Sunday, January 3, 2010

Pembuka tong sampah(sila buka tong sampah ini)



Hakikatnya,manusia telah membina pelbagai latar belakang sejarah,sejarah manis atau pahit,semua telah ditempuh manusia,bermula dari adam dicipta,di hantar ke bumi,semuanya sudah menjadi sejarah,manusia akan terus-menerus mencipta sejarah,samaada manusia akan mengingati atau melupakannya merupakan persoalan lain.

Susuk-susuk di Malaysia terutamanya di dedahkan dengan matapelajaran ini di peringkat sekolah lagi,rata-rata pelajar ini sangat mengeFUCK subjek ini serta memandang 'bull shit' ,ditambah dengan sikap bebal membaca.

Mereka menganggap subjek ini tidak romantik sama sekali dan tidak menajamkan kreativiti walaupun sistem pendidikan malaysia pada hari ini tidak menggalakkan suasana kreativiti itu timbul sama sekali,yang ada hanyalah target untuk lulus periksa serta menyuburkan suasana plagiat.

Sejarah umpama cerita,sama ada cerita dongeng atau realiti,tidaklah pula di ketahui,sejarah yang menipu cukup banyak pada hari ini,di cerita dari generasi ke generasi,seperti melarang anak-anak mendekati pohon besar yang kononya berpenunggu,ini sangat membonsaikan fikrah,ada juga susuk-susuk yang terlalu bangga dengan sejarah silam,membanggakan sejarah silam tidak membawa erti sama sekali,ia seperti menonton kembali lawak-lawak bodoh kumpulan senario yang tidak relevan.

Mudah melupakan sejarah,tetapi percayalah ianya seperti naskah pelajaran berguna untuk manusia,untuk apa didalam al-kitab disebut kisah-kisah umat terdahulu melainkan sebagai iktibar dan pengajaran untuk susuk-susuk yang mudah lupa seperti manusia ini,apabila sejarah mulai dilupakan maka terperangkaplah ia didalam tong sampah sebagai sesuatu yang tidak berguna lagi.

No comments: