Kau akan berkahwin
Aku masih begini
Telah sampai khabar kepada ku
Yang engkau akan berkahwin
Lalu, langit pun terang
Burung-burung pun menyanyi
Pelangi pun berlapis-lapis warnanya
Pokok-pokok turut menari
Semuanya kerana
Kau akan berkahwin
Di sudut yang lain
Angin bertiup kencang
Burung-burung hilang
Awan berkumpul-kumpul
Langit malap dan kelam
Seperti mahu menangis
Semuanya kerana
Kau akan berkahwin
Ada dua rasa
Gembira
Kerana kau bakal jadi isteri seseorang
Kau akan menjadi ibu buat anak-anaknya
Kau pasti bahagia
Sayu
Kerana bukan dengan aku
Yang pernah menjadi separuh engkau
Kau akan mula ke alam baru
Yang akan jadi penamat buat aku
Berbahagialah engkau
Kerana kau akan berkahwin
Dan aku masih begini
Tuesday, May 3, 2016
Saturday, April 16, 2016
Israel Yang Fak Atau Yang Fak Israel itu Fak
Bila tibanya musim yahudi membantai Pelestin.
Maka, Israel pun di fak.
Aku pun ikut fak.
Aku pun ikut fak.
Aku fak Israel.
Aku masih membeli peranti elektrik yahudi.
Aku fak Israel.
Negaraku dalam diam punyai hubungan dagang dengan Israel.
Aku fak Israel.
Aku tidak tahu apa itu Deklarasi Balfour.
Aku fak Israel.
Aku tak ambil tahu apa itu Camp David.
Aku fak Israel.
Tak aku ambil tahu konflik Fatah-Hamas.
Aku fak Israel.
Tak ingin aku ambil kisah mengapa mudahnya negara-negara Arab ranap dalam Perang Enam Hari.
Bagaimana Israel masih belum tumbang dalam pertempuran Yom Kippur.
Israel tetap aku fak.
Aku pun boikot Mcd.
Bila habis musim boikot.
Aku kembali ke drive thru.
Aku fak Israel.
Aku sangka Israel hanya punya Mcd.
Padahal mereka itu menguasai ekonomi dan politik.
Mereka itu menunggangi kuasa besar.
Tak hairanlah pelobi mereka sangat berpengaruh.
Aku tak kira, aku fak Israel.
Aku sokong Erdogan.
Aku lihat dia hero Islam.
Yang berani mengecam Israel di pentas dunia.
Yang berani menelanjangkan kemungkaran Israel.
Tapi kini tidak lagi, Turki tersepit.
Erdogan mula hulur salam persahabatan.
Israel senyum.
Aku masih fak Israel.
Berapa generasi lagikah Israel akan terus kita fak.
Aku fak Israel.
Aku tak ambil tahu apa itu Camp David.
Aku fak Israel.
Tak aku ambil tahu konflik Fatah-Hamas.
Aku fak Israel.
Tak ingin aku ambil kisah mengapa mudahnya negara-negara Arab ranap dalam Perang Enam Hari.
Bagaimana Israel masih belum tumbang dalam pertempuran Yom Kippur.
Israel tetap aku fak.
Aku pun boikot Mcd.
Bila habis musim boikot.
Aku kembali ke drive thru.
Aku fak Israel.
Aku sangka Israel hanya punya Mcd.
Padahal mereka itu menguasai ekonomi dan politik.
Mereka itu menunggangi kuasa besar.
Tak hairanlah pelobi mereka sangat berpengaruh.
Aku tak kira, aku fak Israel.
Aku sokong Erdogan.
Aku lihat dia hero Islam.
Yang berani mengecam Israel di pentas dunia.
Yang berani menelanjangkan kemungkaran Israel.
Tapi kini tidak lagi, Turki tersepit.
Erdogan mula hulur salam persahabatan.
Israel senyum.
Aku masih fak Israel.
Berapa generasi lagikah Israel akan terus kita fak.
Friday, April 15, 2016
Umat kita masih seronok bertengkar sesama sendiri. Menyalahkan sesama sendiri. Melabelkan sesama sendiri. Menyesatkan sesama sendiri. Tentang, aku lebih baik dari engkau. Aku lebih suci dari engkau. Aku lebih utama dari engkau. Tentang hal-hal yang tidak mustahak.
Pada hakikatnya, tahu atau tidak tahu, umat kita tidaklah lagi menerajui sepertiga dunia. Tiada lagi menguasai samudera luas. Tiada lagi menjadi penentu aturan. Umat kita, kedudukannya adalah di bawah yang bukan dikalangan kita.
Umat kita, realitinya hanya seperti sebuah pasukan bola sepak yang taksub dengan sejarah dan pencapaian silam. Yang hanya tahu bercerita "dulu" dan " betapa hebatnya kita dulu". Umat kita, selayaknya digelar, umat syok sendiri.
Wednesday, February 18, 2015
46800 Detik
Ianya adalah 13 jam yang bungkam.
13 jam yang penuh resah.
13 jam yang penuh duka dan sunyi.
13 jam yang memilukan.
13 jam yang suram dan tak mahu dikenang.
Ketahuilah.
Diamnya engkau, kepedihanku.
Bungkamnya engkau, pengakhiranku.
Hilangnya engkau, kebinasaanku.
