Saturday, February 12, 2011

Tong Sampah Sejarah Untuk Mubarak




Enam kali percubaan membunuhnya dan tiga puluh tahun jangka masa pemerintahan, barangkali sudah cukup untuk menggambarkan daya tahan dan degil seorang Mubarak.

30 tahun yang lalu, Mubarak yang tak berapa di kenali mengangkat sumpah sebagai Presiden Mesir menggantikan Arwah Anwar Sadat yang mati di bunuh, 30 tahun yang lalu, Dr Rozmey masih di bangku sekolah, 30 tahun yang lalu juga, rambut Dr Rozmey mungkin tidak seteruk hari ini.

Sewaktu pembunuhan Anwar Sadat, Hosni Mubarak yang ketika itu merupakan timbalan Anwar, berada hanya beberapa meter dari kedudukan Anwar Sadat, Mubarak turut terkena tembakan di tangannya. Bayangkan jika 30 tahun yang lalu, Hosni Mubarak sama-sama arwah dengan Anwar Sadat, pasti kita tidak mengenali nama Hosni Mubarak. Namun takdir tidak sedemikian, Hosni bertahan di tampuk pemerintahan Mesir Moden selama 30 tahun.

Apa yang membuatkan Mubarak sebegini kebal dan degil ? Mungkin ini hasil dari tarbiyyah Akademi Militer Mesir yang di terimanya yang melayakkan beliau menjadi perwira angkatan udara atau sememangnya daya tahan yang semulajadi wujud hasil kemiskinan keluarganya di sebuah desa kecil, delta sungai Nil.

Ini bukan intinya, fokusnya di sini, seorang Mubarak sudah jatuh dan menjadi sejarah.Sejarah yang bagaimana ? adakah sejarah yang baik atau sekadar bertahap tong sampah ?

Setelah lebih dua minggu revolusi berlangsung, ratusan nyawa menjadi arwah dan berjuta berkampung di Dataran Tahrir, ego dan degil seorang Mubarak akhirnya runtuh.

Perginya seorang Mubarak di sambut dengan gemilang oleh marhein Mesir, gemilangnya seperti Wayne Rooney menjaringkan gol ala-ala takraw saat menentang pasukan jiran tetangga Manchester City.Inzal yang paling manis. Bezanya, ia menjadi fardu kifayah saat Rooney menjaringkan gol buat umat-umat Man U, dan menjadi Fardu Ain buat setiap merhein Mesir menjatuhkan Mubarak.

Mana taknya, geram Marhein Mesir sudah tersimpan selama 30 tahun. Geram dengan sekatan demokrasi, penyelewengan pilihanraya, kesempitan ekonomi dan korupsi. Namun, geram ini berjaya di manifestasikan di Dataran Tahrir.Geram ini juga lah yang penghabisannya, mencampakkan Mubarak ke dalam tong sampah sejarah.

Dan kini, Mubarak boleh berkira-kira memilih template designer untuk blognya."Hey Mubarak, kamu jangan jadi malas ! jangan asyik makan unta je, contohi Tun Mahathir yang rajin mengemaskini blog beliau, kamu dah tua, bila lagi kamu nak jadi blogger, lagipun dengan adanya blog, kamu boleh kutuk rakyat Mesir yang menjatuhkan kamu, kamu kena ingat, Switzerland dah bekukan harta kamu, dengan adanya blog, kamu boleh menjana pendapatan kamu dengan duit nuffnang."


1 comment:

RubyZ said...

ape kaitan ngn dr rozmey...hahaa