Friday, January 21, 2011

Amer Munshi



Aku tengok dekat Pesbuk, ramai awek-awek buat status pasal perkahwinan Zaquan Adha dengan Ayu Raudhah, rata-rata status mereka ada elemen sedih kerana setiap status mereka di sudahi dengan titik panjang, Misalnya : " Zaquan dengan Ayu dah kahwin............".

Tengok, titik panjang itu menunjukkan betapa frust menonggengnya dan meronta bathin si awek pesbuk ini atas perkahwinan Zaquan dan ayu.Ini adalah semiotik tulisan dalam alam maya siber.Cukup.Tak perlu aku sembang panjang-panjang pasal benda ini.

Syabas, Zaquan yang berambut pacak berjaya mengikuti abangnya(juga berambut pacak) memperisterikan susuk seorang artis yang jelita dan bertubuh emmmm.....

Zaman sekarang ni perempuan memang suka lelaki berambut pacak.Sebab tu minggu lepas aku potong rambut,buat rambut pacak, harap-harap ada awek yang macam Rita dan Ayu terpikat.

Setakat rambut macam dr Rozmey memang kena penyepak la kau!

Bezanya, Zaquan tidak mengikut jejak langkah abangnya Aidil yang berani bernikah di Siam.Ini menunjukkan Zaquan lebih berdisiplin, berbanding Aidil yang sedikit nakal dan nekad menikahi wanita 30-an.

Kedua-dua kembar berambut pacak ini sudah berkahwin, maka bersedihlah awek-awek pesbuk.Jangan berduka wahai awek-awek pesbuk, dunia ini adil dan tidak kemarau laki-laki kacak dan metroseksual.

Bergembiralah wahai awek-awek pesbuk, kerna masih ada lagi lelaki yang hebat bermain bola, berambut pacak dan masih lagi solo teruna dan mentah di ranjang! siapa?

Amer Munshi.

Ya, ramai yang tidak mengenali beliau, ini kerana beliau mendapat pendidikan agama dari taska hingga ke pengajian tinggi, oleh itu sifat tawadduk dan rendah diri sentiasa tersalut kemas pada diri beliau.

Masih solo, berbadan sasa dan tinggi lampai seperti model seluar dalam, itulah Amer Munshi.

Kehebatan beliau di padang dan gelenggang futsal tidak kurang hebatnya.Sekali imbas aksinya persis Matlan Marjan.

Habis tu kenapa tak mewakili Harimau Malaya ?

Kau gila ? menyedari skuad harimau malaya tak kemana, hanya sekadar mampu menjuarai piala motor suzuki dan kalau setakat safee sali nak main dekat liga indon pun orang dah kecoh, maka beliau mengambil insiatif menggantung but kain beliau dan menceburi dunia akademik.

Beliau telah bermain bola seawal umur lima tahun dan terus serius bermain setelah berpantang dari sunat.

Untuk rekod, ini kejuaraan yang di sertai beliau :

-Piala Kiki Lala bawah 7 Tahun 1997.
-Pertandingan timbang bola sebanyak sepuluh kali Dato bandar Puchong 1997.
-Kejohanan Empat sebelah, kategori kanak-kanak, Piala koko krunch dan Vitagen.
-Juara pertandingan sepak penalti Piala Reformasi 1998
-Kasut emas Kejohanan Bola sepak Bebaskan anwar ibrahim 1999.
-Kasut emas kejohanan bolasepak Turun Mahathir! Turun Mahathir! 1999.
-Gol tercantik kejohanan bolasepak bawah 12 tahun Kumpulan Raihan
-5 sebelah kejohanan Pemuda Umno.
-Anugerah pemain paling seksi kejohanan bolasepak Puteri Umno.
-Juara Futsal Muktamar Pas.
-Juara Bolasepak Piala Karpal Singh anjuran DAP serdang.
-Naib Juara Futsal KEADILAN : Bebaskan Anwar!
-Anugerah Pemain paling soleh, Kejohanan Futsal Islam Hadhari.
-Pemain Paling kacak, Kejohanan futsal Alumni Jururawat Nasional.
-Johan, Futsal Undi Pakatan Rakyat 2008.
-Johan, Futsal Pakatan Rakyat tawan 5 negeri.
-Johan 7 sebelah, Pertandingan Bolasepak Turunkan Harga Minyak la Bodoh!
-Pemain Paling bernilai, Kejohanan bolasepak 16 september,Anwar menipu.


Macam mana ? hebat bukan.Banyak lagi kejohanan yang beliau sertai yang tak larat aku nak taip.

Macam ni lah, kalau anda kempunan dengan zaquan dan aidil tetapi masih lagi berharap akan muncul nya lelaki seksi, power main bola dan rambut pacak, maka Amer Munshi lah orang nya.

Malas nak sembang panjang, sebelum Si Amer Munshi ni kena pikat dengan Ana Raffali, baik kau orang email dia di achillesmonoloules@gmail.com. Perempuan sahaja! Gay dan khunsa sila pergi mampus.



Nostalgik,Amer Munshi ketika zaman kegemilangannya,sewaktu sedut choki-choki sambil menggelecek 7 pemain secara pukal .





1 comment:

iman said...

piala kiki lala...ahahha..x menahan kau ek amer..