Lenyapnya engkau, kematianku.
Kekasih ku yang telus,
Jika kehancuranku mampu memberimu emas dan logam bernilai.
Aku mahu jadi Supernova yang menghancurkan dirinya.
Jika kewujudanku bisa mententeramkan
dan memperlahankan mu.
Akan ku jadi bulan yang setia.
13 jam yang penuh resah.
13 jam yang penuh duka dan sunyi.
13 jam yang memilukan.
13 jam yang suram dan tak mahu dikenang.
Ketahuilah.
Diamnya engkau, kepedihanku.
Bungkamnya engkau, pengakhiranku.
Hilangnya engkau, kebinasaanku.
Lenyapnya engkau, kematianku.
Kekasih ku yang telus,
Jika kehancuranku mampu memberimu emas dan logam bernilai.
Aku mahu jadi Supernova yang menghancurkan dirinya.
Jika kewujudanku bisa mententeramkan
dan memperlahankan mu.
Akan ku jadi bulan yang setia.
Monday, January 20, 2014
Mengenang Asraf Ghaus
Saya ada seorang kawan yang baru saya kenal tidak sampai setahun, ya, saya yakin semua orang pasti ada kawan dan itu tandanya orang itu betul-betul orang apabila dia bersosial. Anda mungkin boleh berkawan dengan ramai orang tapi soalnya di sini berapa ramaikah kawan itu yang akan benar-benar memberi kesan kepada anda ?
Asraf Ghaus, pertama kali saya bersemuka dengan dia ketika kelas pertama, saya betul-betul duduk bertentangan mengadap dia. Ketika itu,saya tidak tahu siapa dia, dari mana dia, pada pengamatan saya dia ini tidak lebih dari seorang anak muda yang malas bersenam, sekali tengok macam tak boleh pergi jauh budak ini, dan mungkin dia ini adik beradik pelakon komedi bosan tanah air, Angah Raja Lawak.
Takdir memperkenalkan kami apabila kami sama-sama memasuki kelas prasyarat, kami mula bertukar nombor telefon dan telefon Asraf ketika itu sangat daif dan menyedihkan, namun kini Asraf angkuh dan riak mengusung Note 3 beliau ke seluruh pelusuk UKM. Bermula dari itu, saya mula mengenali beliau sedikit demi sedikit, hari demi hari, ah rupanya dia ini merupakan aktivis pelajar beberapa tahun kebelakangan ini, turut bersama-sama berjuang dengan Adam Adli , sentiasa membawa pembesar suara sambil teriak hidup ! Hidup! dan pernah masuk astro awani.
Saya mula lihat Asraf ini bukan seperti Angah Raja Lawak yang saya sangkakan, Asraf mungkin tidak sekacak Asyraf Sinclair atau Asyraf Muslim, dan memang itupun hakikatnya. Mungkin kami memiliki rentak yang sama, rentak yang menyebabkan saya sentiasa duduk bersebelahan dengan dia, merokok bersama, berbual bersama, belajar dan membaca bersama walaupun hakikatnya dia lebih jauh dan banyak pengetahuannya dari saya. Kebiasaannya, saya ini hanya menjadi pendengar dan cuba menghadam pidato percuma beliau. Pandang alam, holistik dan pengitlakkan adalah antara perkataan yang sering keluar dari mulutnya.
Asraf Ghaus pada saya adalah contoh teladan sosok yang rajin dan ghairah belajar. Sekiranya, semua pemuda Islam seperti Asraf Ghaus, negara haram Israel takkan wujud dan kita semua boleh makan Mcd dengan senang.
Lalu apahal pulak saya tiba-tiba menulis mengenai beliau ? begini, Asraf bakal menangguhkan pengajiannya kerana menyambut seruan kerajaan dan akan berkhidmat sebagai birokrat penting negara. Akan di hantar ke Sabah dan saya faham beliau pasti hampa kerana ketika keghairahan beliau belajar sedang deras mengalir, lalu di pasung oleh berita yang menyebabkan beliau di hantar ke seberang laut. Harapan saya, moga beliau cekal, tabah dan kalau bosan sangat dekat sabah tu, main la golf.
Pengembaraan saya bersama Asraf tersekat dan kini Asraf akan mengharungi pengembaraannya yang serba baharu. Mungkin tulisan ini rasa saya seperti gay, tapi percayalah saya dan Asraf bukan gay, dan Asraf sendiri bakal berkahwin dengan gadis pilihannya. Sekali lagi, saya tegaskan kami bukan gay, saya sengaja menulis begini bagi mengelakkan ucapan klise seperti "maassalamah akhi, ukhwah til jannah".
Anggap sahaja tulisan ini sebagai lambang dan penghargaan bagi tema persahabatan yang sukar di ungkapkan oleh lelaki sesama lelaki ketika berhadapan. Seperti setiakawan John Lennon dan Paul McCartney, Arthur dan Merlin, atau Sherlock Holmes dan John Watson.
Bagaimana pula rasanya Paul McCartney bila tanpa Lennon, Merlin bila matinya Arthur dan John Watson bila hilangnya Sherlock Holmes ? Mungkin mereka hampa kerana pengembaraan itu seperti tidak lengkap.
P.U ASRAF
Subscribe to:
Posts (Atom)
