Saturday, October 29, 2011

Takutkan Socrates

"Barang siapa mengetahui yang benar akan bertindak benar" - Socrates (470-399 SM) -

Kata-kata ini mungkin menjadi asbab Socrates menemui ajalnya dengan meminum racun.Socrates merupakan tokoh filosof, kata "filosof itu maknanya orang yang mencintai kebijaksanaan.Socrates tidak pernah menganggap dirinya pandai dan bijaksana seperti kata-katanya yang masyur "Hanya satu yang aku tahu yaitu bahawasanya aku tidak tahu apa-apa". Kata-kata ni nampak poyo tetapi dalam maksud merendah diri.

Socrates adalah guru kepada filosof tersohor Plato, dan Plato pula adalah guru kepada Aristoteles.Ketiga-tiga trisakti ini sangat berpengaruh dalam aliran ilmu falsafah, baik dalam lingkungan intelektual islam mahupun eropa.

Rutin harian Socrates kebiasaannya ialah menemui orang di alun-alun dan pasar-pasar untuk berbicara dengan sesiapa saja yang di temuinya.Lazimnya, Socrates akan berdiskusi dengan orang tersebut, dia akan mengajukan pertanyaan-pertanyaan ketika memulai percakapan seakan-akan dia tidak mengetahui apa-apa.Dalam diskusi itu biasanya Socrates berjaya membuat para penentangnya mengakui kelemahan argumen mereka.

Socrates tidak ingin menggurui orang lain, tetapi dia memberi kesan sebagai seseorang yang selalu ingin belajar dari orang-orang lain yang di ajaknya berbicara, lagaknya bukan seperti seorang profesor sejarah yang memberi kuliah dengan nada yakin bahawa Malaysia tidak pernah di jajah.

Maka tidak hairan lah kerana perilaku Socrates ini, orang-orang menganggapnya amat menjengkelkan, terutama orang-orang yang mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat.Tidak kurang juga yang menganggap Socrates seperti seorang badut di Athena.Bagi Socrates, Athena itu seperti seekor kuda yang lembam dan akulah pengganggu yang menyengatnya agar beringas.Inilah tugas intelektual dan cendekiawan, menjadi penganggu dengan meransang fikiran masyarakat yang longlai ke arah pencerahan.

Pada 399 SM, Socrates di dakwa memperkenalkan dewa-dewa baru dan meracuni fikiran orang muda, serta tidak mempercayai dewa-dewa yang telah diterima.Dia di dapati bersalah dan dihukum minum racun cemara.Ya, Socrates mati kerana mengangap kebenarannya lebih tinggi dari nyawanya.Ah, dia boleh saja meminta untuk di kurangkan hukumannya seperti bersetuju meninggalkan kota Athena.Tapi Tidak.

Apa yang berlaku pada Aziz Bari mungkin tidak seteruk Socrates, tetapi setelah 2400 tahun Socrates menjadi arwah , fenomena Takutkan Socrates masih terus berlaku.Socrates di takuti para pemerintah kerana dia mengetahui yang benar dah mahu bertindak benar.Aziz Bari juga begitu.Ini biasa terjadi pada ahli intelektual yang jujur.

Socrates memang sudah lama mati, tetapi selagi ada yang mengetahui yang benar dan akan bertindak benar maka dia itu lah Socrates, dia itu lah yang akan di takuti pemerintah yang sentiasa tidak selesa.
 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, October 24, 2011

Solat bersama Che Guevara

Aku sujud, Che ikut.
Aku ruku', Che ikut.
Aku duduk antara dua sujud, Che ikut.
Aku imam, Che makmum.
Kau tertanya, adakah tokoh revolusi ini Islam ?




Che bukan Islam, tapi sikapnya yang menentang penindasan jarang wujud dalam umat yang kononnya mengaku agama mereka anti penindasan.

Saturday, October 22, 2011

Himpun atau Tido ?

Syabas saya ucapkan jika hari ini Stadium Shah Alam penuh melebihi jumlah kebiasaan bagi perlawanan liga super pasukan Selangor.


