Saturday, October 22, 2011

Himpun atau Tido ?

Syabas saya ucapkan jika hari ini Stadium Shah Alam penuh melebihi jumlah kebiasaan bagi perlawanan liga super pasukan Selangor.


Banyak kali saya terfikir sama ada mahu sertai himpunan ini atau tidak(tidur atau bermain pesbuk), bukan apa, kebiasaannya himpunan begini pasti di sertai ramai awek-awek muslimah yang pastinya tidak mengenakan kain tudung yang pelik, bajet Hana Tajima.Mana lah tahu, jodoh saya terpatri di situ, terjumpa awek yang macam drama tahajud cinta, novel cinta islami, Ustazah pilihan ataupun Soleha.


Kita telah menekan suis panik, di balik perlindungan yang di beri oleh Perlembagaan dan pelbagai kelebihan eksklusif terhadap agama Islam, kita telah menekan suis itu.


Persaingan agama akan terus berlaku, selama adanya manusia dan agama maka ia akan terus berlaku.Manusia sejak dahulu telah berlumba menyebarkan agama mereka, lama dahulu sebelum Parameswara di islamkan, persaingan agama hindu dan buddha telah berlangsung,Empayar Srivijaya(Buddha) berdiri kemudian runtuh di ancam Majapahit (Hindu) , kemudian datang islam memenangi persaingan ini dan berjaya mengislamkan hampir keseluruhan semenanjung Melayu dan Kepulauan nusantara, tidak lupa juga agama Kristian yang turut sama bersaingan ketika Portugal, Belanda dan Inggeris melakukan dasar kolonial.




Persaingan agama ini secara zahirnya juga adalah seperti peperangan, yang memerlukan strategi dan taktik berkesan untuk memenangi peperangan itu.Dakwah Islamiyah memanggil ia sebagai manhaj atau uslub iaitu strategi bagi berdakwah.Dan apabila kita berhimpun(menekan suis panik) pada hari ini, adakah bermakna kita telah kalah dalam peperangan ini ?atau kita sedang meraikan kemenangan.




Kita lebih cenderung memilih untuk meletakkan kesalahan pada orang lain(bukan diri sendiri), sikit-sikit salahkan Freemason, sikit-sikit salahkan Illuminati, sikit-sikit salahkan objek segi tiga, dan sikit-sikit salahkan Kristianisasi.Mereka yang tidak mengaku salah sendiri dan mensasarkan salahnya pada orang lain adalah umat yang sombong, umat yang sombong tempatnya adalah di tong sampah sejarah.


Sebaliknya mereka yang mengaku salah sendiri akan sedar tentang salahnya dan berusaha membaiki serta menjadi yang lebih baik,- ayat ni semua orang tahu, dan biasa dengar di sekolah atau kem motivasi-


Kita mampu untuk jadi umat yang kuat jati diri agamanya jika kita tahu sedar akan kekurangan sendiri dan berusaha menjadi mekanik membaiki bahagian yang lemah.Munsyi Abdullah Bin Abdul Kadir adalah contoh susuk yang kuat jati diri agamanya, Munsyi Abdullah berkerja sebagai guru bahasa dan penterjemah bagi penjajah Inggeris, beliau juga menterjemah bible ke dalam bahasa melayu, namun sejarah tidak menyaksikan beliau murtad, malah beliau terus kekal dengan jati diri agamanya.Begitu juga dengan Ibnu Rushd yang mengkaji falsafah klasik yunani, sebelum Ibnu Rushd tampil dengan hujahnya, terdapat cubaan mengkafirkan filasuf muslim, ilmu falsafah pada waktu itu sangat asing dan menjengkelkan,bahkan Ibnu Rushd bukan sahaja mampu mengekalkan jati diri agamanya, beliau juga menempah nama di zaman Renaissance eropah.


Sehingga entry ini siap di tulis, saya merasakan tido adalah pilihan yang terbaik pernah saya lakukan.


Lagi pun musim hujan, kalau petang bukan main lebat lagi hujan, jadi tak sesuai pergi ke stadium.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.