Monday, March 28, 2011

Jiran Depan Rumah ( 2 )

Aku malas nak cerita panjang-panjang, Siapa yang tak tahu cerita boleh rujuk entri Jiran Depan Rumah.


Seperti biasa, si emak yakni jiran aku ni buat hal lagi. Hampir setiap hari aku akan terdengar jeritan dan laungan beliau. Adakah protes kerana kurang nafkah bathin ? aku tak tahu.

Aku musykil, adakah si emak ini ketika sudah selesai bersalin telah menjalani proses berpantang yang kondusif dan efektif ?

Bertungku tak ?

Ikan haruan makan ?

Bengkung ada buat ?

Tuam, urut ?


Sekali lagi yang menjadi mangsa amarah dan herdikan si emak ialah anaknya yang masih kanak-kanak.

Kanak-kanak perempuan normal yang rutinnya menonton wonder pet, buat sepah, bermain basikal dan masak-masak.

Baiklah, kata-kata amarah yang sempat neuron aku tangkap adalah :

Kau degil ye! kau berambus dari rumah ni sekarang ! berambus !

Aku terkejut, tersentak dan terpaku bila mendengar kata-kata ini.

Bayangkan kata-kata ini di tuturkan pada seorang kanak-kanak yang daif dan kudus.

Kecik-kecik dah kena halau, betapa pedihnya hati si anak, sepedih kaki Azizulhasni Awang yang tercocok kayu masa tengah lumba basikal.

Yang aku risaunya macam mana dengan psikologi si anak tu ? ye lah kecik-kecik lagi dah kena maki, herdik dan marah.

Adakah semasa tahun wawasan 2020 si Anak berubah menjadi gadis liar atau bohsia ?

Lepastu lari ikut Mat rempit ?

dan melahirkan bayi ?

ke mana bayi itu ? tong sampah ? longkang ?

kemudian si Anak akan di masukkan ke Sekolah Pengasih Melaka ?



Ah ! imiginasi memang menakutkan.

5 comments:

feizal said...

mmg xbkenan betul aku dgn mak2 yg suke mrh pkai bahasa krg elok nie..

p/s:mak aku kuat bebel, tp aku syg giler kt die!

p/s2:mak aku dh xder...aku rindu kt die... al-fatihah buat arwah!

p/s3:alhamdulillah skang aku dh berjaya!klau mak xbebel dulu,xtahu la..time kasih MAK!

Mashitah Rahim said...

mungkin dia terlampau stress kot.
tapi tak relevan jugak kalau dia marah anak-anak dia sambil sumpah seranah macam tu.

nota:
"kata-kata yang keluar daripada mulut seorang ibu adalah doa.jangan sesuka hati memarahi anak2 puan sebegitu rupa."

cuba anda letakkan nota tanpa nama dirumah dia. tengok, ada perubahan atau tak.

Azlina ishAk said...

adoiyai cian dak 2..
kpde mak2 semlysia...didik la anak anda dgn sebaeknye...sbb kami(aku pon seorg anak=)..) adlh amanah,,,

Dilakochan said...

kesian budak kecik. tersiksa emosi.
Kecik2 dah kene tengking dgn maknye.

esok tua tua rasalah mak nya..
Silap2 anak pun xkuasa nk jaga..

ayn azaluddin said...

mana uma kamu..meh saya slowtalk eh tak2 fasttalk dgn mak dia..takpn saya nak culik anak dia bawak lari jauh2..haish..bek takyah beranak klu tau nak maki jer....