergaduh dengan pakcik, dia cemburu pasal pakcik rapat dengan sorang perempuan ni, masa tu pakcik tengah makan di warung, dia datang dan nak ajak pakcik berlawan. Pakcik cakap lah, takkan nak bergaduh depan rezki(makanan), dah tu dia ajak pakcik keluar dari warung, bergaduh dekat luar warung, pakcik pun pergi.."

" Dia suruh pakcik pukul dia, tapi pakcik rilek dulu, pakcik suruh dia angkat kaki sebelah kiri dia, dia ikut, dia angkat kaki kiri dia, kemudian pakcik suruh dia angkat kaki kanan dia dan jangan jatuhkan kaki kiri tu dalam masa yang sama. Dia kata, tak boleh la macam tu.Pakcik pun cakaplah, kalau macam tu engkau tak hebat, engkau bukan lawan aku, semenjak dari peristiwa tu, pakcik dan laki tu terus berkawan".

Begitulah kisah yang di surahkan pakcik tadi, aku hanya diam tak terkata dek kerana perasaan kagum.

Suatu hari nanti, bila aku sudah tua dan rajin ke masjid, akan aku ceritakan kisah pakcik tadi kepada cucu-cucu aku, tapi aku akan tukarkan word "pakcik" kat atas tu menjadi "atuk".
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, May 11, 2012

Cerita Azli Affendi Menyambut Hari Ibu

Hari itu ialah 13 May, mengikut kalender Gregorian ia adalah hari Ahad. Azli Affendi tekun membalut sebuah kotak dengan pembalut hadiah berwarna merah jambu, teknik balutan Azli Affendi tidaklah sekemas balutan makwe-makwe, tapi Azli Affendi peduli apa, dia terus membalut dengan tekun dan khusyuk. Kemudian dia lekatkan sebuah kad kecil yang bertulis " Happy Mother's Day".

Selesai berurusan dengak kotak itu, Azli Affendi mengangkat satu lagi kotak, kali ini kotaknya lebih besar dan lebar, dia membuka kotak itu, wah di dalamnya ada kek cokelat jenama secret recipe yang di gemari makwe-makwe hari ini, bila dekat fesbuk sibuk mengadu buat status " alaaaaa, titew dah gemowkkk,huhuhuhu, menciiiii :'( ", tapi upload jugak gambar tengah bedal kek, entah pape je. Ok, Azli memandang  ke arah kek itu sambil tersenyum.

" Hari ni, pendi akan buat mak gembira ", bisik Azli Affendi.

Azli Affendi merupakan seorang pemuda yang bekerja sebagai penjual baju bundle, sebagai usahawan kecil yang tidak bergantung pada tender kerajaan, dan hidup dalam tamadun kapitalis materialis metropolitan, dia sentiasa sibuk dengan urusan duniawi, emaknya di kampung Melayu Subang pun jarang di jengok. Jadi, kebetulan hari itu hari ahad, lebih romantis ianya adalah hari ibu, maka eloklah Azli Affendi mengambil peluang ini untuk meraikan ibunya.

" Daripada aku belanja makwe makan tutti frutti baik aku belanja mak aku, lagi pun perempuan zaman sekarang semua sama je, pisau cukur bulu ketiak!", Azli Affendi sedikit emo mengenangkan dirinya yang pernah menjadi mangsa perempuan jalang. Kalau ikutkan, bukan salah perempuan tu pun, dah Azli Affendi yang bebal sangat tak pandai tekel makwe, nak tekel makwe ni ibarat macam Freemason menguasai sistem, lelaki mesti mengusai minda si makwe, baru hubungan berjalan lancar.

"Assalamualaikum ya akhi!", terdengar suara yang lunak memberi salam, pintu terbuka, kelihatan susuk tubuh seorang pemuda berbadan sasa saling tak tumpah macam badan Aaron Aziz mulai masuk. Wajahnya sekali tengok dan dua kali tengok malah berkali-kali tengok memang sebijik macam Chris Evans, ala yang berlakon jadi Captain America tu.

" Waalaikumussalam, la engkau mer, terperanjat aku, ingat kan siapa, dari surau ke ?", Azli Affendi menumpu perhatian pada susuk yang berwajah seperti Chris Evans itu, sedang berjalan ke arahnya.

Dia adalah rakan serumah Azli Affendi, dia merupakan graduan jurusan Syariah dari Jordan, dia itu lah Ustaz Amir Munshi, kegilaan gadis-gadis muslimah dan gadis-gadis tudung Hana Tajima.

Ustaz Amir, duduk di hadapan Azli Affendi sambil menghela nafas panjang, " Ye Azli, ana dari surau, ramai sungguh jemaah hari ni, penat juga ana nak menjawab soalan-soalan dari jemaah, oh ye, enta boleh tengok koleksi ceramah ana di youtube ye ", ujar Ustaz Amir Munshi, gaya cakapnya lemah lembut dan penuh karismatik.

" Wah yeke, ha macam mana dengan projek novel cinta islamik engkau mer ? aku dengar cerita akan di lancarkan tak lama lagi ea, lepas ni kau femes macam Hilal Asyraf la mer, wah hebat kau mer."

" Hehehe, jangan macam tu, jangan macam tu, ana ni biasa-biasa je, yang maha hebat hanya Allah."

Azli Affendi terdiam, mukanya jadi ketat.

" Ha Azli, enta buat apa tu, hadiah siapa tu, enta nak kasi makwe ke ?", Ustaz Amir Munshi memandang kotak hadiah yang berwarna merah jambu itu.

" Eh takde la mer, tu untuk mak aku, laaa kau tak tahu ke hari ni hari ibu ?".

" Mashaallah ! enta sambut hari ibu ? Mashaallah, enta tahu tak sambut hari ibu haram, dulu hari ibu di sambut oleh orang yunani pagan sebagai, penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka, Orang kristian juga menyambut sebagai penghormatan buat Mother Marry, selain itu PUNG PANG PUNG PANG PUNG PANG PUNG PANG PUNG PANG PUNG PANG ! HARAM ! HARAM JADAH ! HARAM, paham dak ?". Lebih kurang lima minit ustaz Amir Munshi menyampaikan khutbahnya.

Suasana dalam rumah sunyi senyap.

" Tapi mer, aku sambut bukannya aku buat ritual keagamaan, aku bagi hadiah dan makan-makan dengan mak aku je, takkan haram kot ?", Azli Affendi masih tak berpuas hati.

" wah menjawab pulak enta ni, dah haram, haram je la, dah....potong kek enta tu, mari kita makan sama-sama, ana lapar ni, ha apa lagi, cepat lah ", jawab Ustaz Amir Munshi.




Sunday, May 6, 2012

Umat Robot

Aku tak mahu menjadi apa yang sepatutnya bukan hakikat kejadian ku.
Aku tak mahu merasa apa yang bukan lidah ku rasa.
Aku tak mahu menyentuh apa yang bukan kulit ku sentuh.
Dan,
Aku tak mahu menerima apa yang di paksakan ke atas pundakku.

Aku mahu menjadi manusia yang manusiawi.
Aku mahu menjadi manusia Renaisans.
Aku mahu menjadi yang sepatutnya aku di jadikan.
Kejadian yang bersebab dan tak tersia-sia.

Tak rela aku menjadi yang di programkan.
Tak rela aku menjadi yang mengiyakan.
Tak rela aku menjadi yang merelakan.
Tanpa memberi peluang pada potensi akal ku.
Tak rela aku menjadi yang sia-sia.
Dan,
Mensia-siakan.

Aku tak mahu  di tetapkan, 
Oleh mereka yang menetapkan ini halal dan ini haram buatku.
Biar aku tetapkan dengan akal yang sudah Tuhan tetapkan bersama manusia.
Aku tak mahu menjadi sebahagian,
Dari umat robot.

Saturday, May 5, 2012

Makwe Azli Affendi :  titew sukew cangat nengok Scha Awal punyew wedding, suhwettt cangattt ! kan besh kalaw titew mcm dowunk, hik hikhikhik !

Azli Affendi : kalau engkau tu artis lepastu tu cun macam Scha tak pe la jugak.


Semenjak dari perbualan ini, Azli Affendi telah menjadi forever alone.

Thursday, May 3, 2012

Kembara Azli Affendi - Menjadi Yang Pertama Melempang Yahudi

Selepas kecewa cintanya di tolak Atiqah Yazid (perempuan berpurdah), Azli Affendi tak lekas panik, dia juga tak lekas mengeluarkan kata-kata seperti "Semua perempuan sama !", atau "babi, baik aku jadi gay macam ni !" tidak, dia tidak pernah mengeluarkan kata-kata itu. Azli Affendi menggosok-gosok hidungnya  yang tinggi dengan tangan kirinya yang baru setengah jam tadi menjalankan tugas dalam proses penyahtinjaan. Azli menggosok hidungnya bukan kerana apa, tapi kerana gatal akibat penyakit resdung yang di hidapinya. Ada hidung mancung macam Pinocchio pun tak guna kalau ada resdung.

Azli Affendi tekad, dia memutuskan untuk menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke Jordan yang telah di pohonnya sekitar tiga bulan yang lepas, " Mungkin di sana lagi ramai perempuan berpurdah dan muslimah, aku tak boleh putus asa !", getus bicara hati Azli Affendi.

Kini sudah tiga tahun Azli Affendi di bumi Jordan, pelajar jurusan Syariah itu kini lebih tenang dan berubah, penampilannya turut berubah, Azli Affendi sudah biasa memakai kopiah di kepala, paling mengejutkan, Azli Affendi membuat video tutorial memakai serban di laman youtube. Khabarnya Azli Affendi ingin menjadi seperti ustat Don.

Satu lagi yang menarik ialah Azli Affendi sudah mula menulis novel cinta islamik di blognya, Azli Affendi ingin menjadi seperti Hilal Asyraf, idolanya, dengan menulis novel cinta islamik baru lah perempuan suka.

Malas nak taip panjang-panjang dan merepek, semasa cuti semesta, Azli Affendi dan rakan-rakannya telah pergi bercuti ke Palestin untuk menziarahi Masjdil Aqsa. Dengan bercuti ke sana, boleh lah Azli Affendi amek gambar banyak-banyak dan di upload ke facebook, kemudian barulah awek-awek akan LIKE gambar itu.

Ketika Azli Affendi berada di Jerussalem, yakni ketika dalam perjalanan menuju ke Masjid Qubbat As-Sakhrah, Azli Affendi  telah di tahan oleh seorang polis Israel, polis itu menolak kepala Azli Affendi lalu meminta dokumen perjalanan darinya.

Azli Affendi apalagi, di rasuk dengan semangat Intifadha dan khaibar-khaibar ya yahud, Azli Affendi melempang yahudi laknatullah itu.

Pangggg!

Berpusing-pusing yahudi itu, tanpa membuang masa, Azli Affendi menendang yahudi itu, yahudi itu terbaring ke tanah, apa lagi, Azli Affendi terus menggigit telinga si yahudi yang sedang terbaring itu.


Argggggggghhhhhhhhh!

Yahudi itu menjerit kesakitan, Azli Affendi terus menggigit.





+++++++++++++++++++++++++



" Hello, Asalamualikum mak, mak ni pendi ni mak ".

" Waalaikumussalam, ha kamu pendi, hidup lagi kamu rupanya".

"hehehe, amboi mak ni, mak pendi ada benda nak kasi tahu mak ni, mak tahu kan pendi kat Filistin ni, mak tahu, tadi pendi lempang sorang yahudi ni, dia cari pasal dengan pendi mak, dia tak tahu pendi ni panas baran, pendi lempang dia dekat situ jugak  la kan, bangga betul pendi mak, pendi rasa, pendi la melayu islam pertama yang lahir tahun 90 yang lempang yahudi, selalunya mak, bebudak sebaya pendi ni paling power dorang boleh buat pun setakat berhimpun lepas semayang jumaat lepastu jerit khaibar, khaibar. Mak mesti bangga dengan pendi kan mak ? "

" laaa, kamu talipon mak nak kasitahu itu je ke ? "

" Pendi rindu mak........ hu hu hu hu hu "

" Dah, dah, jangan menangis, mak dekat Mall ni nak tengok The Avengers, nanti malam sikit mak talipon kamu ea, entah apa la jadi kat Captain America tu, dah la dia tu dari zaman lain, entah tahu tak dia proton preve tu apa, ok la ye pendi, baiiiii! ".

titttt titt titttttttt....


Monday, April 30, 2012

Hekayat Perempuan Berpurdah

" Ye, kita memang tak sama, kita berbeza". ucap Azli Affendi dengan perlahan sambil merenung ke tanah.

" Saya tahu, saya ni bukan lelaki soleh, saya tak pakai serban macam Ustat Don, saya tak join himpunan sejuta umat, saya tak baca ILuvIslam, saya takde geng Usrah, saya tak tengok Imam Muda, huhuhu...Saya sedar siapa diri saya.", suara Azli Affendi semakin sebak dan tersekat.

Atiqah Yazid masih berdiri kaku bagai patung, tudungnya yang labuh bergoyang-goyang di bahagian hujung kerana di tiup angin petang. Cuaca sedikit mendung, mungkin kalau di perkenankan Tuhan, hujan akan turun.

" Siapa la saya ni, awak takkan pandang lelaki yang tak islamik macam saya, ye la saya ni sekular, baca pulak falsafah sesat Nietzsche, teori Karl Marx, Kant, Hegel, Socrates, Plato, saya pulak tak dengar lagu nasyid, dengar lagu Sex Pistol, Arctic Monkey, Beatles, Nirvana, The Strokes, tapi percaya lah awak, saya tak pernah dengar Kpop ! sekali lagi saya sedar siapa saya".

" Awak adalah bidadari di syurga tertinggi, saya pulak di dasar neraka, itu maksud awak kan ?", Azli Affendi meninggikan sedikit nada suaranya.

Dan Atiqah Yazid masih membatu, dia hanya diam, kain purdah yang menutup lapan puluh peratus bahagian mukanya tidak memungkinkan seseorang untuk mengetahui reaksi wajahnya. Hanya matanya saja yang boleh memberitahu, matanya yang bagai mutiara kelihatan redup dan sayu seperti sayunya cuaca pada petang itu.

