Saturday, December 31, 2011

Berak 4.0 : Jamban Masa Hadapan

Tadi , baru saja Rashid pergi berjumpa Doraemon dengan niat untuk meminjam mesin masa Doraemon. Doraemon benarkan, punyalah Rashid Suka. Sebenarnya satu sahaja tujuan Rashid meminjam mesin masa Doraemon iaitu ingin melihat jamban masa hadapan.

ZEUSSSSSSSSSSSSSSS !


Sekarang Rashid berada di tahun 2100.

Rashid berada di hadapan tandas awam, sekelilingnya nampak aneh dan canggih. Rashid bergegas masuk untuk berak, sengaja Rashid biarkan dirinya tak berak dua hari semata-mata mahu mencuba kecanggihan jamban masa hadapan.

Pintu tandas terbuka dengan auto, Rashid sedikit kagum. Di hadapannya ialah jamban duduk, Rashid mengambil posisi, di tepi mangkuk tandas terdapat tiga butang, butang merah, biru dan hijau. Perasaan ingin tahu Rashid memang kuat, dengan selamba Rashid menekan butang merah.

ZUPPPP!

Jamban duduk tadi berubah menjadi jamban cangkung, oh rupanya butang merah tadi adalah butang untuk menukar mode jamban, Rashid mengangguk tanda faham. Rashid membiarkan mode jamban menjadi jamban cangkung kerana bagi Rashid jamban cangkung adalah senaman untuk menguatkan otot peha dan kekuda.


Rashid gatal tangan lagi, kali ini Rashid menekan butang biru, beberapa saat selepas itu segenap tandas berbau harum seperti haruman White Musk, fahamlah Rashid bahawasanya butang biru itu fungsinya mengeluarkan haruman untuk mereka yang gas kentutnya bau macam haram.

Kerana dah tak tahan Rashid pun berak.

Selesai berak tapi Rashid masih belum cebok , Rashid terlupa ada satu butang lagi yang masih belum di usik, iaitu butang berwarna hijau. Rashid tekan sambil dalam posisi mencangkung.

Tiba-tiba Rashid merasakan ada sesuatu yang bergerak di bahagian bawahnya. Benda itu seperti sedang mencebok. Rashid mengangkat kedua-dua tangannya. " Aik siapa yang cebok ni ?"

Rashid menundukkan kepala melihat ke bawah, alangkah terperanjatnya Rashid melihat tangan dan jejari besi sedang menceboknya. Argghhhhhhhh!, Rashid menjerit.

Apalagi, Rashid terus berlari keluar meninggalkan seluarnya.

Bodoh Rashid, butang hijau tu fungsinya untuk cebok berak.