Friday, February 19, 2010

Fitnah,korup,Gila Kuasa-Batu Nisan Sebuah Tamadun..










Hari ini sekali lagi 'lurah bontot' berjaya mengangkat Tanah Melayu terkenal dan menjadi labonan di seluruh komuniti warga dunia.Setelah edisi 'lurah bontot' part 1 berjaya menarik perhatian,kini episod sama didendangkan tetapi dengan bontot yang berbeza.Samaada DSAI(si tua) itu benar-benar peliwat atau balak hot Epul Bukhari(choooooiii!!!!!) benar-benar diliwat adalah terjawab dalam lirik kugiran Hujan(dugaannya): "di luarnya tenang tapi Tuhan sahaja yang tahu,,wow!!".Jadi sedikit sebanyak tahun ini adalah tahun Meliwat Malaysia.Siapa tak berak dua hari atau siapa dapat hadiah spender getah adalah rancangan pakatan jahat freemason dan iluminati(hahaha!).



Tahun ini,masuk usia lima puluh dua tahun tamadun Tanah melayu terdiri,di bina atas ladang subur penjajah,tempat penjajah bercucuk tanam,membenih akar,mencantas tanaman kemudian jual buat muka tak bersalah macam bapak dia punya harta dan kuli ladang ini adalah warga Tanah Melayu.Darah warisan penjajah ini masih mengalir sehingga kini,anak didik penjajah telah direkrut sejak awal dan di tarbiyyah dengan silibus serta acuan penjajah.Kebiasaanya di usia separuh abad ini,umpama seorang manusia, 52 tahun ini sudah tua dan senja serta menjadi peminat setia masjid seperti Masjid Istiqamah puchong.Usia diperingkat ini biasanya sesuai dikatakan 'rumah kata pergi,kubur kata mari'.Adatnya,dengan wujudnya penyakit semakin dekat kubur menghampiri si tua.Semakin kronik penyakit itu semakin melarat dan tenatlah si tua.



Tamadun yang kita bina hari ini menghidapi beberapa penyakit yang mungkin menghempapkan batu nisan ke atas kepala seluruh warga.Penyakit ini bukan kecik anak,ini bukan penyakit tak berak selama dua hari atau penyakit gilakan shah indrawan.Ubat jus mate Dr Rozmey belum mampu meyembuhkan penyakit ini,ini adalah penyakit warisan generasi ke generasi hasil muntahan penjajah.



Suasana politik kita masakini adalah berkiblatkan teori agung Realpolitik Machiavellisme yang diasaskan Nicollo Machiavelli,balak hot dari florence.Teori ini berasaskan politik kotor yakni matlamat menghalalkan cara.Memang patut geng-geng tabligh tak suka pada politik,politik ini memang eeeeeeeee!!,mengetuk pintu dari rumah ke rumah untuk menjemput orang ke majlis iman atas amal atau majlis bayan adalah lebih kool dari labonan politik.Lihat sahaja unsur-unsur kotor setiap kali pilihanraya,SPR seringkali di sampahkan kerana kononnya tidak glokal,cekap amanah,fathonah dan bernanah.Suasana politik kini semakin kelakar dan santai,lebih kelakar dari lawak bodoh senario dan kumpulan cecupak.Kemunculan 'katak-katak' politikus menjadikan ianya semakin lucu dan seram.Pengakuan sebagai daulah demokrasi berparlimen hanyalah topeng semata-mata.



Teori Machiavelli ini sangat bahaya,bagi mereka yang gila kuasa teori ini umpama heroin atau ganja untuk si penagih dadah,teori ini akan mencantas musuh-musuh politik si gila kuasa agar pihak musuh tidak boleh bernafas lagi,teori ini mengiktiraf dan merayakan pencatasan pesaing-pesaing politik .Teori ini sekali lagi akan menggunakan apa sahaja cara untuk mencapai cita-cita muthlak si gila kuasa,ketepikan dahulu soal agama,politik,politik lah,agama,masjid lah.Teori ini semakin subur dan menjadi semakin relevan dalam komuniti kita pada hari ini.Si gila kuasa akan memastikan setiap medium dan jentera di hegemoni kaw-kaw untuk survive melalui teori kotor ini.Padang demokrasi yang di bina ini adalah tidak rata dan hanyalah permainan syok sendiri serta untuk meyedapkan hati.Adolf Hitler,si mamat hodoh tapi petah berpidato telah terlempang tanah airnya German melalui dasar fasis dan cita-cita rakus bangsa Aryannya.Diktator Saddam Hussein juga telah mengheret Baghdad menjadi budak mainan polis dunia.



