Thursday, March 17, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa, Yang lain..

Saya sudah menonton filem Hikayat Merong Mahawangsa sekitar minggu lepas, Ya, ini bermakna saya sudah menjadi saksi kepada kecoh-kecoh kehebatan filem ini.

Kata sahabat saya yakni Anak Posmen Chemor, ini adalah petanda positif, masyarakat ketuanan Melayu berkampung di pawagam untuk menonton filem ini. Kata Anak Posmen Chemor lagi, rata-rata orang Malaysia Khususnya masyarakat ketuanan Melayu sebelum menonton filem ini tidak tahu apa kejadah kah itu Hikayat Merong Mahawangsa ? berapa ramaikah yang baca majalah Manga dari kitab Merong Mahawangsa ? dan berapa ramaikah yang membaca Mastika dari kita sejarah Kedah ini ?

Sama ada filem ini gempak masa thriller sahaja atau sebab KRU pakai CGI itu belakang cerita. Yang penting masyarakat ketuanan Melayu sudah mula ambil peduli apa itu Hikayat Merong Mahawangsa.

Di balik dampak filem ini, saya lihat di Facebook, khususnya masyarakat ketuanan melayu Facebook ( mintak maap tak tulis 'm' pada melayu dengan huruf besar, malas nak taip) memuji dan berdiskusi tentang filem. Sehingga ada yang berdebat semata-mata untuk memastikan ini adalah filem sejarah.

Apa-apa pun, Filem Hikayat Merong Mahawangsa ini bukanlah filem bergenre sejarah kerana jalan cerita filem ini pun tidak mengikut apa yang termaktub dalam Hikayat Merong Mahawangsa.Ada babak yang di tokok tambah.Cuma filem ini di inspirasi dari Hikayat Merong Mahawangsa.

Terdapat banyak edisi dan versi Hikayat Merong Mahawangsa yang berbeza-beza, Salah satunya yang banyak terdapat di kedai buku setempat ialah Hikayat Merong Mahawangsa yang di edit oleh Siti Hawa Salleh dan di terbitkan oleh Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1970 (edisi kedua, 1991).

Adakah ia sejarah ? lebih sesuai di gelar mitos.

Jika anda membaca Hikayat ini, anda pasti akan mereng dengan penceritaan Hikayat ini.Secara ringkas, Merong Mahawangsa ialah laksamana armada empayar Rum (Byzantine) yang belayar ke timur kerana Putera Rum mahu mengahwini Puteri China.Baginda di katakan keturunan indera dan dewa. Hikayat ini bermula dengan Garuda( kuda bersayap milik Tuhan Hindu Vishnu) berbual dengan Nabi Sulaiman. Merong Mahawangsa terdampar di Pulau Langkapuri selepas armadanya di musnahkan oleh Garuda yang bertaruh dengan Nabi Sulaiman bahawa dia boleh menghentikan perkahwinan yang akan berlangsung dan dengan berbuat demikian dia dapat menghalang kehendak Allah.

Mereng bukan ? apakejadahnya tiba-tiba ada watak Nabi Sulaiman dan burung mitos yang tidak wujud yakni Garuda ? mana Kamawas si botak lanun ? mana Taji si tukang dukun ? Mana Kesum si empunya rambut yang merimaskan ?

Inilah art dalam penulisan, kelihatannya ia tidak logik, amat rumit dan penuh dengan pelbagai budaya.Pengaruh Hindu,Buddha, dan jahiliah dapat di lihat dengan jelas, tetapi teks di tulis semasa islam sudah berkembang di alam Melayu.

Agamawan-agamawan mungkin mengatakan terdapat unsur khurafat dan tahyul seperti Cerita hantu Tv3, tetapi dari segi penilaian dan pengkajian yang saksama ia mengandungi banyak petanda-petanda dan nilai-nilai yang menceritakan tentang keadaan zaman pertembungan agama Hindu,Buddha dan Islam serta kekaburan pada masa itu.Hikayat ini perlu terus di telaah dan diskusikan agar nanti nilai-nilai sejarah dapat di rungkai.Jika tidak, ia akan terus menjadi mitos dan sekadar membeli tiket wayang untuk menonton.

Bak kata Anak Posmen Chemor, "Menonton filem Hikayat Merong Mahawangsa tidak bererti anda telah memahami manuskrip Hikayat Merong Mahawangsa".

Kredit untuk KRU, contoh sebuah syarikat Bumiputra yang rajin belajar dan berani mencuba.



6 comments:

cik ewun said...

kiko macam nk tengok jugaaa :)

Faiz Tapit said...

lg 2 bulan aku donlod cite ni

Strept Akiera said...

aku penah gak diceritakan pasal hikayat ni masa praktikal ritu. khbarnya sejarah MM ni banyak di kedah sebalum islam datang. dia ade kuasa sakti lar.. hebat lar.. kira mcm dewa.

Abang Long said...

Salam...pernah baca buku hikayat tu. Bnyk beza dgn apa yg ada dlm film. Ye laa..bukan mudah nak buat burung garuda, so, tukar jd lanun Geruda jer lah...btw..it's a good film by KRU

Adzriel AB said...

belum sempat menengok lagi.

Adlan said...

belom mentengok lagi..ntah..