Monday, June 20, 2011

KETAGIH

Tahulah aku.
Hapus sepi Adam, adanya Hawa.
Tahulah aku.
Tekadnya Romeo, Kerana Julia.
Tahulah aku.
Ranapnya Alengka oleh si Rama, kerana Sita.
Tahulah aku.
khianatnya Mark Antony, kerana Cleopatra.
Tahulah aku.
Durhaka si Lancelot akan Rajanya, kerana Guinevere.
Tahulah aku.
Berkecamuk Troy dan Sparta, kerana Helena.
Tahulah aku.
Sengsara Qays, kerana Layla.
Tahulah aku.
Berperang Salim ke atas Ayah kandungnya, kerana Anarkali.
Tahulah aku.
Berdiri megahnya Taj Mahal, kerana Mumtaz Mahal.


Seperti kata-kata Freddie Mercury, Terlalu banyak cinta, akan membunuhmu.







Kelmarin, aku melempang matahari kerana panasnya memanggang kulit ku.
Semalam, aku menumbuk bulan kerana bayangnya tak muncul-muncul.
Hari ini, akan aku humbankan Celcom ke saluran jamban.

Semenjak lebih 20 tahun Dasar Penswastaan di perkenalkan oleh Che Det, dan lebih kurang 9 tahun dari sekarang menuju wawasan 2020, Celcom masih lagi memegang kain pelikat ke hadapan, tanda seorang budak mumayyiz baru berkhatan.


Celcom


Thursday, May 26, 2011

Pembawa Rahmat

Hujan.
Untuk kedua kalinya.
kau tegah jasad ku pergi ke kelas.
Semalam.
Kau ejakulasi dengan lebat.
Kau tegah jasad ku pergi ke kelas.

lalu, aku bertanya.
Apa benar kau membawa rahmat ?
Mungkin ya.
Rahmat untuk aku terus menarik karung selimut.
Dan menganggap kelas ku tidak wujud.

Wednesday, May 25, 2011

Air Tangan

Beberapa minggu yang lepas sehinggalah entri ini di tulis, aku masih terlibat dengan program taaruf untuk pelajar-pelajar baru. Aku tak tahu macam mana aku boleh terlibat dengan aktiviti sihat macam ni, ia berlaku secara spontan dan di bawah paras sedar.

Tugas yang aku galas dalam program ni tidaklah memerlukan komitmen yang tinggi dan daya fikir yang kritikal, aku hanya AJK makanan yang mana skop bidangkuasa aku hanya tertumpu dalam hal ehwal makan minum untuk peserta program.

Sesuai dengan dasar Rasionalisasi subsidi kerajaan dan suhu ekonomi dunia yang tidak menentu, program taaruf yang berlangsung selama seminggu mampu memperlahankan aliran keluar belanjawan aku.

Selaku biro yang paling kenyang iaitu biro makanan, aku tak banyak komplen apa-apa dan aku hanya buat kerja aku serta menghiraukan awek-awek cun di sekeliling.

Rutin harian aku ialah mengisi air ke dalam cawan supaya memudahkan urusan budak-budak lepas SPM ni, sebanyak 150 yang cawan yang perlu di penuhkan.selain itu, aku juga mencedok lauk untuk mereka, tugas cedok lauk ini penting supaya bekalan makanan dapat di kawal, seterusnya pengagihan makanan dapat di jalankan dengan saksama dan adil.Satu lagi, kawalan makanan ini dapat mengelakkan gejala inflasi dan deflasi makanan.

Kedua-dua tugas ini, iaitu isi air ke dalam cawan dan cedok lauk, aku lakukan dengan penuh kasih sayang dan hati yang kudus, setiap air yang di isi ke dalam cawan dan cedokkan lauk aku iringi dengan dzikir Munif Hijjaz.

Benda-benda ni nampak macam simple, tapi dampaknya sangat besar, kau banyangkan kalau aku isi air dalam cawan sambil mencarut, kesannya zarah-zarah di dalam air akan berubah bentuk dan akan memberi kesan kepada peminumnya.Air ni benda hidup.kau jangan main-main.

Sebagai biro makanan, aku juga mempunyai kuasa veto, ya , aku boleh saja menyorokkan makanan macam kes tokey sorok gula atau tepung, biar padan muka budak-budak ni tak dapat tambah makan, siapa tahu ? atau boleh saja aku korek hidung lalu letakkan ke dalam..... Siapa tahu ? atau mungkin boleh saja aku letakkan ekor cicak ke dalam...., Ah ! siapa tahu ?




Wednesday, April 20, 2011

Apa yang Anda tahu wahai gadis-gadis Melayu, tentang mamat Korea anda ?



Anda tahu, wahai gadis-gadis Melayu bahawa jangan mimpi anda akan berkahwin dengan mamat Korea yang anda anggap hensem tu, tahu ?


Anda tahu, wahai gadis-gadis Melayu, bahawasanya semenanjung korea terbahagi kepada dua, iaitu Korsel (korea selatan) di belah selatan dan Korut ( korea utara) di belah utara.


Anda tahu, wahai gadis-gadis Melayu, kedua-dua negara ini berperang dan bergaduh kerana berbeda idealogi, iaitu Korsel bermazhab kapitalis manakala Korut bermazhab komunis sosialis.


Anda tahu, wahai gadis-gadis Melayu, walaupun Perang Korea yang melibatkan Korut dan Korsel telah tamat pada tahun 1953, namun hubungan kedua-dua negara masih bergolak dan nakal.


Anda tahu, wahai gadis-gadis Melayu, Korsel membelanjakan 2.6% pendapatan perkapita negaranya dan 15% perbelanjaan kerajaan hanya untuk sektor ketenteraan.Menjadikan mereka negara ketujuh terbesar dalam perbelanjaan ketenteraan.


Anda tahu, wahai gadis-gadis Melayu, Korsel merupakan negara ke-6 terbesar dari segi jumlah tentera yang aktif dan juga ke-dua terbesar jumlah tentera simpanan.


Anda tahu, wahai gadis-gadis Melayu, di Korsel, populasi mereka berjumlah 50 juta orang, tetapi 3.7 juta darinya merupakan tentera.


Anda tahu, wahai gadis-gadis Melayu, Korsel mewajibkan semua lelaki di negaranya berkhidmat dalam ketenteraan, biasanya selama tempoh dua tahun.Ini adalah kerahan, supaya mereka bersedia menghadapi peperangan.


Apa benda semua ini ?


Ini bermakna Korsel sangat bersedia dari segi ketenteraan untuk menghadapi peperangan.kerana mereka sangat terdedah dalam kancah peperangan.


Ini bermakna kebarangkalian mamat-mamat Korea ( yang hensem ) yang anda minat gugur di bedil bom nuklear Korea Utara adalah boleh jadi.


Ini bermakna, kebarangkalian mereka termasuk SuperJunior dan Mamat Korea ( yang berlakon dalam sinetron jiwang) untuk di tembak komunis Korea Utara juga adalah boleh jadi.


Bila mamat-mamat korea yang anda minat ini gugur di medan syahid, siapa lagi yang akan anda minat, wahai gadis-gadis Melayu ?


Jangan mengade-ngade dan terhegeh-hegeh nak minat mamat ni pulak (sila klik ).



Nota kaki : Anda tahu, wahai gadis-gadis Melayu, Rain si mamat korea tu sedang melakukan persiapan untuk memasuki unit tentera Korea sebagai kewajipan negara tersebut.Mari kita doakan dia supaya tak kena tembak dengan Komunis Korea Utara.