Banyak kali saya terfikir sama ada mahu sertai himpunan ini atau tidak(tidur atau bermain pesbuk), bukan apa, kebiasaannya himpunan begini pasti di sertai ramai awek-awek muslimah yang pastinya tidak mengenakan kain tudung yang pelik, bajet Hana Tajima.Mana lah tahu, jodoh saya terpatri di situ, terjumpa awek yang macam drama tahajud cinta, novel cinta islami, Ustazah pilihan ataupun Soleha.


Kita telah menekan suis panik, di balik perlindungan yang di beri oleh Perlembagaan dan pelbagai kelebihan eksklusif terhadap agama Islam, kita telah menekan suis itu.


Persaingan agama akan terus berlaku, selama adanya manusia dan agama maka ia akan terus berlaku.Manusia sejak dahulu telah berlumba menyebarkan agama mereka, lama dahulu sebelum Parameswara di islamkan, persaingan agama hindu dan buddha telah berlangsung,Empayar Srivijaya(Buddha) berdiri kemudian runtuh di ancam Majapahit (Hindu) , kemudian datang islam memenangi persaingan ini dan berjaya mengislamkan hampir keseluruhan semenanjung Melayu dan Kepulauan nusantara, tidak lupa juga agama Kristian yang turut sama bersaingan ketika Portugal, Belanda dan Inggeris melakukan dasar kolonial.




Persaingan agama ini secara zahirnya juga adalah seperti peperangan, yang memerlukan strategi dan taktik berkesan untuk memenangi peperangan itu.Dakwah Islamiyah memanggil ia sebagai manhaj atau uslub iaitu strategi bagi berdakwah.Dan apabila kita berhimpun(menekan suis panik) pada hari ini, adakah bermakna kita telah kalah dalam peperangan ini ?atau kita sedang meraikan kemenangan.




Kita lebih cenderung memilih untuk meletakkan kesalahan pada orang lain(bukan diri sendiri), sikit-sikit salahkan Freemason, sikit-sikit salahkan Illuminati, sikit-sikit salahkan objek segi tiga, dan sikit-sikit salahkan Kristianisasi.Mereka yang tidak mengaku salah sendiri dan mensasarkan salahnya pada orang lain adalah umat yang sombong, umat yang sombong tempatnya adalah di tong sampah sejarah.


Sebaliknya mereka yang mengaku salah sendiri akan sedar tentang salahnya dan berusaha membaiki serta menjadi yang lebih baik,- ayat ni semua orang tahu, dan biasa dengar di sekolah atau kem motivasi-


Kita mampu untuk jadi umat yang kuat jati diri agamanya jika kita tahu sedar akan kekurangan sendiri dan berusaha menjadi mekanik membaiki bahagian yang lemah.Munsyi Abdullah Bin Abdul Kadir adalah contoh susuk yang kuat jati diri agamanya, Munsyi Abdullah berkerja sebagai guru bahasa dan penterjemah bagi penjajah Inggeris, beliau juga menterjemah bible ke dalam bahasa melayu, namun sejarah tidak menyaksikan beliau murtad, malah beliau terus kekal dengan jati diri agamanya.Begitu juga dengan Ibnu Rushd yang mengkaji falsafah klasik yunani, sebelum Ibnu Rushd tampil dengan hujahnya, terdapat cubaan mengkafirkan filasuf muslim, ilmu falsafah pada waktu itu sangat asing dan menjengkelkan,bahkan Ibnu Rushd bukan sahaja mampu mengekalkan jati diri agamanya, beliau juga menempah nama di zaman Renaissance eropah.


Sehingga entry ini siap di tulis, saya merasakan tido adalah pilihan yang terbaik pernah saya lakukan.


Lagi pun musim hujan, kalau petang bukan main lebat lagi hujan, jadi tak sesuai pergi ke stadium.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, October 18, 2011

Bunian

Aku masuk ke dewan kuliah dengan lafaz bismillah, peluh jantan aku bertakung di dahi, punya lah aku menggelabah berlari tadi, ingatkan lecturer dah masuk, mujur belum.

Macam biasa aku parking pot tepi aircond, di belah hujung dewan, itu pot biasa aku, Malaikat pembawa barakah pasti sudah kenal, siapa punya pot kerusi tu.

"Bismillah", aku melafazkan kalimah suci itu untuk kali ke dua, sambil meletakkan punggung ke kerusi berkusyen empuk.

Di belakang aku terdengar suara beberapa wanita berleter-leter ala mak-mak di rumah.Aku memandang ke belakang sambil buat muka annoying.

