Monday, December 5, 2011

Imajinasi 1

Pada suatu hari, sedang aku menunggang motosikal di lebuhraya selenggaraan kroni kerajaan, aku menunggang dengan penuh riang sambil menyanyi lagu Cinta Muka Buku.

Di depan aku adalah sebuah lori besar yang membawa muatan berat berisi kayu balak.Oleh kerana lori di depan aku ni lembab dan cara pemanduan aku pula mengikut piawaian mat rempit yang panas baran, maka aku membuat keputusan untuk memotong lori itu.

Aku setting gear dan mula membuat pecutan, mulut aku terkumat kamit menyanyikan lagu Cinta Muka Buku, aku dah sampai ke bahagian pertengahan lagu iaitu part " Pabila kau renung tajam-tajam mata aku, Ku rasa sesuatu yang ku tak tahu Oooo...Ini cinta remajaku...". Nah, sekarang aku berada di sebelah kiri lori gedabak ni, dengan rasa takjub aku memandang lori itu, lagu Cinta Muka Buku aku hentikan.

Aku lihat memang besar betul kayu balak yang di bawa lori itu, ada lima batang kayu balak yang di ikat, oleh kerana aku berada di sebelah lori tersebut, maka aku dapat melihat kayu balak itu dengan dekat tanpa perlu mengeZoom menggunakan kamera DSLR milik anak-anak muda melayu di Pavilion.

" Peh, besar betul kayu ni, ini kalau kayu ni jatuh ni...kalau jatuh ni...kena aku memang baler ni, peh ! ", ujar aku sambil menggeleng geleng kepala.

Aku abaikan lori itu dan kembali sambung menyanyi lagu Cinta Muka Buku, " Pabila kau katakan kau suka aku, ku terdiam terkedu mana nak tu.....", Ketarppppp! aku terhenti menyanyi kerana aku terdengar sesuatu, aku toleh ke arah lori itu, aku lihat kayu balak tadi sedang bergerak untuk jatuh.

Ya, kayu balak itu terjatuh ke arah aku, menghepap kepala aku, aku terjatuh, motor aku berpusing-pusing tanpa kawalan. Darah bersepah.

Aku pun mati.Innalillah.

Besoknya, kesemua akhbar tempatan terutamanya Metro dan kosmo menjadikan berita kemalangan aku sebagai tajuk muka hadapan, tidak lupa juga tabloid Mastika.