" Tapi percayalah lah, walau apa pun yang saya baca, walau apa pun yang saya dengar, walau apa pun yang saya jadikan idola, saya tetap tidak menyokong kezaliman dan cintakan kesejahteraan, bukan kah itu juga inti dalam Islam ? ", Azli Affendi masih setia mengeluarkan kata walaupun dia sedar yang dia sedang bercakap dengan patung.


Titisan muda hujan mulai turun, angin bertiup kencang, nampaknya awan sudah sedia menyiram bumi. Atiqah Yazid berjalan pergi meninggalkan Azli Affendi yang masih berdiri di situ, dia berlalu pergi tanpa sepatah haram kata-kata, tanpa mengucap salam jauh sekali goodbye.

Azli Affendi menoleh, melihat susuk Atiqah Yazid yang berlalu pergi. Mukanya mula basah di hinggap titisan hujan, matanya terkebil-kebil, lalu Azli Affendi terus melabuhkan badannya ke tanah dan ya, sekarang dia sedang terbaring di atas tanah sambil memandang ke langit yang gelap suram, langit yang sedang menangiskan hujan.

Hujan mulai lebat, semakin lama semakin laju titisan hujan terjun ke bumi. Seperti titisan hujan yang sedang jatuh ke bumi, Azli Affendi sedang rasakan, dia turut sama jatuh. Mungkin lebih teruk dari itu, dia sedang jatuh dan berkecai.

Saturday, April 28, 2012

Amerlin (2) : Permulaan Bergaya

Semalam, sewaktu aku menyertai perhimpunan haram jadah Bersih 3.0, ada sesuatu yang berlaku. Macam ni, sewaktu aku sedang bersesak-sesak berbaris bersama para demonstran yang lain sambil dengan bersemangat, aku berteriak slogan " Hidup ! Hidup !, perarakan kami yang pastinya tanpa arak berjalan dengan lancar. Seolah-olah kami sedang menikmati demokrasi seperti yang terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tapi, seperti dalam drama cinta melayu yang pasti banyak ranjau dan dugaan, tiba-tiba dari jauh, sebuah kereta polis meluncur laju seperti tidak terkawal, kereta itu meluru menuju ke arah barisan perarakan kami. Segera, orang-orang Bersih berteriak, kumpulan perarakan kami berpecah dan orang-orang bertempiaran lari mengelak luncuran kereta polis itu.

Aku, yang masih lagi tak paham apa berlaku dan tetap berdiri kaku melihat keadaan sekeliling yang huru-hara. Dan aku lihat kereta polis itu berada lebih kurang 80 meter di hadapan aku dan ia memang sedang menghala ke arah aku !

Sebelum besi kereta itu berani mencium tubuh aku, aku pun apa lagi,


"O drakon, e mala soi ftengometh tesd'hup anankes! Erkheo ! ".

Tak seperti KTM Malaysia, Si Naga Khilgarrah datang sekelip mata, terbang dengan laju  dari arah belakang aku. Khilgarrah melibas kereta polis itu dengan sayapnya. Kereta itu berpusing tiga kali dan akhirnya terbalik.

Sekarang kau dah tahu kan macam mana kereta tu boleh terbalik.

Polis


Aku sedih sangat, aku tak percaya bila ada orang cakap polis jahat, orang cakap polis kejam pada peserta BERSIH, bagi aku, semua tu tipu, hazihi Fitnah ! Fitnah ! 
Pasal, aku tengok polis dalam cerita Gerak Khas baik je, kan ?





Friday, April 27, 2012

Amerlin

Di balik kepekatan malam yang kelam, Merlin berjalan dengan penuh waspada. Mana taknya, kota Camelot merupakan kota yang kukuh dengan barisan pertahanan yang berkawal rapi. Nampaknya, memang cari nahas dengan pengawal lah kalau berjalan-jalan di balik malam begini.

Merlin mempercepatkan langkah, ke mana arah yang dia tuju, ya, sebuah tanah lapang yang terletak di belakang Istana Camelot. Merlin perlu melalui semak samun sebelum hasratnya ingin sampai ke tanah lapang itu terlunas.

Setelah susah payah dan sedikit nafas mengah, Merlin akhirnya sampai ke tanah lapang itu. Maka tanpa menunggu lama terus Merlin menyeru Sang Naga Kilgharrah,

"O drakon, e mala soi ftengometh tesd'hup anankes! Erkheo". Teriak Merlin, seperti di hasut setan macam cerita hantu entah pape di Tv3.

Serentak dengan itu, Sang Naga Kilgharrah pun datang, dari jauh masih boleh terdengar hentakkan sayapnya yang perkasa. Kilgharrah terus mendarat di hadapan Merlin sambil menundukkan kepala tanda taat kepada Sang Tuannya.

Aku yang dari tadi memerhatikan Merlin, menghabiskan sisa-sisa rokok suria yang terakhir, setelah rokok itu aku buang, aku pun keluar dari semak samun di situ, sambil menjerit.

" Weeehhhhh! Meeerrrrlinnnn!!!", jerit aku pada Merlin yang masih berdiri di hadapan Kilgharrah.

Merlin terperanjat besar, dan dia mula mendekap dadanya, lalu dia terus tumbang terbaring. Merlin bergelut,mukanya merah sambil lagi medekap dadanya. Beberapa saat kemudian, Merlin tidak lagi bergelut dan kaku terbaring. Senyap sunyi.

" Macam mana ni, Merlin dah mati ni, tak tahu pula aku dia ada sakit jantung" ujar Kilgharrah yang mula bersuara dan memandang aku.

Aku berjalan menghampiri Khilgarrah dan susuk tubuh Merlin yang kaku membatu.

" Mana aku tahu, aku panggil dia je, takkan jadi macam ni, ah ada magik pun sia-sia je mati sakit jantung", ucap aku pada Khilgarrah.

" Ha macam ni la, kita dah takde masa ni, aku pun nak balik berak ni, apa nama kau ?" soal Khilgarrah yang seperti  tergesa-gesa.

"Amer", ujar aku.

" Baiklah, mulai hari ni aku panggil kau Amerlin, kau adalah Emrys yang di tugaskan untuk membantu Raja Arthur menyatukan Tanah Albion, ok lah aku gerak dulu, nak berak ni, dah hujung-hujung dah ni ! ", Khilgarrah terus terbang meninggalkan aku dan Merlin yang masih terbaring.

Maka bermulalah pengembaraan Amerlin.....



Thursday, April 26, 2012

BERSIH 3.0 Cangkung dan Bantah

Bukan main bergaya lagi Si Shamim dengan Tshirt kuningnya, di tambah pula dengan potongan Tshirt yang sedikit sendat seolah-olah menampakkan Shamim memiliki tubuh yang sasa, walaupun pada ketika itu naik turun nafas si Shamim mengkover perut yang kian kedepan.

Kruhhhh Kruhhhh

Shamim mendengus sambil mengepalkan jari-jemarinya membentuk penumbuk yang padu.

"Untuk kali yang Ketiga, Aku sudah bersedia ! Aku sedia ! " teriak Shamim dengan penuh berstamina sambil keringat sudah mula memancut tanda suhu badan Shamim mula kepanasan.

Shamim berjalan bagaikan seorang soldadu yang lapar ingin menerkam musuh, sampai di hadapan pintu zink berkarat, Shamim berhenti dan menolak pintu zink itu.