Dan macam biasa line up di belakang aku adalah orang yang sama, Kak Amiey Rosmainie sedang becok bercakap sambil kadang-kadang terdengar dua tiga butir kalimah korea,pengaruh drama korea barangkali.Sebelahnya, Sufiea D'am0ur sedang gigih memakai kontek lens barunya manakala tangan kanannya ligat mengenakan celak ke mata. Spek matanya entah ke mana hilang, pengaruh drama korea mungkin.Di sebelah Sufiea D'am0ur pula adalah Mardhiah Zawawi, jari jemarinya sedang menekan gadget canggih, macam biasa, dia tengah praktis  main piano melalui gadjet canggih beliau, pengaruh drama korea la, apa lagi.

Aku tinggalkan ketiga-tiga wanita tadi dengan dunia Korea mereka sedangkan kaki mereka tak pernah ke Korea Selatan, apatah lagi Korea Utara.Aku bersandar melepaskan lelah, ah lambat pulak lecturer ni nak masuk, aku kerutkan dahi, tanda anak muda dahagakan ilmu. Sementara menunggu, aku sempat alunkan lagu " aku menunggumu dari Tuesday ,wednesday, Thursday", ala lagu annoying awi rafael tu.

"Hai sayang", aku tersentak dan serta merta berhenti menyanyi lagu awi rafael.Ah sudah dia datang pulak."Sayang buat apa sini, kan abang cakap tunggu dekat rumah, abang ada kelas ni kan", aku cakap dengan nada berbisik.

"Ala Cendana bosan la kat rumah, risau, mana tahu abang menggatal dengan perempuan-perempuan ni " Cendana memandang aku dengan memek muka yang manja sebijik macam muka Nurul Fathia.

"Tak, tak, abang tak gatal dengan siapa-siapa pun, janji !, lagi pun abang nak mengatal dengan siapa ? Ha siapa ?" Aku mencabar Cendana sebagai bukti kesetiaan aku. " Dengan dia !", Cendana mengacu jari telunjuk comelnya ke arah Sufiea D'am0ur yang masih lagi mengenakan celak ke matanya.

" Euwwww, jangan harap, dah la, sayang balik dulu ea, abang tengah kelas ni", aku cuba memujuk Cendana." Taknak la, nak teman abang ! " Serentak, Cendana duduk ke atas riba aku, mata aku terbeliak ke atas. " Erkkk, sayang jangan macam ni, abang tak fokus nak belajar la kalau macam ni", Cendana hanya tersenyum manis sambil menyandarkan kepalanya ke bahu aku yang sasa sebijik macam Aaron Aziz.

"Amir kau ni kenapa ? ", Kak Amiey Rosmainie tiba-tiba menegur aku , aku sedikit gelabah, "takde pape, kenapa kak ?"Aku memusingkan kepala ke belakang." Kau cakap dengan siapa ? Dari tadi akak tengok kau bising je.", Kak Amiey Rosmainie memandang aku persis peserta Rancangan Islamik Solehah membuat promo." Takde pape la kak, saya nyanyi lagu Awi Rafael tadi",aku cuba kaver line.

Kak Amiey mendiamkan diri dan kembali semula ke alam Koreanya, Sufiea D'am0ur masih setia  menconteng celak ke matanya.Cendana pula tersenyum merenung aku sebijik macam renungan Juliana Evans." Ha, kan kak Amiey dah perasaan" bisik aku ke cuping telinga Cendana yang halus dan peww, Cendana hanya ter'hikhikhik' gedik tapi masih ayu.

"Assalammualaikum", ah lecturer dah masuk pulak dah, " Sayang pergi balik dulu ye, kelas abang dah setat ni", aku memberi arahan ala-ala suami romantik ," Tak nak!", Cendana berdegil, " pergi!", aku tinggikan dan keraskan sedikit volume suara ala-ala suami tegas.Muka Cendana berubah sedih tapi masih lagi comel sebijik macam muka Megan Fox."Ok, sayang boleh stay sini tapi jangan kacau abang nak belajar taw, ok, janji ?", pujuk aku."Janji !", balas Cendana.

