Wednesday, May 4, 2016

Ada apa dengan Dia ?
Dia dikonstruk oleh apa ?

Aku terdengar,  ada penamat yang menyedihkan
Sepertinya Dia diabaikan oleh alasan-alasan yang memeritkan
Sepertinya Dia disia-siakan, diremeh-remehkan

Lalu, Dia hanya mahu di permukaan sahaja
Tak mahu menyelam, menyelusur ke dalam
Menikmati,
Dia tak mahu lagi larut
Menjadi sisa-sisa
Kerna pasti nanti bila ke atas
Tetap ada sisanya yang tertinggal

Sekali lagi,
Ada apa dengan Dia ?
Dia dikonstruk oleh apa ?

Tuesday, May 3, 2016

Penamat

Kau akan berkahwin
Aku masih begini

Telah sampai khabar kepada ku
Yang engkau akan berkahwin
Lalu, langit pun terang
Burung-burung pun menyanyi
Pelangi pun berlapis-lapis warnanya
Pokok-pokok turut menari
Semuanya kerana
Kau akan berkahwin

Di sudut yang lain
Angin bertiup kencang
Burung-burung hilang
Awan berkumpul-kumpul
Langit malap dan kelam
Seperti mahu menangis
Semuanya kerana
Kau akan berkahwin

Ada dua rasa
Gembira
Kerana kau bakal jadi isteri seseorang
Kau akan menjadi ibu buat anak-anaknya
Kau pasti bahagia
Sayu
Kerana bukan dengan aku
Yang pernah menjadi separuh engkau
Kau akan mula ke alam baru
Yang akan jadi penamat buat aku

Berbahagialah engkau
Kerana kau akan berkahwin
Dan aku masih begini

Saturday, April 16, 2016

Israel Yang Fak Atau Yang Fak Israel itu Fak

Bila tibanya musim yahudi membantai Pelestin.
Maka, Israel pun di fak.
Aku pun ikut fak.
Aku fak Israel.
Aku masih membeli peranti elektrik yahudi.
Aku fak Israel.
Negaraku dalam diam punyai hubungan dagang dengan Israel.
Aku fak Israel.
Aku tidak tahu apa itu Deklarasi Balfour.
Aku fak Israel.
Aku tak ambil tahu apa itu Camp David.
Aku fak Israel.
Tak aku ambil tahu konflik Fatah-Hamas.
Aku fak Israel.
Tak ingin aku ambil kisah mengapa mudahnya negara-negara Arab ranap dalam Perang Enam Hari.
Bagaimana Israel masih belum tumbang dalam pertempuran Yom Kippur.
Israel tetap aku fak.
Aku pun boikot Mcd.
Bila habis musim boikot.
Aku kembali ke drive thru.
Aku fak Israel.
Aku sangka Israel hanya punya Mcd.
Padahal mereka itu menguasai ekonomi dan politik.
Mereka itu menunggangi kuasa besar.
Tak hairanlah pelobi mereka sangat berpengaruh.
Aku tak kira, aku fak Israel.
Aku sokong Erdogan.
Aku lihat dia hero Islam.
Yang berani mengecam Israel di pentas dunia.
Yang berani menelanjangkan kemungkaran Israel.
Tapi kini tidak lagi, Turki tersepit.
Erdogan mula hulur salam persahabatan.
Israel senyum.
Aku masih fak Israel.
Berapa generasi lagikah Israel akan terus kita fak.

Friday, April 15, 2016

Umat kita masih seronok bertengkar sesama sendiri. Menyalahkan sesama sendiri. Melabelkan sesama sendiri. Menyesatkan sesama sendiri. Tentang, aku lebih baik dari engkau. Aku lebih suci dari engkau. Aku lebih utama dari engkau. Tentang hal-hal yang tidak mustahak.

Pada hakikatnya, tahu atau tidak tahu, umat kita tidaklah lagi menerajui sepertiga dunia. Tiada lagi menguasai samudera luas. Tiada lagi menjadi penentu aturan. Umat kita, kedudukannya adalah di bawah yang bukan dikalangan kita.

Umat kita, realitinya hanya seperti sebuah pasukan bola sepak yang taksub dengan sejarah dan pencapaian silam. Yang hanya tahu bercerita "dulu" dan " betapa hebatnya kita dulu". Umat kita, selayaknya digelar, umat syok sendiri.

Wednesday, February 18, 2015

46800 Detik

Ianya adalah 13 jam yang bungkam.
13 jam yang penuh resah.
13 jam yang penuh duka dan sunyi.
13 jam yang memilukan.
13 jam yang suram dan tak mahu dikenang.


Ketahuilah.
Diamnya engkau, kepedihanku.
Bungkamnya engkau, pengakhiranku.
Hilangnya engkau, kebinasaanku.
Lenyapnya engkau, kematianku.

Kekasih ku yang telus,
Jika kehancuranku mampu memberimu emas dan logam bernilai.
Aku mahu jadi Supernova yang menghancurkan dirinya.
Jika kewujudanku bisa mententeramkan
dan memperlahankan mu.
Akan ku jadi bulan yang setia.