Saturday, March 5, 2011

LIKE di Peshbok



Aku lihat, gejala mengeLIKE status Facebook sendiri semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.Simpton Ini menjadi barah dalam masyarakat Facebook hari ini.


Ada mereka yang kata, : "Ala pergi la kau mampos, status aku, aku punya suka la nak LIKE.", "Lahanat, yang sebenarnya kau jeles kan ? " , "Ada aku kesah ?" , "Wall lain-lain, lantak ler"- ayat ini sama macam " Kubur lain-lain, lantak ler ".


Dari sudut Perlembagaan, mungkin ada yang mengaitkannya dengan hak asasi, kebebasan bersuara dan lain-lain. Makanya, hak mengeLIKE status sendiri termasuk dalam hak asasi manusiawi. Ok, betul-betul, aku setuju.


Tetapi, sudut pandang aku pulak, (ini pendapat aku, yang tak setuju, anda boleh teruskan LIKE status sendiri sampai mati ), aku merasakan situasi ini agak pelik, umpama angkat bakul sendiri.

Lagi satu, ia nampak macam kamu main Facebook sorang-sorang, atau mungkin takde Friend dalam Facebook. Jenis tak pandai nak approve friend request, atau tak tahu macam mana nak add friend.Seolah-olah nampak macam kesunyian dan kemurungan.

Perbuatan MengeLIKE status Facebook sendiri, seperti menyukai diri sendiri , 'Suka' diri sendiri ? Apa nafsu ni ?

Kamon la, ada kamu tengok DR Rozmey 2 alam LIKE status dia sendiri ?

Maher Zen punya ? ada ?

Ayuh, bebaskan status kamu dari di nodai oleh kamu sendiri.

Biarkan, rakan-rakan anda sendiri yang menilai status anda.




9 comments:

Faiz Tapit said...

aku setuju.. kah3
like2

Zinedine Zaiddin said...

Apa nafsu ini?

BAHAHAHAHAHAHAA

dulu ada gak sorang member duk wat perangai sangap diri sendiri ni. sendiri post status, sendiri komen, sendiri like..

last2 aku remove aje le..

Days said...

teruja dgn diri sendiri mungkin faktor utama hal hal like dan perasan sendiri nih.hehehe.ade ade je ko nih.tp creative jugak isu LIKE nih

syera saufee said...

hahaha..gelak sja..
*syerasaufee like this

Achilles Monoloules said...

Nasib baik aku malas nak letak LIKE pesbuk kat blog ni, kalau tak cara jugak, aku boleh LIKE entry sendiri , ye dak ?

Norini Hayati Zainal Abidin said...

hahaa.. aku ingat xde org nk komen psl kes ni.. tp mmg betul pon dorang ni mcm syokk sendiri la plak..

Enchaoz said...

ahahahhahaha tp klu sy share quote kt status sy, sy like! tehehehe

najwa mohd nasir said...

tak salah rase nye :)
Islam sndiri mnggesa umatnya untuk menyayangi diri sendiri sebelum menyayangi org laen . same la juga dlm kes LIKE2 ni :)

dr sudut laen plak ,, LIKE ni .. sme adek brdek dgn motivasi
jadi, utk berubah ke arah yg lebih positif, kene ade self-esteem n motivasi diri yg tggi .
utk maju, tak perlu nk motvasi dr lua2 bagai
cukup sekadar motvasi itu dtg dr dri sndiri

skrg ni, tade da kot istilah 'masuk bakul angkat sndiri' ..
kolot ~

++++ takyah nk pk negatif sgt.
think +ve n evrything will be fine
insya Allah :)

CouLeur de Chiqu3 said...

agree... !!