"Amir kau boleh diam tak, bising la kau ni, Lecturer kat depan pun kau  nak bising !", untuk kali kedua Kak Amiey menegur aku, kali ni tegurannya agak shadid, " Sorry kak, sorry, saya ketagih betul la dengan lagu Awi Rafael ni",aku memberi alasan yang sama.

Lecturer di depan memulakan kelasnya dengan solawat dan mukadimahnya.Cendana masih merenung aku, mata aku pulak fokus kepada susuk Lecturer di hadapan, " Abang, malam ni kita pergi ICT shah alam nak ?",Ah sudah, celaka apa pergi tempat macam tu. "Ok", aku membalas ringkas menyejukkan hati Cendana.

Cendana mengambil pen aku, lalu hujung pen yang tajam itu di main-mainkan pada leher aku yang seksi sebijik macam Gambit Saifullah.

"Conteng leher abang, Conteng leher abang, hikhikhik", Cendana cuba bergurau tak bertempat dengan aku.
"Sayang apa ni, abang tengah belajar ni kan, tak mau la", aku cuba melarang perbuatan Cendana yang makin menjadi-jadi.Cendana hanya diam dan terus memainkan mata pen itu ke kulit leher aku." Ishhh, geli la sayang, dah lah", tapi cendana terus menerus melakukan aksi itu

" Amir ! Kau ni bising la ", Kak Amiey menegur aku untuk kali ketiga, serentak dengan teguran itu, Paaaaap ! Kepala aku di hentam File tebal oleh Kak Amiey, akibat terkejut dengan hentaman itu, aku tertunduk lalu leher aku tercucuk mata pen yang di mainkan oleh Cendana.

Plashhhh! darah memercik keluar dari leher aku, sampai terpercik ke belakang lalu terkena mata Sufiea D'am0ur yang  baru tadi memakai kontek lens dan celak.

Sunday, October 9, 2011

BULAN


Aku lihat di negara Pesbuk, orang-orang kecoh memuji cantiknya si bulan malam ini.

Orang-orang menulis status pesbuk seperti baru pertama kali melihat bulan.

Ada yang memuji :

"Cantiknya bulan <3 "

"Subhannallah, Cantiknya bulan !"

"Kenapa fenomena bulan d msia mlm td tdak same dgn d jordan ??? walhal bulan yang sama bukan.subhanallah..." - ayat seorang rakyat Malaysia yang sedang melihat bulan di Jordan sambil main pesbuk di Jordan.

Ya, malam ini bulan nampak cantik sekali. Walaupun terang-terang wajahnya berkawah tapi bulan tetap nampak cantik.

Bulan nampak cantik kerana cahaya yang menyinarinya.Cahaya itu yang bikin bulan nampak cantik.

Analoginya sama seperti kau pergi ke ICT Shah Alam, melihat pokok yang tidak produktif menghasilkan oksigen, tapi kerana cahaya yang kau rasa cantik dari pokok elektrik itu, maka kau rela bergambar sama pokok itu, lalu gambar itu kau muatturunkan ke akaun pesbuk.

Adakah bulan sedang meraikan Yom Kippur ?

Saturday, October 8, 2011

Perokok Tenang Saja.

Belanjawan negara tidak pernah menyebelahi perokok.
Tapi perokok tenang saja.
Jika semalam Najib isytiharkan rokok naik harga.
Perokok tenang saja.

Bertahun-tahun lamanya, harga sebatang rokok naik dan menaik.
Tapi perokok tenang saja.
Tidak ada demontrasi.
Tidak ada himpun protes 2.0
Tidak ada revolusi.

Perokok adalah hero sebenar.
Mereka sanggup di marah ibu ayah.
Mereka putus hubungan dengan kekasih.
Mereka sanggup di rotan guru.
Mereka sanggup di benci.
Mereka sanggup di fatwakan Harom.
Tapi perokok tenang saja.

Mereka adalah mujahidin di lapangan ekonomi.
Sanggup mati.
Seperti Kamikaze.
Duit sebatang rokok mereka adalah infaq.
Infaq untuk perbelanjaan mengurus.
Dan membangun negara.

Apa dia ?
Kau kata merokok membantu Zionis Israel.
Ah, pergi mampus dengan teori Freemason Illuminati kau.
Tapi perokok tenang saja.

Smoker of the world, Unite !



