Wednesday, March 30, 2011

Aku-lah Achilles

Aku-lah Achilles.
Jelmaan pahlawan Yunani.
Aku-lah Achilles.
Senjataku pena pedang.
Yang ligat melibas.
Penuh sarkastik.

Aku-lah Achilles.
Tampak kebal tak terkalah.
Tapi lemahku di tumit.
Cacatku merata, tak terkira.

Aku-lah Achilles.
Penewas segala gadis.
Tidak berbini.
Tidak ber-anak.
Usah sangka pedang ku tumpul.
Pedang ku tajam lagi perkasa.
Aku yang memilih kesunyian.
Untuk pengabdian yang kekal abadi.

Aku lah-Achilles.

Tuesday, March 29, 2011

Semut

Aku pelik dengan serangga bernama Semut ni.

Baru-baru ini, botol minuman aku sering di serang batalion Semut. Yang aku peliknya, air aku tu air kosong, kejadah apa semut boleh masuk, bukan air manis pun.Adakah SYABAS telah memasukkan gula dalam air di Selangor ?

Aku tahu, Semut serangga yang hebat, mereka mampu membina sarang semut yang kompleks dan genius. Aku tengok busut pun aku dah cuak.

Jadi, serangga semut ni merupakan serangga yang pakar dalam bidang kejuruteraan dan perancangan bandar.

Tapi, bila aku tengok bangkai-bangkai semut dalam botol minuman aku ni, kadar respek aku pada semut mula menurun.

Yela, kan kerja bodoh tu masuk dalam botol lepastu sendiri lemas !

Semut, semut.

Monday, March 28, 2011

Jiran Depan Rumah ( 2 )

Aku malas nak cerita panjang-panjang, Siapa yang tak tahu cerita boleh rujuk entri Jiran Depan Rumah.


Seperti biasa, si emak yakni jiran aku ni buat hal lagi. Hampir setiap hari aku akan terdengar jeritan dan laungan beliau. Adakah protes kerana kurang nafkah bathin ? aku tak tahu.

Aku musykil, adakah si emak ini ketika sudah selesai bersalin telah menjalani proses berpantang yang kondusif dan efektif ?

Bertungku tak ?

Ikan haruan makan ?

Bengkung ada buat ?

Tuam, urut ?


Sekali lagi yang menjadi mangsa amarah dan herdikan si emak ialah anaknya yang masih kanak-kanak.

Kanak-kanak perempuan normal yang rutinnya menonton wonder pet, buat sepah, bermain basikal dan masak-masak.

Baiklah, kata-kata amarah yang sempat neuron aku tangkap adalah :

Kau degil ye! kau berambus dari rumah ni sekarang ! berambus !

Aku terkejut, tersentak dan terpaku bila mendengar kata-kata ini.

Bayangkan kata-kata ini di tuturkan pada seorang kanak-kanak yang daif dan kudus.

Kecik-kecik dah kena halau, betapa pedihnya hati si anak, sepedih kaki Azizulhasni Awang yang tercocok kayu masa tengah lumba basikal.

Yang aku risaunya macam mana dengan psikologi si anak tu ? ye lah kecik-kecik lagi dah kena maki, herdik dan marah.

Adakah semasa tahun wawasan 2020 si Anak berubah menjadi gadis liar atau bohsia ?

Lepastu lari ikut Mat rempit ?

dan melahirkan bayi ?

ke mana bayi itu ? tong sampah ? longkang ?

kemudian si Anak akan di masukkan ke Sekolah Pengasih Melaka ?



Ah ! imiginasi memang menakutkan.

Thursday, March 17, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa, Yang lain..

Saya sudah menonton filem Hikayat Merong Mahawangsa sekitar minggu lepas, Ya, ini bermakna saya sudah menjadi saksi kepada kecoh-kecoh kehebatan filem ini.

Kata sahabat saya yakni Anak Posmen Chemor, ini adalah petanda positif, masyarakat ketuanan Melayu berkampung di pawagam untuk menonton filem ini. Kata Anak Posmen Chemor lagi, rata-rata orang Malaysia Khususnya masyarakat ketuanan Melayu sebelum menonton filem ini tidak tahu apa kejadah kah itu Hikayat Merong Mahawangsa ? berapa ramaikah yang baca majalah Manga dari kitab Merong Mahawangsa ? dan berapa ramaikah yang membaca Mastika dari kita sejarah Kedah ini ?

