Monday, August 30, 2010

Sembang Gebang: Cerita Kemerdekaan Malaya






Pertama sekali,lebih tepat kalau tarikh 31 ogos ini di raikan untuk rakyat semenanjung sahaja.Sabah dan Sarawak duduk diam-diam.Fakta pembentukkan Malaysia adalah bertarikh 16 September 1963, iaitu sempena kemasukkan Singapura,Sabah dan Sarawak.Tapi macam biasa,31 Ogos punya mood meriah lain macam.

Macam biasa juga,bila menjelang 31 Ogos, hujan bendera bukan main lebat,sana sini bendera,acara bendera terpanjang dan terbesar,tiba-tiba semua orang jadi patriotik,tapi 31 ogos tahun ini punya patriotik lagi semangat nak-nak bila dapat berita puak indon buat dajal pada Jalur Gemilang.ye dak?

Kebanyakkan dari kita mula belajar sejarah adalah melalui sekolah, di sekolah ada subjek sejarah yang berpandukan buku teks sejarah.Dalam buku teks kita mula mengenal asal usul tanah air,peristiwa penting dan lain-lain.Kita menerima semua ini sebagai fakta.

Monopoli Sejarah

Mereka yang menang akan memonopoli sejarah.Realiti ini berlaku dalam buku teks Sejarah di sekolah.Ini kerana,buku teks sejarah punya syok sendiri lain macam.Buku ini seolah-olah ingin memberitahu bahawa perjuangan menuntut kemerdekaan hanya di lakukan oleh satu pihak sahaja iaitu UMNO dan Perikatan.Sebaliknya ada sisi lain yang di gelap dan dighaibkan

Kita sepatutnya diberitahu bahawa usaha menuntut kemerdekaan ini telah bermula sejak 1946 lagi apabila Pakatan PUTERA-AMCJA telah merintis gerakkan menuntut kemerdekaan.Parti yang di label haluan kiri ini juga sejak awal-awal lagi menggunakan slogan Merdeka! .Sebelum UMNO menggunakan slogan ini.

Kita juga sepatutnya di beritahu, Parti Komunis Malaya (PKM) memainkan peranan yang penting dalam memerdekakan Tanah Melayu.PKM telah berjuang mengangkat senjata menentang British.Darurat yang diisytiharkan British pada tahun 1948 di katakan ingin memerangi 'pengganas', sebaliknya 'pengganas-pengganas' ini adalah daripada parti haluan kiri yang menentang British.Rupa-rupanya,'pengganas' ini adalah pejuang kemerdekaan.Sebilangan 29857 orang telah di tangkap,daripada jumlah itu 10000 adalah orang melayu.

Hartal se-Malaya tahun 1947 adalah peristiwa bermakna dalam episod menyepak British,hartal adalah perhimpunan raksasa besar-besaran di mana rakyat berbilang kaum telah sama-sama membantah Perlembagaan Federation yang di rangka British.Peristiwa Hartal se-Malaya ini akhirnya telah membawa British mengisytiharkan darurat 1948 bagi memadam ombak kebangkitan rakyat.Tetapi nampaknya, peristiwa penentangan Malayan Union lebih heboh dari Hartal se-Malaya ini.

Alangkah indahnya,jika kita sama-sama berkongsi kejayaan kemerdekaan negara ini dan memberi penghargaan sepatutnya kepada pejuang-pejuang kemerdekaan kita.Lantas kejayaan kemerdekaan ini adalah milik bersama tanpa di bolot oleh sebelah pihak.Sesuatu harus dilakukan bagi tujuan ini.


Patriotisme

Sebenarnya untuk menjadi Patriotisme adalah subjektif.Mungkin lebih luas.Kita biasa mensasarkan maksud patriotik pada bendera sahaja.Mengibar bendera itu patriotik.Menghasilkan Jalur Gemilang terbesar yang diperbuat daripada hampas kelapa sempena sambutan kemerdekaan negara, itu juga di kira patriotik.Jadi, itu sahaja kah patriotik kita?

Patriotik iaitu semangat cintakan negara ini mungkin bukan sekadar contoh yang dinyatakan seperti di atas,kita mampu untuk menjadi lebih patriotik.Apakah memberitahu kebenaran dan menentang penindasan tidak di kira patriotik?


"True patriotism hates injustice in its own land more than anywhere else.
"
- Clarence Darrow-

A patriot must always be ready to defend his country against his government.” -Edward Abbey quotes-






No comments: