Saturday, November 5, 2011

Yang awal adalah Pengorbanan

Kau pandang dengan pandangan redup penuh emosi.
Kau ragut rerumput dengan penuh eksotik.
Kau sedang meraikan juadah terakhir
Yang entah belum pasti sempat di hadam atau tidak.
Kau seolah-olah redha dengan masa hadapan.

Adakah kau sedar bahawa rumput di mulut mu juga adalah korban seperti kau.
Korban untuk kelangsungan hidup.
Hakikatnya kau lebih mulia dari manusia.
Manusia yang hanya tahu berbuat fasad.
Dan kau sedang menuju Tuhan.
Bergembiralah.
Rumput di surga menantimu.
Rumput yang lebih segar dan enak.
Berbanding rumput di dunia yang telah di cemari tangan manusia.

Bergembiralah.
Nanti tubuh kau akan di jamah oleh mereka yang fakir.
Yang tak mampu memesan menu di McD.
Yang di sisih dari sistem ekonomi yang hanya di nikmati segelintir elit.

Bergembiralah kerana mereka akan bergembira.

Ketahuilah.
Adam dan Hawa berkorban turun ke dunia kerana mengharap keampunan Tuhan.
Hanya satu sperma yang akan berjaya, selebihnya menjadi korban.
Seorang ibu berkorban kudrat melahirkan seorang anak.

Tiada kehidupan tanpa pengorbanan.
Tiada kematian tanpa pengorbanan.

Bukankah nanti, dunia ini akan di korbankan sebagai tanda kehidupan akhirat akan bermula ?


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.