Ketangggggg!


Terhuyung hayang pintu zink itu apabila berlaga dengan dinding.

Shamim mengambil posisi dan mula mencangkung.

" Izinkan aku membersihkan usus aku dulu sebelum aku berani membersihkan negara tercinta ini ! Izinkan aku Cangkung dan bantah pada cirit birit aku yang sudah menyerang untuk kali yang ketiga ! izinkan aku !", ujar Shamim sambil terketap-ketap bibirnya.

Untuk mengelak dari yang ke-empat terjadi, maka terus Shamim keluar mencari pil chi kit teck aun.

Wednesday, April 25, 2012

Ketuanan Tuhan

Di Malaysia ini, sepatutnya tiada apa yang di namakan sebagai ketuanan Melayu, hakikat yang sepatutnya wujud adalah ketuanan Tuhan. Melayu bukan Tuan, bahkan Tuhan adalah Tuan. Dahulu, mereka yang merasakan dirinya Tuan pada manusia yang lain telah di ajar dengan peringatan oleh Tuan bagi segala Tuan semesta alam. Misalnya Nazi Aryan. Mengaku diri mereka sebagai Tuan tidak ada bezanya dengan Zionis yang mereka khaibar-khaibarkan.

Thursday, April 19, 2012

Hitler


Adolf Hitler jadi begitu kerana dia sudah berputus asa pada cinta dan tidak percaya pada cinta. Maka hasilnya adalah kebencian. Percaya lah pada cinta kerna dengan ini ia akan menghalang beribu-ribu Hitler dari lahir kedunia. Ingat, seorang Hitler sahaja sudah cukup membuat dunia ini jahanam.
Aku tengok, asyik-asyik budak Mia sara tu je yang berlakon jadi budak-budak, apa dah takde budak cute lagi ke kat Malaysia ni. Aku dulu, masa kecik-kecik rilek je dapat tawaran berlakon, bersepah-sepah dapat. Tapi oleh sebab bila petang nak mengaji iqra' punya pasal, aku tolak mentah-mentah je tawaran berlakon tu. Banyak kali jugak aku berlakon sakit perut pasal taknak pergi mengaji.kuikuikui.

Monday, April 16, 2012

Politik Malaysia

Alahai, kecohnya la, sekurang-kurangnya baguslah ada suasana politik yang lebih baik, dorang berdebat tentang PTPTN dan cara penyelesaian, aku rasa ini seribu kali lebih intelek dari suasana politik yang sibuk dengan video seks bodoh, orang ni minum arak, orang ni sokong Israel dan liwat. Engkau yang rasa diri kau cerdik, nilai dan timbanglah dengan kecerdikan engkau. Nak jadi negara maju tapi suasana politik mestilah kena maju juga.

SekiranyaSayaNajibRazak

Sekiranya saya PM Najib Razak, akan saya katakan pada budak-budak yang berkhemah dekat dataran merdeka tu.

"kan saya cakap dulu,kalau korunk dapat ijazah kelas pertama, PTPTN korunk akan jadi biasiswa, ha apa lagi, pergi la balik studi, korunk berkhemah kat sini mana nak dapat kelas pertamanya,huhuhuhu."

Aku selonggok duit PTPTN


" Wah wah, amboi, engkau dah guna aku beli entah pape, beli gadget mengarut, beli shawl, buat modal masuk MLM, beli laptop, bayar bil broadband untuk download cerita korea, belanja makwe pergi ICT, lepastu kau tak nak bayar dan kembalikan aku balik ? banyak cantik ! ".

Saturday, April 14, 2012

Aku sehelai Shawl Hana Tajima

Hai, aku ialah sehelai shawl Hana Tajima.Berbanding dengan senior ku tudung bawal, aku ni di kategorikan sebagai generasi baru untuk masakini. Pada asalnya, aku di pakai oleh seorang minah cun Hana Tajima yang sering membuat tutorial cara pemakaian aku, tiba-tiba femes pulak aku ni. Punya la aku bangga. kini, aku telah di sarung ke kepala ramai wanita termasuk wanita melayu yang selamba je pakai aku, walaupun muka tak macam Hana Tajima langsung pun. Huhu redha je la :'(

Thursday, April 12, 2012

Aku hidup pada zaman di mana manusia lebih memilih jamban duduk dari jamban cangkung untuk berak, bukankah jamban cangkung itu senaman dan menguatkan otot kaki ?
Maaf lah, aku bukan kawan yang baik.
Maaf lah, aku bukan kekasih yang setia.
Maaf lah, aku bukan anak yang menyenangkan.
Maaf lah, aku bukan penyembah Tuhan yang taat.
Maaf lah.
Aku tak sepatutnya di maafkan.
Maaf lah.
Aku tak sepatutnya Wujud.
Maaf lah.

Monday, April 9, 2012

Aku hidup pada zaman di mana umat islam sedang menonton The Arrival dan percaya pada teori konspirasi, walaupun sebenarnya mereka mampu menGOOGLE. kasihan.
Aku hidup pada zaman di mana perempuan-perempuan memakai tudung yang pelik-pelik, mereka kelihatan sama, jika bapak Hana Tajima keluar berjalan ke Shopping Mall Malaysia, pasti beliau akan kerut dahi dan hantuk kepala ke lantai kerana kelirunya mencari mana satukah si anaknya.

Sunday, April 1, 2012

Palestin-Israel Yang Belum Selesai

" Weh, baru balik dari stadium ke ?, berapa ramai Zionis yang kau bunuh ? ".

kuikuikui.

Bakat

Semasa aku kanak-kanak, aku gemar mandi berendam di dalam kolah atau besen, aku mempunyai bakat yang mana jika aku berendam di dalam kolah, aku akan kentut di dalam air yang hasilnya akan menyebabkan tsunami bergelora, agaknya kalau sekarang ni aku masih buat perangai yang sama, berapa kuatkah kadar tsunami yang akan terhasil ? lagi-lagi selepas pekena durian dan petai.

Memburuh

Sudah dua minggu aku memburuh. Sebagai mengisi masa senggang sewaktu cuti semester, maka memburuh adalah pilihan terbaik selain membuta di rumah dan membuat riak wajah mak ayah ketat semacam. Menjadi proletariat membuat hidup aku lebih berdisiplin dan produktif. Produktif dari segi hasil, dari segi fikrah aku mandul.Baru aku faham, hakikat memburuh, membuat kerja yang sama berulang kali adalah penderaan mental bagi aku.Minda aku tak tercabar, hanya keringat aku yang di pulas.Bertimbun buku yang sepatutnya aku rancang untuk di baca cuti ini masih tak terusik.

Thursday, March 22, 2012

JikaSayaSeorangBapa #3

" Abah, abah tahu tak Freemason tu kan...."

Terus aku geletek perut Rayyan.


"Hikhikhikhikhik, apa ni abah, geli la, hikhikhikhikhik..! "


" Abah dengar la ,Freemason tu kan, dia kan.."

Aku geletek lagi.

"Hikhikhikhikhik ! abah geli la ! geli ! hikhikhikhikhikhik! "


"hikhikhik, ok freemason tu kan bah..."

Sepantas kilat aku geletek Rayyan, kali ni aku geletek dekat lubang pusat dia.

