Kau akan berkahwin
Aku masih begini
Telah sampai khabar kepada ku
Yang engkau akan berkahwin
Lalu, langit pun terang
Burung-burung pun menyanyi
Pelangi pun berlapis-lapis warnanya
Pokok-pokok turut menari
Semuanya kerana
Kau akan berkahwin
Di sudut yang lain
Angin bertiup kencang
Burung-burung hilang
Awan berkumpul-kumpul
Langit malap dan kelam
Seperti mahu menangis
Semuanya kerana
Kau akan berkahwin
Ada dua rasa
Gembira
Kerana kau bakal jadi isteri seseorang
Kau akan menjadi ibu buat anak-anaknya
Kau pasti bahagia
Sayu
Kerana bukan dengan aku
Yang pernah menjadi separuh engkau
Kau akan mula ke alam baru
Yang akan jadi penamat buat aku
Berbahagialah engkau
Kerana kau akan berkahwin
Dan aku masih begini
No comments:
Post a Comment