Monday, October 3, 2011

Hantu DotA ( Penampakkan Arwah DotA)




Saya ada seorang kawan, namanya Syafiq, beliau ni kira sahabat kamceng saya. Seperti belia-belia 1Malaysia yang lain Syafiq mempunyai hobi dan ketagihan.

Hobi dan ketagihan pada permainan komputer DotA. Watak Syafiq ni biasa kita temui dalam kehidupan seharian di hostel atau rumah sewa di kalangan lelaki bujang.

Syafiq tinggal di hostel sebuah kolej islam kapitalis, tapi celakanya capaian jalur lebarnya sangat daif. Dah nama kolej kapitalis, kalau tak menipu duit student bukan kapitalis la. Jadi sedikit sebanyak menyukarkan kerja Syafiq sebagai pejuang DoTA.

Sebagai alternatif, Syafiq sering berkunjung ke rumah sewa saya yang mempunyai akses jalur lebar yang boleh tahan lajunya, setakat memuat turun 3gp melayu dan Ujizz sambil menonton Klip video lagu ai ai ai ai aishiteru di youtube tidak menjadi masalah.

Kata syafiq, dia perlukan tempat yang aman dan tidak menganggu konsentrasi beliau semasa berjihad di medan DotA. Jadi, saya suruh beliau parking pot di penjuru bilik saya, di sebelah tempat saya biasa membentang sejadah.

Begitulah rutin Syafiq setiap hujung minggu di rumah sewa saya.Bermain DotA sambil mendengar lagi ai ai ai ai ai aishiteru, katanya lagu itu sangat memberi luck setiap kali beliau turun bertempur.

Apapun, langit tak selalunya cerah, setiap yang bernyawa pasti akan mati.Syafiq akhirnya pergi menghadap Illahi kerana kemalangan sewaktu baru pulang dari rumah keluarga angkatnya di Nilai.

Sedih ? gila ke apa, mestilah saya sedih. Tapi sedih lagi bila menjawab soalan wartawan harian metro dan kosmo untuk di jadikan berita muka depan pada esok hari. "Adakah arwah menunjukkan tanda-tanda sebelum kematiannya ? ", Ya itu antara soalan kurang cerdik dari wartawan tabloid kegemaran rakyat Malaysia.

Dua minggu selepas pemergian syafiq, saya menjalani kehidupan seperti biasa, sehinggalah pada suatu malam, ketika saya ingin melelapkan mata, di bilik saya...

Seperti cerita hantu Melayu, pada malam itu saya sukar melelapkan mata, tiba-tiba hati rasa tak sedap, meremang seluruh bulu-bulu jantan saya. Ah, saya cuba lelapkan mata.

Tap! Tap ! Tap ! Tap !

Saya terdengar bunyi orang menekan papan kekunci komputer.

Tap ! Tap ! Tap ! Tap !

Sekali lagi saya terdengar, saya yakin benar ini bunyi papan kekunci komputer. Tapi siapa ? dalam bilik ni hanya saya seorang saja yang menghuni, komputer riba saya pun telah saya shut down selepas mendengar lagu ai ai ai ai aishiteru tadi.

Klik! Klik! Klik ! Klik!

Ah sudah ! bunyi tetikus pulak dah.


Tap! Tap! Tap! Tap!

Klik! Klik! Klik! Klik!

Bunyi papan kekunci berselang seli dengan bunyi tetikus, lalu membentuk irama yang menyeramkan.

Saya cuba memberanikan diri untuk melihat dari mana punca bunyi itu.

Saya mengangkat kepala sambil badan masih terbaring.

Dalam suasana bilik yang gelap gelita, saya melihat cahaya di penjuru bilik saya.

Holy shit ! ia sangat menyeramkan.

Saya nekad, lalu saya berdiri menuju ke arah cahaya di penjuru bilik.

Langkah demi langkah yang saya lalui sangat mendebarkan.

Ya Allah! saya lihat satu susuk tubuh yang wajahnya penuh dengan darah sedang menekan papan kekunci dan tetikus laptop.

Paling memeranjatkan saya, susuk yang wajahnya berdarah itu adalah Arwah Syafiq !

Dengan tenang, saya tutup suis dan cabut plug adapter laptop tersebut.

Dan terus tidur.


Syafiq, Syafiq, dah mati pun nak main DotA.