"Arghhh. hikhikhikhik, abah dah la, geli laaaaaa!, hikhikhikhik, geliiiiiiiii ! "


" Ha, tahu pun geli, sekali lagi kau sebut freemason, abah hantar kau pergi Israel, kecik-kecik dah pandai ye cakap benda mengarut."


" K... " balas Rayyan sambil dia mencapai kotak Herbalife dan bermain dengan kotak itu.





Wednesday, March 21, 2012

JikaSayaSeorangBapa #2

" Rayyan tahu tak, dulu abah yang ajar Ustat Don tu cara pakai serban, cantik kan serban dia ?"

" Cantik, cantik !, nanti abah ajar Rayyan pakai serban macam tu boleh ? "

" ah apa pulak, nanti  Rayyan belajar la dengan Ustat Don tu cara pakai serban, penat la abah nak buat kerja dua kali kan ? ".

JikaSayaSeorangBapa #1

Sekiranya nanti, saya merupakan seorang bapa kepada anak, akan saya beritahu dia :

" Rayyan nak tahu tak, KLCC tu dulu, ala yang menara berkembar tu. Abah yang buat sorang-sorang tau", ujar aku sambil aku mula menyalakan rokok Suria. Rayyan duduk di tepi aku, asyik bermain dengan kotak-kotak produk Herbalife kepunyaan ibunya.

"Rayyan, jangan di main Herbalife mak kamu tu, kang mengamuk dia nanti, beballife kamu nanti", Aku menegur Rayyan dengan gaya serius Abah-abah.

" Yeke abah ? betul ke abah yang buat KLCC sorang-sorang ? tak penat ke kalau buat sorang-sorang abah ? kenapa tak buat ramai-ramai ?" Rayyan mula tembak aku dengan macam-macam soalan.Rasa nak hempuk kepala dia dengan kotak Herbalife pun ada.

" yess, yess, masa tu abah tengah cuti semester, kawan-kawan abah masa tu semua pergi seminar Herbalife, oleh kerana abah malas nak pergi seminar dan dapat botol air Herbalife, so abah isi masa lapang dengan buat KLCC sorang-sorang, Rayyan tahu tak, abah buat KLCC tu mula dari atas puncak dia sampai la ke bawah.Kalau biasa orang lain buat bangunan mula dari tapak kan ? tapi abah start dari atas.", Aku terangkan dengan panjang lebar pada Rayyan sambil aku tiup asap rokok dengan gaya angkuh.

" Wah ! hebatnya abah ! nanti abah buat KLCC banyak-banyak lagi taw ! Pap pap pap pap pap pap ", ujar Rayyan sambil menepuk tangan tanda teruja dapat bapak yang power.

" Ye, ye...", ucap aku dengan ringkas, aku nyalakan lagi sebatang rokok sambil menunggu bini aku yang masih belum pulang dari seminar.

Saturday, March 10, 2012



Untuk Bidadariku yang berada di surga, aku nyanyikan ini di atas arang-arang Neraka.
Sejahteralah engkau.





Sekiranya engkau John Lennon, maka akulah Paul Mccartney.
Jika engkau Prince Arthur, akulah Merlin.
Takkan Sekali aku menjadi Judas Escariot.
Kita bukan gay.
Kita adalah sahabat.


Friday, March 9, 2012

Sekiranya aku di ciptakan hanya untuk ke neraka, maka binasakanlah aku.

Thursday, March 8, 2012

Akan Ke Neraka

Bidadari yang sejahtera.
Apa khabar engkau di surga.
Adakah engkau merindui aku.
Adakah engkau memandang aku dari jendela surga.
Bidadari yang sejahtera.
Setiakah engkau menunggu aku.
Menyambut aku dengan jemari mu yang terindah.
Masihkah di dada mu tertulis nama ku.

Bidadari yang sejahtera.
Aku di beritahu, cantik berserinya engkau seperti delima dan marjan.
Engkau sentiasa dara dan tak pernah di sentuh.
Alangkah cantik dan putih melepaknya engkau.
Alangkah harum semerbaknya engkau.
Sekiranya engkau menampakkan wajahmu,
Maka akan menerangi antara langit dan bumi.
Jika engkau melambai tanganmu.
Maka akan terpadamlah sinaran mentari dan bulan.
Dan paling mustahak.
Engkau takkan memakai gaya tudung Hana Tajima.
Untuk memikat aku.
Engkau di cipta dari keindahan untuk menjadi seindah-indahnya,
Oleh Yang Maha Indah.
Melonjat gembira lah lelaki yang merangkul mu.
Akan setialah lelaki yang mengucupmu.
Takkan tidurlah lelaki yang merenungmu.

Bidadariku yang sejahtera, maafkan aku.
padam kan nama ku.
Yang tertulis di dada mu.
Tak payah engkau tunggu aku.
Aku takkan pernah datang.
Kerana Aku Akan ke Neraka.

Tulislah nama lelaki yang cocok buat mu.
Kerana Aku Akan Ke Neraka.

Bidadari yang sejahtera.
Maka sejahteralah engkau.
Dan Celaka lah Aku.
Kerana Aku Akan Ke Neraka.
Ke Neraka.



Friday, March 2, 2012

Di larang menjadi diri sendiri

engkau hanya menjadi entah siapa-siapa.
yang pasti bukan engkau.

Di larang menjadi diri sendiri.
Selamat datang ke alam dunia kemunafikan.
Sebuah dunia yang tak menghargai kejujuran.
Semuanya plastik.
Dan hambar.

Jika engkau berani berdiri sebagai diri engkau sendiri.
Maka nantikanlah, ludahan-ludahan.
Dari Malaikat hipokrit.
Yang akan melibas dengan serban.
Menerkam mu dengan ayat-ayat Tuhan.

Tak ada pilihan.
Selamat datang ke dunia kemunafikan.
Tinggalkan dirimu yang sebenar, jauh-jauh.

Monday, February 13, 2012

Di Tong Sampah Ini

Di tong sampah ini aku menyorok.
Dan tunduk.
Meraba-raba papan kekunci.
Sebagai tanda seorang yang kalah lagi terkalah.

Di tong sampah ini aku menulis.
Apa yang aku percayakan.
Apa yang aku bisukan.
Jari-jari yang berkata.
Melunaskan pada yang terpendam.

Di tong sampah ini aku menulis sejarah.

Valentine's Day

Selamat Hari Valentine's bagi mereka yang ok dengannya.

Bagi mereka yang tak ok dengannya, anda masih lagi ok kerana itu hak anda.

Sambutannya mungkin subjektif, ada yang mencari kondom dan menempah bilik menggugurkan sperma.

Ya, ia berorentasikan seks.

Ada yang meraikan dengan bunga menyalakan lilin dan memberi ucapan.

Mereka kata ia adalah hari merayakan kasih sayang dan Cinta.

Ada juga yang kata hari ini merupakan hari meraikan jatuhnya Kerajaan Islam di Sepanyol pada suatu ketika dahulu.

Wah wah, dari mana fakta ini ?

Atau mungkin ia sekadar hujah penyedap untuk mengajak orang tidak menyambut hari kekasih ini.

Kasihan, memangsakan sejarah lampau demi melunaskan maltlamat.