Sama ada filem ini gempak masa thriller sahaja atau sebab KRU pakai CGI itu belakang cerita. Yang penting masyarakat ketuanan Melayu sudah mula ambil peduli apa itu Hikayat Merong Mahawangsa.

Di balik dampak filem ini, saya lihat di Facebook, khususnya masyarakat ketuanan melayu Facebook ( mintak maap tak tulis 'm' pada melayu dengan huruf besar, malas nak taip) memuji dan berdiskusi tentang filem. Sehingga ada yang berdebat semata-mata untuk memastikan ini adalah filem sejarah.

Apa-apa pun, Filem Hikayat Merong Mahawangsa ini bukanlah filem bergenre sejarah kerana jalan cerita filem ini pun tidak mengikut apa yang termaktub dalam Hikayat Merong Mahawangsa.Ada babak yang di tokok tambah.Cuma filem ini di inspirasi dari Hikayat Merong Mahawangsa.

Terdapat banyak edisi dan versi Hikayat Merong Mahawangsa yang berbeza-beza, Salah satunya yang banyak terdapat di kedai buku setempat ialah Hikayat Merong Mahawangsa yang di edit oleh Siti Hawa Salleh dan di terbitkan oleh Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1970 (edisi kedua, 1991).

Adakah ia sejarah ? lebih sesuai di gelar mitos.

Jika anda membaca Hikayat ini, anda pasti akan mereng dengan penceritaan Hikayat ini.Secara ringkas, Merong Mahawangsa ialah laksamana armada empayar Rum (Byzantine) yang belayar ke timur kerana Putera Rum mahu mengahwini Puteri China.Baginda di katakan keturunan indera dan dewa. Hikayat ini bermula dengan Garuda( kuda bersayap milik Tuhan Hindu Vishnu) berbual dengan Nabi Sulaiman. Merong Mahawangsa terdampar di Pulau Langkapuri selepas armadanya di musnahkan oleh Garuda yang bertaruh dengan Nabi Sulaiman bahawa dia boleh menghentikan perkahwinan yang akan berlangsung dan dengan berbuat demikian dia dapat menghalang kehendak Allah.

Mereng bukan ? apakejadahnya tiba-tiba ada watak Nabi Sulaiman dan burung mitos yang tidak wujud yakni Garuda ? mana Kamawas si botak lanun ? mana Taji si tukang dukun ? Mana Kesum si empunya rambut yang merimaskan ?

Inilah art dalam penulisan, kelihatannya ia tidak logik, amat rumit dan penuh dengan pelbagai budaya.Pengaruh Hindu,Buddha, dan jahiliah dapat di lihat dengan jelas, tetapi teks di tulis semasa islam sudah berkembang di alam Melayu.

Agamawan-agamawan mungkin mengatakan terdapat unsur khurafat dan tahyul seperti Cerita hantu Tv3, tetapi dari segi penilaian dan pengkajian yang saksama ia mengandungi banyak petanda-petanda dan nilai-nilai yang menceritakan tentang keadaan zaman pertembungan agama Hindu,Buddha dan Islam serta kekaburan pada masa itu.Hikayat ini perlu terus di telaah dan diskusikan agar nanti nilai-nilai sejarah dapat di rungkai.Jika tidak, ia akan terus menjadi mitos dan sekadar membeli tiket wayang untuk menonton.

Bak kata Anak Posmen Chemor, "Menonton filem Hikayat Merong Mahawangsa tidak bererti anda telah memahami manuskrip Hikayat Merong Mahawangsa".

Kredit untuk KRU, contoh sebuah syarikat Bumiputra yang rajin belajar dan berani mencuba.



Saturday, March 12, 2011

Awek Jepun, Konichiwa dan Tsunami

Kali terakhir saya bertemu manusia Jepun adalah beberapa minggu yang lepas.Bersama rakan-rakan, saya menziarahi Bandaraya Melaka yang khabarnya sudah berstatus negeri maju yang entah celah mana majunya.

