Sunday, January 23, 2011

Ice Skating

Salah satu rumah Firaun di luar linkungan daulah Mesir adalah di Bandar Sunway .Di Mesir, piramid yang masyur adalah piramid giza, manakala di bandar sunway ia di kenali sebagai sunway pyramid, sebuah gedung hiburan dan beli belah antara termasyur di 1Malaysia.

Kalau kau pergi Sunway pyramid atas tujuan sejarah, mencari mumia atau jenazah firaun, maka itu adalah tindakan bebal dan bangang.Kau takkan jumpa melainkan individu yang berperangai firaun.

Antara yang menarik di sunway pyramid ini adalah gelanggang ice skating.Biasanya di gunakan untuk perlawanan hoki ais, tapi di sunway pyramid anda boleh beriadah di atas gelanggang itu sambil berlagak bahawa Malaysia adalah negara yang punya musim salji.

Sunway piramid ni memang betol-betol cari pasal, satu- dah lah meniru rekaan piramid di mesir tanpa meminta kebenaran paten arwah firaun dan arwah imhotep.Dua- ikut suka bapak dia tambah gelanggang ice skating,ini bercanggah dengan piramid mesir yang asal, yang terang-terang terletak di padang pasir panas terik tahap laknat.Ini sangat tidak logik. Sepatutnya sunway piramid buat la tempat riadah yang mengikut geografi asal piramid di mesir.Seperti main buat istana pasir, main galah panjang atas pasir dan lumba unta, baru logik.Ini dahlah tiru piramid sebijik-sebijik lepas tu ikut suka kau je buat ice skating.

Maaf, saya tersasul terlalu jauh.

Baik, setiap kali aku berkunjung ke sunway pyramid, pasti aku akan naik di tingkat atas sekali untuk menonton orang awam bermain ice skating.Pandangan dari tingkat atas ini membolehkan aku melihat dengan jelas gelagat orang awam bermain ice-skating.

Dan pada aku, melihat orang bermain ice skating adalah terapi ketawa yang paling mujarab, tak perlu kau fed up tonton senario yang tak lawak.Tak perlu juga kau langgan astro semata-mata mahu tonton Raja Lawak.Cukup kau pergi sunway pyramid, pergi tingkat atas sekali, pandang ke bawah dan lihat orang bermain ice skating.Kalau kau tak ketawa, sila terjun dari situ dan pergi jahanam.

Akhirnya, hasil dari pemerhatian aku, maka dapat lah aku kategorikan orang-orang yang berice-skating semalam, antaranya :

1) Pasangan berkapel, awek bertudung, pakwe suka pegang-pegang: Si pakwe sangat bijak, menyedari aweknya memang bodoh main ice skating, maka ini lah peluang si pakwe menyentuh aweknya, sebagai hero, pakwe itu menunjukkan bahwa dia adalah pelindung yang perkasa di gelanggang ice skating itu.konklusinya, semakin bengap anda ( awek) berice skating, kebarangkalian untuk anda(awek) di raba adalah tinggi.

Rasa aku, selain selalu tangkap orang khalwat dan ajaran sesat, gelanggang ice skating ni boleh jadi job baru untuk geng-geng JAIS.Geng-geng Badar Kuis yang suka tahan-tahan orang boleh jugak join.Amar makruf,nahi munkar.

2) Pemuda berbaju biru : lelaki ini sangat mencuri perhatian aku, dia memang tiada bakat bermain ice-skating tapi dia tetap nak kaver macho, dah la berdiri pun tak stabil, main ice skating macam orang baru lepas sunat, lepas tu sume awek-awek yang main ice skating kau nak pandang.

3) Lelaki tabah bertopi merah: Anda perlu tahu untuk yang dah power main ice skating, selalunya tiada masalah untuk berlari di tengah gelanggang sambil berlagak buat macam-macam skill, untuk yang tak power,baru main, baru nak cuba berdiri dan selalu jatuh-jatuh maka tempatnya adalah di tepi dinding.Antara yang menjadi geng pegang dinding adalah lelaki bertopi merah.Lelaki bertopi merah ini adalah lambang ketabahan dan berani belajar.Walaupun rata-rata yang pegang dinding ini adalah wanita namun beliau tidak malu dan perlahan-lahan bergerak dari satu dinding ke dinding yang lain.Dinding itu ibarat guru ice skating beliau.Dari atas, aku doa kan moga kau jadi pemain ice skating yang hebat.

4) Kumpulan Muslimah riadah berjamaah : Dalam ramai-ramai orang di gelanggang ice skating tu, aku terpandang sekelompok gadis-gadis muslimah tudung labuh.Barokallah.Mungkin ini sebahagian dari aktiviti riadah atau usrah mereka untuk merapatkan silaturrahim.Jumlah mereka ada lebih kurang 5 orang, tapi cara mereka bermain ice skating sedikit unik, mereka saling berpimpinan tangan antara satu sama lain dan tolong menolong.Indahnya ukhwah, ini lah di namakan main ice skating berjamaah.


Ok dah puas gelakkan orang, aku pun carik surau solat zuhur.

Satu hari nanti kalau aku ada anak, aku akan hantar dia ke kelas ice skating, supaya dia tak tergolong dalam 4 kategori di atas.Mencabar jugek jadi bapa ni.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

6 comments:

Amiey said...
This comment has been removed by the author.
Amiey said...

hahahaha~ amer~ sape pemuda pki bju biru tu? yg t0pi merah lak sape? specifikkan sikit~
papep0.. akk gelak tak berenti bce.. haha.. terbaik~

Achilles Monoloules said...

HAHA, ntah la kak, saya tak kenal pun, sebab saya tengok dari tingkat atas, sambil gelak tak ingat dunia =)

iman said...

amer..wlpn sy xpi tgk org main ice sketing tuh..baca kt sini pon da boleh gelak x berhenti..kahkahkah..

Achilles Monoloules said...

Lagi bagus awak tengok sendiri,hehe.

Ogy Puteri said...

hahaha... =)