Orang Islam hari ini lebih suka menyalahkan orang lain dari suka menyalahkan sikap sendiri.

Mereka salahkan freemason, mereka salahkan Illuminati.

Kemudian, mereka salahkan Valentine's Day kerana ia meraikan jatuhnya kerajaan Andalusia dari melihat punca jatuhnya kerajaan hebat itu.

Andalusia di Sepanyol jatuh kerana perang saudara sesama sendiri, mereka memilih berpecah membentuk taifa-taifa kecil yang akhirnya di balun kerajaan Kristian.

Malang, malang, malang bila kisah jatuhnya Andalusia hanya di jadikan modal mengharamkan Valentine's Day.

Gagal mempelajari sesuatu dari sejarah adalah sia-sia, mereka hanya mengulang skrip yang sama, maka jadilah mereka lembam.

Saturday, February 11, 2012

Filem Cinta Islamik 2

Qobiltu NikaHAHA : Kisah seorang pemuda bernama Rashid yang akan berkahwin dengan gadis pilihannya, tapi malangnya Rashid di minta oleh bakal bapa mertuanya untuk mengucapkan lafaz akad nikah dalam bahasa Arab bahasa sorga.Mungkin bakal bapa mertuanya terpengaruh dengan Maher Zen. Apa lagi, punya la Rashid bersemangat menghafal ungkapan akad nikah tersebut dalam bahasa Arab. Tapi langit tak selalunya cerah, Rashid menghadapi ranjau dugaan ketika hendak menyempurnakan akad nikahnya. Rashid menghadapi kesukaran kerana setiap kali mengucapkan Qobiltu Nikahaha, Rashid akan tergelak. Macam ni :" Qobiltu NikaHAHAHA, ewah !power jugak aku cakap bahasa Arab ni ! ". Begitulah keadaan Rashid, selepas 300 kali ulangan lafaz akad nikah, 10 kali pelempang oleh Tok kadi dan 15 kali penerang tapak kaki oleh bakal bapa mertuanya, Rashid masih lagi gagal melunaskan lafaz nikahnya, adakah Rashid akan berjaya ? Qobiltu NikaHAHA akan menjawabnya.


Kurma-Kurma Cinta : Rashid, seorang penggemar kurma yang gila makan kurma, bukan di bulan Ramadhan Al mubarak saja, malah di bulan-bulan lain. Suatu hari, sedang Rashid enak melahap kurma, Rashid tertelan biji kurma, malang tidak berbau biji kurma tersebut tersekat di kerongkong Rashid berhampiran dengan halkum beliau.Ini membuatkan Rashid seolah-olah mempunyai dua bijik halkum. Pelbagai cara di lakukan Rashid bagi mengubati masalah tertelan biji kurma tersebut, baik perubatan moden mahupun perubatan bomoh melayu drama Tv3, tetapi hasilnya tetap buntu dan gagal. Sehinggalah Rashid mendapat satu mimpi mengenai cara mengubat masalah yang di hadapinya, di dalam mimpi tersebut Rashid di minta untuk mencari seorang perempuan yang memakai tudung gaya Hana Tajima dan pandai bermain gitar menyayikan lagu cinta Muka Buku Najwa Latif, hanya suapan buah kurma dari perempuan tersebut mampu menyembuhkan penyakit dua halkum Rashid. Dapatkah Rashid mencari perempuan bertudung Hana Tajima yang boleh bermain gitar menyanyikan lagu Cinta muka buku ? Saksikan Kurma-kurma Cinta !.


Lagenda Budak Tabligh : Kisah cinta tragik menyayat hati, Zafruddin seorang pemuda yang bekerja sebagai tutor di KUMON, Zafruddin mempunyai seorang awek yang gemar mencucuk pipi sendiri dan pipi orang-orang sekeliling iaitu Pia. Zafruddin sendiri dah lali kena cucuk pipi dengan Pia. Suatu hari, Zafruddin telah di datangi oleh sekumpulan jemaah Tabligh yang menyampaikan dakwah mengenai Kebesaran Allah Taala.Timbul rasa keinsafan dan takjub di dalam diri Zafruddin, jemaah tabligh itu juga menjemput Zafruddin untuk keluar ziarah pakej 3 hari 2 malam bersama mereka. Sementara itu hubungan Zafruddin dan kekasihnya pia semakin dingin dan bercelaru, ini kerana sewaktu mereka dating di ICT shah Alam, Pia dengan selamba telah mencucuk pipi Zafruddin sehingga koyak dan berlubang pipi Zafruddin. Punya lah Zafruddin baran, sehingga dia memutuskan hubungan kapelnya dengan Pia. Walaubagaimanapun, Pia masih sayangkan kekasihnya dan tidak mahu hubungan mereka putus sampai di ICT saja. Pia berusaha memujuk Zafruddin agar kembali kepadanya. " Baba, takkan u nak clash dengan i sebab i cucuk pipi u ? macam tak biasa pulak kena cucuk pipi " ujar pia. " Bukan, I nak clash dengan u sebab i nak masuk Tabligh ", balas Zaf. Bagaimanakah penghujungnya ? yang mana satu kah menjadi pilihan Zaf, sama ada ingin menceburkan diri dalam proffesion berdakwah atau memilih bersama dengan pia yang mempunyai hobi cucuk pipi yang ganjil ? Nantikan Lagenda Budak Tabligh.

Sunday, January 29, 2012

Filem Cinta Islamik

Berikut merupakan filem-filem cinta islamik yang akan aku bikin sekiranya aku sa-orang pengarah.

Stongan Cinta : kisah seorang jejaka bernama Rashid yang meminati seorang awek muslimah berpurdah, kisah bermula ketika Rashid mencari buku di perpustakaan, tiba-tiba muslimah berpurdah tersebut terjatuh bersama buku usrahnya di tepi Rashid. Rashid membantu mengangkat buku Muslimah tersebut, lengan jubah muslimah tersebut tersingkap, lalu ternampak lah stongan Muslimah itu yang tertulis " I proud to be Muslimah ". Muslimah itu mengucapkan syukran pada Rashid dan beredar tanpa memberitahu namanya. Semenjak itu Rashid jadi angau dan bermulalah kisah Rashid mencari Stongan Cinta.

Ketika Cinta Bertasbih Kayu koka : Kisah seorang pemuda bernama Rashid yang kerjanya adalah menjual tasbih kayu koka, satu hari tasbih-tasbih kayu koka Rashid telah di curi, begini, ketika Rashid sedang berehat untuk makan di sebuah kedai, Rashid terasa hendak berak, lalu Rashid pergi la ke tandas, dah berak takkan nak bawak tasbih kan ? Rashid tinggalkan tasbih-tasbihnya di atas meja, selesai saja berak, alangkah terkejutnya Rashid melihat tasbih-tasbih kayu kokanya sudah hilang, bukan main baran lagi Rashid, di terbalikkan meja terbabit. Maka bermulalah kisah Rashid mencari tasbih-tasbih kayu kokanya sebagai bukti cintanya pada tasbih tersebut yang selama ini menjadi punca pendapatannya.

