Monday, October 3, 2011

Hantu DotA ( Penampakkan Arwah DotA)




Saya ada seorang kawan, namanya Syafiq, beliau ni kira sahabat kamceng saya. Seperti belia-belia 1Malaysia yang lain Syafiq mempunyai hobi dan ketagihan.

Hobi dan ketagihan pada permainan komputer DotA. Watak Syafiq ni biasa kita temui dalam kehidupan seharian di hostel atau rumah sewa di kalangan lelaki bujang.

Syafiq tinggal di hostel sebuah kolej islam kapitalis, tapi celakanya capaian jalur lebarnya sangat daif. Dah nama kolej kapitalis, kalau tak menipu duit student bukan kapitalis la. Jadi sedikit sebanyak menyukarkan kerja Syafiq sebagai pejuang DoTA.

Sebagai alternatif, Syafiq sering berkunjung ke rumah sewa saya yang mempunyai akses jalur lebar yang boleh tahan lajunya, setakat memuat turun 3gp melayu dan Ujizz sambil menonton Klip video lagu ai ai ai ai aishiteru di youtube tidak menjadi masalah.

Kata syafiq, dia perlukan tempat yang aman dan tidak menganggu konsentrasi beliau semasa berjihad di medan DotA. Jadi, saya suruh beliau parking pot di penjuru bilik saya, di sebelah tempat saya biasa membentang sejadah.

Begitulah rutin Syafiq setiap hujung minggu di rumah sewa saya.Bermain DotA sambil mendengar lagi ai ai ai ai ai aishiteru, katanya lagu itu sangat memberi luck setiap kali beliau turun bertempur.

Apapun, langit tak selalunya cerah, setiap yang bernyawa pasti akan mati.Syafiq akhirnya pergi menghadap Illahi kerana kemalangan sewaktu baru pulang dari rumah keluarga angkatnya di Nilai.

Sedih ? gila ke apa, mestilah saya sedih. Tapi sedih lagi bila menjawab soalan wartawan harian metro dan kosmo untuk di jadikan berita muka depan pada esok hari. "Adakah arwah menunjukkan tanda-tanda sebelum kematiannya ? ", Ya itu antara soalan kurang cerdik dari wartawan tabloid kegemaran rakyat Malaysia.

Dua minggu selepas pemergian syafiq, saya menjalani kehidupan seperti biasa, sehinggalah pada suatu malam, ketika saya ingin melelapkan mata, di bilik saya...

Seperti cerita hantu Melayu, pada malam itu saya sukar melelapkan mata, tiba-tiba hati rasa tak sedap, meremang seluruh bulu-bulu jantan saya. Ah, saya cuba lelapkan mata.

Tap! Tap ! Tap ! Tap !

Saya terdengar bunyi orang menekan papan kekunci komputer.

Tap ! Tap ! Tap ! Tap !

Sekali lagi saya terdengar, saya yakin benar ini bunyi papan kekunci komputer. Tapi siapa ? dalam bilik ni hanya saya seorang saja yang menghuni, komputer riba saya pun telah saya shut down selepas mendengar lagu ai ai ai ai aishiteru tadi.

Klik! Klik! Klik ! Klik!

Ah sudah ! bunyi tetikus pulak dah.


Tap! Tap! Tap! Tap!

Klik! Klik! Klik! Klik!

Bunyi papan kekunci berselang seli dengan bunyi tetikus, lalu membentuk irama yang menyeramkan.

Saya cuba memberanikan diri untuk melihat dari mana punca bunyi itu.

Saya mengangkat kepala sambil badan masih terbaring.

Dalam suasana bilik yang gelap gelita, saya melihat cahaya di penjuru bilik saya.

Holy shit ! ia sangat menyeramkan.

Saya nekad, lalu saya berdiri menuju ke arah cahaya di penjuru bilik.

Langkah demi langkah yang saya lalui sangat mendebarkan.

Ya Allah! saya lihat satu susuk tubuh yang wajahnya penuh dengan darah sedang menekan papan kekunci dan tetikus laptop.

Paling memeranjatkan saya, susuk yang wajahnya berdarah itu adalah Arwah Syafiq !

Dengan tenang, saya tutup suis dan cabut plug adapter laptop tersebut.

Dan terus tidur.


Syafiq, Syafiq, dah mati pun nak main DotA.



No comments: