Sunday, January 3, 2010

Dari "markas lanun" kepada "markas Tabligh".


bro tabligh yang mmg kewl~



kapten Jack sparrow yang poyo..



Apabila melabon tentang hikayat melayu dahulu kala,adalah tidak 'kewl' jika kita tidak menyemakkan sekali hikayat kota Melaka yang menjadi simbol kemuncak ketamadunan di semenanjung 'pisang' ini.Negara Melaka seperti yang diceritakan oleh cikgu-cikgu sekolah dan buku teks KBSM merupakan sebuah pusat perdagangan yang masyur lagi menguntungkan.Di sini kita akan melihat rujukkan yang lain selain buku teks KBSM itu.Buku catatan pelayaran Marco polo,Tome Pires dan Ibnu Batutta merupakan khazanah yang sangat bernilai.Melaka hanya mampu bertahan selama satu abad iaitu satu tempoh masa yang tidaklah lama sangat dan belum mampu di banggakan.


Parameswara memainkan watak sebagai pelakon utama dalam episod perasmian negara Melaka ini,pembuka Melaka ini yang namanya bermakna"suami permaisuri"adalah suami kepada seorang putri majapahit.Parameswara akhirnya memilih untuk menjadi pelarian setelah beliau frust menonggeng dalam percubaannya membebaskan Palembang dari Srivijaya yang ketika itu sedang tumbuk menumbuk antara satu sama lain.Semasa dalam pelarian,Parameswara telah singgah di beberapa perhentian,antara yang feymes adalah Tumasik yang merupakan pusat perdagangan stratejik.


Tumasik pada ketika itu di tadbir oleh CEO nya yg bernama temagi,kerana merasakan Tumasik agak kewl dan temagi sedikit poyo,makanya parameswara mengambil keputusan drastik membunuh temagi yang poyo itu.Untuk beberapa waktu Parameswara menguasai kerusi CEO Tumasik,akan tetapi beliau terlupa satu perkara yang syarikat Tumasik ini berada di bawah pengaruh 'abang long' asia tenggara ketika itu iaitu siam.Akhirnya Parameswara telah diusir oleh 'abang long' siam yang tak kewl itu.


Setelah letih berlari-lari,beliau akhirnya tiba di Melaka yang ketika itu di huni oleh nelayan-nelayan dan lanun-lanun,Parameswara dengan pantas telah mewujudkan satu penempatan yang besar dengan bantuan dari lanun-lanun dan orang Melayu yang datang dari Palembang.Mulanya,ia menjadi pasar barang-barang rampasan iaitu PUSAT LANUN.Selepas itu ,dengan cara memaksa kapal-kapal lain yang melalui selat Melaka supaya singgah berlabuh untuk mendapatkan surat-surat kebenaran,akhirnya Parameswara berjaya menjadikan pelabuhan Melaka sesuatu yang menguntungkan dengan merugikan samudera dan singapura.


Era selepas nya,Melaka melalui satu period masa yang kewl setelah pengaruh islam mulai bertapak meninggalkan pengaruh hindu,Melaka juga bertanggungjawab mengislamkan semenanjung melayu serta beberapa wilayah di sumatera melalui dasar takluknya selain kegiatan dakwah dan keilmuan juga giat dijalankan.Cuma yang tak berapa nak kewlnye di sini adalah,Melaka masih lagi memerlukan back up dari 'abang long' china yang merupakan kuasa besar dunia pada ketika itu.Melaka berkali-kali meminta perlindungan dari 'abang long' ini oleh kerana sering di buli oleh 'abang ngah' siam.Perbuatan meminta back up ini pastinya merencatkan pendemokrasian sesuatu negara kerana 'abang long' pastinya mengharapkan duit kopi atau tender-tender bodek.


Di sini,saya bukanlah mahu memperlekehkan ketamadunan Melaka yang menjadi kebanggaan pada masa kini,tetapi lihatlah dari sudut transformasi yang berlaku,dari sebuah pot lanun-lanun menjadi sebuah pelabuhan yang laris dan akhirnya bertukar menjadi diantara pusat pengislaman di asia tenggara ini.Perubahan adalah sesuatu yang sebati dalam kehidupan insan,kesemua susuk-susuk di dunia ini mengharapkan perubahan,sama ada dari baik menjadi jahanam atau sial menjadi kewl tetap di labelkan sebagai 'berubah'.Perubahan adalah sesuatu yang tidak mustahil,bangsa jahiliyyah arab telah berubah,soviat union telah berubah,akil hayy telah berubah dari rockers menjadi ustat komedi,noraniza idris telah bertudung dan macam-macam segala kepala bana punya perubahan yang berlaku.Persoalannya disini,mampukah kita merubah keadaan negara kita yang dikatakan mantan perdana menteri sebagai 'police state ini' serta dalam keadaan di kuasai oleh kapitalis-kapitalis dan para chukong-chukong ini berubah kearah pendemokrasian yang asli?





4 comments:

anak posmen chemor said...

sangat cool okay :))

lets see how far jack sparrow akan bawa team lanun =DD

deris

Anonymous said...

tahniah ! sedare yg mnulis ini mmg brani.
tp jgn pula smpi di 'cop' contra pd kerajaan.
maklumlah m'sia terchenta inikn berbagai2 bgse.
byk org byk la ragam. hehe.
truskn usaha anda.

Kicap Manis Media said...

let see how Akmal Khan akan menetang lanun2 ini bersama geng2 tablighnya seperti Mus dan Boboy, teruskan menghiasi tong sampah anda bagi menentang penjajahan edisi lanun, 40 hari melabon di Kepulauan Melayu Melaka!!! Hapuskan Khairi!!!

Kicap Manis Media said...

hey garbage, you haven't foolow me yet!