Ketika Cinta Berusrah : Kisah seorang ukhti Muslimah, Rosmainie yang rajin menyertai amal makruf Usrah, Kisah bermula ketika Rosmainie mula jatuh cinta pada Presiden Solidariti Mahasiswa Usrah Malaysia, iaitu Hafizi al Mufti. Keadaan menjadi lebih dramatik apabila buku usrah mereka iaitu buku Fathi Yakan ( apa gunanya saya memeluk islam) saling tertukar, kebetulan pula di muka surat belakang buku usrah Rosmainie tertulis ayat gedik " Rosmainie Love Hafizi ", hal ini membuat Rosmainie bercelaru. Lebih memeranjatkan buku usrah Hafizi yang berada pada Rosmainie tertulis "Ros Saranghae " di halaman belakang. Adakah ini cinta ? Adakah ini kebetulan ? Maka bermulalah adegan usha mengusha mereka berdua Ketika Cinta berusrah.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, January 25, 2012

Halal


Untuk pengetahuan adek-adek semua, besok abang ada test untuk subjek Fiqh Halal dan kepenggunaan, Ya, ini bermakna abang serba sedikit arif mengenai piawaian halal di Malaysia. Untuk pengetahuan adek-adek, keyboard PC/ laptop  yang adek-adek tekan itu diperbuat dari bahan-bahan yang mengandungi insulin dan gelatin babi tenyek, ini bermakna kita telah bersentuhan dengan babi ? kakakakakakka.

Ok, salah satu cabaran untuk abang menghadapi midterm esok ialah, abang di kehendaki melukis logo halal seperti di atas. Abang ni bukan orang seni, tangan abang keras, tanda lelaki ego dan panas baran, seni di tangan abang hanya muncul masa abang cebuk berak sahaja.

Tadi, abang saja je try-try lukis logo halal tu, warm up untuk mid term esok, masa abang tengah lukis tu baru abang sedar... Rupanya abang terlukis bintang yahudi zionis israel freemason illuminati laknattullah pada kedudukan bintang di logo tu. Terus abang menggigil kau tahu, ah macam mana ni ! adakah abang ni ejen freemason ? k kelakar.



Monday, January 16, 2012

Sistem Pendidikan Negara

Sebagai guru tutor, aku meyakini bahawasanya sistem pendidikan Malaysia hanya melahirkan robot pasang siap.Malah robot Transformers pun lagi cerdik. Dalam sistem pendidikan sekolah di Malaysia, peperiksaan adalah segala-galanya, engkau hanya di ajar untuk menjawab soalan peperiksaan, engkau tidak di ajar untuk berfikiran kritis dan kreatif.

Engkau tak di ajar untuk mencipta, engkau hanya menghafal dan mengingat kemudian curahkan ke atas kertas periksa.

Kebiasaannya engkau akan di tanya, " berapa A dapat ? " berbanding dengan " Antara Tuah dan Jebat siapakah yang benar ? "

Jika keadaan ini berterusan, maka ia akan melahirkan robot bebal yang abadi.

Saturday, January 7, 2012

Imajinasi 5 : Proposal Thesis

" Apa yang kamu tulis ni ? ini rubbish !,Sampah ! "

" Saya dah suruh kamu buat ikut piramid terbalik, tapi yang kamu buat ni Piramid Firaun, So whattt ! "


Krakkkkkk
Krakkkkkk
Krakkkkkk


Puan Maimon Thalib mengoyak helaian-helaian kertas itu dengan penuh rakus.

Rosmainie menangis teresak-esak melihat kelakuan Puan Maimon Thalib.

Kemudian Puan Maimon Thalib komotkan helaian kertas itu menjadi gumpalan.

" Kamu ambik ni, pergi tandas, campak dalam lubang jamban, lepas tu flash, paham ? So whatttt ?" ujar Puan Maimon Thalib dengan muka berlagak sambil menyerahkan helaian kertas yang sudah menjadi sampah kepada Rosmainie.

Rosmainie mengambil sampah tersebut dengan wajah sugul dan air mata yang masih deras. Kemudian dia berjalan dengan longlai menuju ke tempat duduknya.

" Ok, kumpulan seterusnya, Amir Munshi, Rashid !"

Aku tersentak mendengar nama aku di sebut, terus aku berdiri, berjalan dengan penuh debaran ke hadapan, Rashid mengikut di belakang aku.

" Bagus ! genius ! ini lah proposal paling bagus pernah saya lihat, saya suka sangat !", Puan Maimon Thalib memandang aku sambil tersenyum. Aku hanya terdiam, terpaku dan terkejut, begitu juga Rashid.

" Ini baru namanya proposal, bukan macam yang si Rosmainie tu buat, entah hape-hape ! " Puan Maimon Thalib menjeling ke arah Rosmainie yang menutup wajahnya dengan kedua tangan, masih belum berhenti menangis.

" Saya tak sangka macam mana awak boleh buat proposal sebagus ini Amer ? " Puan Maimon Thalib merenung aku.

" eh takde la Puan, saya biasa-biasa je " Ucap aku dengan penuh rendah diri. Rashid hanya mengangguk.

" Tahniah! saya bangga dengan proposal kamu, tak macam Rosmainie !", sekali lagi Puan Maimon Thalib menjeling ke arah Rosmainie yang kali ini menyorok dan menangis di bawah meja.

Tapi, hakikatnya, Proposal aku masih lagi di tendang, di tendang dan di tendang.....

Ceeelaaaakerrrrr !

Imajinasi 4 : Ke alam kanak-kanak (2)

Yang tak tahu cerita, baca ni dulu  Imajinasi 3 : Ke alam kanak-kanak (1)


Berita kegeniusan aku semakin hari semakin hangat di hebahkan, sehingga menarik perhatian Timbalan Perdana Menteri Malaysia,yang pada waktu itu ialah DS Anwar Ibrahim.

DS Anwar bersetuju mengadakan lawatan ke sekolah aku untuk berjumpa aku. Maka, menggelabah lah pengurusan sekolah melakukan persiapan menyambut kedatangan TPM yang khabarnya bakal menjadi PM menggantikan Che Det. Setiap hari PIBG bermesyuarat untuk melakukan persiapan rapi.

Hari yang di nantikan pun tiba, DS Anwar datang dengan di iringi sambutan yang gilang gemilang menggunakan duit PIBG.

"Oo ini lah pelajar genius tu ye ", DS Anwar menegur aku.

"hehe, saya biasa-biasa je Dato seri "ujar aku dengan rasa tawadduk.

" Kamu adalah eset negara ! "

" Dato seri, saya ada satu rahsia nak bagi tahu ni, sebenarnya Dato' takkan jadi PM, mata Dato' akan lebam, masuk penjara, dan ada budak nama epol akan cakap dia tak berak."

DS Anwar dengan muka terkejut hanya mendiamkan diri.

Berakhirnya majlis, aku di minta untuk bertemu dengan DS Anwar di dalam sebuah bilik.

" Anak muda, benar kah apa yang kamu katakan tadi ? "

"Benar ! "

"Jadi sekiranya apa yang kamu cakapkan itu benar-benar berlaku, apa yang perlu saya lakukan ?"

"hek eleh, itu pun nak kena ajar, meh sini "

DS Anwar menghampiri aku, dan aku membisikkan ke telinganya.

" Macam ni... engkau buat lah Reformasi ".

DS Anwar mengangguk, tanda faham.