Korupsi kini berjaya di terima sebagai satu budaya yang mustahak,korupsi atau nama muallafnya politik wang semakin diterima pakai,ini merupakan satu lagi penyakit kritikal yang akan mempercepatkan kebinasaan tamadun,jangan lupa pada Tamadun negara Melaka di saat tamadun ini disodomi datok moyang cristiano Ronaldo dan Nani dari Portugal,rasuah telah berleluasa di kalangan pembesar serta pentadbir Melaka.Sistem ini akan menjadikan emas atau amoi chantek sebagai pelincir.Memenangkan si kalah,meluluskan si gagal dan memalaikatkan si setan adalah idealogi korupsi.


Tamadun berusia 52 tahun ini sebenarnya sedang mengalami kekontangan dan ketepuan fikrah.Fikrah yang sedia ada sebenarnya sedang sakit dan mereng,untuk merawat penyakit dan mencerdaskan fikrah ini adalah dengan cara menstruktur semula fikrah.Penstrukturan fikrah harus di lakukan untuk menyelamatkan tamadun ini dari menjadi sebahagian catatan sejarah.Menstruktur fikrah tamadun mampu merawat penyakit ini.Lihat revolusi Iran yang telah mencantas kekuasaan Shah Reza Pahlavi.Shah yang lebih cenderung meragut emas parsi akhirnya di cantas rakyatnya sendiri,tamadun Parsi berjaya di selamatkan dari fikrah yang bebal kepada pencerahan fikrah.Rakyat Indonesia juga bangun memijak kegampangan fikrah regim Suharto.



Satu lagi yang akan menazakkan tamadun ialah fitnah atau tomahan atau gossip,ini seringkali terjadi hasil menifestasi machiavellisme,seperti yang di sebut di atas,si gila kuasa akan menghalalkan apa sahaja cara untuk mencantas musuhnya,termasuklah fitnah,apabila fitnah berleluasa,ketidakseimbangan akan timbul dan perpecahan akan mengambil pot.Akhirnya tamadun itu ditalkinkan.Ketika Negara Melaka menghampiri liang lahadnya,bendahara ketika itu,Tun Mutahir yang berketurunan mamak bistro telah di hukum bunuh oleh Sultan Melaka akibat fitnah yang di konspirasikan Raja Mendeliar dan Laksamana Khoja Hassan.Ini menyebabkan persengketaan geng mamak dan puak melayu.Betapa jahanamnya fitnah ini.


Hakikatnya,tamadun berusia 52 tahun ini hanyalah gah dan maju dari segi fisikal,percayalah ini bukanlah ukuran untuk kejayaan sesuatu tamadun itu,lihat tamadun purba Tsamud yang gah dengan kejayaan lahiriah-mereka mengukir bukit bukau menjadi tempat tinggal-tetapi kontang menerima fikrah yang hak.Akhirnya mengalu-alukan kedatangan bala dari tuhan.Pharaoh juga telah membina binaan pelik piramid,tetapi akibat kefasisan dan keegoannya,laut telah menjadi kubur si bebal ini.Begitu juga tamadun Aztec maya yang memintas zaman melalui kecanggihan teknologi dan budaya tapi akhirnya terbarai meninggalkan nama sahaja.Semua tamadun ini sukses pada kemajuan fisikal lahiriah tapi cikai dan ngok dalam pembangunan fikrah rohani.



Maka,seharusnya tamadun yang di bina hendaklah meliputi perseimbangan fisikal dan rohani,tamadun rohani ini sudah pasti menjadikan agama dan nilai-nilai akhlak pak lebai sebagai pengukur.Dengan pembangunan rohani,pastinya orang-orang baik akan terhasil,pentingnya menghasilkan susuk-susuk yang baik agar dasar-dasar tamadun di tentukan dengan baik,pentingnya susuk-susuk yang adil agar pengagihan emas negara di agihkan dengan adil.Sudah pasti bila mana ramainya orang-orang baik,maka mamat-mamat korup akan tercekik,kapitalis-kapitalis akan terleleh air liur dan perancang fitnah akan terduduk tahiyat awwal di masjid.


Jika warga mahu melihat tamadun ini terus bertahan dan subur sesuatu mesti di lakukan,sesuatu mesti dilakukan agar penyakit ini tidak seteruk seperti tidak membuang air besar selama 2 hari.Samaada penstrukturan semula fikrah baru dengan mencantas fikrah konvensional yang bebal atau meletakkan batu nisan keatas tamadun ini.Apakah sempat melihat tamadun ini di batu nisankan?owh jangan harap.Tak sempat.Kiamat 2012.

2 comments:

JaCK said...

giler la... disebabkan ajaran Machiavelli (Macha Bali), tuan bloggers udah dpt meramal tarikhnya kiamat akan tiba... isy3

Ibnu Abdullah said...

"..mengetuk pintu dari rumah ke rumah untuk menjemput orang ke majlis iman atas amal atau majlis bayan adalah lebih kool dari labonan politik.."

Amer..so ko rajin2 la follow del p masjid seri petaling, supaya labonan politik x menjadikan ko pencacai macam orang2 itu..