Kami mendaki Bukit St.Paul yang terletak di atas sana, gereja lama tinggalan Portugis yang sempat bertukar mazhab dari Katholik ke Protestan selepas Belanda mengambil alih.

Ketika kami menaiki anak tangga di Bukit itu, turut bersama kami adalah segerombolan pelancung asing, awek-awek Jepun, mungkin sedang bercuti sekolah tinggi gamaknya.Sampainya di atas, saya dengan berani menegur awek-awek Jepun itu, ini kerana saya ingin bersikap berani dan tidak ingin memalukan Hang Tuah dan sahabat.

"Konichiwa", selamba, tegur saya dengan mesra.

"Konichiwa ! Konichiwa! konichiwa!", gerombolan awek-awek Jepun itu
menoleh tanda membalas sapaan konichiwa saya sambil senyum ala-ala Maria Miyabi ke arah saya.

Tanpa saya sedari, perasaan malu turut menyusuk seluruh raga saya, sifat pemalu ketimuran memang sudah sebati dalam diri saya. Malunya itu seperti sang lelaki yang pemalu dalam tipikal 3gp Melayu, muka lelaki tak nampak, yang nampak perempuan punya aje.

Dan kini saya dengar, Jepun di hentam gempa bumi yang dasyat, saya berharap gadis-gadis Jepun yang saya 'Konichiwa' kan itu berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Semoga mereka tidak menjadi korban musnah seperti musnahnya kota Melaka.

Dan semoga tabah menghadapai bala dari Tuhan (orang melayu kata ).

Tuesday, March 8, 2011

Sepatutnya

Aku baru sedar yang aku mempunyai tiga orang adik perempuan, dua orang emak, dan dua orang nenek. Maka sepatutnya aku harus memahami mahkluk perempuan dan bersikap lebih romantis.

Untuk yang bapok, aku akan cuba pertimbangkan.

Saturday, March 5, 2011

LIKE di Peshbok



Aku lihat, gejala mengeLIKE status Facebook sendiri semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.Simpton Ini menjadi barah dalam masyarakat Facebook hari ini.


Ada mereka yang kata, : "Ala pergi la kau mampos, status aku, aku punya suka la nak LIKE.", "Lahanat, yang sebenarnya kau jeles kan ? " , "Ada aku kesah ?" , "Wall lain-lain, lantak ler"- ayat ini sama macam " Kubur lain-lain, lantak ler ".


Dari sudut Perlembagaan, mungkin ada yang mengaitkannya dengan hak asasi, kebebasan bersuara dan lain-lain. Makanya, hak mengeLIKE status sendiri termasuk dalam hak asasi manusiawi. Ok, betul-betul, aku setuju.


Tetapi, sudut pandang aku pulak, (ini pendapat aku, yang tak setuju, anda boleh teruskan LIKE status sendiri sampai mati ), aku merasakan situasi ini agak pelik, umpama angkat bakul sendiri.

Lagi satu, ia nampak macam kamu main Facebook sorang-sorang, atau mungkin takde Friend dalam Facebook. Jenis tak pandai nak approve friend request, atau tak tahu macam mana nak add friend.Seolah-olah nampak macam kesunyian dan kemurungan.

Perbuatan MengeLIKE status Facebook sendiri, seperti menyukai diri sendiri , 'Suka' diri sendiri ? Apa nafsu ni ?

Kamon la, ada kamu tengok DR Rozmey 2 alam LIKE status dia sendiri ?

Maher Zen punya ? ada ?

Ayuh, bebaskan status kamu dari di nodai oleh kamu sendiri.

Biarkan, rakan-rakan anda sendiri yang menilai status anda.




Wednesday, March 2, 2011

Kerjakan

Tadi, tiga perempuan sekaligus aku kerjakan.

Aku kerjakan secara adil dan Saksama.

Saja aku cabar diri aku.

Mampukah nanti aku berpoligami.

Hebat jugak aku ni, tiga perempuan sekaligus.

Power ! Power !

Dalam usia masih mentah dan tidak berpengalaman.

Mampu jugak aku.




Haih, seorang dari tiga perempuan ni tiba-tiba dah offline.

Aku pun letih.

Aku Log out Facebook.

Meninggalkan dua perempuan.

Yang berbaki.

Chat la kau dua orang dengan sape-sape !