Wednesday, March 17, 2010

Pengkhianat yang mengaku dirinya malaikat...

Huarghhhh.......

Nak bermimpi Maria Ozawa pun tidak bernafsu tatkala terfikir tentang suasana membosankan di negara ini.Harus di insafi,betapa susahnya menjadi golongan pertengahan di Malaysia ini apatah lagi golongan yang menduduki dasar feudalisme,sudahlah di sodomi dengan maklumat media ala-ala bodekisme,juga menjadi mangsa bulian geng kapitalis yang kemaruk emas,juga ditipu itu dan ini,juga di jamu dengan himpunan lawak-lawak bodo sang politikus yang penat ditonton.Kadang kala di tambah pula dengan nyanyian meleleh si tomok akan meningkatkan lagi tingkat kesusahan ini,di darab pula dengan koleksi gamba ala-ala model Dr Rozmey di tabloid kosmo dan metro akan menyebabkan deretan DVD maria ozawa itu adalah tidak bermakna sama sekali.


Ini lah hakikat yang perlu diinsafi(seperti dalam novel cinta islami).Pantulan manifestasi sistem idealogi Machiavelisme,lantas memberanakkan generasi politikus berwatak amfibia katak,tikus perosak dan pelawak bodo seperti rancangan Raja lawak.Tujuan asal politikus sebagai kuli rakyat semakin di lupai.Boleh jadi pemburuan kebendaan atau kemewahan menyumbang ke arah bala ini.


Di dalam kemunculan pelbagai organisasi yang menyaksikan lambakan pertumbuhan organisasi yang berterajang di atas gelanggang kompetitif 'nasib rakyat',ahli atau individu sesuatu organisasi tertentu yang bertukar menjadi pengkhianat adalah merupakan episod yang sangat emosi dan penuh caci maki.Ini adalah soal kompetitif,lebih-lebih lagi dalam ladang machiavelisme yang subur berakar.Apakah dasar-dasar kita cenderung melahirkan politikus pengkhianat?Apakah khianat itu berlaku kerana ketamakkan dalam perebutan 'harta rampasan perang'?atau mungkin kerana sebab-sebab yang sulit.


Parti Keadilan Rakyat(PKR) dilihat cukup produktif dan subur dalam memberanakkan pengkhianat,ini bukanlah artikal mengenai politik ataupun sabotaj pada sesiapa,ini hanyalah pandangan anak muda berfikrah muda,tidak boleh tidak,kelahiran pengkhianat tidak mungkin boleh dihalangi,kerana hati manusia itu mudah berubah dan di pengaruhi nafsu amarah.Di dalam negara yang berekonomikan materialis kapitalis,kebarangkalian merayakan kemunculan pengkhianat lahanat ini adalah pakej yang lengkap.


Dahulu lagi episod pengkhianatan ini sudah beraksi,kematian tiga khalifah dari khulafa arrasyidin iaitu uthman,omar dan Ali adalah di sebabkan oleh sumbangan pengkhianat,ia juga terus merebak dengan ,menyaksikan runtohnya dinasti besar seperti umaiyah,abasiyah,andalusia,fathimiyyah,uthmaniyah,moghul,palestin dan lain-lain adalah hasil seni si pengkhianat ini juga.Di dalam sejarah Tamadun Sparta yang di filemkan dalam cerita 300,menyaksikan kegagalan 300 soldier gila berani mati di bawah pimpinan Raja Leonidas adalah kerana si pengkhianat yang mengkhianat.Pada mulanya mereka optimis akan mampu menghalang kemaraan soldier Parsi kerana mereka telah mengawal ketat satu-satunya pintu masuk ke Kota Sparta,oleh kerana si pengkhianat telah membocor rahsia tentang kewujudan pintu masuk alternatif,maka kesemua 300 pemuda tampan itu menjadi arwah-arwah belaka.
Ini semua adalah kisah-kisah pengkhianat dahulu kala,yang wujud beratus-ratus tahun dahulu,sebelum kemunculan pengkhianat pasca moden.Terbukti,kehadiran sang pengkhianat parasit ini telah membebankan warga yang terpaksa memikul bala-bala ini.


Pengkhianatan ini lahir adalah hasil manifestasi sistem yang di guna pakai pada hari ini,sistem ini adalah sistem naungan payung,yakni di bawah naungan pemerintah,si pengkhianat di benar kan berteduh asalkan susuk-susuk ini bersetuju berpaling tadah.Sistem payung ini mengiktiraf dan membela pengkhianat ini.Sistem payung ini mempunyai kaitannya dengan sistem Kapitalisme,yang mana kapitalisme ini adalah tumpuan pada pemburuan material dan keuntungan.Kapitalisme jauh dari nilai-nilai murni kemanusiaan,cenderung pada kepentingan diri dan tak mengenal apa itu perjuangan.Kebiasaanya pemerintah yang memayungi mampu menawarkan emas-emas dan segala macam kemewahan dan penghargaan pada si celaka pengkhianat ini.Untuk mencapai kejayaan dalam matlamat nya,tentu sahaja pemerintah ini tidak kedekut dan bakhil menawarkan projek dan tender-tendernya pada pengkhianat,asalkan matlamatnya untuk memonopoli tercapai.


Sistem naungan payung ini adalah bala yang celaka,ini kerana si parasit ini akan melekat dan berlindung pada organisasi yang mampu memberi makan pada pengkhianat parasit sahaja.Jika parasit ini sudah tak di beri makan dan berkepentingan,maka beralih arah lah ke organisasi yang lain.Ianya sama seperti kondom yang apabila habis di ejakulasi secara total maka kondom itu akan menjadi sia-sia.Awaslah,pengkhianat ini mempunyai rupa-rupa yang pelbagai,kadang kala nampak seperti malaikat yang kudus,kadang-kadang pula nampak wajahnya sangat simpati.Lempar sahaja emas-emas,si pengkhianat ini mampu berlakon pelbagai watak.Semoga tamadun ini takkan terus-menerus menghasilkan generasi perosak seperti ini.Dalam hal ini,tidaklah adil menyalahkan si pengkhianat semata-mata,tetapi hal yang paling penting adalah sistem yang di guna pakai pada hari ni adalah cenderung melahirkan golongan ini.Si pengkhianat hanyalah menjadi mangsa pergerakkan sistem ini,perubahan dan pencerahan sistem mampu memandulkan kelahiran pengkhianat!






4 comments:

Aspio said...

bagus blog ni. tapi kalau di highlight sket isi2 penting + gambar pasti lebih menarik. kan amer?

Achilles Monoloules said...

ye..terima kasih aspar..akan di perbaiki dari semasa kesemasa..hehe..

Anonymous said...

good blog..
cetusan minda muda yg penuh dgn emosi (brgkali)..
dunia politik sbnarnya ktor..
xkn lri dr melahirkn pngkhianat2 yg b'jya..
pmbngkng atau pmrintah,sma sj..
nyway..
keep ur good blog up..
=)

Izani Abdullah said...

politik ikut Islam selamat..tapi kalau Islam ikut politik, hancurlah dunia..