Thursday, January 5, 2012

Imajinasi 3 : ke Alam Kanak-kanak (1)

Januari Tahun 1997

Aku menaiki mesin masa Doraemon dari tahun 2012, aku berpatah semula ke tahun 1997, ketika aku mula darjah satu berusia 7 tahun dan di antara kanak-kanak tercomel yang pernah di lahirkan. Pada hakikatnya aku berusia 22 tahun tetapi jasad aku berusia 7 tahun. Aku melihat ke bawah, ah belum sunat lagi masa ni. Rasa janggal pulak bila kencing.

Di Sekolah, aku rasa bosan yang amat, mana taknya, semua soalan dan latihan tak masuk akal langsung, senang yang amat, budak-budak yang lain ada yang masih tak kenal huruf, ada yang hanya tahu eja dua suku kata, paling power pun ada yang boleh membaca tapi merangkak-rangkak, aku pulak dengan selamba baca paper New Straits Times. Periksa nombor satu tu adalah kewajipan , markah seratus peratus adalah kepastian.

Di sekolah aku tak bermaya nak mengurat budak-bukak perempuan, yela semua budak-budak lagi, hingus pun meleleh, makan comot, ada yang teruk sampai berak dalam kain lagi. Ada jugak kakak-kakak darjah enam hantar surat pada aku mintak kapel, tapi aku hanya buat tak tahu saja. Aku cuma layan cikgu-cikgu muda, terutamanya Cikgi Liza.

"Amir, saya rasa dalam sekolah ni atau mungkin dalam dunia ni, awak lah kanak-kanak paling unik dan genius, awak matang melebihi usia awak "

" Jangan cakap macam tu cikgu, saya biasa-biasa je"

" amboi, pandainya merendah diri "

"Kalau saya ni sebaya dengan cikgu, nak tak cikgu jadi kekasih saya ?"

"ermm, kenapa awak cakap macam tu " Cikgu Liza tersipu malu.

Kerana kegeniusan aku, kementerian menyuruh aku mengambil  Ujian PTS yang sepatutnya di ambil oleh murid darjah 3, jika lulus akan melompat ke darjah lima. Ya, seorang budak darjah satu mengambil ujian PTS. Macam biasa, mestilah aku lulus, aku melompat ke darjah lima.

Sementara itu, di padang sekolah, berlangsung pemilihan pemain untuk mewakili sekolah bawah 12 tahun. Mereka memerlukan dua tiga orang pemain baru untuk di serapkan ke dalam pasukan. Aku hadir sebagai pemain paling muda di kalangan abang-abang sekolah rendah.

" Betul ke kamu nak join pemilihan ni ?" Cikgu Nizam memandang rendah keupayaan aku.

Aku hanya mengangguk, " posisi apa kamu boleh main ? "

" Yang boleh buat jaring gol bergoncang"

Cikgu Nizam senyum sinis.

Sekarang giliran aku masuk ke dalam padang untuk beraksi, aku bersama budak-budak yang dalam proses pemilihan akan menentang pasukan wakil sekolah. Aku mengeluarkan gula-gula lolipop, sambil menghisap lolipop aku menggelecek dari tengah padang, ke semua pemain lawan aku gentel, sekarang tinggal gol keeper, dengan selamba aku menggelek keeper kemudian aku masukkan bola menggunakan hujung tumit kaki aku ke dalam gawang, Goal ! sambil gula-gula lolipop kemas di mulut. Gol kedua aku rembat lencong dari tengah padang, sambil lolipop di mulut jugak.

" Cikgu, budak ni memang ada masa depan cerah, di boleh menjadi pengganti Mokhtar Dahari, gaya permainannya macam orang dewasa, ini aset penting negara kita ! " ujar Cikgu Dollah, pembantu cikgu Nizam. Cikgu Nizam hanya mengangguk tanda setuju.


Berita kegeniusan aku tersebar ke seluruh negara, majalah Mangga, URTV dan Mastika sering kali menemu bual aku. Ketika sesi tangkap gambar bagi majalah Mangga, aku di minta untuk berposing di kolam renang dengan hanya memakai boxer. Populariti aku meningkat. Aku sering muncul di rancangan TV.


Tuesday, January 3, 2012

Pelacur yang Engkau Lacurkan

Pelacur - pelacur yang menutup muka,
Dengan kedua tangannya yang penuh dosa,
Yang engkau saksikan di Televisyen,
Janganlah engkau neraka kan mereka,
Jangan lah engkau Azazilkan mereka,
Jangan engkau segera meletak timbangan Mizan,
Dan janganlah engkau jadi  Tuhan lebih dari Tuhan.

Pelacur-pelacur yang menanti penuh ghairah,
Di rumah merah,
Kondom memahami derita mereka,
Angin-angin yang bebas membawa tangisan mereka,
Bulan malam yang menyambut impian mereka,
Bersama mereka adalah sperma-sperma yang gugur,
Yang memahami rasa di sia-sia kan.

Oo Pelacur,
Bukan salah mu, bukan silap mu.
Janganlah engkau tekap tangan di muka mu.
Jangan engkau sorok  wajah mu.
Tunjukkan pemberontakkan mu.
Tunjukkan kemarahanmu.
Tunjukkan pada mereka yang melupakan mu.

Pemerintah itu sibuk dengan pilihanraya,
Sehingga lupa membela  mu.
Mufti itu sibuk berfatwa,
Sehingga lupa akan ayat melawan penindasan.
Pemuda pemudi itu sibuk menentang Freemason dan Illuminati,
Sehingga lupa menentang bagi pihak mu.
Mujahidin itu sibuk mengasah pedang memperjuangkan Gaza.
Sampai terlupa Gaza di tanah air sendiri.

Pembuat-pembuat dasar di Parlimen,
yang kononnya mewakili rakyat.
Adakah mereka mewakili pelacur ?
Pakar-pakar ekonomi,
yang mahu tranformasi negara ini berpendapatan tinggi.
Adakah jumlah pelacur akan semakin tinggi ?

Celaka, celaka dan celakalah semuanya.

Engkau masih buta ?
Engkau masih pekak ?
Engkau masih diam ?
Engkau masih kaku ?

Maka engkau lah yang melacurkan pelacur .



Terdapat  40 juta penduduk bumi yang menjadi pelacur , berjuta-juta  yang lain menjadi pelanggan dan berjuta-juta yang lain hanya berdiam diri. Yang mana satukah yang akan ke Neraka ?

Sunday, January 1, 2012

Aaron Aziz

Umum mengetahui, Aaron Aziz merupakan juri jemputan pada Final Maharaja lawak Mega tempoh hari. Umum juga tak mengetahui, aku juga turut hadir sebagai VIP pada Final itu.

Di pendekkan cerita, semasa aku nak ke tandas iaitu setengah jam sebelum final bermula, ada seorang mamat bandan taf  langgar bahu aku. Sebagai mahasiswa yang panas baran gaduh dengan FRU aku pun :

" Apa hal kau ni ? aku tak paham la dengan kau ni, kejap jadi gengster kejap jadi ombak, apa menda kau ni ? "

"Sorry bang, sorry, saya tak sengaja....."

Aku jeling mata dekat dia lebih kurang dalam enam saat, kemudian terus aku tumbuk dinding sampai retak.